djchef October 2013 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 30 October 2013

Set Collagen Plus Vit Vitamin E Harga Murah RM25

Set Collagen Plus Vit Vitamin E Whitening Beauty Harga Murah Borong Online Jual Beli Malaysia Testimoni

Set Collagen Plus Vitamin E


Collagen Plus diformulasikan dengan Vit C, AHA, Moisturizer, dan Vit E. Mengurangkan masalah kulit kusam dan melembapkan serta membuatkan kulit terasa gebu dan segar sepanjang hari.

1 Set Akan Dapat :
COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY SOAP
COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY DAY CREAM
COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY NIGHT CREAM


Collagen Plus Day Cream (Kuning)
Collagen Plus diformulasikan dengan Vit C, AHA, Moisturizer, dan Vit E. Mengurangkan masalah kulit kusam dan melembapkan serta membuatkan kulit terasa gebu dan segar sepanjang hari.Dipakai siang hari dengan cara menyapu rata secara nipis di serata wajah.

Collagen Plus Night Cream (Putih)
Collagen Plus Vit E juga diformulasikan dengan Vit C, AHA, Moisturizer, dan Vit E. Mengurangkan masalah kulit kusam dan melembapkan serta membuatkan kulit terasa gebu dan segar sepanjang hari. Untuk dipakai waktu malam selepas membasuh kulit dengan cara menyapu rata secara nipis ke serata kulit wajah. Dapat digunakan sebagai alas bedak / pelindung dari sinar matahari. Wajah akan kelihatan bersih dan
putih dalam masa secepat 1 minggu.

Collagen Plus Whitening Beauty Soap
Sabun yang berfungsi untuk membersih, melembap
dan melicinkan kulit tanpa menyebabkan kekeringan. Ia mampu memberikan hasil kulit sihat, bersih dan lebih cantik.

Kelebihan/ Fungsi
*Mencerah dan memutihkan muka
*Melicinkan kulit muka
*Kulit nampak tegang
*Melembabkan kulit yang kering
*Mengurangkan dan menghilangkan tompok HITAM di muka
*Mengurangkan dan menghilangkan PARUT akibat jerawat
*Mengatasi masalah jerawat dan jeragat.
*Mengatasi masalah kulit kusam dan tompok gelap bawah mata.
*Mengatasi masalah kulit berminyak
*Menstabilkan tona kulit
*Memutihkan wajah
*Menghilangkan bintik-bintik hitam, jerawat dan bekas jerawat di wajah
*Mengecilkan pori-pori
*Menganjalkan kulit wajah
*Membuat wajah putih dan berseri

Testimoni Review Set Collagen Plus Vitamin E






Cara Penggunaan dan Pemakaian:
1. Cuci muka telebih dahulu dengan Collagen Plus Whitening Beauty Soap.
2. Kemudian sapukan secara lembut Collagen Plus Day pada waktu siang dan Night Cream pada waktu malam.

Krim Siang (Kuning) Collagen Plus Vit E :
Untuk dipakai siang hari selepas membasuh kulit dengan sabun Collagen Plus Vit E dan sapu rata secara nipis di seluruh wajah dan leher. Boleh digunakan sebagai alas bedak / pelindung UV dari sinar matahari.

Krim malam (putih) Collagen Plus Vit E :
Untuk dipakai waktu malam selepas mencuci muka dengan sabun Collagen Plus Vit E dan cara menyapu rata secara nipis ke serata kulit wajah dan leher.

Wajah akan kelihatan bersih dan putih. Tiada kesan sampingan yang merbahaya. Pengelupasan mungkin akan berlaku pada sesetengah pengguna sahaja.

Testimoni Pembeli As Raffali Shop
Berikut adalah printcreen pembeli yang telah berjaya mendapat produk yang mereka order dengan kami, As Raffali Shop.


**DILARANG COPY PASTE PRINTCREEN PEMBELI AS RAFFALI SHOP DIMANA2 WEBSITE TANPA KEIZINAN KAMI.
HARGA 1 SET
RM25 (Semenanjung)
RM30 (Sabah Sarawak)
FREE POSTAGE

2 set = RM50 (Semenanjung), RM55 (Sabah Sarawak)
5 set = RM90 (Semenanjung), RM100 (Sabah Sarawak)

1 dozen = RM170 (Semenanjung) RM175 (Sabah Sarawak)

100% ORIGINAL yerr!

Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905 (As Raffali Shop)
Line/WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/asraffalishop
**NO CALL.Call tidak akan dilayan.
Jom order set collagen plus vitamin e murah sekarang.
Baca Penuh Set Collagen Plus Vit Vitamin E Harga Murah RM25

Gambar Anak Sabri Yunus

Kalau korang nak tau, inilah anak kepada Pelawak Sabri Yunus. Gambar yang tak pernah didedahkan mesia massa selama ni. Hensem dan Cute semuanya… kan?
l
l
l
l
l
l
l
l
V

l
l
l
V
Baca Penuh Gambar Anak Sabri Yunus

Fouziah Gous dan Suami Bulan Madu DI Krabi Thailand

FOUZIAH GOUS & ZHAFRAN BULAN MADU MENAIKI CRUISE KE KRABI!
KL, 22 OKT 2013:

Wah, sejak mendirikan rumah tangga pada 21 September lalu, Murai Batu lihat pelakon, Fouziah Gous dan suaminya, ZhafranYusof sering berkongsi foto-foto manis dan romantik di dalam laman sosial masing-masing. Malah, Murai Batu lihat mereka sangat bahagia bersama seperti dunia ini mereka yang punya.

Lebih bahagia lagi apabila Murai Batu lihat foto-foto yang dikongsi Fouziah yang kini sedang  berbulan madu di Krabi, Thailand. Menariknya, mereka ke Krabi dengan  menaiki kapal cruise. Amboi seronok betul Fouziah dan pasangannya menikmati percutian di atas kapal cruise dan pulau Krabi.

Malah, pasangan ini sempat berkongsi gambar-gambar serta video mesra dan romantik mereka di sana. Bila mereka bergambar atas kapal cruise tu Murai Batu lihat dah seperti dalam filem Titanic pula.

Selain, gambar-gamabr di atas Cruise, mereka juga sempat merakamkan gambar di tepi pulau Krabi yang tenang dan sangat cantik dengan laut yang biru.

Bukan sahaja Krabi, tak silap Murai Batu mereka selepas ini akan ke Phuket, Thailad juga.  Syok pula bila lihat orang bercuti tapi Murai Batu hanya boleh lihat sahajalah foto-foto yang dikongsi Fouziah sambil berangan sedang berada di sana.

Disini Murai Batu kongsikan foto-foto bulan madu mereka di sana ya!
Baca Penuh Fouziah Gous dan Suami Bulan Madu DI Krabi Thailand

Monday 28 October 2013

Gambar Majlis Perkahwinan Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah

Gambar Majlis Perkahwinan Pernikahan Persandingan Ashraf muslim Wan Sakinah Foto Kahwin Nikah

MUSLIM1

Pelakon Ashraf Muslim dan isteri keduanya, Wan Sakinah selamat melangsungkan majlis persandingan mereka pada minggu lalu setelah hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga.
Pada majlis itu, pasangan tersebut kelihatan segak dan anggun menggayakan persalinan berwarna hijau zamrud.
Pernikahan pasangan ini pernah menggemparkan industri hiburan tempatan apabila pelakon kelahiran Melaka itu dikatakan tidak mendapat keizinan daripada isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.
Pasangan yang bernikah di Thailand pada awal Julai lalu kini sedang menantikan kehadiran anak sulung apabila Sakinah disahkan hamil, baru-baru ini.
Tahniah diucapkan kepada mempelai, semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat dan diharapkan Ashraf dapat menggemudi dua orang rumahnya dengan adil dan saksama.
MUSLIM
MUSLIM1
MUSLIM2
MUSLIM3
MUSLIM4
Baca Penuh Gambar Majlis Perkahwinan Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah

Remaja Makin Suka Upload Gambar Cium Di Facebook

Rasa sedih ada, nak marah pun ada malah lagi banyak bila tengok cara budak-budak sekarang yang makin menipis rasa malu.
Jika sebelum ini ada video remaja baru nak akil baligh dah pandai luahkan sayang melangit pada kekasih, sejak akhir-akhir ini makin ramai pula menggunakan gambar untuk berkongsi perkara serupa.
Remaja Makin Galak Kongsi Gambar 'Romen' Di FB

Yang tak tahan tu, paparkan gambar mencium kekasih lepas itu siap minta didoakan semoga hubungan mereka kekal.
Apa kejadahnya campur adukkan doa dengan perkara maksiat dik? Mustahil asas agama pun tak tahu, kan.
945171_412795142151283_1576697382_n
Yang ini pula, gambar tengah ‘comolot’ baik punya pun nak dimuatnaik di Facebook. Apa agaknya yang ada dalam fikiran saat mereka menekan butang share ye?
Mungkin mereka rasa perbuatan ini sesuatu yang urban lagi hip untuk dipertontonkan agaknya.
Mungkinkah mereka lupa, kalau pun mereka tidak ada rasa malu tapi keluarga terutama ibu bapa pasti ada perasaan begitu jika melihat anak yang baru setahun jagung sudah ‘advance’ sampai begini rupa di belakang mereka.
Silap-silap yang sedap anak yang tak tahu malu ini tapi yang bakal dipersalahkan sah-sah ibu bapa padahal depan mereka si anak mungkin pijak semut pun tak mati.
260136_621961081165511_745000895_n
Di bawah ini pula, tersilap menimbang perkara yang betul dan salah. Memanglah gambar yang dimuatnaik bukan gambar dengan bukan muhrim tapi sedar tak sedar, apa dilakukannya menghampiri dosa yang lebih besar.
Kononnya daripada dicium lelaki lebih baik berciuman dengan sesama jenis.
923336_623242277704058_619080254_n
Kesimpulannya tak kisahlah bagaimana posisi mahu pun alasan gambar dimuatnaik, budak-budak zaman sekarang nampaknya makin nipis akhlak, iman dan malu.

Baca Penuh Remaja Makin Suka Upload Gambar Cium Di Facebook

Gambar Mizz Nina Berhijab Cantik Bertudung

Selepas selesai mengerjakan ibadah haji baru-baru ini, penyanyi lincah, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dilihat mula menggenakan hijab, jauh berbeza dengan imejnya yang seksi dan daring sebelum ini.
Walaupun belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini, namun isteri kepada Noh Hujan ini sudah mula berkongsi imej muslimahnya itu kepada pengikutnya di laman Instagram miliknya.
Semoga Mizz Nina istiqamah dengan penghijrahannya ini dan memang Nina nampak semakin berseri-seri dengan imej terbarunya itu
Sedangkan pantai lagikan berubah, inikan manusia ye tak…
MIZZ

MIZZ1

MIZZ2
Baca Penuh Gambar Mizz Nina Berhijab Cantik Bertudung

Liyana Jasmay Hamil 10 Minggu

KUALA LUMPUR, 22 OKT 2013: Pelakon, Liyana Jasmay mengesahkan dia kini sudah pun hamil 10 minggu dan sedang mengalami alahan yang sangat teruk.

Liyana Jasmay berkata dia bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya itu. Malah gembira melihat suaminya, Fathudin Mazlan yang begitu teruja dan terharu saat mendapat berita itu.

“Alhamdulilah, saya sangat bersyukur dengan rezeki ini dan kandungan saya pun sudah cukup 10 minggu. Suami saya orang yang paling gembira dan terharu apabila mendapat tahu berita ini kerana dia memang sangat sukakan budak-budak.

“Cuma agak sedih sedikit kerana terpaksa berjauhan dengan suami saya tetapi saya beryukur kerana dia amat prihatin dan akan pulang setiap hari minggu dari Sabah ke Kuala Lumpur untuk menemani saya. Malah ketika awal kehamilan saya dia telah menjaga saya selama seminggu disini kerana saya demam.

“Sejak hamil, saya hanya berehat di rumah sahaja kerana sedang mengalami alahan yang sangat teruk.

Sehingga naik kereta atau apa pun yang bergerak saya akan mual dan muntah. Malah apa saja yang saya makan pasti akan saya muntahkan kembali.

“Tapi mungkin selepas 4 bulan hamil dan alahan pun sudah berkurangan, saya akan ke Sabah bersama suami di sana,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Seri Pacific, dekat sini. Suaminya kini menjalankan perniagaan sendiri di Sabah.

Menurut Liyana Jasmay, dia akan menolak tawaran lakonan sepanjang dia hamil kerana bimbang tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya.

“Saya akan bekerja disebalik tabir dalam bidang produksi untuk syarikat saya dan akan mengikuti promosi untuk beberapa filem pada November dan Disember ini.

“Namun, untuk berlakon saya rasa saya terpaksa menolaknya kerana saya dapati saya terlalu lemah sejak hamil ini. Mungkin untuk kemunculan beberapa babak mungkin boleh tetapi untuk memberi komitmen sepenuhnya pada watak yang besar, saya rasa mungkin tidak.

“Tapi saya yakin, selepas bersalin dan pantang mungkin saya akan kembali berlakon, InsyaAllah,” luahnya lagi.

Liyana Jasmay bakal muncul dalam filem Papadom 2 bersama Afdlin Shauki pada November ini.
Baca Penuh Liyana Jasmay Hamil 10 Minggu

Sunday 27 October 2013

Bekas MP Balik Pulau Meninggal Dunia

Bekas MP Balik Pulau Meninggal Dunia
GEORGETOWN – Bekas Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Mohd Zain Omar meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang awal pagi tadi.

Mohd Zain, 71, meninggal di rumahnya di Kampung Masjid, Bayan Lepas pada pukul 3.35 pagi selepas lebih sebulan uzur.

Beliau juga mengidap kencing manis.

Isteri Allahyarham, Datin Mahani Shahidan, 69, berkata jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bayan Lepas selepas solat Zohor.

“Beliau telah dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas Aidilfitri dan baru dibenar pulang ke rumah minggu lepas. Kami sekeluarga sentiasa bersamanya semasa dia terlantar sakit hinggalah saat beliau menghembus nafas terakhir,” katanya kepada pemberita.

Yang turut menziarah jenazah Allahyarham ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Tan Sri Annuar Musa dan beberapa pemimpin Barisan Nasional.

Mohd Zain meninggalkan tiga orang anak iaitu Marziani, 46, Mohd Zaini, 42, Mohd Zairani, 37, dan lapan orang cucu.

Allahyarham bergiat aktif dalam politik sejak 1960-an dan pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas dan Teluk Kumbar serta anggota exco kerajaan negeri di bawah pimpinan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu.

Beliau juga merupakan bekas Pengurus Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang dan pernah membawa Skuad Harimau Kumbang itu menjuarai Liga Perdana pada tahun 1998. – BERNAMA
Baca Penuh Bekas MP Balik Pulau Meninggal Dunia

Johan As'ari akui terpaut dengan seorang artis


johan asari akui terpaut dengan seorang artis
Source : cinema.com.my
25 Okt - Pelakon popular, Johan As'ari mengakui dirinya kini sudah terpaut dengan seorang wanita yang juga merupakan selebriti, namun Johan enggan meluahkan perasaan hatinya kepada wanita itu.

"Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih.

"Pada saya biarlah kami diijabkabul dahulu, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andai kata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri," ujar Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Malah, pelakon berusia 27 tahun ini juga memberitahu bahawa dia mempunyai perancangan untuk bertunang pada tahun ini, namun ia hanya sekadar rancangan sahaja.

Tambah Johan lagi,dia berasa selesa dengan wanita tersebut kerana mereka saling mempercayai dan tiada timbul rasa cemburu.

"Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu.

"Malah, kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi. InsyaAllah saya akan sebarkan pada semua, doakan ya."

Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan filem terbaru bergandingan dengan pelakon jelita Siti Saleha dalam "Balada Pencinta" arahan Khir Rahman yang telah ditayangkan pada 24 Oktober lalu.
Baca Penuh Johan As'ari akui terpaut dengan seorang artis

Saturday 26 October 2013

Royal Slim Lishuo Magic Harga Murah RM100

Royal Slim Lishuo Magic Harga Murah Borong Pemborong Jual Beli Online Review Enot Testimoni

PRODUCT ROYAL SLIM LISHUO MAGIC yang terbaru dalam bentuk sachet. Sudah cuba bermacam-macam produk kuruskan badan tapi masih tak berjaya? Jom cuba Royal Slim Lishuo Magic di mana pengasas produk ini sendiri berjaya buktikan dia umpama peti ais bergerak dulu, sekarang dah slim. Bukan mudah bukan? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Testimoni-testimoni pengguna lain juga banyak. 

Enot salah seorang pelakon Malaysia juga minum dan jual product ni dan berjaya  turunkan berat badan dan masih dalam proses penurunan berat badan. Kita doakan semoga dia berjaya mencapai berat yang diidamkan.

ENOT ROYAL SLIM LISHUO MAGIC


KEBAIKAN & KELEBIHAN ROYAL SLIM LISHUO MAGIC MURAH

✔ Menjadi kenyang selama 8 jam

✔ Menjadikan waktu makan lebih teratur

✔ Sesuai utk yg mempunyai masalah berat badan

✔ Membuang toxin dlm badan

✔ Mencantikkan struktur kulit

✔ Memperbaiki hormon

✔ Mengecutkan jerawat

✔ Memudarkan jeragat

✔ Memutihkan kulit

✔ Mengandungi COLLAGEN

✔ Boleh diambil oleh pengidap kencing manis & darah tinggi

✔ Sesuai utk Lelaki & Wanita

✔ KKM Approval

Testimoni & Review Royal Slim Lishuo Magic











Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & HALAL & Farmasi
ROYAL SLIM LISHOU MAGIC

Royal Slim Lishuo Magic Bahaya ? Royal Slim selamat digunakan ok!

CARA PENGAMBILAN ROYAL SLIM
 1. CAMPUR 1 SACHET ROYAL SLIM LISHUO MAGIC DENGAN AIR BIASA 200ML 
2. SHAKE-SHAKE SAMBIL MENARI-NARI
3.  AMBIL SEBELUM SARAPAN ( 1 hari sekali )
4. UNTUK LEBIH EFEKTIF MINUM SEKURANG-KURANGNYA 3 LITER AIR SEHARI
5. KURANGKAN MAKAN MAKANAN BERAT PADA PAGI DAN MALAM
6. JIKA LAPAR MAKAN SAJA BUAH-BUAHAN SEPERTI EPAL

Apa kesan Sampingan produk ini?
- Kemungkinan anda akan berasa lapar ini kerana disebabkan proses pembakaran lemak sedang berlaku didalam badan anda ini adalah normal. Sekiranya anda merasa mempunyai alahan selepas minum produk ini digalakkan untuk berhenti sementara waktu mungkin badan anda tidak dapat bekerjasama dengan produk ini.
Testimoni Pembeli As Raffali Shop
Berikut adalah printcreen pembeli yang telah berjaya mendapat produk yang mereka order dengan kami, As Raffali Shop.


**DILARANG COPY PASTE PRINTCREEN PEMBELI AS RAFFALI SHOP DIMANA2 WEBSITE TANPA KEIZINAN KAMI.

HARGA:
1 KOTAK (20 SACHET)
RM100 (Semenanjung)
RM110 (Sabah Sarawak)
FREE SHAKER
FREE POSTAGE

2 Kotak = RM200 (Semenanjung), RM210 (Sabah Sarawak)
3 Kotak = RM280 (Semenanjung), RM290 (Sabah Sarawak)
5 Kotak = RM450 (Semenanjung), RM470 (Sabah Sarawak)

Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905 (As Raffali Shop)
Line/WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/asraffalishop
**NO CALL.Call tidak akan dilayan.
Jom cuba produk ni cepat! - djdanchef
Baca Penuh Royal Slim Lishuo Magic Harga Murah RM100

Solution To Dry Eyes

If you're a contact lens-wearer, you may be more prone to dry-eye syndrome. Contact lens materials absorb protein and other component matter of tears such as water, electrolytes, lipids and mucins that create dry sports on the lens. Advanced Medical Optics (AMO), makers of Blink™ Contacts Eye Drops, has conducted a survey to find the top three situations or locations that contact lens users deemed the most drying to eyes. About 100 contact lens users aged 17 to 55 participated in the 2007 survey.


Topping the list was the use of computers, as reported by 68.8% of the respondents. The result was backed by a Ohio State University study which found blink rates decreasing from an average of 15 blinks per minute when the eyes were relaxed, to 7.5 blinks a minute when squinting even just a little at a computer screen. As blinking replenishes the tear film and provides relief from dryness, staring without blinking even for short spells can quickly dry the eyes because the tear film evaporates more rapidly during non-blinking phases.


Coming in at second place with 14% of respondents saying that it causes their eyes to feel most dry was the environment at clubs and pubs. Research has found that smoke, including cigarette smoke contributes to dry eyes. Airplane cabins were voted the third environment that is most drying to eyes, as polled by 7.5% of the respondents, due to the low cabin humidity. Humidity of around 50% is the optimum level for comfort, while in-flight cabin humidity on long distance and high-altitude flights often approaches a very arid 1%. Other environments that cause dry eyes were cinemas, as polled by 5.4% of the respondents and shopping malls, by 2.2%.


Contact lens users with dry-eye syndrome should avoid regular eye drops; these actually aggravate the situation. Instead, choose re-wetters. AMO blink™ contains sodium hyaluronate, which occurs naturally in the tear film to help moisten and lubricate eyes. It uses a peroxide-free, non-sensitizing preservative, which dissolves when exposed to light for fresher, cleaner eyes with no build-up on contact lens.

Baca Penuh Solution To Dry Eyes

Inti Pati Bajet 2014

INTI PATI BAJET 2014

KUALA LUMPUR – Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema’Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada Jumaat.

* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus.

* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.

* Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.

* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC). * Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC. * Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.

* Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.

* Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek * Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah. * Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

* Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta. * Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.

* Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.

* Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.

* Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

* Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.

* Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa ‘close-out netting’ menerusi kontrak kewangan.

* Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

* Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.

* Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.

* Kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama 3 tahun sehingga 31 Dis 2016.

* Menyediakan Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bilion bagi membiayai projek infrstruktur pelancongan.

* Fasa kedua projek ‘High Speed Broad Band’ (HSBB) dengan kos pelaburan RM1.8 bilion dan kelajuan Internet mencapai 10 megabits sesaat untuk dimanfaat 2.8 juta isirumah di seluruh negara.

* 1,000 menara pemancar komunikasi dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion untuk meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar.

* Kabel dasar laut yang baharu dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos RM850 juta untuk tingkat capaian Internet di Sabah dan Sarawak.

* Kerajaan bercadang tingkatkan sumbangan dalam Skim Persaraan 1Malaysia daripada 5% kepada 10 peratus, iaitu daripada jumlah minimum RM60 kepada RM120 setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 sehingga akhir 2017.

* Insentif RM500 sekali bayar kepada pencarum Skim Persaraan Swasta yang mempunyai pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 bagi tempoh 5 tahun.

* RM6 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan program pertanian mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.

* RM2.4 bilion bantuan subsidi dan insentif merangkumi subsidi baja, benih, pengeluaran padi, harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan.

* Peruntukan RM243 juta bagi pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan.

* RM634 juta diperuntukkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkat produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi.

* Kerajaan akan melaksanakan projek ternakan udang kara di Semporna, Sabah yang dapat mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan.

* Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 Nov, 2013.

* Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.

* Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.

* Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS. * Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Disember, 2017.

* Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Dis, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan. * Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).

* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.

* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.

* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

* Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.

* Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.

* Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Disember, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.

* Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).

* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.

* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.
Baca Penuh Inti Pati Bajet 2014

Friday 25 October 2013

Masuk Syurga Kerana Bulu Mata

Masuk Syurga Kerana Bulu Mata
SEORANG hamba ALLAH SWT diadili di hari pengadilan kelak, dia menghadapi tuduhan kerana mensia-siakan hidupnya di dunia demi untuk berbuat maksiat.
Sebaliknya, dia berkeras membantah dengan mengatakan tidak pernah melakukan perkara berkenaan.
Dia menafikan apabila malaikat memberitahu mengenai kesalahannya: “Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”
Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”
Tiba-tiba mata berbicara, “Saya yang memandang.”
Disusuli dengan telinga, “Saya yang mendengar perkara itu.”
Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”
Bibir pun mengaku dengan selambanya, “Saya yang merayu.”
Lidah menambah dengan berani, “Saya yang menjilat dan menghisap.”
Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.”
Kaki pula menyusul, “Saya yang berjalan dan berlari semasa itu.”
“Kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian mengenai perbuatan aibmu.” kata malaikat lagi.
Lelaki tersebut tidak mampu menyatakan apa-apa hujahan lagi lantas dia berputus asa dan berduka kerana sebentar lagi akan dihumbankan ke dalam panasnya neraka jahanam.
Dia berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindung. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara halus yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, “Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata.”
“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.
Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?
Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga. -Sinar Harian
Baca Penuh Masuk Syurga Kerana Bulu Mata

GAMBAR: Majlis Khatam Al-Quran Diana Amir Menjelang Pernikahan

Diana Amir Dan Tunang Bernikah Hari Ini

Pada malam tadi, telah berlangsung majlis khatam Al-Quran, majlis doa selamat dan berinai.
Majlis diadakan di bangunan pejabat Metrowealth.
Menurut laporan blog beautifulnara majlis ini kelihatan ringkas tetapi elegan, kerana apa yang penting dan dituntut ialah mengharapkan keberkatan Allah.
Diana Amir begitu anggun dan ayu apabila mengenakan tudung dan busana rona ungu muda dan putih.
Lebih menarik, majlis khatam Al-Quran berkenaan dikendalikan sendiri oleh Habib iaitu tunang Diana.
Diana sebelum ini memberitahu beliau sudah yakin dan percaya akan kemampuan yang dimiliki oleh tunangnya itu bagi mengemudi bahtera perkahwinan mereka nanti.
Gambar di bawah merupakan gambar ketika majlis Khatam Al-Quran berkenaan semalam.
DianaAmir02
Baca Penuh GAMBAR: Majlis Khatam Al-Quran Diana Amir Menjelang Pernikahan

Thursday 24 October 2013

Penerbit Filem Hina Nabi Muhammad S.A.W Masuk Islam & Tunai Haji

RIYADH, (Bernama) - Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.

Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.

Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.

"Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.

"Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.

Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke tanah suci. Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.

"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam.

"Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini.

“Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.

"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.

"Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.

"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya.

Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke tanah suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.

Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi.
Baca Penuh Penerbit Filem Hina Nabi Muhammad S.A.W Masuk Islam & Tunai Haji