djchef 2012 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Monday 31 December 2012

Sejarah Kek Pavlova | Pavlova Cake

Ramai yang cari resepi kek pavlova coklat, resipi cake coklat mini tapi sejarah mengenai kek ini ada yang menarik untuk djdanchef kongsikan.

Pavlova adalah sejenis makanan pencuci mulut yang djdanchef perasan makin mendapat sambutan di Asia sekarang. Pavlova berasaskan daripada kerak meringue kemudian diikuti dengan krim (whipped cream) dan bahan hiasan seperti buah-buahan: buah kiwi, strawberri, blueberry, tidak termasuk kambing biri-biri. :-)

BERJAYANYA PAVLOVA BERGANTUNG KEPADA KERAK MERINGUE

Cara dan resepi membuat pavlova itu perlu lebih fokus kepada struktur meringue pavlova. Berjaya atau tidak berjaya pavlova itu bergantung kepada meringue nya.

SEJARAH PAVLOVA DAN ANNA PAVLOVA

Menurut sumber-sumber djdanchef baca nama pavlova ini diambil bersempana dengan nama penari ballet Rusia yang sangat terkenal ketika itu yang bernama Anna Pavlova. Pakar-pakar masakan dari New Zealand dan Australia menamakan pencuci mulut ini pavlova ketika penari belle itu datang melawat ke negara mereka.

KONTROVERSI NEW ZEALAND DAN AUSTRALIA

Kemudian berlakulah sedikit perbalahan dan kontroversi antara New Zealand dan Australia di mana masing-masing mengatakan Asal pavlova itu adalah daripada negara mereka.

Setelah penyelidikan dibuatkan, penyelidikan rasmi menunjukkan New Zealand adalah sumber asal pembuatan pavlova. Ada adengan tarik-tarik rambut kah djdanchef?

Pavlova adalah sebahagian masakan dan makanan yang penting bagi New Zealand dan Australia kerana resipinya yang mudah dan sering dihidangkan semasa jamuan makan dan cuti perayaan. - Resepi di djdanchef

Lihat Juga:
- Sejarah Kek Pavlova | Cake Pavlova

Beberapa gambar Pavlova yang cantik dan sedap.





Baca Penuh Sejarah Kek Pavlova | Pavlova Cake

Saturday 29 December 2012

Sabon Tersingkir Di Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke 7 Ketujuh

Komen sabon tersingkir maharaja lawak mega 2012 minggu ke 7 ketujuh Siapa peserta terkeluar?

Setelah 7 kali membuat persembahan dan malam ini satu kumpulan perlu disingkirkan daripada 7 peserta.

Persembahan bertemakan Loghat Negeri dan Kembali ke sekolah. Djdanchef nampak tugasan peserta untuk Loghat Negeri agak kurang menyengat tetapi untuk tugasan kedua kembali ke sekolah kesemua persembahan para peserta sangat menghiburkan.

SIAPA TERSINGKIR DI MINGGU KETUJUH?

Setelah kesemua peserta membuat persembahan, 3 peserta yang berada di kedudukan tercorot adalah R2, Sabon dan Boboi. Akhirnya peserta yang tersingkir pada minggu ini adalah sabon.

KUMPULAN SABON TERSINGKIR DI MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU KE 7

Kumpulan sabon yang terdiri daripada Sathia dan Abon terpaksa meninggalkan pentas maharaja lawak mega 2012.

Lihat Juga:
- Bandung Jokers Tersingkir Di Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke 6



Baca Penuh Sabon Tersingkir Di Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke 7 Ketujuh

Friday 28 December 2012

Gambar Perkahwinan Pernikahan Apex & Leuniey Part 1

Gambar Majlis Perkahwinan Pernikahan Apex Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha .

Pada hari ini 28 Disember 2012 telah pun berlangsungnya majlis raja dan ratu sehari iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan apex dan kekasih hatinya Leuniey Natasha.

1. Akad Nikah Di Kediaman Pengantin Perempuan

Majlis akad nikah pasangan yang kacak dan cantik ini telah diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat Kelantan.

2. Mas Kahwin Dan Hantaran Pasangan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan Leuniey

Pasangan ini telah di’ijabkabulkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib sekitar jam 10.25 pagi dengan mas kahwin & wang hantaran berjumlah RM19,000.

Djdanchef: Beberapa gambar apex dan leuniey pada hari ini.

Lihat juga:
- Gambar Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle
- Gambar kahwin dan nikah Khairul Fahmi Apex & Leuniey Part 1






Baca Penuh Gambar Perkahwinan Pernikahan Apex & Leuniey Part 1

Wednesday 26 December 2012

Uchop Juara Vokal 2 Bukan Sekadar Rupa TV3

Terkini Ucop Juara Vokal 2 Bukan Sekadar Rupa TV3 Siapa Pemenang telah diketahui.

Baru saja sebentar tadi 26 Disember 2012 berlangsungnya pertandingan vokal bukan sekadar musim kedua dimana 2 peserta berhempas pulas untuk merebut gelaran Pemenang Vokal Bukan Sekadar Rupa.

Antara 2 peserta tersebut adalah Ucop dan Mar. Kedua-dua mereka djdanchef akui mempunyai vokal yang mantap dan mempunyai kelebihan masing-masing.

Ucop Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim 2

Setelah Ucop dan Mar bertembung dan berhempas pulas mengeluarkan segala strategi untuk membuat persembahan yang terbaik pada konsert vokal malam ini.

Namun adat dalam pertandingan hanya seorang sahaja yang dinobatkan sebagai juara.

Oleh itu juara vokal musim ke 2 jatuh kepada UCOP! Tahniah djdanchef ucapkan kepada uchop.

Gambar: Ketika persembahan ucop di konsert akhir (Finale) Vokal.




Baca Penuh Uchop Juara Vokal 2 Bukan Sekadar Rupa TV3

Tuesday 25 December 2012

7 Tips Penjagaan Iphone 5, Handphone, Smartphone, Tablet

7 TIPS PENJAGAAN IPHONE 5, SAMSUNG GALAZY, HANDPHONE (HP), SMARTPHONE, TABLET DAN SEANGKATAN DENGANNYA..

1. Jangan menggoyang goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..

2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda panas giler dan bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..

3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan. Haha djdanchef pun tak sanggup.

4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..

5. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan tak kesejukkan.

6. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..

7. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah tulang belakang.


Baca Penuh 7 Tips Penjagaan Iphone 5, Handphone, Smartphone, Tablet

Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes

Sebut saja pasal tomato pasti ramai blogger yang teringat akan cik tom. Kenapa cik tom suka tomato pun tak tahulah, tak masam kah cik tom? hehe

Djdanchef mula mengenali blog ciktom ketika mencari tutorial di google dan termasuk ke dalam blog cik tom. Dari pada situ djdanchef tertarik dengan blog ciktom yang mempunyai banyak tips dan tutorial mengenai blogspot.

Ditambah pula mengenai tips mendapat pendapatan secara online lagilah bertambah melekat di blog cik tom.

Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes

1. Penambaikkan / Cadangan Blog ciktom.com

Djdanchef nak memberi komen kepada ciktom pun segan, blog djdanchef sendiri pun tak teratur dan 'berserabut kepala jingga' orang penang kata.

a) Loading Lambat
Tentang loading blog ciktom sangat memuaskan sama ada online melalui laptop, ipad mahupun telefon bimbit tapi ada satu waktu loading sangat-sangatlah lambat bila online melalui peralatan ni penat jugalah menunggu loading habis iaitu bila djdanchef masuk blog ciktom melalui.... public phone. Tetiba?

b) Gosip Cik Tom
Melalui penulisan djdanchef dengar gosip, blog ciktom dahulu terkenal dengan blog tips tutorial dan resepi. Kalau benarlah kata kaki gosip tersebut pasti ramai yang merindui entri-entri resepi cik tom seperti dahulu terutama blogger perempuan.

Djdanchef nampak seperti ramai blogger lelaki melawat blog ciktom dan memberi komen berbanding blogger perempuan. Dengar cerita dulu blogger perempuan banyak memberi komen di blog ciktom.

Kalau benar ini mungkin blogger perempuan lebih tertarik tentang tutorial, resepi dan hal-hal berkaitan wanita berbanding blogger lelaki yang lebih tertarik dengan entri tentang tips seo dan jana pendapatan.

C) Banyak Iklan
Banyak juga iklan di blog ciktom, iklan yang berbentuk animasi dan juga iklan berbentuk text. Djdanchef tak pasti sama ada iklan di blog ciktom tu adalah iklan untuk membantu promosi perniagaan kawan ciktom atau kesemuanya adalah iklan menjana pendapatan ciktom.

Sekiranya kesemuanya adalah iklan untuk jana pendapatan pasti ada beberapa iklan affiliate atau iklan text yang tidak masyukkk.. Mungkin iklan yang tidak memberi hasil yang masyukk kepada ciktom tu boleh dibuangkan.

2. Adakah djdanchef pelanggan exabytes?

Tidak. Djdanchef guna blogspot ja pun, tengok domain djdanchef pun dah tahu sambil 'senyum....... tak perlu kata apa-apa, senyum..'

3. Apa pendapat djdanchef mengenai exabytes?

Djdanchef tak tahu sangat tentang exabytes ni sebab tak pernah menggunakan perkhidmatan exabytes ni. Apa yang djdanchef dengar exabytes ni ada kena mengena dengan nuffnang dan ramai kata perkhidmatan exabytes sangat bagus dan berkualiti.

Plan perkhidmatan mereka pun sangat 'affordable' untuk kesemua golongan sama ada pelajar mahupun golongan yang sudah bekerja.

Itu sajalah ringkasan yang dapat djdanchef hidangkan dan sajikan untuk contest ciktom ni.

Kepada yang nak join masih sempat lagi.

“Contest ini dianjurkan oleh ciktom.com dan ditaja oleh Exabytes."


Baca Penuh Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes

Monday 24 December 2012

Malaysian Bikers Hangin Desak Mazidul Akmal & Majalah 3 Minta Maaf

Penunggang Motorsikal Malaysian Bikers desak mazidul akmal majalah 3 meminta maaf .

Sekiranya anda perasan minggu-minggu yang lepas keluar isu dimana para bikers meluahkan rasa tidak puas hati dimana suatu segmen di Majalah 3 yang menggunakan dua rakan sahabat superbikes mereka untuk melakonkan aktiviti merbahaya tersebut dan pihak majalah tv3 tidak meletakkan tanda 'ini hanyalah lakonan semata'. Yang paling mengecewakan apabila mazidul akmal melabelkan mereka sebagai Pelesit Jalanan.

Terbaru djdanchef terbaca di Malaysiakini mengenai berita terbaru tentang isu ini.

Dimana seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa
tinggi berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.

Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.

Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3".

Beri Tempoh 2 Minggu Untuk Majalah 3 dan Mazidul Akmal Memohon Maaf

Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.

Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.

"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.

"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul," kata Shahid.

Pelesit Jalanan = Bersekongkol Dengan Syaitan dan Iblis

Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".

"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi. - Berita di Djdanchef



Baca Penuh Malaysian Bikers Hangin Desak Mazidul Akmal & Majalah 3 Minta Maaf

Saturday 22 December 2012

Bandung Jokers Tersingkir Di Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Keenam 6

Komen bandung jokers tersingkir maharaja lawak mega 2012 minggu ke 6 keenam Siapa peserta terkeluar?

Setelah 6 kali membuat persembahan dan malam ini satu kumpulan perlu disingkirkan.

SIAPA TERSINGKIR DI MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU KEENAM?

Setelah undian ditutup, antara 3 peserta yang berada di bottom 3 adalah peserta dari kumpulan R2, Bandung Jokers dan Sabon.

Juri wulan telah mengumumkan antara R2, Sabon dan Bandung Jokers akhirnya kumpulan yang tersingkir adalah Bandung Jokers.

Hot!
LORD OF THE SIMS YANG MURAH?

BANDUNG JOKERS TERSINGKIR DI MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU KE 6

Persembahan bandung jokers kurang memukau perhatian para pengundi dan ini membuatkan mereka berada di kedudukan yang tercorot.

JOZAN, JAMBU, SHIRO PERSEMBAHAN TERBAIK MINGGU KEENAM

Minggu ini persembahan Jambu, Jozan dan Shiro merupakan persembahan terbaik bagi djdanchef minggu ini.

Hot!
LORD OF THE SIMS YANG MURAH?


Baca Penuh Bandung Jokers Tersingkir Di Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Keenam 6

Thursday 20 December 2012

Kiamat Bawa Keuntungan Perniagaan: Rumah Perlindungan Untuk Hari Kiamat Dijual

Rumah perlindungan untuk hari kiamat 21 december 2012 dijual.
WASHINGTON - Syarikat Utah Shelter System yang dikendalikan Paul Seyfried menghasilkan beberapa buah rumah perlindungan untuk kegunaan orang ramai menghadapi pelbagai bencana seperti peperangan nuklear, kimia, biologi, bencana alam dan hari kiamat.
Harga rumah itu adalah antara AS$51,000 (RM155,738) hingga AS $64,000 (RM195,471).
Seyfried menghasilkan rumah tersebut dengan menggunakan keluli di Salt Lake Utara, Utah.
Rumah itu turut juga dilengkapi dengan tandas. Berita di Djdanchef
Lihat Juga:
- Amerika: Persediaan Hadapi Hari Kiamat 21 December 2012
Gambar: Bentuk rumah perlindungan yang dibina Seyfried untuk pelanggan menghadapi kiamat.


Baca Penuh Kiamat Bawa Keuntungan Perniagaan: Rumah Perlindungan Untuk Hari Kiamat Dijual

Tengkorak Alien Ditemui Di Mexico

20 Disember 2012 - Tengkorak Makhluk Asing (alien) ditemui di mexico.

Di akhbar tempatan dan juga akhbar luar negara ada mengenai berita penemuan tengkorak yang aneh dimana menyerupai seperti makhluk asing.

Apa yang djdanchef baca tengkorak tersebut ditemui di Kampung Onavas, Mexico oleh sekumpulan ahli arkeologi.

Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood.

Tetapi menurut ahli arkeologi tersebut mungkin tengkorak itu berbentuk seperti alien dan mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.

Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah.

Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala.

Tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial sesebuah penduduk. - Berita di Djdanchef.

Gambar:



Baca Penuh Tengkorak Alien Ditemui Di Mexico

Wednesday 19 December 2012

Amerika: Persediaan Hadapi Hari Kiamat 21 Disember Ini

Simpan bekalan makanan hadapi hari kiamat 21 disember 2012. Djdanchef terbaca dalam akhbar kosmo dimana sebuah keluarga di U.S telah pun melakukan persediaan untuk hadapi hari kiamat pada JUMAAT ini.

BERRYVILLE, Amerika Syarikat - Sebuah keluarga di Kampung Shenandoah melakukan persiapan untuk menghadapi hari kiamat berdasarkan kalendar kaum Maya pada 21 Disember ini.

Ketua keluarga itu, Jay Blevins menyimpan bekalan makanan, minuman, ubat- ubatan, senjata api dan senjata tajam di ruang bawah tanah rumah mereka.

Tujuan senjata api itu disimpan adalah untuk mengusir perompak jika kekacauan berlaku pada hari tersebut.

"Sebagai isteri dan bapa, saya mahu. memastikan bahawa keluarga saya bersedia untuk menghadapi sebarang kejadian yang akan berlaku," katanya.

Beberapa ahli arkeologi menyatakan tidak ada bukti bahawa kaum Maya pernah meramalkan bumi akan kiamat pada hari berkenaan.

Kaum tersebut juga dipercayai mungkin tidak menggunakan kalendar berkenaan semasa kemuncak tamadun mereka antara 300 dan 600 Sebelum Masihi. - Berita

Djdanchef: antara gambar bekalan makanan yang disimpan oleh keluarga tersebut.



Baca Penuh Amerika: Persediaan Hadapi Hari Kiamat 21 Disember Ini

Tuesday 18 December 2012

Gaji Pokok Malaysia RM900 Sebulan Mulai Tahun 2013

Terkini: gaji minimum / basic RM900 sebulan mulai tahun depan (2013) untuk pekerja-pekerja Malaysia.

Syarikat-syarikat multinasional (MNC) sudah bersedia untuk melaksanakan pembayaran gaji minimum sebanyak AS$300 (RM900) sebulan kepada pekerja-pekerja Malaysia mulai awal tahun depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, meskipun ada rungutan pada awalnya namun mereka akur dengan keputusan kerajaan.

RM900 Sebulan Tidak Membabitkan Pekerja Asing

Lagipun, keputusan itu tidak membabitkan para pekerja asing di negara ini, menurut Datuk Seri Mustapa.

"Kami sudah menjelaskan perkara ini secara terperinci bahawa Malaysia bukan lagi sebuah negara berorientasikan buruh, sebaliknya menawarkan kemahiran dan pengetahuan tinggi kepada pelabur asing," katanya.

Serius Memperbaiki Kehidupan Rakyat dan Menjadi Malaysia Negara Mahu

Menurut kajian di lima sektor utama negara ini, gaji pokok purata pekerja adalah RM626.76 sebulan, manakala, gaji kasar purata termasuk elaun-elaun tetap adalah RM762.20 sebulan.

"Keputusan gaji minimum ini menunjukkan kerajaan serius untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan menjadi negara maju," jelas beliau.

Gaji Pokok RM900 dan Elaun Lain Diasingkan.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdul Halim Mansor berkata, pihaknya berharap MNC dan majikan swasta dapat memahami kriteria pemberian gaji minimum RM 900 kepada kakitangan masing-masing.

Segala bentuk elaun mahu pun imbuhan-imbuhan lain perlu diasingkan daripada gaji pokok kakitangan.

"Gaji pokok RM900 ini dijangka memberi impak yang baik dalam konteks yang lebih besar termasuk menjana pertumbuhan ekonomi negara," katanya. - Berita di djdanchef


Baca Penuh Gaji Pokok Malaysia RM900 Sebulan Mulai Tahun 2013

Sunday 16 December 2012

Dato K Suami Dato CT Kena Bedah Esok

16 Disember - Dato K suami kepada datuk siti nurhaliza akan dibedah esok pada bahagian belakang kerana terlibat dalam kemalangan motosikal pada Khamis lalu.

Dato K masih lagi berada di New Zealand dan akan melakukan pembedahan itu di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.

Anak ketiga Dato K, Muhammad Asyraf berkata:

"Ayah beritahu bahawa dia akan dibedah pada hari Isnin (esok), pembedahan itu mungkin melibatkan bahagian belakang badannya.

"Ayah minta kami supaya tidak terlalu risau keadaannya, malah cadangkan agar kami adik-adik tidak perlu ke New Zealand. Bagaimanapun, saya maklumkan bahawa tiket penerbangan sudah dibeli dan kami akan ke sana pada pukul 2 petang hari ini (semalam)," katanya

Dato K Kemalangan - Motorsikal Harley Davidson Terbabas

Beliau mengalami kemalangan setelah motosikal Harley Davidson yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pagar di tepi jalan dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari Khamis waktu Malaysia.

Datuk Siti Nurhaliza Selamat Tiba Di New Zealand

Muhammad Asyraf memberitahu, dia dan adik-beradiknya Muhammad Adib dan Muhammad Aazief dijangka tiba di negara tersebut malam ini dan berharap dapat bertemu dengan bapa mereka sebelum pembedahan dilakukan.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza, 33, pula selamat tiba di hospital itu kira kira pukul 10 pagi waktu Malaysia semalam (pukul 2 petang waktu New Zealand). - Gosip bersama djdanchef

BACA SETERUSNYA
- Dato K Kemalangan - Dato Siti Nurhaliza Terus Batal Konsert


Baca Penuh Dato K Suami Dato CT Kena Bedah Esok

10 Carian Tertinggi Google Malaysia 2012 |Most Searched On Google Malaysia

Pihak google telah pun mengeluarkan keputusan 10 carian tertinggi di google malaysia tahun 2012 dan juga carian bagi negara-negara lain.

Carian Gangnam Style adalah diantara top sepuluh carian tertinggi di hampir ke semua negara.

Top 10 Carian Google Tertinggi Malaysia 2012 | Most Searched On Google Malaysia 2012

Berikut adalah kata kunci yang paling tinggi rakyat Malaysia cari di google malaysia sepanjang tahun 2012.

1. SAPS
2. Gangnam Style
3. 9GAG
4. Proton Preve
5. Zalora
6. Zerg Rush
7. Rotikaya
8. Adam Dan Hawa
9. SPLG
10. Bersih 3.0

Manakala untuk carian blog Malaysia djdanchef lihat rata-ratanya telah diungguli oleh kategori blogger/ blog gosip dan hiburan.

Top 10 Blog Paling Popular Dicari Di Google Malaysia | Most Searched Blogs On Google Malaysia 2012

1. Beautifulnara
2. Rotikaya
3. Oh Bulan
4. Papagomo
5. Blog Serius
6. Malaysia Chronicle
7. Paultan
8. Anak Sungai Derhaka
9. Kari Ngeri
10. Media Malaya


Baca Penuh 10 Carian Tertinggi Google Malaysia 2012 |Most Searched On Google Malaysia

Saturday 15 December 2012

Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012 APM

Senarai keputusan pemenang anugerah planet muzik apm 2012 . APM 2012 anugerah berprestij ini berlangsung pada 15 Disember 2012 di Max Pavilion, Singapura.
Satu-satunya Anugerah nusantara yang menggabungkan artis Singapura, Indonesia dan Malaysia di dalam satu anugerah.
SENARAI KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH PLANET MUZIK 2012 | APM 2012 - 15 Disember
Berikut adalah senarai pemenang bagi kategori yang dipertandingkan pada malam tersebut.
1.PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU APM 2012 (ARTIS BARU LELAKI)
* Anji – (Hatiku) Berhenti Di Kamu
2. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK
DALAM LAGU APM 2012 (ARTIS BARU WANITA)
* Raisa – Serba Salah
3. BEST NEW DUO/GROUP DUO/KUMPULAN BARU TERBAIK APM 2012
* Audionauts – Maha Bisa Rahsia
4. KOLABORASI TERBAIK APM 2012
* Rossa & Taufik Batisah – Aku Bersahaja
2012 Tahunku Yang Kacak
5. ARTIS LELAKI TERBAIK APM 2012
* Hafiz - Ku Akui
6. ARTIS WANITA TERBAIK APM 2012
* Shila Amzah – Patah Seribu
7. BEST DUO/GROUP DUO|KUMPULAN TERBAIK
* Kotak – Tendangan Dari Langit
8. LAGU TERBAIK SINGAPURA
* Pulanglah – Awi Rafael djdanchef
9. ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
* Taufik Batisah
10. LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
* Ku Tetap Kan Menunggu – Hady Mirza
11. ARTIS SERANTAU PALING POPULAR APM 2012
* Taufik Batisah
12. NEW MEDIA NOVA | NOVA MEDIA BARU
* Abdul Muttaleeb
13. NEW MEDIA ICON | IKON MEDIA BARU
* Sleeq
14. LAGU SERANTAU PALING POPULAR
* Ku Tetap Kan Menunggu – Hady Mirza
15. LAGU TERBAIK ANUGERAH PLANET MUZIK 2012
* Kisah Hati - Alyah !!!
TAHNIAH BUAT HAFIZ, ABDUL MUTTALEEB, ALYAH DAN SHILA AMZAH
Tahniah djdanchef ucapkan kepada mereka kerana menjadi juara dalam kategori yang paling tertinggi dalam banyak-banyak kategori di APM 2012.
Tahniah juga buat pemenang yang lain.
Lihat juga:
- Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2012
- Pemenang Anugerah Industri Muzik 19 2012

Baca Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012 APM

Tiada Penyingkiran Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Kelima 5

Terkini: komen siapa tersingkir atau terkeluar di maharaja lawak mega 2012 minggu kelima 5.

Maharaja Lawak Mega 2012 minggu kelima baru sahaja melabuhkan tirainya pada malam ini. Minggu ini juga merupakan minggu penyingkiran bagi salah satu kumpulan.

TEMA MUZIKAL MINGGU KELIMA

Tema untuk minggu ke 5 ialah muzikal, persembahan para peserta kali ini sangat bagus dan menghiburkan daripada minggu lepas. Para juri juga rata-rata terhibur dengan persembahan kali ini.

3 PESERTA UNDIAN TERENDAH
Sebelum mengumumkan kumpulan yang akan meninggalkan pentas kumpulan ini dipanggil kerana berada di kedudukan paling corot:

1. R2
2. Bandung Jokers
3. Sabon

Hot!
- ** Jangan Pergi Ke Sunway Lagoon? **

SIAPA TERSINGKIR MINGGU KELIMA 5

Setelah juri membuat penilaian akhirnya awie telah mengumumkan tiada penyingkiran di maharaja lawak mega 2012 minggu ke 5 ini. Ini bermakna semua peserta terselamat.

Maharaja Lawak Mega 2012 boleh juga di tonton live streaming di youtube - djdanchef

Hot!
- ** Jangan Pergi Ke Sunway Lagoon? **

Lihat Juga:
- Dadidu Pimai Balas Tersingkir Di Minggu Ke 4


Baca Penuh Tiada Penyingkiran Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Kelima 5

Friday 14 December 2012

Pengadil Malaysia Lawan Thailand Lee Min Hu Berat Sebelah

pengadil korea malaysia lawan thailand bola sepak vs lee min hu piala aff suzuki 2012 fadhli shas kad merah.

Nampaknya ramai yang masih tidak berpuas hati dengan pengadil dari korea bernama lee min hu yang dikatakan berat sebelah semasa mengadili perlawanan bola sepak antara malaysia vs thailand pada Piala Suzuki AFF 2012 pada 13 disember 2012

Djdanchef sendiri pun tak puas hati dengan pengadil yang dengan drastik kena kan kad kuning kedua kepada fadhli shahs dan seterusnya dia terpaksa meninggalkan padang bola sepak.

Fadhli Shas menitiskan airmata, djdanchef juga rasa tersebak waktu melihat kejadian ini.

Perlawanan sudah pun berlalu walau bagaimana pun selepas kekalahan ini rakyat malaysia masih tetap menyokong harimau malaya. - djdanchef


Baca Penuh Pengadil Malaysia Lawan Thailand Lee Min Hu Berat Sebelah

Tips Blog Pilihan Terbaik Pembaca Setia

Tips 3 blog pilihan terbaik atau cara membuat pembaca datang ke blog kita kembali, erti kata lain menjadi pembaca setia. Setiap pembaca mempunyai selera berita atau cerita yang berbeza-beza dan sekiranya maklumat yang mereka inginkan itu dijumpai dan apa yang dikehendaki itu ada pasti mereka sudah mula tertarik dengan blog kita.

Tips Blog Pilihan Terbaik Pembaca Setia

Di bawah ini djdanchef senaraikan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk meningkatkan pembaca dan secara tidak langsung dapat membuat mereka menjadi pembaca setia.

1. Tajuk topik yang berkaitan

Pembaca mempunyai pelbagai selera dan mereka sangat memerlukan maklumat yang mereka inginkan dan kalau boleh hendak maklumat yang lebih selain apa yang mereka cari. Tambahkan topik-topik yang berkaitan didalam artikel tersebut dan pasti pembaca akan lama berada di blog kita.

2. Promot Blog Ke Media Pilihan Lain

Maksud promot blog ke media lain ialah kita perlu ada facebook dan twitter, sekiranya kita tidak mempunyai facebook atau twitter ini bermakna kebanyakkan pembaca kita daripada blogger sahaja. Pembaca yang tidak ada blog tidak dapat mengikut perkembangan artikel terbaru yang kita terbitkan.

3. Berhubung dengan pembaca setia

Selepas kita dah tahu siapa yang selalu datang ke blog kita jangan buat tak tahu saja, cuba berhubung dengan mereka. Selain itu, dapat juga mengeratkan hubungan di alam maya dan juga di luar. Dan yang paling seronok sekali apabila kita selalu berhubung dengan mereka, mereka pasti akan promosi blog kita di blog mereka.

4. Sentiasa Terbitkan Entri.

Selalu terbit entri anda setiap hari, bila pembaca sudah mula suka blog kita, bangun pagi-pagi saja mengadap laptop pasti mereka akan teringat hendak ke blog kita untuk membaca cerita-cerita terbaru. Lama-kelamaan jadi tabiat.

Itu sajalah secara ringkas yang dapat djdanchef kongsikan, djdanchef pun bukan pandai sangat baru saja hendak merangkak.

Baca seterusnya:
Baca Penuh Tips Blog Pilihan Terbaik Pembaca Setia

Cara Gaya Heliza Helmi Dalam Kecantikan Dan Kesihatan

Tips kecantikan dan kesihatan gaya Heliza Helmi. Sebut saja selebriti yang mempunyai mata yang besar pasti ramai akan terbayang penyanyi kecil molek dari terengganu iaitu Heliza Helmi.

Suka Makan Buah-Buahan Sebelum Makan Nasi.

Rutin harian heliza helmi sentiasa mengamalkan petua meminum segelas air masak setiap kali bangun pagi.

Bagi mengekalkan tenaga, heliza gemar minum Milo dan mengambil vitamin setiap hari.

“Saya juga makan buah-buahan terlebih dahulu iaitu setengah jam sebelum makan nasi dan minum jus oren yang dibuat sendiri,” katanya.

Amalan kecantikan Heliza sebenarnya banyak.dipengaruhi oleh rakan-rakan, bahan bacaan dan program televisyen.

Heliza Helmi Amal Ambil Air Sembahyang

“Tentang amalan tradisional, saya pernah menempek serbuk kunyit yang dicampur air pada muka sewaktu zaman sekolah dulu.

“Ada juga kawan-kawan yang mengesyorkan menyapu gincu pada jerawat. Petua lain adalah menyapu serbuk buah keras yang telah dibakar pada kening untuk melebatkan kening.

“Mak saya pula selalu mengingatkan saya untuk berdoa dan mengamalkan air sembahyang,”

Itulah serba sedikit cara gaya Heliza Helmi dalam kecantikan dan kesihatan.

Lihat Juga
- Dato Sarimah Kongsi Tips Kecantikan dan Kesihatan.



Baca Penuh Cara Gaya Heliza Helmi Dalam Kecantikan Dan Kesihatan

Thursday 13 December 2012

Gempar: Datuk K Kemalangan Patah Bahu, Dato Siti Batal Konsert

Terkini berita mengenai Datuk K suami kepada Dato Siti Nurhaliza kemalangan dan cedera serta patah bahu semasa berada di New Zealand.

Datuk CT Terpaksa Batal Konsert Di Banjarmasin Indonesia

Siti Nurhaliza yang sepatutnya menjayakan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang di sini malam ini memberitahu, beliau terpaksa membatalkan persembahannya setelah mengetahui datuk k mengalami kemalangan.

Adik dato K, iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa berkata, Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan beliau menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal sebelum terjadinya kemalangan.

Menurut entri daripada mstar akibat kemalangan itu Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan dan juga kaki.

Datuk CT Akan Berangkat Ke New Zealand

Dato Siti Nurhaliza akan ke New Zealand esok untuk bersama suaminya di sana dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.

Status Maaf Datuk Siti Nurhaliza di Twitter

Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.

“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Dato CT.

Djdanchef: harap dato ct bersabar dan semoga datuk K cepat pulih. - Gosip

Berita Terkini:
- Dato K Jalani Pembedahan Esok


Baca Penuh Gempar: Datuk K Kemalangan Patah Bahu, Dato Siti Batal Konsert

Suami Didie Alias Sakit Misteri Selepas Masuk Fear Factor

Terkini suami didie alias kena sakit misteri selepas suaminya masuk fear factor selebriti malaysia yang diadakan di Cape Town, Africa.

Menurut kata Didie Alias kepada mstar online, suaminya (norisham ismail) mengalami masalah pedih hulu hati, sesak nafas dan berpeluh sampai terpaksa ditahan di hospital beberapa kali untuk pemeriksaan lanjut selepas seminggu pulang dari cape town afrika.

Hilang Selera Makan

"Risau juga dibuatnya. Dah banyak kali suami keluar masuk wad tetapi doktor hanya mengesahkan dia mungkin mengalami penyakit gastrik yang teruk."

"Keadaan itu dikatakan berpunca daripada cara pemakanannya yang tidak sesuai sepanjang dua minggu berada di Cape Town.

"Berdasarkan apa yang doktor cakap memang ada betulnya sebab dia hilang selera makan apabila berada di sana kerana ketiadaan masakan Melayu," katanya

Bukan Berpunca Dari Gangguan Sihir

Sementara itu Didie Alias menyifatkan penyakit suaminya itu bukan berpunca daripada gangguan sihir memandangkan mereka tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

"Nak cakap penyakit misteri, memang misteri pun, kerana penyakit gastrik seperti yang doktor sahkan itu tidak pulih seperti orang yang biasa selalu kena. Tetapi saya tak anggap dia kena buatan orang." kata didie.

Suami Didie Alias Semakin Pulih Selepas Rawatan Kampung

Bagaimanapun tambah Didie, akibat penyakit yang masih lagi belum pulih itu, suaminya telah pulang ke kampung halamannya di Kampung Nuri, Negeri Sembilan untuk menjalani rawatan perubatan secara tradidional.

"Alhamdulillah, sepanjang hampir dua minggu berada di kampung, keadaannya semakin pulih. Kami ikhtiar cara tradisional pula selepas pihak doktor turut memberi nasihat sedemikian." - Didie Alias @ Gosip

Gambar: didie alias dan suami


Baca Penuh Suami Didie Alias Sakit Misteri Selepas Masuk Fear Factor

3 Blog Pilihan Terbaik Malaysia Bakal Melabuh Tirainya

Lagi beberapa hari lagi pertandingan 3 Blog Pilihan Terbaik Malaysia akan melabuhkan tirainya. Seperti entri sebelum ini djdanchef memilih blog berniche makanan sebagai blog pilihan terbaik.

Blog pilihan djdanchef itu adalah blog 2012 tahunku yang kacak dan sememangnya cantik juga. Boleh la terjah ke blog mereka yang panas giler itu.

Setakat ini peserta yang menyertai pertandingan ini telah pun mencecah seramai 31 peserta dan rata-rata kesemuanya hebat-hebat belaka. Ada juga blog para peserta yang mengamalkan tips blog pilihan pembaca setia ini.

Persaingan juga amat sengit, setiap minggu pasti ada blog yang berbeza-beza berada di kedudukan teratas dan ini telah terbukti pertandingan ini bukan calang-calang pertandingan saja.

Apa pun semoga berjaya buat semua blog-blog yang menyertai 3 Blog Pilihan Terbaik ini.

Baca Penuh 3 Blog Pilihan Terbaik Malaysia Bakal Melabuh Tirainya

Wednesday 12 December 2012

Lirik Lagu 150 Juta - Ainan Tasneem

Terbaru: Lirik lagu 150 juta ainan tasneem | Fynn Jamal

Djdanchef di fahamkan lagu 150 juta ni adalah lagu daripada fynn jamal dan lagu ini dipersetujui untuk dinyanyikan semula untuk menjadi single terbaru ainan tasneem.

Lirik Lagu 150 Juta - Ainan Tasneem

Untuk kali ke 150 juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Di 150 juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia

Dah lebih 150 juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap 150 jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya djdanchef

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Lihat Juga:
- Biodata Ainan Tasneem

Baca Penuh Lirik Lagu 150 Juta - Ainan Tasneem

Tuesday 11 December 2012

Sinopsis Filem Adik Manja Returns

Sedikit sinopsis adik manja returns yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Fenomena Adik Manja Yang Popular Tahun 1979

Adik manja the returns adalah sambungan daripada filem adik manja di zaman popular filem ini waktu dahulu.

Filem arahan Othman Hafsham yang diterbitkan 29 tahun lalu itu mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya memperoleh jumlah kutipan melebihi RM3.5 juta.

Sinopsis Adik Manja Returns

Adik Manja Returns menceritakan tentang kenakalan pelajar-pelajar perempuan di kolej swasta iaitu Kolej Professional Skill.

Pengetua Sofea (Rozita Che Wan) pening kepala memikirkan kenakalan pelajarnya terutamanya Kumpulan Bib yang dianggotai oleh Bib (Faezah Elai), Tam (Jihan Raja Lawak), Mala (Geetha), Mei (Adelin Tsen) & Ayu (Fida) serta Kumpulan Su yang dianggotai oleh Su (Juliana Evans) dan rakan-rakannya.

Untuk menangani masalah itu akhirnya pihak kolej djdanchef menawarkan semula khidmat seorang pensyarah lelaki iaitu Cikgu Azmi (Dharma) supaya dapat mengajar dan menggunakan formulanya bagi menginsafkan semula pelajar nakal tersebut.

Barisan Pelakon
Antara barisan pelakon yang menjayakan filem adik manja returns ialah Dharma Harun, Rozita Che Wan, Noorfezah, Juliana Evans, Jihan Raja Lawak, Fida dan ramai lagi.

Saksikan adik manja returns yang bakal ditayangkan di pawagam pada 20 Disember 2012. Gosip


Baca Penuh Sinopsis Filem Adik Manja Returns

Sinopsis Filem Istanbul Aku Datang

Tergerak hati ingin membuat entri filem dan sinopsis istanbul aku datang disebabkan filem ini telah pun mencecah kutipan 3 Juta.

Mari lihat sinopsis mengenai filem ini.

Istanbul Aku Datang Sinopsis

1. Filem istanbul aku datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Azad lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

2. Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

Dian Terpaksa Menyewa Rumah Baru

3. Azad yang risau kehadiran Dian yang datang ke istanbul dan sedikit sebanyak akan mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

4. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki oleh lelaki Melayu, Harris lakonan djdanchef eh silap lakonan beto kusyairi. Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka berdua iaitu Dian dan Haris tinggal sebumbung kerana kedua-dua berkeras dengan hak masing-masing.

Perang Dingin Dan Konflik Bermula

5. Perang dingin pun bermula antara Dian dan Haris kerana masing-masing berasakan teman serumah begitu merimaskan.

6. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi ini daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.

Belum berkesempatan lagi tonton istanbul aku datang ni. - Gosip



Baca Penuh Sinopsis Filem Istanbul Aku Datang

3 Blog Pilihan Terbaik

Setiap blogger mempunyai 3 blog pilihan terbaik atau mungkin lebih daripada itu yang menjadi pilihan terbaik masing-masing.

Sebenarnya banyak blog terbaik yang menjadi pilihan djchef. Sebelum menulis entri ini djchef menjengah dulu entri peserta-peserta 3 blog pilihan terbaik dan masing-masing mempunyai calon-calon kegemaran tersendiri.

Untuk entri yang lain sikit kali ini djchef memilih blog kategori makanan.

3 Blog Pilihan Terbaik

Blog kategori makanan, apa yang djchef faham selalunya blog ini adalah blog yang memberi maklumat berkaitan makanan, seperti menghidangkan resepi yang menarik untuk dikongsikan bersama pembaca. Menyajikan ulasan mengenai makanan serta gerai dan restoren yang menarik. Selain itu juga memberi tips-tips yang boleh diaplikasikan terhadap sesuatu makanan.

Berikut ialah 3 BLOG PILIHAN TERBAIK djchef:

1. Tiffinbiru.com (Dapur tanpa sempadan)

Salah satu 3 blog pilihan terbaik yang tak perlu djchef perkenalkan lebih-lebih pasti ramai yang sudah mengenali blog mat gebu yang gebu ini. Sebut saja blog resepi popular rata-rata akan ingat blog mat gebu. Pelbagai jenis resepi makanan dikongsikan kepada pembaca masakan melayu, kek, hidangan pencuci mulut, pastri dan lain-lain.
3 Blog Pilihan Terbaik

2. Hazmanfadzil.com (Hazman vs Food)

Blog hazman tidak ketinggalan djchef kategorikan sebagai 3 blog pilihan terbaik kategori makanan yang sarat dengan gambar-gambar makanan yang menyelerakan dan antara blog pilihan terbaik pembaca setia. Selain itu, salah satu blog ulasan makanan beserta gambar hidangan di gerai, restoren dan majlis-majlis yang dihadiri olehnya sendiri.


3 blog pilihan terbaik

3. Kakinakl.com (Tertunailah Hasrat Di Hati)

Kak ina kl merupakan seorang suri rumah dan kaki jalan-jalan cari makan. Sebelum ini agak keliru terhadap nama domain kak ina djchef ingatkan kaki-nakal, rupanya kak-ina-kl. Blog pilihan yang mempunyai resepi yang menarik dan terbaik. Selain itu, blog kak ina juga mempunyai ulasan pilihan makanan yang terdapat di sesuatu gerai dan restoren ketika kak ina menjamu selera bersama keluarga.



3 Blog Pilihan Terbaik
3 blog pilihan terbaik

Itulah antara 3 blog pilihan terbaik malaysia djchef yang pentingnya pastikan anda semua dapat kawal halwa nafsu sebelum menjengah ke blog-blog tersebut sebab sekali pandang boleh membuatkan anda meleleh air liur melihat gambar-gambar makanan yang menyelerakan.

Djchef ingin mengucapkan selamat berjaya kepada peserta-peserta 3 Blog Pilihan Terbaik ini.

" Contest 3 Blog Pilihan Terbaik ini dianjurkan oleh Amirez (dot) com dan ditaja oleh ContengConteng.com , Nurqider, Muazfariz , Azri.my , Shaharil , Firdaus Latib , Saljuhumairah , Ladfe Amir , CitaReka , Yaa Designs , Aiman AzizHadi Hanafee dan Impiana Guest House "
Baca Penuh 3 Blog Pilihan Terbaik

Aamir Khan Teringin Jumpa Hantu

Teruja: Aamir Khan Mahu berjumpa dengan hantu. Dia juga berikrar mahu bertemu dengan hantu sebenar.

1. Bagi merealisasikan impiannya itu, Aamir merancang untuk berkunjung ke Istana sebuah bandar berhantu di negeri Rajasthan iaitu Bhangarh.

2. Menurut cerita legenda, Bhangarh merupakan sebuah bandar yang telah disumpah dan ia merupakan salah satu tempat paling berhantu di India.

3. Ujar sumber: "Aamir Khan sememangnya sangat teruja untuk mengunjungi Bhangarh secepat mungkin."

4.Aamir bakal sampai ke Jaipur pada pagi Khamis ini sebelum meneruskan perjalanan ke Bhangarh yang terletak 80 kilometer dari Jaipur. Gosip - djdanchef .


Baca Penuh Aamir Khan Teringin Jumpa Hantu

Monday 10 December 2012

Adam Dan Hawa Episode 61 |Episod Isnin

Sinopsis Adam dan Hawa episod 61 episod isnin. Drama terhangat ini telah pun sampai ke siri 61 dan siri kali ini konflik makin terasa antara Ain (Nadiya Nisaa) dan Ibu kepada Johan.
Adam Dan Hawa Episode 61
Pada kali ini ibu Johan telah mengugut Ain supaya melakukan sesuatu untuk anaknya johan yang sentiasa mengalami masalah jiwa disebabkan ain.
Ain mula bersimpati dan mula bersuara kepada ibu johan adakah ibu johan mahu dia bercerai dengan ( Aaron Aziz ) dan berkahwin dengan Johan?
Apakah tindakan ain? Saksikan adam dan hawa pukul 10 malam di Astro Mustika HD.

Baca Penuh Adam Dan Hawa Episode 61 |Episod Isnin

Nor Hidayah Yang Hilang Telah Ditemui

Sebelum ini djdanchef ada siarkan tentang Dayah Hilang Ikut Mat Rempit di mana seorang bapa mengesan anak gadisnya telah hilang.

DAYAH DITEMUI DI BILIK HOTEL DENGAN KEADAAN MASIH TRAUMA

Dan di dalam akhbar hari ini dayah telah pun ditemui di sebuah bilik hotel di Jalan Tun Razak, namun pada masa sama terdapat persoalan yang belum dijawab berhubung penemuan tersebut.

Dayah diam seribu bahasa ekoran masih trauma dengan kejadian tersebut, bapanya, Raja Roslan Raja Ahmad Hadzrawi, 39, pula tertanya tanya mengenai penemuan anaknya itu.

TURUT DITEMUI 2 REMAJA PEREMPUAN DI BAWAH UMUR

Selain Raja Nor Hidayah, turut ditemui di situ ialah dua lagi remaja perempuan berusia 15 dan 16 tahun serta tiga remaja lelaki berumur antara 16 hingga 19 tahun.

Polis menahan tiga remaja lelaki itu bagi membantu siasatan kes berkaitan gangguan seksual manakala dua remaja perempuan itu dihantar pulang. - Berita di djdanchef .

Gambar: Dayah ditemui dalam keadaan selamat


Baca Penuh Nor Hidayah Yang Hilang Telah Ditemui

Sunday 9 December 2012

Keputusan Terkini Malaysia vs Thailand Piala Suzuki AFF 2012

Kini keputusan perlawanan piala suzuki aff 2012 malaysia vs thailand pada 9 disember .

Djdanchef akan cuba update keputusan terkini perlawanan piala aff suzuki cup 2012 ini.

Keputusan Penuh Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Thailand
Perlawanan 9 Disember (Update)

Malaysia 1 - 1 Thailand (Seri)

Gol Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 manakalan gol Thailand dijaringkan Teerasil Dangda pada minit ke-79. - djdanchef


Baca Penuh Keputusan Terkini Malaysia vs Thailand Piala Suzuki AFF 2012

Wan Zack Haikal Hanya Doa Iringi Malaysia - Piala Suzuki AFF 2012

Hanya doa yang mampu wan zack haikal iringi agar pasukan harimau malaya malaysia juara dan dapat mengalahkan thailand di piala suzuki aff 2012 .

Selepas tampil cemerlang membantu Harimau Malaya menyambar slot ke separuh akhir, Wan Zack Haikal terpaksa menerima hakikat melupakan aksi separuh akhir gara-gara kecederaan otot paha kanan yang terkoyak ketika menjalani latihan baru-baru ini.

Harapan Wan Zack Haikal Untuk Piala Suzuki AFF Cup 2012

"Justeru, saya berdoa supaya rakan rakan dapat mengatasi Thailand sekali gus mara ke final,"

"Saya harap dapat bertemu semula Singapura di final bagi melunas dendam tertunggak apabila kami tewas 0-3 di peringkat kumpulan sebelum ini" ujar wan zack.


Baca Penuh Wan Zack Haikal Hanya Doa Iringi Malaysia - Piala Suzuki AFF 2012