djchef CONTOH SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH|CUTI SAKIT | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday, 2 September 2012

CONTOH SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH|CUTI SAKIT

Carian contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah | cuti sakit amat penting untuk pekerja, pelajar dan murid membuat surat ini.

Pelajar , pekerja atau murid perlulah mempunyai surat cuti sakit daripada doktor dan anda boleh cuba menggunakan contoh surat rasmi tak hadir ke sekolah seperti di bawah:

Muhamad Kamarul Bin Ahmad
Blok A-13 ,Taman Pauh Indah,
10358 Kangar
Perlis.
___________________________________________
Guru Kelas 5 Cempaka
Sek. Keb. Tanjong Jejawi
Jalan Raja Putra,
10560, Ulu Pauh
Perlis.                              28/07/2012

Tuan/ Puan,

PER: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk pernyataan diatas , saya Ahmad Bin Latif waris penjaga Muhamad Kamarul B. Ahmad ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 27/07/2012 .

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula 26/07/2012 setelah pulang dari sekolah.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 26/07/2012 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor djchef bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,
(Ahmad Bin Latif)

Contoh bergambar

contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah, surat cuti sakit

Sekiranya anda mencari surat berhenti kerja boleh lihat:
- Contoh Format Surat Berhenti Kerja
- Contoh Notis Berhenti Kerja 24 Jam (Lawak Giler)



JOM SHARE ARTIKEL INI:

23 comments:

  1. mesti ramai yang cari surat2 rasmi camni..ciktom mmg suka kumpul 1 file...lain kali nak taip just edit2 je..hee

    ReplyDelete
  2. owh pakai format macam ni lagi ke? hari tu terjumpa kat satu blog format baru surat rasmi. lupa lak camana. sikit je bezanya pun

    ReplyDelete
  3. Bagus jugak ada contoh surat rasmi utk tidak hadir ke sekolah nih. As mak pak yg ada anak2 bersekolah,contoh surat camni mmg penting

    ReplyDelete
  4. kalau dulu, ponteng sehari dua alasan cakap je sakit msh diterima heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. astghfirullahalazim

      Delete
  5. bagusla... sbb hr tu ank tak sehat.. tak reti karang... sbb dh biasa pakai ayat pendek2..kah3...

    nnti leh buat rujukan ni,,,,,

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  6. boleh juga buat utk contoh surat tidak hadir ke kelas kuliah

    ReplyDelete
  7. oo bgus...cikgu terima surat cam ni..hehe

    ReplyDelete
  8. tajuk tu memang xbergaris ek

    ReplyDelete
  9. nak tanya sikit... ada sedikit tak faham di kepala surat... Nama di bahagian atas alamat pelajar tu,..nama pelajar atau ibu bapa pelajar?? ada sesiapa yang boleh mejnelaskan? terima kasih....

    ReplyDelete
  10. Minta izin copy and paste...Terima kasih...

    ReplyDelete
  11. ada tatabahasanya yang salah , berhati-hatilah semasa memandu ,

    ReplyDelete
  12. ubah sikit yerr...tapi tu pun dah TERBAEKK..best...sory kalau copy...tapi anda tidak kedekut...bagus..!

    ReplyDelete
  13. hehe bagus jugak ade cth surat..

    ReplyDelete
  14. aduhai,saya tiada sijil suti sakit

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  16. bagus...tapi klau ada org copy mesti bdx2 skolah ygnk ponteng skolah..

    ReplyDelete
  17. tq kpde penulis surat nie...sbb surat nie bantu sye untuk ponteng sekolah setiap hari ...hehehehe

    ReplyDelete
  18. .....trima kasih atas info...

    ReplyDelete
  19. jazakallah. terbaik ada contoh sebegini di internet.

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.