djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label GOSIP. Show all posts
Showing posts with label GOSIP. Show all posts

Tuesday, 22 July 2014

Episod 5 6: Rindu Awak 200 % Download Tonton Online

Download Tonton Online Rindu Awak 200 % Episod Episode 5 6 Lagu Tema MP3 Drama Sinopsis Pelakon Apa Siapa Tengok



Sinopsis Episode 5 6 Rindu Awak 200%. Permintaan Armel mengejutkan Faezrul. “I didn’t expect this will be a big mistake. Ceraikan I”. Armel sanggup menanggung semua risiko dipersalahkan selepas itu. Bertegang leher mereka malam itu, mempertahankan pendapat masing-masing.

Baca Penuh Episod 5 6: Rindu Awak 200 % Download Tonton Online

Tuesday, 8 July 2014

Video Hijrah Neelofa Bertudung IKIMFM

Video hijrah neelofa bertudung penghijrahan pakai tudung ikim.fm eksklusif


Penghijrahan Neelofa baru baru menjadi perhatian ramai dan mesti ada diantara anda ingin mengetahui kisah disebalik keputusan pelakon & pengacara popular ini untuk bertudung penuh.

Neelofa muncul dalam sebuah segmen melalui siaran radio IKIM FM untuk menceritakan kisah perjalanan beliau sepanjang lebih setahun untuk mencari kebahagiaan yang kekal selepas memiliki segalanya dalam hidup.


Selain mengikuti kelas agama dan membaca, antara langkah awal Neelofa untuk terus berhijrah adalah untuk melengkapkan solat lima waktu dan berkat doa dalam solat harian, Neelofa percaya Tuhan turunkan hidayah untuk dirinya.

Dengar audio lengkap di bawah, semoga ada sesuatu yang boleh kita pelajari. 
Baca Penuh Video Hijrah Neelofa Bertudung IKIMFM

Thursday, 3 July 2014

Nama Islam Felixia Yeap adalah Rania


Pemimpin Yang Mempesonakan   Maksud Nama Islam Pilihan Felixia Yeap
Memang tak dapat dinafikan bahawa wanita ini cantik dan sangat comel. Bertambah anggun lagi bila dia sudah mula mengenakan hijab sejak bulan Disember 2013 yang lalu.
Malah, wanita yang berasal dari Ipoh ini bagaikan mencipta fenomena apabila kisahnya mahu memeluk Islam menjadi perhatian media.
Menerusi temubual bersama Aznil Haji Nawawi dalam Apa Kata Malaysia, Felixia Yeap mendedahkan bahawa dia sudahpun memilih ‘Rania’ yang membawa maksud ‘pemimpin yang mempesonakan’ sebagai nama Islamnya.
Pemimpin Yang Mempesonakan   Maksud Nama Islam Pilihan Felixia Yeap
Felixia Yeap dapat nama ‘Rania’ menerusi mimpi
Indah sungguh nama yang dipilih oleh Felixia. Dia memang mempesonakan dan mungkin juga memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dalam keperibadiannya. Mana tahu Felixia bakal menjadi penggalak kepada individu lain untuk mendalami Islam kan?
Tapi, nama tersebut bukan dipilih sesuka hati ya! Felixia memberitahu bahawa dia telah mendapat mimpi dan sudah terlebih dahulu mengkaji nama tersebut.
Dalam sesi temubual yang sama, dia turut memberitahu bahawa tanggal 3 Julai telah dipilih sebagai tarikhnya untuk melafazkan kalimah Syahadah.
Tak kisahlah apa pun nama yang dipilih, janji niat mahu memeluk Islam itu memang sudah kuat di hati kan? Apapun, sama-sama kita doakan yang terbaik buatnya! - OHBULAN
Baca Penuh Nama Islam Felixia Yeap adalah Rania

Thursday, 19 June 2014

Zofea Beauty Secret Murah dan Rumah Mamat Khalid Dirompak














Rumah mamat khalid dirompak dimasuki perompak dan diceroboh zofea beauty secret harga murah



IPOH – Pengarah filem popular, Mohammad Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid, 51, mengalami kerugian kira-kira RM100,000 selepas rumahnya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur, di sini, dimasuki perompak yang tak dikenali yang pastinya bukan zofea beauty secret murah yang tengah hot ni.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, perompak berkenaan membawa lari kenderaan Mitsubishi Triton miliknya termasuk wang tunai RM500, kamera antik, Ipad dan alat pemainan video PSP. – Berita Harian

Pembaca yang telah membaca artikel ini anda layak untuk membuat pembelian Zofea Beauty Secret! Untuk maklumat lanjut sila klik ->> Zofea Beauty Secret Harga Murah.


Baca Penuh Zofea Beauty Secret Murah dan Rumah Mamat Khalid Dirompak

Monday, 21 April 2014

Fiza Elite Failkan Penceraian? Adam ‘Kunci Mulut

Perkhabaran tidak baik mengenai kisah rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite semakin bertebaran di mana-mana media sejak kebelakangan ini.


Walaupun Adam sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya bergaduh manje gitu namun menurut dari sumber sebuah akhbar harian mengatakan si isteri sudah pun berkunjung ke Mahkamah Syariah di Shah Alam, Rabu lalu untuk menfailkan penceraian.

TERKINI…Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut dan memohon semua pihak memberi mereka ruang buat masa ini.

“Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Bagaimanapun usaha mStar Online untuk cuba mendapatkan reaksi Fiza mengenai perkhabaran terbaharu itu gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.

“Kami sepakat untuk tidak mengulas mengenai perkara ini buat masa ini dan harap semua pihak faham akan keadaan kami,” katanya lagi.

Hmm, rasanya baharu lagi usia perkahwinan pasangan ini, kalau ada masalah, lebih baik dibawa berbincang ataupun merujuk kepada mana-mana pihak kaunseling perkahwinan.

Yelah, kita orang luar hanya boleh berkata-kata, yang melaluinya adalah mereka berdua.

Sementara itu, Fiza menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik status yang sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikutnya.

“Salam semua….maaf andai sy ada berbuat silap atau tkasar bahasa.sy benar2 berharap agar semua diluar sana memahami perasaan sy skrg ni…jgnlah ditanya bmcm2 jenis soalan.sy ni cuma wanita biasa yg kekadang lemah dan xmampu utk menanggung beban…tp sy tahu dan pasti semua ni ketentuan dr Allah.siapa yg mahu utk jd begini?kalau disoal pd sesiapa pun..xmungkin seseorg itu mahu mjalani kehidupan spt sy…hormati lah apa jua keputusan sy.sy hanya merancang…tp Allah lebih mengetahui segala2nya…sy cuma perlukan sokongan dr anda semua utk sy terus kuat dan maju ke depan.apa yg tjadi dan bakal berlaku biarlah jd rahsia antara sy dan Allah…xperlu utk sy bkongsi kesemua crita peribadi sy kpd umum.harap semua dpt memahami ya…doakan yg terbaik utk kami…Allah adalah tempat sy berbicara dan mengadu…bukan dgn sesiapa pun…kita sebagai makhluk Allah san hambanya cuma perlu menadah tangan dan bdoa meminta pertolongan dr Nya…Amin….”

Apa-apa pun kita doakan semoga perkahwinan mereka dapat diselamatkan dan jodoh mereka dipanjangkan. Biasalah adat dalam berumahtangga, pasti ada pasang surutnya.

Untuk makluman, Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu di Bangunan Sultan Idris, Jabatan Agama Islam Selangor, Jais, Shah Alam. - Sumber dari MYNEWSHUB.MY

Baca Penuh Fiza Elite Failkan Penceraian? Adam ‘Kunci Mulut

Monday, 14 April 2014

Kim Soo Hyun My Love Man From The Star Sumbang RM6.4 Juta

PELAKON Korea Selatan, Kim Soo Hyun baru-baru ini telah menyumbangkan kira-kira  RM6.4 juta bagi membantu golongan kanak-kanak di China.


Menurut laporan portal Soompi, Bintang filem My Love Man From Star itu pada Selasa lalu telah menghadiri sebuah pembukaan majlis amal persembahan fesyen jenama Gucci di Beijing dan telah menyumbangkan wang tersebut kepada yayasan pertama di China, Yayasan Anak dan Remaja China (CCTF).

Tujuan sumbangan itu diberikan adalah untuk membantu meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak dengan merawat fizikal dan mental sebagai persediaan bagi mendapat IQ yang lebih bijak.

"Saya ingin membalas sedikit jasa peminat-peminat dan menerusi sumbangan ini sekurang-kurangnya kita dapat melahirkan generasi muda yang bijak pandai," katanya.

Difahamkan seramai 1,200 kanak-kanak tidak mempunyai penaja dalam program tersebut.
Baca Penuh Kim Soo Hyun My Love Man From The Star Sumbang RM6.4 Juta

Monday, 7 April 2014

Babies Blink Pinkish Murah dan Majlis Pernikahan Syafiq Yusof

Majlis Pernikahan Perkahwinan Syafiq Yusof Akad Nikah Gambar Kahwin Babies Blink Pinkish Harga Murah

Pengarah muda yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusof telah pun selamat bergelar suami kepada Aeisha Ustaz Zainal pada 5 April lalu dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur kira-kira jam 9.50 pagi. Sebelum ini, pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan pada  23 Disember 2012.
gambar kahwin syafiq yusof
Majlis resepsi Syafiq Yusof dan Aeisha akan diadakan serentak dengan abangnya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Syafiq dan Aeisha atas perkahwinan ini. Walaupun masih muda (22 tahun dan 21 tahun), langkah berkahwin harus dipuji kerana mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
gambar kahwin syafiq yusof
Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Syafiq Yusof dan Aeisha Ustaz Zainal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar kahwin syafiq yusof

gambar kahwin syafiq yusof

gambar kahwin syafiq yusof

gambar kahwin syafiq yusof

gambar kahwin syafiq yusof

gambar kahwin syafiq yusof

gambar kahwin syafiq yusof

gambar kahwin syafiq yusof

Babies Blink Pinkish Murah
Satu produk baru di pasaran malaysia yang dapat mengatasi segalah masalah kulit wajah korang. Sekarang dalam mood promosi boleh lihat details produk di babies blink pinkish murah
sumber: myartis.com/ beautifulnara.com
Baca Penuh Babies Blink Pinkish Murah dan Majlis Pernikahan Syafiq Yusof

Thursday, 2 January 2014

Gambar Fazura Sambut Tahun Baru 2014 di Las Vegas

Gambar Fazura Sambut Tahun Baru Happy New Year 2014 di Las Vegas
Di saat artis-artis Malaysia menyambut tahun baru 2014 di Malaysia. Fazura pula menyambut kemeriahan tahun baru 2014 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Fazura ditemani dua orang rakan rapatnya iaitu Randy Seidman dan Jeff Neil.
Melalui gambar Insta dipetik
We’re the 3 best friends that anybody could have.. Love u both so much! @jeffn31l @randyseidman #TheGoodGuys #Celebrations #Friends #GreatTimes #FazbulousInLasVegas
Lagi gambar fazura
sumber: mediamalaya.com
gosip @ djdanchef
Baca Penuh Gambar Fazura Sambut Tahun Baru 2014 di Las Vegas

Ariana Rose Episode 4 Download Tonton Online

ariana rose episode 4 empat ep episod download tonton online drama tv3 youtube dailymotion streaming video tengok secara live


Sinopsis Drama Ariana Rose TV3
Ia mengisahkan tentang Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi kekasih kepada Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana Rose berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah pengintip peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana Rose tegar untuk tidak memberitahu. Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana Rose dan disebabkan itu, Ariana Rose memberitahu kisah sebenar.

Sejak itu, Ariana Rose membenci Tengku Kamil. Untuk melupakan sejarah hitam itu, Ariana Rose mula melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana Rose bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana Rose. Namun Ariana Rose semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana Rose menerima lamaran tersebut. Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati yang dia akan berkahwin dengan Ariana Rose, gadis yang dicintainya. Ariana Rose juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan. Ariana Rose terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya djdanchef telah banyak berubah.

Ariana Rose Episode 4
Baca Penuh Ariana Rose Episode 4 Download Tonton Online

Friday, 8 November 2013

Lady Gaga Bakal Buat Persembahan Di Angkasa Lepas 2015



ANGELES 7 Nov. - Penyanyi terkenal, Lady Gaga dilaporkan akan menyanyi di angkasa lepas pada 2015 dan artis itu kini sedang giat menjalani latihan vokal bagi memastikan dia dapat melontarkan suara dengan betul, walaupun ketika terapung-apung di angkasa lepas.

Sumber memberitahu Us Weekly, Gaga harus menjalani latihan vokal selama satu bulan disebabkan keadaan atmosfera di sana.

''Gaga bersedia menempa sejarah sebagai selebriti pertama membuat persembahan di angkasa lepas, ini akan menjadi satu perkara yang tidak pernah dilihat oleh dunia sebelum ini,'' kata sumber tersebut.

Bintang berusia 27 tahun itu akan membuat persembahan pada hari ketiga festival Zero G Colony yang akan berlangsung di Spaceport America di New Mexico, kira-kira enam bulan selepas penerbangan komersial pertama Virgin Galactic ke angkasa lepas.

Langkah-langkah keselamatan juga telah diambil bagi memastikan Gaga dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Menurut sumber: ''Gaga juga sudah mengambil insurans.''

Program Virgin Galactic oleh jutawan Sir Richard Branson akan dilancarkan pada tahun depan dan beberapa bintang ternama seperti pelakon Ashton Kutcher dan teman wanitanya Mila Kunis, selain Justin Bieber serta Leonardo DiCaprio sudah menempah tiket untuk menaiki pesawat angkasa itu terbang ke angkasa lepas dengan bayaran AS$250,000 (RM794,772) seorang.

Penumpang telah melawat Pulau Necker milik Branson untuk menamatkan latihan G-force. Pembinaan pesawat angksa lepas yang akan mereka naiki itu, SpaceShipTwo, diilhamkan di Padang Pasir Mojave, California pada 2009.

Penerbangan selama dua jam itu di orbit bumi akan turut disertai Branson dan keluarganya.
Baca Penuh Lady Gaga Bakal Buat Persembahan Di Angkasa Lepas 2015

Wednesday, 6 November 2013

Video ORIGINAL & PARODY Awek Legoland Macam Cantik Je Macam Comel Je

Video ORIGINAL & PARADY Awek Legoland Macam Cantik Je Macam Comel Je

VIDEO ORIGINAL AWEK LEGOLAND



VIDEO PARODY AWEK LEGOLAND - BOBO
 
Baca Penuh Video ORIGINAL & PARODY Awek Legoland Macam Cantik Je Macam Comel Je

Rihanna Bertudung?

Cantiknya-Rihanna-bertudung/
Siapa bilang gadis liar Hollywood tidak reti menghormati agama Islam? Tengok sahaja Rihanna, yang lengkap menutup aurat tatkala bergambar di luar sebuah masjid di Abu Dhabi.

Rihanna yang cukup terkenal dengan pakaian “berisiko tinggi” beliau memilih untuk memakai jumpsuit berwarna hitam lengkap disarungkan hijab sedondon.

Penyanyi berusia 25 tahun itu sedang melakukan tour Diamonds beliau. Baru-baru ini beliau selesai melakukan sebuah konsert di Afrika Selatan sebelum sampai di Abu Dhabi.
Baca Penuh Rihanna Bertudung?

Monday, 4 November 2013

Umi Nazeera Bidas Zubir, Umi Pernah Berkahwin Dengan Aeril Zafrel?

Tak tahulah sejauh mana kebenaran kisah ini..
Ummi Nazeera Bidas Wartawan Hiburan, Zubir Kerana Fitnah Dirinya Sudah Berkahwin!

Terbaru, nama pelakon Aeril Zafrel sekali menjadi perhatian apabila dia dikatakan pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ummi Nazeera.
Menerusi laporan akhbar sisipan Bi-Pop, semalam, Zubir menulis bahawa kedua-dua mereka mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dengan penggambaran filem Penanggal arahan Ellie Suriaty.
Selain itu, Zubir turut menulis bahawa perubahan imej Ummi yang kini lebih Islamik dipengaruhi oleh Aeril yang kini semakin berjinak-jinak dengan bidang agama.
Sebagai respons terhadap artikel yang ditulis itu, Ummi lantas menafikan khabar angin tersebut serta mengingatkan Zubir supaya menulis berdasarkan fakta dan bukannya sengaja mereka-reka fitnah seperti itu.
UMMI
Kredit: mynewshub.my
Baca Penuh Umi Nazeera Bidas Zubir, Umi Pernah Berkahwin Dengan Aeril Zafrel?

Wednesday, 30 October 2013

Gambar Anak Sabri Yunus

Kalau korang nak tau, inilah anak kepada Pelawak Sabri Yunus. Gambar yang tak pernah didedahkan mesia massa selama ni. Hensem dan Cute semuanya… kan?
l
l
l
l
l
l
l
l
V

l
l
l
V
Baca Penuh Gambar Anak Sabri Yunus

Fouziah Gous dan Suami Bulan Madu DI Krabi Thailand

FOUZIAH GOUS & ZHAFRAN BULAN MADU MENAIKI CRUISE KE KRABI!
KL, 22 OKT 2013:

Wah, sejak mendirikan rumah tangga pada 21 September lalu, Murai Batu lihat pelakon, Fouziah Gous dan suaminya, ZhafranYusof sering berkongsi foto-foto manis dan romantik di dalam laman sosial masing-masing. Malah, Murai Batu lihat mereka sangat bahagia bersama seperti dunia ini mereka yang punya.

Lebih bahagia lagi apabila Murai Batu lihat foto-foto yang dikongsi Fouziah yang kini sedang  berbulan madu di Krabi, Thailand. Menariknya, mereka ke Krabi dengan  menaiki kapal cruise. Amboi seronok betul Fouziah dan pasangannya menikmati percutian di atas kapal cruise dan pulau Krabi.

Malah, pasangan ini sempat berkongsi gambar-gambar serta video mesra dan romantik mereka di sana. Bila mereka bergambar atas kapal cruise tu Murai Batu lihat dah seperti dalam filem Titanic pula.

Selain, gambar-gamabr di atas Cruise, mereka juga sempat merakamkan gambar di tepi pulau Krabi yang tenang dan sangat cantik dengan laut yang biru.

Bukan sahaja Krabi, tak silap Murai Batu mereka selepas ini akan ke Phuket, Thailad juga.  Syok pula bila lihat orang bercuti tapi Murai Batu hanya boleh lihat sahajalah foto-foto yang dikongsi Fouziah sambil berangan sedang berada di sana.

Disini Murai Batu kongsikan foto-foto bulan madu mereka di sana ya!
Baca Penuh Fouziah Gous dan Suami Bulan Madu DI Krabi Thailand

Monday, 28 October 2013

Gambar Majlis Perkahwinan Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah

Gambar Majlis Perkahwinan Pernikahan Persandingan Ashraf muslim Wan Sakinah Foto Kahwin Nikah

MUSLIM1

Pelakon Ashraf Muslim dan isteri keduanya, Wan Sakinah selamat melangsungkan majlis persandingan mereka pada minggu lalu setelah hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga.
Pada majlis itu, pasangan tersebut kelihatan segak dan anggun menggayakan persalinan berwarna hijau zamrud.
Pernikahan pasangan ini pernah menggemparkan industri hiburan tempatan apabila pelakon kelahiran Melaka itu dikatakan tidak mendapat keizinan daripada isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.
Pasangan yang bernikah di Thailand pada awal Julai lalu kini sedang menantikan kehadiran anak sulung apabila Sakinah disahkan hamil, baru-baru ini.
Tahniah diucapkan kepada mempelai, semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat dan diharapkan Ashraf dapat menggemudi dua orang rumahnya dengan adil dan saksama.
MUSLIM
MUSLIM1
MUSLIM2
MUSLIM3
MUSLIM4
Baca Penuh Gambar Majlis Perkahwinan Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah

Gambar Mizz Nina Berhijab Cantik Bertudung

Selepas selesai mengerjakan ibadah haji baru-baru ini, penyanyi lincah, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dilihat mula menggenakan hijab, jauh berbeza dengan imejnya yang seksi dan daring sebelum ini.
Walaupun belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini, namun isteri kepada Noh Hujan ini sudah mula berkongsi imej muslimahnya itu kepada pengikutnya di laman Instagram miliknya.
Semoga Mizz Nina istiqamah dengan penghijrahannya ini dan memang Nina nampak semakin berseri-seri dengan imej terbarunya itu
Sedangkan pantai lagikan berubah, inikan manusia ye tak…
MIZZ

MIZZ1

MIZZ2
Baca Penuh Gambar Mizz Nina Berhijab Cantik Bertudung

Liyana Jasmay Hamil 10 Minggu

KUALA LUMPUR, 22 OKT 2013: Pelakon, Liyana Jasmay mengesahkan dia kini sudah pun hamil 10 minggu dan sedang mengalami alahan yang sangat teruk.

Liyana Jasmay berkata dia bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya itu. Malah gembira melihat suaminya, Fathudin Mazlan yang begitu teruja dan terharu saat mendapat berita itu.

“Alhamdulilah, saya sangat bersyukur dengan rezeki ini dan kandungan saya pun sudah cukup 10 minggu. Suami saya orang yang paling gembira dan terharu apabila mendapat tahu berita ini kerana dia memang sangat sukakan budak-budak.

“Cuma agak sedih sedikit kerana terpaksa berjauhan dengan suami saya tetapi saya beryukur kerana dia amat prihatin dan akan pulang setiap hari minggu dari Sabah ke Kuala Lumpur untuk menemani saya. Malah ketika awal kehamilan saya dia telah menjaga saya selama seminggu disini kerana saya demam.

“Sejak hamil, saya hanya berehat di rumah sahaja kerana sedang mengalami alahan yang sangat teruk.

Sehingga naik kereta atau apa pun yang bergerak saya akan mual dan muntah. Malah apa saja yang saya makan pasti akan saya muntahkan kembali.

“Tapi mungkin selepas 4 bulan hamil dan alahan pun sudah berkurangan, saya akan ke Sabah bersama suami di sana,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Seri Pacific, dekat sini. Suaminya kini menjalankan perniagaan sendiri di Sabah.

Menurut Liyana Jasmay, dia akan menolak tawaran lakonan sepanjang dia hamil kerana bimbang tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya.

“Saya akan bekerja disebalik tabir dalam bidang produksi untuk syarikat saya dan akan mengikuti promosi untuk beberapa filem pada November dan Disember ini.

“Namun, untuk berlakon saya rasa saya terpaksa menolaknya kerana saya dapati saya terlalu lemah sejak hamil ini. Mungkin untuk kemunculan beberapa babak mungkin boleh tetapi untuk memberi komitmen sepenuhnya pada watak yang besar, saya rasa mungkin tidak.

“Tapi saya yakin, selepas bersalin dan pantang mungkin saya akan kembali berlakon, InsyaAllah,” luahnya lagi.

Liyana Jasmay bakal muncul dalam filem Papadom 2 bersama Afdlin Shauki pada November ini.
Baca Penuh Liyana Jasmay Hamil 10 Minggu

Sunday, 27 October 2013

Johan As'ari akui terpaut dengan seorang artis


johan asari akui terpaut dengan seorang artis
Source : cinema.com.my
25 Okt - Pelakon popular, Johan As'ari mengakui dirinya kini sudah terpaut dengan seorang wanita yang juga merupakan selebriti, namun Johan enggan meluahkan perasaan hatinya kepada wanita itu.

"Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih.

"Pada saya biarlah kami diijabkabul dahulu, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andai kata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri," ujar Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Malah, pelakon berusia 27 tahun ini juga memberitahu bahawa dia mempunyai perancangan untuk bertunang pada tahun ini, namun ia hanya sekadar rancangan sahaja.

Tambah Johan lagi,dia berasa selesa dengan wanita tersebut kerana mereka saling mempercayai dan tiada timbul rasa cemburu.

"Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu.

"Malah, kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi. InsyaAllah saya akan sebarkan pada semua, doakan ya."

Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan filem terbaru bergandingan dengan pelakon jelita Siti Saleha dalam "Balada Pencinta" arahan Khir Rahman yang telah ditayangkan pada 24 Oktober lalu.
Baca Penuh Johan As'ari akui terpaut dengan seorang artis

Friday, 25 October 2013

GAMBAR: Majlis Khatam Al-Quran Diana Amir Menjelang Pernikahan

Diana Amir Dan Tunang Bernikah Hari Ini

Pada malam tadi, telah berlangsung majlis khatam Al-Quran, majlis doa selamat dan berinai.
Majlis diadakan di bangunan pejabat Metrowealth.
Menurut laporan blog beautifulnara majlis ini kelihatan ringkas tetapi elegan, kerana apa yang penting dan dituntut ialah mengharapkan keberkatan Allah.
Diana Amir begitu anggun dan ayu apabila mengenakan tudung dan busana rona ungu muda dan putih.
Lebih menarik, majlis khatam Al-Quran berkenaan dikendalikan sendiri oleh Habib iaitu tunang Diana.
Diana sebelum ini memberitahu beliau sudah yakin dan percaya akan kemampuan yang dimiliki oleh tunangnya itu bagi mengemudi bahtera perkahwinan mereka nanti.
Gambar di bawah merupakan gambar ketika majlis Khatam Al-Quran berkenaan semalam.
DianaAmir02
Baca Penuh GAMBAR: Majlis Khatam Al-Quran Diana Amir Menjelang Pernikahan