djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Thursday, 15 August 2013

Doa dan Surah Sembuhkan Penyakit Kanser

Salam semua, hari ini baru ada mood nak buka blog dan facebook. Tetiba djdanchef terbaca di wall seorang rakan djdanchef yang kongsikan 1 artikel tentang doa dan surah-surah yang boleh sembuhkan dan ubati penyakit kanser tertutama kanser barah payu dara.


Doa-doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser:

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1 - Istighfar 10x.
2 - Salawat Nabi 10x.
3 - Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1 - Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2 - Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3 - Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4 - Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5 - Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6 - Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7 - Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8 - Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada sahabat sekalin, tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Baca Penuh Doa dan Surah Sembuhkan Penyakit Kanser

Wednesday, 1 May 2013

Doa Serah Terima Tugas Dan Jabatan

Teks Majlis Doa Serah Terima Tugas Jabatan Jawatan|Anggota Pegawai Sekolah Ketua|Himpunam doa ringkas

Doa Serah Terima Tugas / Jabatan (Sertijab)

Doa dalam rumi bahasa melayu

"YA ALLAH YA TUHAN KAMI…

TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, KAMI HAMBA-HAMBAMU MENADAH TANGAN MEMANJATKAN KESYUKURAN KE HADRATMU

SEMOGA MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS ……………… PADA PAGI/PETANG INI DILIMPAHI DENGAN KEBERKATAN DAN KEREDHAAN DARIMU YA ALLAH.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI…

TUHAN YANG MAHA PEMURAH, TUHAN YANG MEMPERKENANKAN SEGALA PERMOHONAN ,

KAMI MEMOHON SEPENUH HARAPAN DAN BANTUAN, AGAR DIKURNIAKAN KEPAD PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI INI KEKUATAN, TAUFIQ DAN INAYAHMU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS YANG TELAH DIAMANAHKAN .

YA ALLAH …..

TUHAN YANG MEMILIKI KEKUASAAN DAN KEAGONGAN , KAMI POHON SEGALA PERTOLONGAN, LINDUNGILAH DIRI KAMI DARIPADA SEGALA SIFAT MAZMUMAH, DAN JADIKANLAH KAMI DI KALANGAN ORANG YANG JUJUR DAN IKHLAS,

AGAR KAMI DAPAT MENINGKATKAN LAGI MUTU KERJA DAN TAHAP AMAL IBADAT KAMI UNTUK KECEMERLANGAN DI DUNIA DAN KESEJAHTERAAN DI AKHIRAT."

Koleksi Doa Lain:
- Doa Majlis Perpisahan Persaraan
- Doa Kepada Orang Tua Ibu Bapa
- Doa Surah Nabi Yusof Seri Wajah

Harap doa serah terima jabatan ni bermanfaat. -djdanchef


Baca Penuh Doa Serah Terima Tugas Dan Jabatan

Thursday, 25 April 2013

Contoh Doa Majlis Perpisahan

Contoh Teks Doa Majlis Perpisahan|Pengetua Guru Besar Kakitangan Pegawai Pelajar|Doa Persaraan Dalam Rumi Bahasa Melayu

Salam, setiap daripada kita pasti akan ada majlis perpisahan selalunya majlis perpisahan kali pertama dalam hidup kita selalunya pada waktu menjadi zaman pelajar. Kemudiannya baru lah di alam pekerjaan.

Disini djdanchef kongsikan contoh doa di majlis perpisahan yang ringkas dan anda juga boleh ubah ikut kesesuaian majlis.

Doa Lain
- Doa Kepada Ibu Bapa
- Doa Pemanis Wajah Penyeri Muka

"SEGALA PUJI UNTUKMU YA ALLAH DI ATAS SEGALA NIKMAT PEMBERIAN YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, DI HARI YANG BERBAHAGIA INI, KAMI MEMOHON AGAR MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI/ANGGOTA PADA HARI INI MENDAPAT KEBERKATAN DAN RAHMAT DARI MU YA ALLAH.

YA ALLAH, KAMI JUGA MEMOHON KESELAMATAN AGAMA, KESIHATAN JASMANI, PERTAMBAHAN ILMU, KEMURAHAN REZEKI, KESELAMATAN DARIPADA SEGALA DOSA, MENDAPAT KEAMPUNAN DARI MU SEMOGA MENCAPAI SEGALA KEBAIKAN DAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT."

Semoga bermanfaat. Doa Harian -djdanchef


Baca Penuh Contoh Doa Majlis Perpisahan

Monday, 18 March 2013

Doa Untuk Ibu Bapa

Doa kepada kedua dua ibu bapa kita | Doa untuk ibu bapa dan orang tua dalam bahasa melayu

Mak, Ibu, Ummi dan juga Ayah, Bapa, Abah adalah insan yang telah berjasa dan berkorban untuk kita sejak kecil kita dilahirkan sehingga dewasa kini. Tanpa mereka juga, tiadalah kita di dunia ini, melihat keindahan, cabaran dalam kehidupan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi.

Namun, berapa ramaikah antara kita yang selalu berdoa kepada ibu bapa kita sendiri? Doa anak kepada ibu bapa sangat berkat dan mulia. Doa-doa ini akan membantu ibu bapa kita di sana nanti.

Berikut djdanchef kongsikan doa-doa untuk ibu bapa kita berserta gambar dan juga dalam rumi.

doa untuk ibu bapa, doa kepada kedua ibu bapa, doa untk kedua orang tua

" ALLAHUMMAGHFIRLI DZUNUBI WALIWALIDAYYA WARHAMHUMA KAMA ROBBAYANI SOGHIRO."

Makna / Maksudnya:

"Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.”

Anak yang soleh adalah anak yang sentiasa berdoa untuk ibu bapanya.


Baca Penuh Doa Untuk Ibu Bapa

Thursday, 26 July 2012

DOA PENYERI DAN PEMANIS WAJAH DAN MUKA SURAH NABI YUSUF

Doa penyeri , pemanis dan pengasih wajah / muka surah nabi yusuf. Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf.

Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)

Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku"

Doa Penyeri, Pemanis dan Pengasih Surah Nabi Yusuf

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Caranya:
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

doa pengasih,doa penyeri wajah muka, doa pemanis wajah muka

Peringatan
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

Baca Penuh DOA PENYERI DAN PEMANIS WAJAH DAN MUKA SURAH NABI YUSUF