djchef Peragut Berdarah Teruk Di Belasah Di Maybank Seremban | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 25 April 2013

Peragut Berdarah Teruk Di Belasah Di Maybank Seremban

Gambar dari video peragut di belasah teruk dan berdarah di Maybank Seremban

Hari ini gempar di youtube! Seorang peragut dibelasah teruk oleh orang awam setelah cubaanya untuk meragut seorang lelaki telah GAGAL.

Video yang dimuat naik di Youtube siang tadi menunjukkan peragut itu berada dalam keadaan yang penuh berlumuran darah.

Pihak yang memuat naik video berkenaan menerangkan peragut tersebut cuba untuk meragut seorang lelaki India yang baru sahaja keluar dari sebuah bank.

Peragut tersebut bukan sahaja meragut, tetapi juga telah menetak mangsanya di bahagian muka. Namun dia kemudiannya berjaya ditahan orang awam.

Orang awam yang marah terus bertindak membelasah sehingga peragut tersebut pula berlumuran darah.

Kejadian dipercayai berlaku di Maybank, Seremban 2 kira-kira jam 3 petang tadi.

peragut berdarah di belasah di maybank seremban - Berita djdanchef



JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.