djchef May 2013 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Friday 31 May 2013

Resepi Kek Coklat Kukus

Resepi kek coklat kukus lembab mudah senang sedap Resipi Moist Chocolate Cake

Kek coklat ramai yang sangat suka dengan kek coklat termasuklah djdanchef. Asal nak makan kek saja mesti redah ke kedai kek.

Tapi apa salahnya kalau kita buat sendiri kek coklat. Hari ini djdanchef nak kongsikan resepi kek coklat, yang istimewanya bukan menggunakan kaedah bakar tapi dengan cara kukus.

Resepi kek coklat kukus,
gambar: bake4fun.blogspot.com


Resepi Kek Coklat Kukus
Sumber: zinita@myresipi.com

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus

A- Diayak
2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Serbuk Koko
1 sk Baking Powder
2 sk Bicarbonate of Soda


B- Dipukul guna hand mixer (sekejap sahaja)
3 biji Telur Gred A
2 cawan Gula Pasir Kasar (dikisar halus guna
blender kering)
1 cawan Susu Cair
1 cawan Minyak
1 tsp Coklat Emulco
1 cawan Air Panas (menggelegak)


Bahan Lain:
- Pengukus
- Loyang (saya guna loyang saiz 20cm)
- Kertas Minyak
- Aluminium foil




Cara Membuat / Memasak Kek Coklat Kukus

1. Pertama sekali. Sediakan pengukus. Tunggu sehingga menggelegak baru masukkan adunan kek ke dalam pengukus.

2. Gris loyang anda dengan marjerin, alas dengan kertas minyak dan gris sekali lagi.

3. Sementara menunggu air di dalam pengukus menggelegak, sediakan adunan. Tapis (ayak) semua bahan-bahan A. Ketepikan.

4. Di dalam mangkuk lain, masukkan 3 biji telur tadi, pukul sedikit dengan sudu/garfu.. cukup sehingga sebati antara putih dan kuning telur.

5. Masukkan gula yang dah dikisar halus tadi dan juga coklat emulco. Gaul sebati dengan sudu/garfu (tak perlu pukul sehingga kembang).

6. Masukkan susu cair dan minyak. Kacau sebati (Gunakan hand mixer lebih mudah).

7. Masukkan air panas dan kacau dengan hand mixer sehingga sebati.

8. Masukkan adunan dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil.Kukus selama 1 jam. Kalau api dapur kuat, lebih kurang 45-50minit dah boleh cuba cucuk dengan lidi sate. Kalau keluar licin, maksudnya dah masak.

Resepi Lain
- Resepi Kek Coklat


Selamat mencuba resepi kek coklat kukus ini bila ada waktu lapang. - Blog Masakan @djdanchef

Baca Penuh Resepi Kek Coklat Kukus

Thursday 30 May 2013

TAHNIAH! Mior Juara Kilauan Emas 3

Juara Kilauan Emas Musim Ke 3 Siapa Pemenang

Peserta dari Selangor iaitu Mior Yazid Ahmad menepati ramalan apabila muncul sebagai juara program Kilauan Emas musim ketiga (KE3) yang berlangsung di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Rabu.


Mior mendendangkan dua buah lagu iaitu Purnama dan sebuah lagu baharu ciptaan Adnan Abu Hassan berjudul Sampai Di Sini berjaya disampaikan dengan baik sehingga menambat hati juri dan pengundi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Juri profesional mewakili 70 peratus markah manakala penonton sebanyak 30 peratus.

Peserta berusia 44 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro yang bernilai RM90,000.

Mior turut memenangi Anugerah Khas Juri dan menerima wang tunai RM5,000.

Mior ketika ditemui berkata, dia berhasrat untuk meneruskan karier nyanyian bersama kumpulan yang ditubuhnya sejak 25 tahun lalu iaitu Sixth Pack.

Jelasnya, masih belum terlambat untuknya bergerak aktif sebagai penyanyi dan mengangga program KE sebagai platform terbaik buat karier seninya.

“Mungkin akan bersama kumpulan saya untuk bergerak aktif kerana selesa bersama mereka,” jelasnya.

Mior turut memberitahu dia masih belum mempunyai sebarang perancangan tentang wang kemenangannya itu.

“Saya tidak menyangka akan menang jadi belum mempunyai sebarang perancangan,” jelasnya.

Sementara itu, tempat kedua menjadi milik peserta dari Kedah iaitu Idris Mohd Shabidin, 51, dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Bagi tempat ketiga jatuh kepada Silahuddin Ali, 52, dan menerima hadiah berupa RM15,000 dan trofi.

Kesemua mereka diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Shake dan Ziana Zain.

Manakala komposer Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar bertindak sebagai guru vokal kepada para peserta.

Kilauan Emas akhir yang dihoskan oleh Raja Azura turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Shake, Ziana Zain, Ali Norpiah (Juara KE 1) dan Fuad (Juara KE 2).

Tahniah buat mior @djdanchef


Baca Penuh TAHNIAH! Mior Juara Kilauan Emas 3

Wednesday 29 May 2013

Makanan Yang Baik Dan Bagus Untuk Otak

Makanan Yang Baik Dan Bagus Untuk Otak Cerdas Pandai Minda Fikiran Bijak Anak-Anak


Semua daripada kita mempunyai otak. Tapi bila kita tengok orang marah mesti dia keluarkan ayat "ko tu tak ada otak". Hairan djdanchef macam manalah dia tu yang si orang tu tak ada otak.. haha

Berbalik kepada tajuk Makanan Yang Baik Untuk Otak Akal Fikiran, pengambilan makanan yang sesuai boleh mencerdaskan fikiran kita. Otak juga memerlukan makanan penting untuk berfungsi dengan lebih efisyen dan lebih baik.

Untuk memastikan otak kita berada berada dalam keadaan yang mantap, 5 contoh pemakanan yang sesuai haruslah diamalkan bukan sahaja untuk kesihatan otak sekaligus makanan ini bagus untuk dimanfaatkan oleh seluruh badan.

5 Makanan Yang Sihat Dan Bagus Untuk Otak

1. Buah Berri

Buah berri merupakan sumber yang berfungsi untuk meningkatkan tahap mental dan berfikir. Berri ini berupaya untuk melambatkan proses hilang ingatan bagi sesetengah orang. Kajian juga menyatakan buah berry mengandungi antioksida yang mampu menghalang kerosakan radikal bebas dalam badan.




2. Tiram

Kandungan zink dan zat besi yang terdapat dalam tiram mampu menjana pemikiran yang tajam dan pada masa yang sama meningkatkan keupayaan untuk mengingat kembali. Kedua dua zat makanan ini juga berkait rapat dengan kemampuan otak untuk lebih fokus terhadap sesuatu. Kekurangan dalam zink dan zat besi ini mengakibatkan kadar ingatan yang singkat dan lemah daya tumpuan.



3. Sumber Ikan

Ikan dikenali dengan sumber protein yang bagus. Tetapi tahukah anda, ikan juga kaya dengan omega-3 iaitu asid lemak penting yang membantu otak untuk menghasilkan tisu tisu yang baru untuk kekuatan otak. Sumber ikan juga memainkan peranan dalam menghalang penyakit Alzheimer dan hilang daya ingatan. Ikan salmon dan sardin merupakan antara contoh yang mudah anda dapatkan.



4. Koko

Antioksida yang terdapat dalam koko dikenali sebagai flavonol dikatakan membantu  peredaran darah ke otak, menguatkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan meningkatkan peranan salur darah. Kandungan koko ini juga berfungsi dalam daya tumpuan dan konsentrasi. Contoh yang terbaik? Coklat gelap.



5. Bijian dan kekacang

Bijian dan kekacang kaya dengan kandungan omega 3 dan omega 6 asid lemak serta mempunyai nilai kandungan folate, vitamin E dan vitamin B6. Kesemua nilai nutrisi ini memastikan otak anda berfungsi dengan lebih jelas dan melawan sindrom insomnia. Sesetengah kekacang dan bijian ini mengandungi thiamine dan magnesium, dimana baik untuk daya ingatan dan sesuai untuk golongan berumur.

Yang Terbaru:

Jadi jom kita amalkan pemakanan yang baik dan bagus untuk otak - kesihatan @djdanchef

Baca Penuh Makanan Yang Baik Dan Bagus Untuk Otak

Petua Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat

Tips Petua Untuk Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat Secara Alami

Jerawat! Tiada seorang pun yang inginkan jerawat berpesta dan berparti di atas muka kita. Kehadiran jerawat memang tak diundang tapi dia tetap datang tanpa rasa malu walaupun tuan muka tak jemput. Lama-kelamaan jerawat akan mengecut dan pastinya akan meninggalkan bekas parut jerawat di wajah kita dengan selamba nya.
cara menghilangkan bekas jerawat, cara hilangkan parut jerawat

Akibatnya, kita mula stress dan makin kurang keyakinan dengan adanya parut jerawat. Mulalah ke Watson, Guardian, Farmasi cari produk yang dapat hilangkan bekas jerawat ni pula. Jadi dibawah ini djdanchef nak kongsikan petua atau cara tradisional untuk hilangkan bekas parut jerawat secara alami.

Petua Menghilangkan Bekas Jerawat

1. Limau Nipis dan Asam

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda.

Kalau ada rasa pedih , itu hanyalah sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur atau asam keping dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa.

2. Pucuk Jambu Batu

Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Kemudiannya, gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi sekiranya mahu

3. Daun Pegaga

Ambil segenggam daun pegaga dan segenggam beras. Sedikit air. Caranya kisar semua bahan sehingga menjadi halus, sapukan ke bahagian muka dengan rata sebelum tidur. Biarkan sampai keesokan harinya dan bolehlah dibasuh seperti biasa.

4. Tomato

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosok muka dengan tomato. Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.

Petua Lain:
Cara Petua Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka dan Hidung
Petua Atasi Bayi Kembung Perut
Petua Cara Menghilangkan Sakit Gigi
Cara Mengatasi Masalah Sakit Lutut
Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat

Petua dan Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat- Kesihatan @djdanchef

Baca Penuh Petua Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat

Masalah Tidak Buang Air Besar dan Sembelit

Masalah Tidak Buang Air Besar - Sembelit Najis Berdarah Bayi Berak Keras Cara Elak Atasi Mimpi Susah Hamil Constipation

Masalah buang air besar atau lebih dikenali sebagai Sembelit mesti pernah terjadi kepada korang semua kan? Djdanchef pun tak terkecuali. Orang utara panggil ini masalah berak taik keraih (tahi keras).
Maaf kalau entri ini meloyakan. Diharapkan tak ada siapa-siapa yang tengah makan atau minum sambil baca entri ni. Haha
masalah buang air besar, masalah sembelit

Kadang-kadang masalah kesihatan ini kita dapat lihat melalui najis kita tapi nak buat macam mana orang kita rasa segan dan geli nak cerita pasal najis-najis ni.

Tanda-Tanda Kemungkinan Akan Terkena Sembelit/ Masalah Buang Air Besar
1. Tidak membuang air besar beberapa hari dalam lingkungan 3 hari keatas, atau membuang najis yang keras dan terlalu kering.
2. Perut selalu kembung dan kejang. Kadang-kadang rasa sakit.
3. Kurang selera makan
4. Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-
kanak cuba untuk menahan
pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan
5. Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak

Sebab atau Punca Sembelit dan Masalah Buang Air Besar
1. Kurang serat dalam diet
2. Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan
warga tua) dan selalu duduk dan kerap baring atas sofa dan katil (orang muda)
3. Pengubatan
4. Susu
5. Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (irritable bowel syndrome )
6. Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan
7. Penyalahgunaan julap
8.Suka tahan untuk membuang air besar
7. Kekurangan air
8. Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok
9. Masalah dengan kolon dan rektum
10. Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab)
masalah buang air besar, masalah sembelit

Petua Rawatan dan Cara Atasi Masalah Sembelit
Perkara yang paling penting untuk elakkan masalah buang air besar ialah perlu pastikan kita sentiasa makan makanan yang ada serat dan selalu minum air dengan cukup. Ini dapat membantu najis bergerak melalui usus dengan lancar dan menjadikannya lebih lembut.
1. Makan pelbagai jenis makanan yang mempunyai serat.
2. Makan banyak makanan bijirin penuh, buahan segar dan sayuran
3. Minum banyak air
4. Lakukan senaman secara berkala
5. Minum air yang masam sedikit seperti fresh orange
6. Julap
7. Jangan menahan untuk membuang air besar
8. Jumpa Doktor dengan segera.

Semoga info masalah buang air besar atau masalah sembelit ini dapat membantu anda. - Kesihatan @djdanchef


Baca Penuh Masalah Tidak Buang Air Besar dan Sembelit

Friday 24 May 2013

Senarai Kod Kos Jurusan dan Bidang Politeknik Konvensional

Senarai kode code kos course jurusan bidang di politeknik konvensional ilka metro program diploma apa

Salam, lepas habis SPM sudah tentulah ramai pelajar SPM telah membuat perlohonan ke IPTA dan juga politeknik. Dan sekarag ini djdanchef tengok dah jadi trend bila nak semak keputusan permohonan ke IPTA dan politeknik kalau calon itu berjaya mesti cuma keluar nama kod singkatan kos saja dan tak keluar nama penuh kos atau jurusan.

Politeknik juga tak terkecuali. Jadi dibawah ini djdanchef kongsikan senarai penuh kesemua kod jurusan dan bidang untuk Politeknik Konvensional.

Senarai Kod Kos Jurusan dan Bidang Politeknik Konvensional


Bil
Kod
Nama Program
1
EHD04
DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
2
EHD05
DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN
3
EHD06
DIPLOMA TEKNOLOGI BERASASKAN KAYU
4
EHD07
DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
5
EHD08
DIPLOMA SENI BINA
6
EHD09
DIPLOMA UKUR BAHAN
7
EHD10
DIPLOMA UKUR TANAH
8
EHD11
DIPLOMA KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR
9
EHD16
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK
10
EHD19
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK(KAWALAN)
11
EHD20
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK(KOMPUTER)
12
EHD21
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)
13
EHD26
DIPLOMA KEJURUTERAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
14
EHD28
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (RANGKAIAN)
15
EHD29
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (OPTOELEKTRONIK)
16
EHD30
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
17
EHD31
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
18
EHD32
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LOJI)
19
EHD33
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN)
20
EHD34
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PENYAMANAN UDARA & PENYEJUKBEKUAN)
21
EHD35
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PERTANIAN)
22
EHD38
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PLASTIK)
23
EHD39
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (TEKSTIL)
24
EHD41
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK
25
EHD42
DIPLOMA KEJURUTERAAN PROSES (PETROKIMIA)
26
EHD43
DIPLOMA KEJURUTERAAN PENYENGGARAAN PESAWAT
27
EHD44
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)
28
EHD45
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI PERMAINAN)
29
EHD46
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (REKABENTUK PEMBUATAN AUTOMOTIF)
30
EHD47
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (REKABENTUK PRODUK)
31
EHD48
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMASI)
32
EHD50
DIPLOMA AKAUNTANSI
33
EHD53
DIPLOMA PEMASARAN
34
EHD55
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN
35
EHD57
DIPLOMA PERNIAGAAN ANTARABANGSA
36
EHD58
DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN
37
EHD59
DIPLOMA PENGURUSAN PERUNCITAN
38
EHD60
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (E-DAGANG)
39
EHD61
DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN
40
EHD62
DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM
41
EHD63
DIPLOMA PENGURUSAN ACARA
42
EHD64
DIPLOMA PERKHIDMATAN MAKANAN (AMALAN HALAL)
43
EHD65
DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING
44
EHD66
DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN
45
EHD70
DIPLOMA REKA BENTUK GRAFIK
46
EHD72
DIPLOMA SENI DIGITAL
47
EHD73
DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM
48
EHD85
DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN (TAMAN & REKREASI)
49
EHD90
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN
50
EHD91
DIPLOMA BIOTEKNOLOGI
51
EHD92
DIPLOMA AGROTEKNOLOGI
52
EHD93
DIPLOMA TEKNOLOGI AKUAKULTUR
53
EHD94
DIPLOMA HORTIKULTUR LANDSKAP
54
00000
DIPLOMA DJDANCHEF

Yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Politeknik Primier Metro atau Konvensional djdanchef ingin mengucapkan tahniah dan yang paling penting belajar rajin-rajin dan cuba dapatkan pointer 3.50 dapatlah Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) atau di Universiti panggil Anugerah Dekan (Dean List) boleh naik atas pentas ambil sijil dan dapat join dinner untuk meraikan pelajar yang dapat dekan.

Senarai Kod Kos Jurusan dan Bidang Politeknik Konvensional @ djdanchef

Baca Penuh Senarai Kod Kos Jurusan dan Bidang Politeknik Konvensional

Wednesday 22 May 2013

Sajian Jus Untuk Juadah Minum Petang

Sajian Jus Untuk Juadah Minum Petang | Blog Resepi Minuman  | Minuman Yang Dapat Hilangkan Dahaga Musim Panas

Sekarang ini cuaca di negara kita sangat-sangat panas giler. Dan ramai yang lebih suka mencari air yang sejuk atau berais untuk hilangkan dahaga ketika waktu petang yang panas.

Disini djdanchef nak kongsikan antara minuman-minuman yang sangat berkhasiat dan pada masa yang sama sangat sedap sekaligus dapat menghilangkan dahaga.

TOP 5 JUS YANG BAGUS UNTUK MINUM PETANG

5. JUS BUAH UMBRA / KEDONDONG

Sesetengah orang panggil buah umbra dan kadang-kadang dikenalin sebagai ‘kedondong’. Di dalam Bahasa Inggeris pula, buah ini bernama ‘hog plum’. Buah umbra sesuai untuk yang ingin kuruskan badan sebab jus umbra sangat rendah kalori dan tinggi dalam fiber. Selain daripada memakan buah ini dengan kuah rojak, ia boleh dijadikan sebagai minuman yang sedap. Minumlah jus umbra dengan limau atau asam.

4. JUS BUAH ROSELLE



Sebenarnya masih ada lagi yang tahu Buah roselle yang berwarna merah pekat sebenarnya datang daripada keluarga yang sama dengan bunga kebangsaan negara kita, apalagi kalau bukan bunga raya! Rasa jus buah roselle seakan-akan macam Ribena, tetapi tanpa gula. Buah roselle dikatakan boleh membuang panas badan dan boleh bantu kurangkan berat badan.

3. AIR SERAI

Hah? Air serai? Erkkk... Bukan semua orang tahu macam mana rasanya air serai. Tapi, adakah korang tahu yang serai adalah sejenis herba yang boleh menyembuhkan batuk, selsema dan sakit tekak? Jika rasa tidak sihat ataupun rasa sakit tekak, cepatlah masak serai dengan air dan minum bersama madu. Pada masa yang sama, boleh menikmati minuman ini di restoren tertentu yang disaji dengan ais krim.

2. JUS DURIAN BELANDA

Buah durian belanda sedap dimakan dan dipercayai sangat bagus untuk badan manusia. Jus durian belanda dapat  melegakan haus dan juga menyembuhkan ulser serta penyakit yang berkaitan ginjal. Boleh juga buat jus durian belanda di rumah daripada membeli di pasar raya yang kebanyakkan jus durian belanda di dalam botol mengandungi kandungan gula yang tersangatlah banyak.

1. AIR KELAPA

Juara Jus Minuman yang dapat hilangkan dahaga waktu petang semestinyalah Air Kelapa. Kalau nak ikutkan Air Tebu yang nombor 1 sebenarnya tapi antara Air Tebu VS Air Kelapa, air kelapa mempunyai banyak khasiat daripada air tebu atau orang utara panggil air nyok.

Air kelapa mempunyai banyak potassium utuk memberi anda tenaga selepas bersenam. Selain itu, ia juga sesuai untuk melegakan rasa haus.

Sajian Jus Untuk Juadah Minum Petang @ djdanchef

Baca Penuh Sajian Jus Untuk Juadah Minum Petang

HAHA! Farah Asyikin Minum Air Suami Untuk Kekal Sihat?

Farah Asyikin Minum Air Suami Untuk Kekal Cantik dan Sihat Farah Ashikin Utusan Malaysia

Terkejut dan pada masa yang sama nak tergelak djdanchef baca kat ruang keratan surat khabar dari Utusan Malaysia pasal Farah Ashikin. Typo error iaitu salah ejaan atau salah ayat kadang-kadang memang terjadi kat sesetengah surat khabar.

farah ashikin minum air suami, farah asyikin minum air suami

Suratkhabar Utusan Malaysia Rabu 22 Mei 2013

Kalau typo "amalkan minum air suami' erk.. malu juga rasanya kalau kena typo macam ni. Harap pihak utusan malaysia dapat mohon maaf kepada Farah Asyikin. - djdanchef


Baca Penuh HAHA! Farah Asyikin Minum Air Suami Untuk Kekal Sihat?

Tuesday 21 May 2013

Episode 6 Sebenarnya Saya Isteri Dia

Ringkasan sebenarnya saya isteri dia episod 6|Novel lagu tema ost|Full download online.
Rumusan Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 6


Episode 6 Saya Sebenarnya Isteri Dia

Atas nasihat Datin Farizah, Syaf akhirnya berjaya dipujuk dan Syaf cuba mengambil hati Firash. Firash sebenarnya hanya marah-marah sayang tetapi dia tak tahu bagaimana nak tunjukkan rasa itu kerana ego, tambahan pula ada Haqimy yang boleh dianggap persaing.

Di Kuala Lumpur, Rania yang kecewa dengan sikap Datuk Fakhrul yang mula menunjukkan sikap mengongkong terus memberontak, serentak dengan itu jugalah dia bengang kenapa Firash masih gagal dia dapati serta dia berdendam kepada gadis(Syaf) yang mengagalkan rancangannya sewaktu dimajlis sambutan harijadinya.

Rania terfikir rancangan lebih jahat untuk mendapatkan Firash. Datuk Fakhrul pula dan mula dapat menghidu isterinya Aida ada menyimpan teman lelaki muda. Sehingga berlakunya pertengkaran, tetapi Aida bermati-matian tidak mengaku.

Kenduri Arwah berlangsung dalam suasana pilu, paling memilukan Syaf bila dia sekali lagi gagal untuk menziarahi pusara Farish atas desakkan Firash. - @djdanchef

Lihat Juga:
- Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 1 dan 2
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 3 - djdanchef
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 5
- Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 6


Baca Penuh Episode 6 Sebenarnya Saya Isteri Dia

Sunday 19 May 2013

Cara Mengatasi Sakit Lutut

Cara Mengatasi Sakit Lutut Kiri Kanan | Petua Punca Lemah Sendi Lutut Berbunyi | Masalah Tumit Shaklee Di Usia Muda Tua

Bila usia meningkat kita akan sering hadapi masalah lemah lutut ini. Walaupun djdanchef ini masih muda. eh muda ker? masih juga kadang-kadang sakit lutut. Sakit sendi lutut ini berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus bukan haus kerana dahaga tapi haus yang semakin nipis.

sakit lutut
sakit lutut

Apabila permukaan sendi haus, kadang-kadang boleh membawa sendi menjadi bengkak dan kebas. Kita sebagai manusia selalu menggunakan lutut setiap hari. Antara aktiviti yang melibatkan penggunaan lutut adalah:
1. Berjalan.
2. Duduk.
3. Berlari.

1) Sakit Lutut Juga Sering Serang Remaja Di Usia Muda

Penyakit sendi lutut ini bukan berlaku kepada golongan orang tua saja golongan orang muda pun sering kena masalah lutut ini.

Sekiranya seseorang itu sangat aktif bersukan, dia mungkin mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah, sakit lutut biasanya menyerang ketika mereka berusia 40-an.

Tapi apa pun serangan sakit lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau gaya hidup seseorang.

2) Wanita Lebih Sering Sakit Lutut Berbanding Lelaki

Tahukah anda, golongan wanita lagi senang diserang masalah sakit lutut ini berbanding kaum lelaki. Kenapa dan apakah punca nya?

Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam. Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.
sakit lutut, cara mengatasi sakit lutut, petua cara msalah sakit lutut

3) Punca dan Sebab Sakit Lutut

Berikut adalah 5 golongan yang berisiko tinggi menghadapi osteoarthritis (sakit sendi):

1. Pemain bola sepak atau aktiviti sukan yang melibatkan penggunaan lutut yang banyak contohnya ragbi dan lain-lain.
2. Individu yang mengalami obesiti.
3. Individu yang mempunyai lemah otot peha sejak dari kecil.
4. Individu yang sudah berusia.
5. Individu yang sering mengangkat barang-barang yang sangat berat.
6. Suri rumah yang selalu mencangkuk dan membongkok apabila membuat kerja dan ini akan memberikan tekanan berlebihan pada bahagian lutut.

4) Cara Merawat atau Mengatasi Masalah Sakit Lutut

1. Berurut/Mengurut
2. Elakkan kerap membongkok dan mencangkung
3. Elak kerap mengangkat barang-barangan berat.
3. Dan yang paling penting teruslah berjumpa dengan doktor. Jangan tangguh lama kelaman lutut anda akan bengkak kalau tak berjumpa dengan doktor.

Petua Lain:
Cara Petua Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka dan Hidung
Petua Atasi Bayi Kembung Perut
- Petua Cara Menghilangkan Sakit Gigi

Cara Mengatasi Masalah Sakit Lutut - Blog Kesihatan @djdanchef


Baca Penuh Cara Mengatasi Sakit Lutut

Wednesday 15 May 2013

Afiq Muiz Anak Derhaka, Buang Keluarga - Ibu

Afiq Muiz Anak Derhaka | Buang Keluarga Ibu| Lupa Diri Eina Azman

Apa yang telah terjadi dengan Afiq Muiz dan keluarganya? Djdanchef pun tak pasti

“Dia sudah berubah… seperti anak derhaka,” luah Hasliza Mohd, ibu kepada pelakon baru Afiq Muiz yang benar-benar kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.

“Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni. Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu,” ujar Hasliza sebak meluahkan rasa hatinya.

Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq Muiz yang disifatkannya sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.

Malah Afiq Muiz juga sudah tidak lagi tinggal bersama ibunya tetapi memilih untuk hidup berdikari bersama rakan-rakannya yang lain.

“Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan ini kepada media akan memulihkan kami
sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq.

“Tetapi rasanya inilah saja cara untuk dia (Afiq) membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah. Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya.

“Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu,” katanya.
afiq muiz dan eina azman

Lebih daripada itu ibu ini mendedahkan, dia turut menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasih Afiq yang berbaur ugutan dan kasar bahasanya.

“Saya sanggup membuat apa saja agar Afiq kembali ke pangkuan kami dan saya mahu dia kembali sedar asal usulnya yang datang dari keluarga susah. Ingat jasa ibu, ayah dan adik-adik ketika kami sama-sama mahu namanya naik dalam industri seni.

“Afiq… Umi (ibu) sayang Afiq. Jangan tinggalkan Umi… kembalilah pada Umi dan ingatlah… syurga itu di bawah telapak kaki ibu,” katanya sedih.

Sementara itu Afiq yang dihubungi berkata, dia dan ibunya tidak mempunyai sebarang masalah
dan merasakan ada pihak yang cuba memburuk- burukkan dia kepada keluarga dan pihak media.

“Saya tak ada masalah dengan ibu dan keluarga yang lain. Siapa yang pandai-pandai buat cerita
seperti ini?

“Kenapa mereka mahu memburukkan saya? Gosip seperti ini membuatkan saya tertekan dan kalau boleh saya tidak mahu layan lagi,” tegasnya.

djdanchef: harap Afiq Muiz dapat berbincang secara aman dengan keluarganya. - Gosip terbaru @djdanchef


Baca Penuh Afiq Muiz Anak Derhaka, Buang Keluarga - Ibu