djchef April 2013 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday 30 April 2013

Resepi Puding Roti Bakar

Resepi Puding Roti Bakar Mudah Sedap|Resipi Pudding Berkuah Sos Kastard|Homemade Baked Bread Pudding With Custard Recipe

Setiap hidangan kalau tak ada pemanis mulut memang rasa tak lengkap. Hari ini djdanchef nak kongsikan resepi puding yang simple dan tak memerlukan terlalu banyak bahan.

Resepi Puding Roti Bakar
Resipi diolah dari: suriyatizuhaini@myresipi.com
Anggaran: 5 orang makan

Bahan-Bahan Resepi Puding Roti Bakar

- 10 keping roti sandwich
- 45 ml susu cair
- 2 sudu besar majerin/butter
- 1biji telur
- 2 sudu besar tepung jagung/kastad
- Sedikit garam
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis (bergantung pada anda)
- 1 sudu kecil asen vanila (digunakan untuk hilangkan bau hanyir)
- 100 gram gula (sebaiknya dikisar agar lebih halus dan mudah sebati)
- 50 gram kismis (bergantung pada anda)

Cara Buat / Masak Puding Roti Bakar

1. Di dalam satu bekas, carikkan @ koyakkan roti dan rendam bersama susu cair. Biarkan seketika agar susu dapat meresap ke dalam roti.

2. Kemudian, cairkan majerin atas api yang perlahan.

3. Satu bekas yang lain pula, pukul telur dan masukan bahan satu persatu - garam, tepung jagung, esen vanila, serbuk kayu manis, majerin cair, gula dan kismis.

4. Gaul adunan tadi sehingga sebati dan tuangkan ke atas bekas roti yg direndam dengan susu tadi.

Lihat Juga:
- Resepi Puding Trifle Strawberry

5. Gaul perlahan adunan puding roti bakar tu.

6. Kemudian bakar dalam 45 minit - 1 Jam ikut kesesuaian, kalau suka garing bakar lama sikit.

Bolehla cuba resepi puding roti bakar ni. -Blog masakan djdanchef


Baca Penuh Resepi Puding Roti Bakar

Monday 29 April 2013

Norman KRU Twitter - Kalau PAS Berkuasa Industri Filem Akan Hancur

Norman KRU twitter|Norman KRU tweet kalau pas berkuasa industri muzik filem akan hancur

djdanchef on twitter tadi dan tetiba sungguh kecoh di twitter Norman Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Norman KRU mengenai tweet politik dari twitternya yang berbunyi

"Sorry ye, apa yg saya tweet ni mesti penyokong PR tak suka tapi ini realiti – kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akan hancur,”

Kemudian tak sampai disitu, datang lagi tweets Norman yang menyatakan pengeluaran muzik dan filem antarabangsa di Malaysia juga akan turut terjejas.

Dibawah ni djdanchef sertakan tweets dari twitter norman KRU. Klik gambar untuk besarkan saiz gambar. -djdanchef



Baca Penuh Norman KRU Twitter - Kalau PAS Berkuasa Industri Filem Akan Hancur

Sunday 28 April 2013

Linda Onn Tarik Diri Gara Tak Menang ABPBH?

Linda Onn Tarik Diri Gara tidak menang ABPBH Anugerah Bintang Popular Berita Harian Demi Peminat

Djdanchef baru dapat berita mengenai Linda Onn yang telah membuat pengumuman untuk tarik diri dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

1. Linda Onn Rasa Serba Salah

Dia berasa bersalah terhadap para
peminatnya yang melahirkan rasa kecewa ekoran kegagalannya merangkul trofi dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular walaupun mereka bertungkus lumus membuat undian.

"Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata-mata kerana peminat saya.

"Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu walaupun telah bersusah payah melakukan undian," jelasnya.

2. Linda Onn Tarik Diri Bukan Merajuk Tapi Beri Peluang Untuk Muka Baru

Dalam pada itu, Linda berkata keputusannya itu juga dapat memberi laluan kepada muka-muka baru untuk dicalonkan dalam kategori tersebut pada masa hadapan.

"Saya sudah puas dicalonkan dan menang dalam kategori itu dan tiba masanya laluan diberikan kepada wajah-wajah baru malah saya yakin peminat akan terus menyokong kerjaya saya walaupun tidak bertanding," katanya.

3. Untuk Elak Reputasi Terjejas

Bagaimanapun Linda tidak menafikan, kegagalannya mempertahankan anugerah itu selama beberapa tahun sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya sebagai penyampai radio.

"Apabila kerap dicalonkan dan tidak menang sedikit sebanyak reputasi saya turut terjejas. Jadi keputusan ini saya lihat adalah terbaik dan peminat juga kini lebih mementingkan kualiti daripada populariti," kata Linda Onn.

Djdanchef: apa pun semoga linda onn teruskan karier dan maju jaya. Linda onn tarik diri adalah DEMI PEMINATNYA.


Baca Penuh Linda Onn Tarik Diri Gara Tak Menang ABPBH?

Friday 26 April 2013

Jawatan Kosong KWSP Mei 2013 - Pengawal Keselamatan Kerajaan

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini KWSP Kumpulan Wang Simpanan Nasional Mei 2013| Kerja Kosong Part Time Swasta Terbaru

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

PENGAWAL KESELAMATAN

KELAYAKAN
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46.3 kg bagi wanita

(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26

(iv) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79 cm dan semasa menarik nafas 84cm (lelaki sahaja)

(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata

(vi) Pengecaman warna yang baik dan pendengaran yang tidak cacat

(vii) Memiliki lesen memandu yang sah tempoh kelas D/E/E1/E2/F/G mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

(viii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor

Untuk cara memohon boleh klik SINI.

Jawatan Lain:
- Jawatan Kosong Kerajaan UNIMAS 2013

Jawatan kosong kerajaan terkini kwsp mei 2013 pengawal keselamatan @ djdanchef


Baca Penuh Jawatan Kosong KWSP Mei 2013 - Pengawal Keselamatan Kerajaan

Resepi Makaroni Bakar

Resepi Makaroni Bakar Cheese|Resipi Keju Mudah Sedap Senang|Macaroni Cheese Baked Recipes|Blog Masakan

Makaroni antara makanan yang sangat digemari terutama sekali untuk yang gila makan pasta selain spaghetti.

Resepi Makaroni Bakar @ Macaroni Cheese Baked Recipe

Bahan-Bahan Macaroni Bakar

(sumber: dayangsenandung@myresipi.com)

- 250g macaroni (setengah bungkus)
- 5 biji telur gred A
- 1 paket sedang daging kisar (pilihan lain boleh juga letak daging rebus dan dipotong kecil-kecilan)
- 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dipotong kecil-kecilan)
- 3 sudu minyak (untuk menumis)
- Garam dan serbuk perasa
- Sedikit lada sulah

Untuk bahagian topping (atas):
- Sos cili
- Sos tomato
- Mayonis dan keju
- Mozarella yang diparut

Alatan:
- Loyang bulat atau loyang 4 segi.

Cara Buat / Memasak Makaroni Bakar

Lihat Resipi Lain:
- Resepi Makaroni Goreng

1. Pertama sekali, rebus macaroni sehingga empuk. Kemudian basuh dan toskan. Ketepikan.

2. Panas minyak di kuali. Tumis bawang besar dan juga bawang putih.

3. Kemudian, masukkan daging dan biar seketika hingga daging masak.

4. Masukkan makaroni yang direbus tadi.

5. Selepas itu, masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah

6. Masukkan telur. Gaul hingga semua bercampur. Ketepikan.

7. Sapu loyang dengan majerin dan tuang semua adunan macaroni tadi ke dalam loyang.

8. Tabur keju (cheese) sehingga menutupi makaroni.

9. Kemudian, picit sos cili, sos tomato dan mayonis diatasnya.

10. Bakar dengan suhu 180' selama hampir 45 minit atau sehingga makaroni cair.

11. Setelah masak biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk elak dari pecah berderai.

Selamat mencuba resepi makaroni bakar ni. Blog Resepi Masakan @ djdanchef


Baca Penuh Resepi Makaroni Bakar

Zizan Razak Dan Emma Maembong Rapat Sejak 2 Tahun Lalu

Zizan Razak Rapat Dengan Emma Maembong Sejak 2 Tahun Lalu| Zizan Raja Lawak Bercinta|Gosip Artis Malaysia

Zizan selalu dikaitkan bercinta dengan artis-artis yang cantik-cantik macam Juliana Evans, Kaka dan Nora Danish. hairan betul djdanchef. Yang cun-cun semua dia rembat. Hehe

Terbaru ini dikatakan Zizan telah rapat bersama dengan pelakon cantik Emma Maembong sejak 2 tahun dulu.

Ibu kepada Zizan Razak iaitu Anai Ibrahim akui Emma Maembong pernah mengunjungi rumahnya ketika rumah terbuka Aidilfitri, 2 tahun lalu.

1) Ibu Zizan Tidak Tahu Sejauh Mana serius hubungan Zizan dan Emma Maembong

Dia sudah lama mengetahui mengenai hubungan anaknya dan aktres kacukan Melayu-Scotland itu, tetapi tidak tahu sejauh mana seriusnya hubungan mereka.

"Saya tak tahu sejauh mana seriusnya hubungan Zizan dan Emma, yang saya hubungan mereka terjalin sejak 2 tahun lalu lagi.

“Seingat saya ketika itu, Emma ada datang ke rumah terbuka kami dan saya hanya anggap dia datang sebagai kawan Zizan ketika itu.

- Gambar Emma Maembong Bertudung
- Zizan Juara Super Spontan
- Gambar Emma Maembong Yang Cun

“Setakat ini, Zizan tidak pernah pun bercerita secara serius mengenai Emma kepada saya dan saya hanya baca cerita mengenainya di akhbar,” katanya.

2) Zizan Kalau Suka Seseorang Akan Bawa Untuk Jumpa Ibu

Anai memberitahu anaknya memang seorang anak yang agak rapat dengannya dan sering bercerita mengenai hal peribadi termasuk soal cinta.

“Zizan tidak pernah sorok kepada saya jika dia sedang suka serta berkenan dengan seseorang itu. Dia akan terus membawa wanita itu berjumpa saya.

“Apa-apa pun, saya tidak kisah siapa pilihan bakal isteri Zizan, asalkan wanita itu faham akan kerjayanya yang sentiasa sibuk dengan kerja tanpa mengira masa,” jelasnya lagi.

Zizan Razak Bercinta Dengan Emma Maembong - Gosip djdanchef


Baca Penuh Zizan Razak Dan Emma Maembong Rapat Sejak 2 Tahun Lalu

Biodata Wawa Zainal

Gambar Biodata Wawa Zainal| Profile Penuh Nur Hawa Zainal Abidin Seksi Facebook Twitter Instagram

Wawa Zainal antara pelakon malaysia yang makin meningkat naik sekarang ini. Djdanchef mula kenal wawa ni dalam drama Ana Lulu.

Cantik, Comel dan Lesung Pipit di pipi itulah djdanchef rasa antara tarikan yang ada pada Wawa Zainal dan sudah tentu telah menggoda serta buat para-para jejaka terus cair.

Latar Belakang Perjalanan Wawa Zainal

“Ketika bersekolah dulu, saya kerap menyertai pertandingan lakonan. Melihat bakat yang ditonjolkan itu, ada seorang cikgu bertanya, “kenapa saya tak pergi KL sebab saya boleh berlakon”.

Selepas tamat peperiksaan SPM, saya cuba-cuba menghantar resume kepada pihak MIG dan tak sangka selepas dipanggil untuk casting saya terpilih menjadi artis naungan mereka,”

“Saya sangat suka dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya merasakan kehidupan remaja saya cukup terisi. Shooting ialah dunia saya. Biarlah orang nak kata yang saya tidak ada kehidupan tapi inilah Wawa Zainal.

Gadis yang hanya menghabiskan masa dengan shooting, shooting dan shooting. Haha :-D"

Biodata Penuh Wawa Zainal

Nama Sebenar:
Nur Hawa Zainal Abidin

Tarikh Lahir:
21 March 1991

Asal:
Lahad Datu, Sabah

Keluarga:
Anak kelapan dari 11 adik-beradik

Kacukan: Brunei (ayah) dan Filipina (ibu)

Sekolah:
St. Dominic

Lihat Juga:
- Biodata Nad Zainal

Drama Lakonan:
-Ana Lu’lu
-Klik
-Cinta Qaseh

Filem:
-Hantu Dalam Botol Kicap
-3 Temu Janji
-99 Kali rindu
-Aji Noh Moto
-Cinta VLog
-Budak Pailang
-Pada Suatu Cinta Dahulu

Kat bawah ni ada gambar hot panas jadi jaga-jaga -djdanchef

Gambar Wawa Zainal




Baca Penuh Biodata Wawa Zainal

Thursday 25 April 2013

Peragut Berdarah Teruk Di Belasah Di Maybank Seremban

Gambar dari video peragut di belasah teruk dan berdarah di Maybank Seremban

Hari ini gempar di youtube! Seorang peragut dibelasah teruk oleh orang awam setelah cubaanya untuk meragut seorang lelaki telah GAGAL.

Video yang dimuat naik di Youtube siang tadi menunjukkan peragut itu berada dalam keadaan yang penuh berlumuran darah.

Pihak yang memuat naik video berkenaan menerangkan peragut tersebut cuba untuk meragut seorang lelaki India yang baru sahaja keluar dari sebuah bank.

Peragut tersebut bukan sahaja meragut, tetapi juga telah menetak mangsanya di bahagian muka. Namun dia kemudiannya berjaya ditahan orang awam.

Orang awam yang marah terus bertindak membelasah sehingga peragut tersebut pula berlumuran darah.

Kejadian dipercayai berlaku di Maybank, Seremban 2 kira-kira jam 3 petang tadi.

peragut berdarah di belasah di maybank seremban - Berita djdanchef



Baca Penuh Peragut Berdarah Teruk Di Belasah Di Maybank Seremban

Contoh Doa Majlis Perpisahan

Contoh Teks Doa Majlis Perpisahan|Pengetua Guru Besar Kakitangan Pegawai Pelajar|Doa Persaraan Dalam Rumi Bahasa Melayu

Salam, setiap daripada kita pasti akan ada majlis perpisahan selalunya majlis perpisahan kali pertama dalam hidup kita selalunya pada waktu menjadi zaman pelajar. Kemudiannya baru lah di alam pekerjaan.

Disini djdanchef kongsikan contoh doa di majlis perpisahan yang ringkas dan anda juga boleh ubah ikut kesesuaian majlis.

Doa Lain
- Doa Kepada Ibu Bapa
- Doa Pemanis Wajah Penyeri Muka

"SEGALA PUJI UNTUKMU YA ALLAH DI ATAS SEGALA NIKMAT PEMBERIAN YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, DI HARI YANG BERBAHAGIA INI, KAMI MEMOHON AGAR MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI/ANGGOTA PADA HARI INI MENDAPAT KEBERKATAN DAN RAHMAT DARI MU YA ALLAH.

YA ALLAH, KAMI JUGA MEMOHON KESELAMATAN AGAMA, KESIHATAN JASMANI, PERTAMBAHAN ILMU, KEMURAHAN REZEKI, KESELAMATAN DARIPADA SEGALA DOSA, MENDAPAT KEAMPUNAN DARI MU SEMOGA MENCAPAI SEGALA KEBAIKAN DAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT."

Semoga bermanfaat. Doa Harian -djdanchef


Baca Penuh Contoh Doa Majlis Perpisahan

Wednesday 24 April 2013

Resepi Puding Triffle Strawberry

Resepi Puding Triffle Strawberry|Resipi Agar Strawberi Krim Mudah|Mat Gebu Whip Cream

Info Tentang Puding Triffle
Puding triffle ni lebih kurang macam agar-agar atau jelly juga tetapi selalunya mempunyai banyak lapisan dan ditambah lapisan kek gulung atau swiss roll dan fruit cocktail.

Resepi Puding Triffle Strawberry Mudah

Bahan-Bahan Trifle Strawberry

-1 tin susu cair
-2 sudu besar gula
-4 sudu besar tepung kastard
-1 mangkuk air (air ini akan dicampur dengan kastard)
-1/2 biji kek gulung (swiss roll) bersaiz sederhana
-1 tin buah-buahan campur (asingkan air dan buahnya)
-1 peket agar-agar jeli perisa strawberi Nona
-2 cawan air panas

Bahan Hiasan Atas:
-Krim Putar
-Buah Strawberi

Cara Masak/Membuat Puding Triffle Strawberry

1. Pertama sekali, panaskan susu cair dengan gula. Ketepikan.

2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air dan kemudian masukkan kedalam susu cair yang sedang mendidih tadi

3. Masak sehingga betul-betul pekat. Kemudian bolehlah tutup api.

4. Di dalam bekas berasingan pula. Susunkan kek gulung. Kek gulung ni akan menjadi lapisan (layer) pertama. Kemudian, basahkan kek gulung tadi dengan air buah-buahan tin.

5. Bolehlah Masukkan buah-buahan tin sebagai lapisan kedua.

6. Untuk lapisan ketiga, tuangkan bancuhan kastard tadi ke atas susunan buah-buahan tadi.

7. Lapisan keempat pula adalah jeli. Caranya larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.

7. Tuangkan jeli tersebut di atas. Siap!

8. Untuk hiasan, bolehlah letak krim putar kemudian buah strawberry diatas sekali. Perfecto!

9. Sejukkan puding trifle strawberry tu. Bila dah keras bolehlah makan. - blog masakan djdanchef

Gambar: simplespeedysnacks.com


Baca Penuh Resepi Puding Triffle Strawberry

Resepi Ayam Goreng Madu

Resepi Ayam| Resepi Ayam Goreng Madu|Resipi Kepak Masak Bakar Berempah Mudah|Honey Fried Chicken Chef Wan

Resepi Ayam Goreng Madu

Bahan-Bahan Ayam Goreng Madu
Ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
3 sudu besar madu
Lada hitam
Serbuk kunyit
Garam
Minyak masak secukupnya

Cara Masak/Buat Ayam Masak Madu
1. Pertama kali cuci ayam sehinga betul-betul bersih. Kemudian toskan.

2. Cucuk-cucukan ayam dengan garfu ataupun siat-siat dengan pisau supaya bahan-bahan perap dapat menyerap dengan lebih mudah.

3. Gaulkan ayam tadi bersama kunyit, garam, sos tiram, kicap, madu dan lada hitam.

4. Biarkan ayam diperap selama 1 jam atau lebih.

5. Kemudian bolehlah terus menggoreng.

Resipi Lain:
- Resepi Ayam Masak Halia
- Resepi Ayam Masak Kicap
- Resepi Sambal Udang

Mudah dan senang resepi ayam goreng madu ni. -djdanchef

Gambar: chickenrecipesplease.wordpress.com


Baca Penuh Resepi Ayam Goreng Madu

Monday 22 April 2013

Kata Mutiara Kesabaran Ketabahan

Kata Mutiara Hikmah Kesabaran Ketabahan |Ayat Motivasi Dalam Hidup Dengan Sabar Dan Tabah

Kata-kata hikmat kadang-kadang sangat membantu dalam menaikan semangat diri untuk terus menghadapi liku-liku kehidupan dengan penuh sabar dan tabah.

Disini djdanchef ingin kongsikan beberapa kata-kata mutiara yang djdanchef suka mengenai sabar.

Kata Hikmah Kesabaran Dan Ketabahan

1) Sabar merupakan benteng yang kuat untuk membangun kembali kekuatan diri. Tanpa kesabaran saat ini bererti kita tidak punya harapan untuk meraih hasil yang ada di depan.

2) Kesabaran bukanlah hanya berdiam diri, orang yang berkata sabar tanpa melakukan apapun seolah-olah sedang menunggu kehancuran diri.

3) Bersabarlah ketika menghadapi karenah orang lain, tanpa kita sedari, kitapun telah banyak menuntut kesabaran dari karenah orang lain.

4) Sabar dalam segala hal, tapi yang paling penting adalah sabar dengan diri sendiri. Jangan berkecil hati dengan ketidaksempurnaan diri tapi segera untuk memperbaikinya setiap hari.

5) Kesabaran seperti daun tumbuhan yang pahit, tapi mempunyai buah yang manis.

Semoga kata mutiara kesabaran dan ketabahan dapat memberi sedikit motivasi. -djdanchef

Published with Blogger-droid v2.0.4
Baca Penuh Kata Mutiara Kesabaran Ketabahan

Kata Mutiara Kesabaran Ketabahan

Kata Mutiara Hikmah Kesabaran Ketabahan|Ayat Motivasi Dalam Hidup Dengan Sabar Dan Tabah

Kata-kata hikmat kadang-kadang sangat membantu dalam menaikan semangat diri untuk terus menghadapi liku-liku kehidupan dengan penuh sabar dan tabah.

Disini djdanchef ingin kongsikan beberapa kata-kata mutiara yang djdanchef suka mengenai sabar.

Kata Hikmah Kesabaran Dan Ketabahan

1) Sabar merupakan benteng yang kuat untuk membangun kembali kekuatan diri. Tanpa kesabaran saat ini bererti kita tidak punya harapan untuk meraih hasil yang ada di depan.

2) Kesabaran bukanlah hanya berdiam diri, orang yang berkata sabar tanpa melakukan apapun seolah-olah sedang menunggu kehancuran diri.

3) Bersabarlah ketika menghadapi karenah orang lain, tanpa kita sedari, kitapun telah banyak menuntut kesabaran dari karenah orang lain.

4) Sabar dalam segala hal, tapi yang paling penting adalah sabar dengan diri sendiri. Jangan berkecil hati dengan ketidaksempurnaan diri tapi segera untuk memperbaikinya setiap hari.

5) Kesabaran seperti daun tumbuhan yang pahit, tapi mempunyai buah yang manis.

Semoga kata mutiara kesabaran dan ketabahan dapat memberi sedikit motivasi. -djdanchef

Published with Blogger-droid v2.0.4
Baca Penuh Kata Mutiara Kesabaran Ketabahan

SEGMEN SEMINGGU BLOG HAZWANHAIRY

Salam, blogger hazwan hairy baru sahaja melancarkan segmen baru yang diberi nama "Segmen Seminggu Blog HazwanHairy"

Ada hadiah yang hazwan hairy nak beri kepada blogger-blogger yang bertuah salah satu antara hadiahnya ialah..


Baju I LOVE BLOGGING .. selamat tak tulis I Love Hazwanhairy kat baju tu, kalau tak memang tak join la gamaknya.. hihihi

Yang nak join bolehlah jentik banner di bawah ni, jentik kuat sikit. Orang tua-tua kata bila kita jentik gambar orang nanti tuan gambar dapat rasa.. cer cuber..

djdanchef: semoga berjaya hazwan hairy dengan segmennya.


Baca Penuh SEGMEN SEMINGGU BLOG HAZWANHAIRY

Bubbly & Associates Giveaway

Salam, hari ini djdanchef sempat join segmen dari farah bubblynotes


SYARAT2 PENYERTAAN

1) Follow Blog Farah's Bubblynotes

2) Follow Blog Sponsors:

3) Klik Kesemuanya Di Bawah Ini:


(WAJIB FOLLOW & WAJIB LIKE - AKAN DISEMAK)

4) Dah settle follow mengfollow & main klik-klik... Sila buat satu entri bertajuk:
Bubbly & Associates Giveaway

5) Copy coding HTML di bawah ini dan paste ke HTML post... Contoh..." Kakak +Mia Liana pinjam tutorial... "

Credit pada Kakak +Mia Liana / Mia Liana

6) Lepas dah copy + paste... Publish entri...Siap...

7) TAG SEORANG BLOGGER & PASTIKAN BELIAU TAHU MENGENAI GA INI

8) Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entri ini...

Pemenang akan dipilih berdasarkan Random.ORG... (baik doa yang Pakcik Random sayang uols... ) dan bagi senarai hadiah sila tekan SINI dan SINI

djdanchef: jom la ramai2 join.


Baca Penuh Bubbly & Associates Giveaway

Sunday 21 April 2013

Resepi Ayam Masak Kicap Orang Bujang

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas|Resipi Mudah Senang|Chef Wan Soy Sauce Chicken Recipe

Resepi Ayam Masak Kicap
(UNTUK 2 ORANG)

Bahan-Bahan Ayam Masak Kicap

- 1-2 bahagian paha ayam (resepi ini untuk 2orang)
- Garam
- Kunyit
- Minyak
- 1 biji bawang besar (hiris nipis)
- 2 ulas bawang puting (mayang)
- 1inci halia- (cincang)
- Kicap pekat manis (agak-agak)
- 2-3 biji cili padi
- 1 batang cili hijau

Cara Membuat/Masak Ayam Masak Kicap

1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit kemudian goreng.

2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Tambah air sekiranya terlalu pekat. Gaulkan seketika sehingga ayam masak.

4. Setelah ayam masak masukkan cili hijau. Gaul sekejap dan siap untuk dihidangkan.

Lihat Juga:
- Resepi Ayam Masak Halia

Bahan-bahan resepi ayam masak kicap orang bujang yang digunakan tidaklah banyak. - djdanchef

Gambar: foodgawker.com


Baca Penuh Resepi Ayam Masak Kicap Orang Bujang

Resepi Sambal Udang Mudah

Resepi Sambal Udang Mudah|Resipi Udang Masak Sambal Tumis|Kering Petai Senang|Blog Masakan

Sambal udang memang kegemaran rakyat Malaysia terutama sekali yang jenis suka makan pedas-pedas. Cara buat sambal udang tumis ni memang mudah tak sampai 10 minit. Yang bujang duduk rumah sewa tu boleh la cuba masak.

Resepi Sambal Udang

Bahan-Bahan Sambal Udang

- 8-9 batang cili kering (lebihkan kalau nak pedas)
- 3-4 ulas bawang kecil/merah
- 2 ulas bawang putih
- Udang segar
- Air asam- 1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)
- Minyak (untuk menumis)
- Gula
- Garam..
- 1 Labu Bawang Besar (dihiris)
- Petai (kalau nak)

Cara Membuat/Masak Sambal Tumis Udang

1) . Kisarkan bawang putih, bawang merah dan cili kering yang telah direndam. Kisar bahan sehingga halus.

2. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga garing dan sehingga minyak naik.

3. Kemudian masukkan udang.

4. Masukan garam dan gula boleh lebihkan gula untuk dapat rasa yang lebih manis.

4. Masukkan petai sekiranya anda ingin buat resepi udang sambal petai.

5. Selepas itu, masukkan air asam jawa. Biarkan mengelegak.

6. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biarkan seketika.

7. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi sambal udang simple ni. -djdanchef

kredit gambar: resepiilhamku.blogspot.com .


Baca Penuh Resepi Sambal Udang Mudah

Saturday 20 April 2013

Peserta Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2

Senarai peserta masterchef selebriti malaysia musim ke-2 kedua|tonton streaming online download

Wahh.. Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 telah pun tiba. Djdanchef memang selalu tengok masterchef ni masa musim pertama. Untuk musim kedua pula semua selebriti yang terlibat memang panas giler dan kecoh juga.

Pasti penuh dengan drama, orang suka tonton masterchef selebriti malaysia ni bukan nak tengok masakan sangat semua nak tengok drama, konflik dan kontroversi.

Mari lihat siapakah agaknya 19 selebriti yang menjadi peserta masterchef selebriti malaysia musim ke 2.

1. Sharifah Shahora
2. Kenchana Devi
3. Radhi OAG
4. Syanie Hisham
5. Aliza Abdullah (Enot)
6. Lydiawati
7. Keroz Nazri
8. Syura,
9. Sabhi Saddi
10. Michael Ang,
11. Norish Karman
12. Cat Farish
13. Celina Khor
14. Sathiya (baby face)
15. Yassin Yahya (senario)
16. Afiq Muiz
17. Datuk Aznil Haji Nawawi
18. Djdanchef
19. Zain Saidin
20. Rozita Che Wan

Lihat Juga:
- Dato Fazley Juara Masterchef Selebriti Malaysia
- Izyan Masterchef Malaysia 2
- Izyan Dean Tidak Tersingkir Di Masterchef Malaysia Musim 2

Jangan lupa saksikan kekecohan peserta masterchef selebriti malaysia 2 setiap sabtu hingga selasa, 9 malam di Astro Ria dan Mustika HD.


Baca Penuh Peserta Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2

Episode 4 Sebenarnya Saya Isteri Dia

Ringkasan sinopsis sebenarnya saya isteri dia episod 4|Novel lagu tema ost|Full download online.

Rumusan Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 4

Pada masa ini Syaf dan Firash hanya bercakap membahasakan diri “kau dan aku sahaja” , tidak mengambarkan yang mereka sepasang suami dan isteri.

Masing-masing bersikap ego. Syaf nampak lebih matang tetapi Firash bersifat seperti keanak-anakkan (anak emak). Mereka sering bercakap secara sindiran sahaja.

Satu malam, Datin Farizah sengaja menjemput anak dan menantunya itu datang makan malam dan terus dipelawa tidur dirumah itu, ini bermakna Syaf dan Firash terpaksa tidur sebilik dalam sebenarnya saya isteri dia episode 4.

Syaf memang tak selesa duduk sebilik dengan Firash tambahan pula Syaf sering terbayang wajah aruah Farish bila merenung kewajah Firash. Syaf tak sanggup untuk tidur sekatil dengan orang yang dia tidak cintai.

Firash pula selamba sahaja dan sesekali ada juga hendak mengambil kesempatan dengan usikkan manja membuatkan Syaf bengang dengan sikap Firash.

Lihat Juga:
- Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 1 dan 2
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 3 - djdanchef
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 5




Gosip by djdanchef
Baca Penuh Episode 4 Sebenarnya Saya Isteri Dia

Friday 19 April 2013

Episode 3 Sebenarnya Saya Isteri Dia

Ringkasan sinopsis drama sebenarnya saya isteri dia|Episod 3|Novel Lagu Tema OST|Download Full Online.

Episode 3

Datin Farizah dan Syaf terpaksa menerima hakikat orang yang mereka sayanggi telah pergi tak kembali. Firash juga terdetik rasa menyesal tetapi dia tetap terpaksa meneruskan hidupnya bergelar suami diusia muda.

Ayah kandung Farish langsung tak ambil kisah tentang kematian anaknya, manakala Datin Farizah juga malas nak menyampaikan berita sedih itu kepada suami yang tak bertanggungjawab. Sebenarnya saya isteri dia episode 3, Disebabkan itu jugalah Firash amat membenci ayah kandungnya yang seolah-olah membuang mereka terus dari ingatan dan hanya menumpukan kepada anak tiri serta isteri muda sahaja.

Semasa majlis perkebumian Farish, Syaf amat bersedih kerana dia tidak dibenarkan datang kepusara oleh Firash kerana kuatir rahsia mereka sudah menjadi suami dan isteri secara memalukan diketahui umum.

Demi mengelak rahsia diantara Syaf dan Firash terbongkar, Syaf dan Firash tinggal berasingan dirumah bujang masing-masing seolah-olah mereka belum berkahwin.Datin Farizah terpaksa ikut sahaja kehendak anaknya itu. -djdanchef



Lihat Juga:
- Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 1 dan 2
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 3 - djdanchef
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 5


Baca Penuh Episode 3 Sebenarnya Saya Isteri Dia

Episod 1 & 2: Sebenarnya, Saya Isteri Dia

Ringkasan sinopsis sebenarnya saya isteri dia episode 1 & 2 slot zehra tv3

Ringkasan Sinopsis Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia

Episod 1

Dizaman kanak-kanak Firash(Acad) dijaga oleh atuknya di kampung manakala abangnya Farish tinggal bersama-sama ibunya di Kuala Lumpur. Firash seorang yang suka menyakat Syaf yang 4 tahun lebih
tua darinya.

Firash sering kali bergurau mengatakan yang dia suka dan sayang pada Syaf,Syaf yang nampak lebih matang menganggap semua itu hanya gurauan. Suatu hari ibu Firash berhajat untuk mengambil
semula Firash untuk disekolahkan di bandar, keputusan ini sedikit sebanyak mengecewakan atuknya dan membuatkan Syaf serta Firash terpisah.

Kini sambungan sebenarnya saya isteri dia episod 1 setelah dewasa Syaf telah bertugas sebagai engineer manakala Firash yang kini dikenali sebagai Chad dikalangan teman-teman seuniversiti masih lagi menuntut dalam bidang kejuteraan.

Syaf yang sebaya dengan Farish juga bertugas sebagai engineer. Farish dan Syaf telah lama bercinta serta sedang merancang untuk ke jinjang pelamin.


EPISODE 2

Datin Farizah yang telah menganggap Syaf bagaikan anak angkat amat kecewa dan menasihati Firash agar berkahwin dengan Syaf.

Datin Farisah yang sering ditinggalkan oleh suami kerana telah dimadukan langsung tidak diambil peduli oleh suaminya yang banyak menghabiskan masa bersama isteri muda, segala masalah dirumah Datin Farisah terpaksa membuat keputusan sendiri.

Farish amat marah dengan Firash sehingga berlaku pergaduhan adik beradik. Syaf merasa bersalah kerana menyebabkan kedua adik beradik yang pada mulanya bagaikan isi dengan kuku kini telah bertukar bagaikan anjing dengan kucing membuatkan Syaf setuju untuk berkahwin dengan Firash demi menjaga maruah Datin Farisah walaupun dia amat menyintai Farish.

Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf, kerana sanggup berkahwin dengan adik kandungnya sendiri walaupun tidak ada rasa cinta dalam drama sebenarnya saya isteri dia episode 2. Begitu juga dengan Firash yang menentang habis-habisan kerana tak sanggup berkahwin diusia 21 tahun tambahan pula syaf lebih tua darinya 4 tahun. -djdanchef



Lihat Juga:
- Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 1 dan 2
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 3 - djdanchef
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 5


Baca Penuh Episod 1 & 2: Sebenarnya, Saya Isteri Dia

Sibuk

Wahh.. Makin sibuk djdanchef sekarang ni. Akan terjah ke blog rakan2 nanti.

Baca Penuh Sibuk

Tuesday 16 April 2013

Sinopsis Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia Slot Zehra TV3

Episod Terbaru Sinopsis Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia |Novel Slot Zahra tv3|Lagu Tema Ost|Pelakon Izzue Islam Forteen Tiz Zaqyah

Satu lagi drama tv3 yang telah memukau para penonton untuk terus bertenggek di hadapan televisyen. Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia menampilkan pelakon baru dan juga lama Izzue Islam Forteen dan Tizz Zaqyah bergandingan dalam drama ini.

Sinopsis Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia

1) Permulaan

Sinopsis drama bermula mengenai Syaf yang tidak pernah terfikir bahawa jodohnya akan bersama Firash, adik kepada kekasihnya, Farish padahal Syaf dan Farish telah pun merancang untuk ke jinjang pelamin.

2) Ditangkap Tidur Sebilik

Satu peristiwa gelap telah mengubahkan segalanya dimana Syaf, Farish dan Firash masing masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Datin Farizah (Wilma) yang merasa tertekan telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish sangat-sangat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik.

3) Cinta Syaf Dalam Keterpaksaan - Farish VS Firash

Bagaimana pun, Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia yang masih muda 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya. Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia.

Farish sangat kecewa dengan keputusan Syaf yang telah bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta di antara mereka. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.

4) Perkahwinan Firash dan Syaf adalah rahsia

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga dan dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai terdekat yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul.

5) Farish Tertekan Dan Kemalangan

Farish sangat berasa tertekan dan telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

6) Firash dan Syaf bersama haluan masing-masing

Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan dan perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing.

Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya telah meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.

7) Isteri yang mampu berdiam diri

Syaf telah berjaya dan kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya.

Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.

8) Suami mula cemburu ada pihak ketiga

Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang mana merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash mula berasa cemburu tak menentu.

Syaf telah mendapat makluman untuk ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Apa yang mengejutkan Syaf dalam sebenarnya saya isteri dia, apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ.

9) Suami mula mengambil berat terhadap Isteri

Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan yang djdanchef suka dimana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf. Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf.

10) Setiap Kegembiraan Pasti Ada Kekecewaan

Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya.

Apa yang akan dilakukan oleh Firash untuk mendapatkan Syaf? Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi Syaf sebagai isterinya yang sah?

Barisan Pelakon Sebenarnya, Saya Isteri Dia Slot Zehra TV3

Antara para pelakon yang menjayakan drama sebenarnya saya isteri dia ini adalah Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Sebenarnya, Saya Isteri Dia setiap jumaat pukul 9 malam di slot zehra tv3.


Lihat Juga:
- Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 1 dan 2
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 3 - djdanchef
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 5
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 6

Baca Penuh Sinopsis Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia Slot Zehra TV3

Petua Cara Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka & Hidung

Cara Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka Wajah Hidung|Tips Petua Hilang Bintik Di Hidung |Produk Tradisional Blackhead

Salam semua, bintik hitam dan putih selalu saja ada setempek kat muka kita ni, ada saja kat kawasan hidung, pipi, dahi dan juga dagu.

Bagi kaum perempuan mesti agak geram kalau ada bintik hitam (blackhead) ni. Bagi lelaki pula ramai yang kurang ambil kisah.

Bawah ni djdanchef nak kongsikan petua tradisional hilangkan bintik hitam dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Cara Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka dan Hidung

Produk Bahan Yang Diperlukan:
1 biji telur (ambil putihnya)
1 sudu teh perahan limau nipis
Kapas muka

Cara-Caranya:
1. Campurkan air perahan limau nipis ke dalam putih telur.

2. Selepas itu, ambil beberapa helai kapas muka dan rendamkan di dalam bancuhan tadi.

3. Kemudian, lekatkan kapas tersebut pada seluruh muka contohnya di bahagian dahi, hidung, pipi dan dagu.

4. Biarkan sehingga kapas kering.

5. Selepas dah kering, tarik kapas secara perlahan-lahan.

atau anda boleh cuba produk yang dapat tanggalkan bintik hitam dengan berkesan iaitu SHIDEIDO BLACK MASK

Semoga dapat amalkan petua ini yang penting kena rajinlah barulah dapat hilangkan bintik hitam di muka tu.

Petua Lain:
Cara Petua Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka dan Hidung
Petua Atasi Bayi Kembung Perut
Petua Cara Menghilangkan Sakit Gigi
Cara Mengatasi Masalah Sakit Lutut
Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat

Semoga berjaya. - djdanchef

Baca Penuh Petua Cara Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka & Hidung

Monday 15 April 2013

Uqasha Senrose Dan Pekin Ibrahim

Uqasha Senrose kakak kepada nelydia senrose |Pekin Ibrahim

1) Uqasha Senrose Lebih Suka Menutup Mulut

Menyelami hati pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Pekin Ibrahim kini lebih suka mengambil pendekatan menutup
mulut. Dia tidak mahu melayan cerita itu biarpun kini menjadi topik perbualan peminat industri hiburan.

Tambah-tambah lagi sejak tersebar gambar mereka berpegangan tangan ketika bercuti di Phuket, Thailand baru-baru ini. Bagaimanapun pelakon ini menegaskan bahawa hubungan dia dengan pelakon Pekin sekadar ‘kawan’ sahaja.

Uqasha lebih banyak berdiam diri daripada memberi komen tentang hubungannya dengan Pekin kerana mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

2) Uqasha Senrose Tidak Mahu Dituduh Gila Populariti

Dia juga tidak mahu masyarakat menuduhnya menggunakan Pekin sebagai batu loncatan untuk menempah populariti dalam dunia hiburan. Lagi pun hubungan Uqasha dengan Pekin masih baru dan terlalu awal untuk diramal apalagi untuk dikongsikan dengan khalayak.

Uqasha tidak mahu masyarakat membuat andaian hubungannya dengan Pekin hanya berdasarkan gambar-gambar berpegangan tangan yang tersebar itu.

3) Bukan Gambar Bercuti Berdua

"Ramai orang salah faham apabila melihat seolah-olah kami bercuti bersama. Sebenarnya keluarga Sha yang sampai dahulu di Phuket. Pekin datang kemudian dan sebagai tetamu keluarga Sha. Jadi tidak salah bukan kalau kami jalan-jalan bersama semasa di sana. Malangnya gambaran sebaliknya berlaku seolah-olah Sha bercuti berdua sahaja," Kata Uqasha Senrose. @djdanchef

Baca Juga:
- Biodata Nelydia Senrose
- Adik Beradik Senrose Sepupu Emma Maembong


Baca Penuh Uqasha Senrose Dan Pekin Ibrahim

Saturday 13 April 2013

Resepi Makaroni Goreng

Resepi Makaroni Goreng Pedas|Macaroni Bakar Cheese| Mudah Sedap|Blog Masakan.

Rona Roni Macaroni sebuah drama lakonan Sharifah Armani dan Bront Palarae merupakan salah satu drama yang sedikit sebanyak telah membuka mata rakyat Malaysia mengenai makaroni.

Info Tentang Makaroni

Untuk yang masih belum tahu, makaroni (macaroni) adalah masakan yang lazim dimakan oleh masyarakat negara Itali. Makaroni termasuk dalam kategori pasta yakni adik beradik kepada spaghetti, fettucine, pellizzoni dan macam-macam lagi kang pening kepala korang pula. Hehe

Resepi Makaroni Goreng Pedas

Resepi ini adalah resepi makaroni goreng yang pedas sikit dan diubah dari intanredha@myresipi.com

Bahan-Bahan Resepi Makaroni Goreng

*1 bungkus daging cincang atau sedikit UDANG *

500 gram makaroni
2 senduk cili kisar (cili kering bersama sedikit bawang merah dan bawang putih)
7 ulas bawang merah kecil (dimayang)
5 ulas bawang putih (dimayang)
Sedikit cendawan butang
2 batang carrot (dipotong dadu/panjang)
5 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tiram
cili merah, daun saderi dan daun bawang sebagai hiasan.

Cara Memasak / Buat Makaroni Goreng

1. Didihkan air terlebih dahulu.

2. Kemudian masukan macaroni. Rebus makaroni selama lebih kurang 5 minit.

3. Semasa rebus tu masukkan sedikit garam dan 1 sudu kecil minyak zaiton atau minyak masak ke dalam air rebusan tadi.

4. Setelah makaroni empuk, toskan. Biarkan seketika.

5. Panaskan kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang sehingga kekuningan dan naik bau.

6. Kemudian, masukkan cili kisar. Kacau.

7. Setelah bahan-bahan tadi agak garing, masukkan daging kisar (atau udang). Kemudian masukkan sedikit air supaya daging empuk.

8. Bolehlah masukkan cili sos dan sos tiram serta garam. Tumis sebentar.

9. Masukkan cendawan butang, dan carrot.

10. Masukkan makaroni.

11. Akhir sekali, hias makaroni goreng dengan cili, daun saderi dan daun bawang.

12. Siap untuk di pelahap.

Lihat Juga:
- Resepi Ayam Masak Halia
- Resepi Lepat Pisang

Gambar: food.sulekha.com


Baca Penuh Resepi Makaroni Goreng

Friday 12 April 2013

Resepi Ayam Masak Halia

Blog Masakan|Resepi Ayam Masak Halia|Resipi Sedap Mudah|Chicken Ginger Recipe

Ayam memang djdanchef tak nafikan merupakan bahan yang sering digunakan untuk masakan selain ikan dan daging.

Macam-macam masakan yang kita boleh masak guna ayam contoh ayam masak lemak cili api, ayam masak kicap, ayam masak kari, masak merah, masak hijau.. Ha masak hijau? Letak sos hijau (thailand) jadilah ayam masak hijau.. Hehe

Resepi Ayam Masak Halia

Bahan-Bahan Ayam Masak Halia
Isi ayam (ikut anda banyak mana)
3 inci halia muda (potong nipis memanjang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar seasoning
1 biji bawang merah (dimayang)
1 biji cili merah (dimayang serong)
Sedikit air
Garam
Gula
Sedikit minyak

Cara Membuat / Masak Resepi Ayam Masak Halia

1. Panaskan minyak.

2. Masukkan bawang dan halia. Tumis bahan tadi sehingga naik bau semerbak.

3. Kemudian masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak.

4. Selepas itu masukkan sos tiram, seasoning dan sedikit air ikut kepekatan anda.

5. Masukkan garam dan gula. Rasa masakan tersebut.

6. Akhir sekali, masukkan cili merah dan kacau.

7. Angkat dan hidangkan.

8. Boleh juga tabur sedikit daun bawang sebagai hiasan.

Bolehlah cuba resepi ayam masak halia yang mudah ni. Resepi @djdanchef

Lihat Juga:
- Resepi Roti Jala
- Resepi Pesakit Kencing Manis

Kredit Gambar: Puspanita JPNN


Baca Penuh Resepi Ayam Masak Halia

Kementerian Pelajaran Malaysia APRIL 2013: Jawatan Kosong Terkini

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini | Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) APRIL 2013 |Kerja Kosong Full Part Time

Salam, disini djdanchef nak umumkan jawatan kosong yang dibuka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia KPM sebagai:

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41, DG44 (KUP) & DG48 (KUP)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakn untuk mengisi kekosongan jawatan di Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney di Seluruh Malaysia.

Untuk syarat kelayakan dan cara memohon sila klik pautan ini.

TARIKH TUTUP: 30 APRIL 2013

Lihat Juga:
- Jawatan Kosong Kerajaan UITM 2013
- Jawatan Kosong Kerajaan Unimas April 2013


Baca Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia APRIL 2013: Jawatan Kosong Terkini

Sinopsis Drama Adik Kami Cerekarama TV3

Sinopsis Drama Adik Kami Cerekarama TV3 13 April 2013 | Lagu Tema Ost | Barisan Pelakon


Tadi djdanchef ternampak iklan drama Adik Kami, nampak macam drama ini penuh dengan air mata dan mungkin akan membuatkan penonton terpacak di kaca TV.


Sinopsis Adik Kami Cerekarama TV3


Drama Adik Kami mengisahkan permulaan Amirul yang kematian ibu dan bapanya. Dia terpaksa dibebankan mengambil alih tanggungjawab menjaga adiknya iaitu Intan, Mala dan Mia.


Keadaan Amirul makin mencabar apabila dia terpaksa menjaga seorang nenek yang nyanyuk. Pak Ngah yang sombong dan suka mengambil kesempatan pula memberi tamparan hebat kepada Amirul sebagai ketua isi rumah selepas kematian ibunya.


Amirul terpaksa untuk berhenti sekolah untuk bekerja bagi menyara adik beradiknya. Sambungan Sinopsis Adik Kami, Pak Ngah yang busuk hati dan sering mencari helah untuk kucar-kacirkan keluarga Amirul.


Neneknya yang menghadapi penyakit hilang ingatan terus memberi masalah kepada Amirul. Namun mampukah dia memikul semua tanggungjawab yang besar ini dengan usianya yang masih muda? - djdanchef


Barisan Pelakon Adik Kami


Ezlisa Loy, Faiz Fadzil, Syazana Samat, Nurain Halesya Mohd Rusli, Normah Damanhuri, Roy Azman dan Rashid Jaafar


Waktu Tayangan Adik Kami


Tarikh: 13 April 2013

Masa: 10 malam

Saluran: Slot Cerekarama TV3


Baca Juga:

- Sinopsis Drama Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3

- Sinopsis Dan OST Maafkan Aku Cerekarama TV3


Published with Blogger-droid v2.0.4
Baca Penuh Sinopsis Drama Adik Kami Cerekarama TV3

Thursday 11 April 2013

Rumah Mawi Dipecah Masuk Sebab BUNIAN

Rumah mawi di pecah masuk kena rompak punca dan sebab bunian

Hari ini djdanchef terbaca berita mengenai penyanyi popular suatu ketika dahulu iaitu Mawi dikhabarkan rumah mereka di pecah masuk oleh seorang pemburuh Indonesia.

1. Mawi dan Ekin Tiada Di Rumah

Kata Mawi, ketika itu dia tak ada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Ekin pula ke ibu kota atas urusan kerja.

Bagaimanapun, selepas kepulangannya, neneknya ceritakan semula kejadian itu semalam diikuti ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas bersama anaknya, Cahaya Malaika yang baru saja berusia setahun.

2. Buruh Ternampak Bunian

Katanya, sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika menjamah makanan.

Kemudian lelaki itu telah memecah masuk rumah Mawi selepas lelaki itu ternampak bayangan sepasang bunian.

“Kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian.

“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata Mawi menceritakan semula kejadian pelik di rumahnya, dekat Bangi Golf Resort, jam 2.30 petang kelmarin apabila seorang buruh Indonesia secara tiba-tiba dirasuk dan mengamuk di rumahnya. - djdanchef

GAMBAR: tingkap rumah mawi di baling batu.


Baca Penuh Rumah Mawi Dipecah Masuk Sebab BUNIAN

Wednesday 10 April 2013

Fizz Fairuz Pasang Bodyguard & Kembali Bersama Almy Nadia

Fizz Fairuz upah bodyguard dan kembali bersama Almy Nadia.

Kontroversi pertunangan yang melanda Fizz Fairuz telah menggemparkan Malaysia apabila disaat akhir Fizz Fairuz baru tahu tunangnya adalah isteri orang bahkan dikatakan telah mengenakan sihir ke atas Fizz Fairuz.

1. FIZZ FAIRUZ UPAH BODYGUARD

Sejak akhir-akhir ini, djdanchef difahamkan Fizz Fairuz sentiasa mengupah kira-kira empat orang pengawal peribadi sebagai langkah-langkah keselamatan ketika menghadiri apa-apa acara hiburan.

Selain itu, dengan memiliki pengawal peribadi membuatkan pergerakannya lebih mudah terutamanya apabila dikerumuni peminat ketika dia ingin mengejar masa untuk ke lokasi lain.

"Saya rasa lebih teratur pergerakan diri ini apabila mempunyai pengawal peribadi terutamanya ketika berada di majlis-majlis hiburan.

"Bagaimanapun saya tidak membawa mereka selalu, cuma ikut tempat yang bersesuaian sahaja." - Katanya.

2. HUBUNGAN FIZZ FAIRUZ DAN ALMY NADIA

Selepas kontroversi pertunangannya dengan isteri orang pada 10 Februari lalu, Fizz juga mengakui dia dan aktres Almy Nadia kembali menjalinkan hubungan sebagai teman rapat semula.

Bagaimanapun dia enggan terburu-buru untuk lebih serius dalam perhubungannya bersama Almy, kerana ingin menjaga hati wanita itu yang pernah terluka gara-gara perbuatannya.

3. FIZZ FAIRUZ DAN ALMY NADIA PERLUKAN SEDIKIT RUANG KEMBALI PULIH

"Saya dan Almy masih lagi kawan dan kami sering keluar bersama. Tetapi kami beri ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara-gara kesilapan saya dahulu.

"Lagipun saya tidak mahu terburu-buru, takut Almy kecewa lagi. Saya perlu menjaga hati dia dan keluarganya," tambah Fizz Fairuz.

Apa-apa pun semoga kembali pulih. 7 Tahun bercinta kot - djdanchef

Artikel Dahulu:
- Majlis Pertunangan Fizz Fairuz


Baca Penuh Fizz Fairuz Pasang Bodyguard & Kembali Bersama Almy Nadia

Tuesday 9 April 2013

Resepi Roti Jala

Sedap Resepi Roti Jala Berinti | Resipi Roti Jala Lembut Mudah Gebu | Roti Kirai Kuah Kari Daging Ayam Recipes | Blog Masakan

Roti jala? Makanan yang boleh dikatakan digilai ramai rakyat Malaysia terutama sekali yang jenis gila makan kari ayam, daging mahu pun ikan.

Selalunya roti jala ini dihidangkan pada hari-hari istimewa seperti Majlis Kahwin, Hari Raya Aidiladha dan Aildilfitri, Sambutan Hari Jadi dan lain-lain kenduri yang sangat istimewa.

Resepi Roti Jala

Bahan-Bahan Roti Jala

250 gm tepung gandum
320 ml santan (boleh ganti dengan susu segar)
1 biji telur
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
Minyak sapi untuk meleser kuali

Cara Masak/Membuat Roti Jala

Berikut adalah cara buat roti jala yang mudah:

1. Adunkan semua bahan sehingga sebati.

2. Kemudian tuangkan ke dalam mesih pengisar.

3. Blend (kisar) beberapa minit agar tidak bergentel.

4. Isikan adunan ke dalam acuan roti jala.

5. Cuba lakukan untuk kali pertama sekiranya adunan keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala

6. Kalau semuanya dah o.k, boleh jala di atas kuali leper yang telah dileser dengan minyak.

7. Biarkan masak. Dan boleh diangkat. Sekejap je.

Mudah saja kan? Boleh lah cuba resepi roti jala ni di rumah dan kalau dah siap jangan lupa hantar ke rumah djdanchef sekali. Hehe

Lihat Juga:
- Resepi Kuah Yong Tau Foo
- Resepi Lepat Pisang

Gambar: SajiOnline


Baca Penuh Resepi Roti Jala

Khasiat Tauge & Kelebihan Taugeh

Khasiat & Kelebihan Tauge |Cara Penanaman Pengeluaran Taugeh | Makan Tauge Dan Tanam Di Rumah

Siapa yang suka makan tauge? Sejujurnya djdanchef kurang sikit minat makan makanan yang terlalu banyak taugeh kalau kuantiti tu sikit boleh gagah lagi makan. Hehe.

Tapi! Sebenarnya tauge mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kita. Apa yang bagus nya tentang kebaikan khasiat taugeh ni yer?

Khasiat Tauge

1. Tauge dikatakan mampu
menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.
Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini semakin baik. Sama juga untuk wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur (ovum) yang dihasilkan.

2. Dapat mengurangkan penyakit bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

3. Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi.
Dimana Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

4. Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu menghindar daripada penyakit kanser payudara, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat monopaus.

5. Tauge sangat padat dengan antioksida kuat yang dapat menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.

6. Bahkan, tauge juga merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

7. Membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air.

Jadi selepas sudah baca tentang kebaikan taugeh bolehlah makan tauge banyak-banyak.

Tak pun boleh tanam tauge di rumah dan kalau ada rezeki boleh buka penanaman taugeh untuk perniagaan. - djdanchef

Lihat Juga:
- Khasiat dan kebaikan habbatus sauda


Baca Penuh Khasiat Tauge & Kelebihan Taugeh

12 Tips Ubah Tabiat Makan Yang Sihat Untuk Anak

Tips Ubah Cara Makan Yang Sihat | Tabiat Pemakanan Yang Seimbang Untuk Anak |Healthy Diet Change For Kids

Macam mana cara nak ubah tabiat pemakanan anak kita? Itu mungkin salah satu pertanyaan yang djdanchef rasa mungkin selalu ditanya oleh ibu bapa yang sangat menitikberatkan pemakanan yang sihat.

Disini ada beberapa cara yang boleh anda buat antaranya:

1. Tunjukkan contoh yang baik dengan tabiat pemakanan anda sendiri kepada anak-anak

2. Hidangkan makanan dan kudapan yang menyihatkan pada waktu biasa untuk mengelakkan "curi makan" sepanjang hari.

3. Jangan benarkan anak anda makan sambil menonton TV atau menyiapkan kerja rumah.

4. Buatkan waktu makan jadi kepada suasana yang gembira dengan menjamu selera seisi keluarga.

5. Boleh cuba kepada anak anda untuk 'memberi perhatian kepada perut mereka' dan makan hanya apabila lapar dan bukan mengikut tabiat.

6. Ajar anak-anak untuk mengunyah makanan dengan lebih perlahan dan nikmati makanan tersebut.

7. Mereka akan lebih cepat kenyang dan kurang kemungkinan untuk terlebih makan pada waktu makan.

8. Jangan simpan terlalu banyak makanan ringan yang berlemak tinggi yang tinggi kandungan gulanya.

9. Jangan jadikan kunjungan ke restoran makanan segera sebahagian daripada rutin mingguan.

10. Cuba libatkan anak-anak apabila menyediakan makanan kerana ini akan menyedarkan mereka tentang apa yang dimakan.

11. Jangan jadikan makanan sebagai umpan menenangkan anak-anak - sebaliknya beri perhatian, dengar dan dakap mereka.

12. Elakkan menggunakan makanan sebagai ganjaran sebab ini akan mengukuhkan idea bahawa makanan adalah sumber ketenangan.

Apa pun yang paling penting ibu bapa yang suka dengat diet sihat yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayuran segar adalah contoh yang baik untuk anak-anak.

Semakin kanak-kanak meningkat dewasa mereka cenderung untuk berpegang pada pola makan yang telah diamalkan di rumah.

Djdanchef berharap semoga tips ubah tabiat makan anak ini dapat membantu ibu bapa diluar sana.

Lihat Juga:
- Dato Sarimah Kongsi Tips Kesihatan Dan Kecantikan


Baca Penuh 12 Tips Ubah Tabiat Makan Yang Sihat Untuk Anak

Monday 8 April 2013

Keputusan Penuh Pemenang ABPBH APRIL 2013 |Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Senarai keputusan penuh pemenang dan juara abp anugerah bintang popular berita harian 2012 pada 7 april 2013.

Semalam telah berlangsung dengan jayanya majlis terulung Malaysia Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang diadakan pada 7 April 2013 di stadium putra bukit jalil

Dan berikut djdanchef senaraikan nama para pemenang yang berjaya menggodol trofi bagi kategori masing-masing.

Senarai Pemenang Anugerah ABPBH Bintang Popular Berita Harian 2013 (7 April 2013)

Artis Paling Popular ABPBH 2012
Shaheizy Sam

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Search

Artis Baru Lelaki Popular
Aiman Hakim Ridza

Artis Baru Wanita Popular
Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular
Black & Malique

Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz

Penyanyi Wanita Popular
Shila Amzah

Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz

Pelakon TV Wanita Popular
Nabila Huda

Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular
Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana

Pemenang Kategori Online ABPBH 2012

Berikut adalah para pemenang bagi kategori undian melalui online

Tahniah djdanchef ucapkan buat para pemenang

Kategori Online: 1. Watak jahat dalam filem atau drama popular
Sofi Jikan

Kategori Online: 2. Gandingan di layar serasi
Johan & Zizan Razak

Kategori Online: 3. Watak animasi tempatan popular ABPBH
Upin & Ipin

Kategori Online: 4. Artis berpengaruh di laman media sosial
Zizan Razak

Kategori Online: 5. Artis lelaki stailo
Zizan Razak

Kategori Online: 6. Artis wanita stailo
Melissa Francis

Kategori Online: 7. Artis Asia Paling Popular
Zizan Razak

Siapa pemenang dan siapa tak menang akhirnya telah terjawab. Tahniah buat sheheizy sam dengan kemenangan buat kali kedua, begitu juga zizan razak yang telah berjaya menggodol banyak anugerah online.

Tahniah djdanchef ucapkan buat semua para pemenang.

Lihat Juga
- Senarai Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2012


Baca Penuh Keputusan Penuh Pemenang ABPBH APRIL 2013 |Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Saturday 6 April 2013

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Resepi Kuah Yong Tau Foo Yang Sedap | Cara Membuat Kuah Yong Tao Fu | Blog Masakan Recipes.

Ada yang pernah makan Yong Tau Foo? Selalunya Yong Tau Foo dikaitkan dengan steamboat. Ada betulnya bagi bahan-bahannya tapi cara hidang dan cara buat kuah yong tau foo beza dengan kuah untuk steambot.

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Bahan-Bahan:
12 tangkai cili kering
1 Gula melaka atau kurozato
Sedikit bijan goreng
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 sudu besar tepung jagung (dibancuh bersama 50 ml air)
1 sudu kecil garam
Sedikit ajinomoto
Sedikit gula (sekiranya kurang manis)
Kacang tanah sangai yang ditumbuk.

Cara Membuat Kuah Yong Tau Fu
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili kering dan goreng sehingga garing.

2. Apabila sudah garing, kisarkan (blend) cili kering tadi dengan sedikit air. Ketepikan.

3. Panaskan air dan masukkan gula melaka. Kemudian masukkan cili kering telah dikisar tadi bersama belacan.

4. Biarkan sehingga mendidih.

5. Seterusnya untuk memekatkan kuah yong tau foo masukkan bancuhan tepung jagung. Dan kacau sehingga sebati.

6. Masukan garam dan ajinamoto. Sekiranya kurang manis tambahkan sedikit gula.

7. Akhir sekali, masukan bijan goreng dan kacau-kacau manja.

8. Tabur kacang tanah sangai yang ditumbuk dan siap untuk dihidang bersama yong tau fu.

Bolehlah cuba resepi kuah yong tau foo yang sedap dan mudah ini. Tak terlalu guna bahan-bahan yang terlalu banyak.

Yang penting resipi ni cepat, mudah dan sedap. - Djdanchef

Lihat Juga:
- Resepi Kek Coklat
- Resepi Menu Pesakit Kencing Manis

Gambar dari: minami133@myresipi.com


Baca Penuh Resepi Kuah Yong Tau Foo

Gambar Majlis Cukur Jambul & Akikah Anak Irma Hasmie & Reza Syah

Gambar Sekitar Majlis Cukur Jambul & Akikah Anak Bayi Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer.

Seminggu menyambut kehadiran anak sulung mereka, beberapa hari lalu Irma Hasmie dan suami telah pun adakan majlis akikah dan cukur jambul buat anak mereka yang pertama.

Nama anak mereka diberi nama Redza Syah Irfhan. Sedapkan nama tu. Irma Hasmie selamat bersalin pada 29 Mac 2013 yang lalu dan bayi seberat 3.93 kilogram.

Dan dibawah ni beberapa gambar di sekitar majlis akikah dan cukur jambul bayi mereka yang comel dan tembam tu. Hehe - djdanchef

Lihat Juga:
- Gambar Majlis Perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah
- Irma Hasmie Bakal Timang Anak Lelaki




Baca Penuh Gambar Majlis Cukur Jambul & Akikah Anak Irma Hasmie & Reza Syah