djchef October 2012 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 31 October 2012

DRAMA ADAM DAN HAWA EPISOD 39

Video Online Drama Adam Dan Hawa Episode 39 |Sinopsis djchef untuk episod 39.

DRAMA ADAM DAN HAWA EPISOD 39

Normah dan Eja cuba menggertak Ain tentang Azie dan Johan. Ain langsung tidak perasan perkara tersebut dan kini sering mula menjadi tanya buat dirinya.

Disebabkan Azie kini sakit, Johan pula menjaga Azie yang terlantar di hospital dan keadaan itu membuatkan Azie semakin rasa selesa dengan Johan.

Ini memberi peluang kepada Azie untuk membandingkan dirinya dengan Ain.

Lihat Komen mengenai drama ini klik adam dan hawa.

Untuk dapatkan info terbaru mengenai drama ini boleh LIKE facebook djdanchef.


Baca Penuh DRAMA ADAM DAN HAWA EPISOD 39

PEMENANG ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2012

Rasa djchef mungkin ramai peminat bola sepak sudah tahu pemenang anugerah bola sepak kebangsaan 2012 baru-baru ini.

djchef agak sibuk sekarang ini dan insyaAllah selepas kerja-kerja tergendala ini habis djchef akan aktif kembali update dan blogwalking. Terima kasih kepada rakan-rakan yang melawat dan memberi komen sepanjang kesibukan ini. Saya tetap akan terjah ke blog rakan-rakan nanti.

Berbalik kepada tajuk bagi yang belum tahu lagi ini adalah senarai para pemenang anugerah bolasepak kebangsaan 2012:

Kelab Terbaik – Sime Darby FC

FA Terbaik – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)

Pemain Harapan Terbaik – Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)

Jurulatih Terbaik – B. Sathianathan (ATM)

Penyerang Terbaik – Nor Shahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemain Tengah Terbaik – Mohd Safiq Rahim (Selangor)

Pertahanan Terbaik – Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)

Penjaga Gol Terbaik – Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh djchef – Nor Shahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Kelab Penyokong Terbaik – Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Pemain Import Terbaik – Marlon Alex James (ATM)

Pengadil Terbaik – Nafiz Abdul Wahab


Baca Penuh PEMENANG ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2012

Sunday 28 October 2012

ROSEMAH TERSINGKIR DI MASTERCHEF MALAYSIA 2

Terkini dari djchef rosemah tersingkir di Masterchef Malaysia 2. 5 peserta terpaksa ke pusingan penyingkiran.

Peserta yang berada di pusingan penyingkiran adalah Ammar, Azni, Izyan, Rosemah dan Ismail.

SIAPA PESERTA TERKELUAR / TERSINGKIR ?
Selepas juri merasa keempat-empat hidangan, rosemah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir kali ini.

LIKE FACEBOOK djdanchef untuk info mengenai masterchef malaysia 2.


Baca Penuh ROSEMAH TERSINGKIR DI MASTERCHEF MALAYSIA 2

TENGKU AMIR SHAH | RAJA MUDA SELANGOR

Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj merupakan raja muda selangor.

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah (lahir 12 Disember 1990) merupakan putera tunggal kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan warga Amerika Cik Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah.

LATAR BELAKANG TENGKU AMIR SHAH

Baginda merupakan putera tunggal (dan juga anakanda bongsu) kepada baginda Sultan Selangor. Baginda mempunyai dua orang kakanda tiri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Baginda telah berjaya menamatkan pengajian di Wellington College, United Kingdom pada tahun 2009.

GAMBAR RAJA MUDA SELANGOR
Beberapa gambar yang akan membuatkan wanita disana mabuk dengan tengku amir shah kerana kekacakannya. :-)





Baca Penuh TENGKU AMIR SHAH | RAJA MUDA SELANGOR

Friday 26 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA | SALAM AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA | SALAM AIDILADHA Yeahh harini raya! Harini raya!

Di kesempatan ini djchef ingin mengucapkan salam aidiladha dan selamat hari raya aidiladha kepada semua pembaca dan juga buat blogger.

Semoga raya tahun ini ikatan silaturahim dan kasih sayang antara keluarga dan saudara mara semakin erat.

Dan bakal-bakal haji yang akan ke mekah atau sudah pun berada di makkah. Djchef berdoa semoga mereka semua dalam keadaan sihat dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan mendapat haji yang mabrur.

Salam aidiladha buat semua.


Baca Penuh SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA | SALAM AIDILADHA

Wednesday 24 October 2012

ADLY TERSINGKIR DI MASTERCHEF MALAYSIA 2

Terkini dari djchef adly tersingkir di Masterchef Malaysia 2. Kumpulan merah dinobatkan sebagai pemenang manakala kumpulan biru terpaksa ke pusingan penyingkiran.

Peserta yang berada di pusingan penyingkiran adalah Eida, Adly, Dean dan Nina. Yang tidak masuk ke pusingan penyingkiran adalah Izyan, Rosmah dan Nora kerana mereka telah mengorbankan pin kebal masing-masing.

SIAPA PESERTA TERKELUAR / TERSINGKIR ?
Selepas juri merasa keempat-empat hidangan, adly diumumkan sebagai peserta yang tersingkir kali ini.

LIKE FACEBOOK djdanchef untuk info mengenai masterchef malaysia 2.




Baca Penuh ADLY TERSINGKIR DI MASTERCHEF MALAYSIA 2

DOWNLOAD UNTUK TIGA HARI FULL MOVIE|TONTON ONLINE

Terjumpa djchef download untuk tiga 3 hari full movie di laman web video tonton online.

SINOPSIS FILEM UNTUK TIGA HARI

Filem Untuk Tiga Hari mengisahkan sebuah kisah cinta luar biasa tetapi aneh. Filem ini berkisar tentang dua pasangan kekasih yang terpaksa berkahwin atas desakan dan pilihan orang tua mereka sendiri yang panas giler.

Untuk itu, pasangan kekasih ini telah memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.

Untuk melihat video filem penuh terkini sila ke laman MOVIE atau GOSIP.

Tonton & download untuk tiga hari full movie youtube, review anda?.
(sila LIKE & TWEET untuk SHARE bersama rakan-rakan anda)


Baca Penuh DOWNLOAD UNTUK TIGA HARI FULL MOVIE|TONTON ONLINE

FILEM TANDA PUTERA TAYANG DI UITM 8 NOVEMBER

Filem Tanda Putera arahan
Datin Paduka Suhaimi Baba akan ditayangkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sempena Malam Promosi Filem 2012 pada 8 November ini.

djchef difahamkan Tayangannya dianjurkan oleh pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM dengan kerjasama pengeluar filem Pesona Picture Sdn Bhd di Dewan Sri Budiman mulai pukul 6 petang hingga 11 malam.

FILEM PATRIOTIK

Filem tanda putera tersebut mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

CABUTAN BERTUAH BUAT PENONTON

Menurut kenyataan UiTM, pelbagai acara sampingan akan turut diadakan sempena tayangan itu seperti cabutan bertuah untuk penonton dengan hadiah utama berupa empat buah telefon bimbit serta sesi tandatangan bersama barisan pelakon dan persembahan daripada para pelajar fakulti itu.

Semoga filem tanda putera ini membuahkan kejayaan dan menjadi filem yang panas giler.


Baca Penuh FILEM TANDA PUTERA TAYANG DI UITM 8 NOVEMBER

Monday 22 October 2012

LEE CHONG WEI & WONG MEW CHOO KAHWIN 9 NOVEMBER

 

Teka-teki yang selama ini djchef dan semua mengenai tarikh perkahwinan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei terjawab hari ini apabila beliau memilih 9 dan 10 November ini untuk menamatkan zaman bujang.

Majlis perkahwinan Chong Wei dan pasangannya, bekas ratu badminton negara, Wong Mew Choo akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'zam Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara orang kenamaan yang dijemput.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh abangnya, Lee Chong Hoon pada sidang media di sini semalam tanpa kehadiran Chong Wei kerana beliau sedang menyertai kejohanan Terbuka Denmark di Odense.

Semoga lee chong wei dan wong mew choo bahagia nanti.


Baca Penuh LEE CHONG WEI & WONG MEW CHOO KAHWIN 9 NOVEMBER

Sunday 21 October 2012

KELANTAN JUARA MENANG PIALA MALAYSIA 2012

Baru sahaja piala malaysia 2012 berlangsung dan kelantan juara piala malaysia 2012 . Tahniah kelantan!

Meriah Pentas akhir piala malaysia di Shah Alam cukup meriah dan riuh oleh penonton untuk menyaksikan perlawanan antara pasukan kelantan dan atm.

Kelantan mencatat sejarah dengan muncul pemenang tiga gelaran musim 2012, setelah menewaskan Angkatan Tentera 3-2 dalam perlawanan akhir untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua, di
Stadium Shah Alam, Selangor tahniah djchef ucapkan.

Juara Piala FA dan Liga Super serta Piala Malaysia 2010 itu melengkapkan koleksi tersebut dengan dua jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin manakala lawan merapatkan jurang menerusi Rezal Zambery Yahya dan Marlon Alex James.

Berikut kedudukan jaringan dan pemain gol:
ATM (2) mln Kelantan (3)

Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Marlon Alex James minit ke-61

Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49
Indra Putra minit ke-95

Sekali lagi tahniah djchef ucapkan kepada pasukan kelantan juara piala malaysia 2012.




Baca Penuh KELANTAN JUARA MENANG PIALA MALAYSIA 2012

Friday 19 October 2012

RUMAH BANGLO RUNTUH SEKSYEN 7 SHAH ALAM |PEMILIK RUMAH 4JUTA

BERITA Rumah bernilai 4juta: Rumah Banglo runtuh di jalan jed, Seksyen 7 shah alam. Pemilik adalah ahli perniagaan dan buruh yang tercedera adalah warga indonesia.

Sekumpulan enam buruh Indonesia
yang sedang melakukan kerja-kerja ubah suai di sebuah banglo mewah bernilai hampir RM4 juta bernasib malang apabila salah seorang mereka maut manakala bakinya cedera parah apabila bumbung konkrit seberat 40 tan kediaman tersebut tiba-tiba runtuh.

Kejadian berlaku di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7, Shah Alam ketika kesemua buruh berkenaan sedang melakukan pengubahsuaian di bahagian dalam serta aras atas banglo dua tingkat tersebut.

Kesemua mangsa terperangkap
di bawah timbunan konkrit hampir 40 minit.

Siapa pemilik banglo itu djchef difahamkan milik seorang ahli perniagaan. Ia diubah suai untuk menambah bilik surau di tingkat atas dan membuat kolam mini di aras bawah.

Berita terkini sila klik berita malaysia 2012.


Baca Penuh RUMAH BANGLO RUNTUH SEKSYEN 7 SHAH ALAM |PEMILIK RUMAH 4JUTA

PENYOKONG KELANTAN SERBU TIKET PERCUMA PIALA MALAYSIA 2012

Peminat dan penyokong kelantan menyerbu tiket piala malaysia 2012 amat bertuah djchef rasakan untuk mereka.

Pemberian tiket percuma diberikan kepada warga Tanah Merah untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan menentang ATM Sabtu ini mendapat sambutan.

Pemberian tiket oleh UMNO Bahagian Tanah Merah yang dibuat menyebabkan premis di Perodua Noble Twin (M) Sdn. Bhd., Lot 1039, Jalan Enggang, Taman Keramat diserbu oleh penyokong Kelantan.

Lebih 2,000 tiket telah diberikan dan pemberian tiket percuma yang disediakan sebanyak 5,000 akan diteruskan sehingga hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, pihaknya sedia menambah tiket percuma jika jumlah sedia ada tidak mencukupi.

"Jika 5,000 tiket awal yang diperuntukkan ini tidak mencukupi, kami sedia untuk menambahnya," katanya.


Baca Penuh PENYOKONG KELANTAN SERBU TIKET PERCUMA PIALA MALAYSIA 2012

Thursday 18 October 2012

LIRIK LAGU TEMAN PENGGANTI - BLACK FT MALIQUE

Lagu dan lirik lagu terbaru gandingan penyanyi black dan malique.

LIRIK LAGU TEMAN PENGGANTI - BLACK FEAT MALIQUE

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini djchef
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

[korus dj]
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

[ulang korus dj]

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti.


Baca Penuh LIRIK LAGU TEMAN PENGGANTI - BLACK FT MALIQUE

Wednesday 17 October 2012

DRAMA JULIA SLOT AKASIA TV3

Terbaru drama julia tv3 di slot akasia tv3, sinopsis lagu tema ost dan pelakon serta tonton online.

Tajuk drama julia kali pertama djchef dengar tetiba teringat kisah novel waktu sekolah menangah dulu tajuk novel tu pun nama julia. hehehe..

SINOPSIS DRAMA JULIA TV3
Amir (Fizo Omar) merupakan seorang yang agak nakal di sekolah dan Amir telah ditangkap kerana merokok dan dikenakan hukuman rotan di hadapan guru-gurunya.

Bagaimana pun, Amir berjaya melanjutkan pelajaran ke oversea, dan dia ada perasaan dengan seorang gadis bernama Sofia (Izreen Azminda) , tetapi Sofia menolak cinta Amir, dan mengatakan dia tidak ada hati dengan Amir kerana Sofia sudah mempunyai Sam ( Iqram Dinzly).

DRAMA SLOT AKASIA JULIA MENAMPILKAN NABILA HUDA
Amer berkenalan dengan Julia, hubungan Amir dan Julia (Nabila Huda) semakin rapat, Julia berjaya merubah diri Amir dan Amir mulai menumpukan pelajarannya. Bermulalah kisah cinta antara Amer dan Julia yang cukup indah.

Sofia menyesal kerana tidak menerima cinta Amir dulu, kemudian dia berusaha untuk kembali semula kepada Amir seperti benci jadi cinta.

Drama ini menggantikan drama kau yang terindah, Julia merasakan dia dan Amer perlu ada ikatan kuat dan dia mahu mereka bertunang secepat mungkin. Dia berusaha untuk bersama Amer, dia gembira
apabila mendapat tawaran pekerjaan di Kuala Lumpur kerana boleh selalu bertemu Amer.

Amer lebih mengejar kemewahan dan kekayaan hingga Julia merasakan Amer mengabaikannya.

Kerana perangai Amer yang mengabaikan Julia, dia sudah beralih cinta dan berkahwin dengan
pemuda lain, Amer mulai menyesal.

Azwan dan Julia berkahwin tetapi ibu Azwan tidak menyukai Julia, dan mahu menjodohkan Azwan dengan Katrina (Syatilla Melvin).

BARISAN PELAKON
Antara barisan pelakon drama ini ialah:

- Nabila Huda
- Fizo Omar
- Izreen Azminda
- Iqram Dinzly
- Fauziah Ghaous
- Syatilla Melvin
- Norish Karman.

LAGU TEMA OST JULIA TV3
Antara lagu tema ost drama julia slot akasia tv3: Sudah Cukup Sudah – Nirwana Band, Milikku – Duta, Tiada Rasa – Ika Nabila ft. Aliff Razali.


Baca Penuh DRAMA JULIA SLOT AKASIA TV3

Thursday 11 October 2012

SENARAI PENCALONAN AIM 19 2012 | TOP 5 FINALIS

Senarai Akhir Pencalonan Finalis Top 5 AIM 19 2012 Anugerah Industri Muzik. Bagi djchef anugerah AIM 19 yang sangat berpestrij dan memberi anugerah kepada artis yang benar-benar layak untuk mendapat anugerah itu.

Berikut merupakan senarai penuh pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik 19 2012:

Artis Baru Terbaik
1. Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)
2. Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
3. SalamMusik (Alamak feat Altimet)
4. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)
5. The Malayan (Aku Bukan Lagenda)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
1. Azlan & The Type Writer (Idola)
2. Faizal Tahir (Buta)
3. Hazama (Majnun)
4. Jamal Abdillah (Bahagia.Sementara)
5. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
1. Jaclyn Victor (Counting Days)
2. Nora (Doa)
3. Shila Amzah (Patah Seribu)
4. Siti Nurhaliza (I Cry Out)
5. Jaclyn Victor (Jagalah Diri)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
1. Firdaus (Saat Terindah)
2. Forteen (Seperti Dulu)
3. GX4 (Kerana Kasihmu)
4. Prince of Pop (Main Jauh Jauh)
5. SleeQ feat Ramlah Ram (Sesaat Kau Datang)

Kulit Album Terbaik
1. Anuar Sujud (Raunajud) – Filsuf (Muka Surat Satu)
2. Sanjay – Hujan (Sang Enemy)
3. Wing Meng – Love Me Butch (World Wide Transgression)
4. Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)
5. Zul Amran Hilmi – Yuna (Terukir Di Bintang)

Rakaman Album Terbaik
1. Hafiz Hamidun/CL Toh – Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)
2. Eddie Slam/Greg Henderson/Voodoo/Illegal – Jamal Abdillah (Raja Pop 2)
3. Edry Hashim/Manusia Putih/Cat Farish – Kat Hassan (Menggoda)
4. Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)
5. Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/Arief Renald – Shanel (Perjalanan)

Video Muzik Terbaik
1. Sahak – Firdaus (Kerna-nya Aku Menolakmu)
2. Michael Weicker/Marcus Weicker – Goldfish and Blink (Bila Seharusnya feat Noh Saleh)
3. Ghaz Abu Bakar – Stacy (Pelangi Senja)
4. Jeremy Zainal – Suki Low (Terlalu Mencintaimu)
5. Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)

Lagu Pop Etnik Terbaik
1. Endang Endong Cintaku Satu (Wan Mohammad
Logan/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
2. Hari Demi Hari (Mohd Shahril/Noraniza Idris/ Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
3. Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
4. Mahligai (Helen Yap/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
5. Menarik Hati (Asmin Mudin/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris

Lagu Nasyid Terbaik
1. Asmaulhusna (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Mawi
2. Allah (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Hafiz Hamidun
3. Garisanmu (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Izzat Mahadi
4. Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
5. Erti Al-Fatihah (Johan Nawawi/Johan Nawawi) – Voice of Ummi

Lagu Rock Terbaik
1. Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer
2. Buta (Audi Mok/Faizal Tahir) – Faizal Tahir
3. Simetri (Audi Mok/Omar K) – Hazama
4. Mati Senyap (Stone/Zizie Hashim) – Silent Death
5. Bebas (Sam) – The Azenders

Lagu Pop Terbaik
1. Sebelah Jiwaku (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor
2. Harapan (Hyper Act/Frozen) – Hyper Act
3. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
4. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna
5. Jagalah Diri (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor

Lagu Hip Hop Terbaik
1. Teman Pengganti (Malique) – Black & Malique
2. Sendiri Di Kuala Lumpur (Belle Fatah/Filsuf/Bob Yusof) – Filsuf
3. Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/ Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique
4. Just You And Me (Saph/Shazrina Azman) – MizzNina
5. Tenang Sayang (DJ Jocular/Saph & NBE) – SSK

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1. Memo (Yuna) – Yuna
2. Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/ Lin Li Zhen) – Jaclyn Victor
3. Stand Up (Bryan Bouro) – Siti Nurhaliza
4. Haircut (Sarah Zainal Abidin) – ZE!
5. Photo Of You (Yuna) – Yuna

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang
Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
1. Tentang Rasa (Astrid)
2. Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
3. Aku Bersahaja (Rossa feat Taufik Batisah)
4. Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (Rossa feat Ungu)
5. Aku Kembali (Sammy Simorangkir)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
1. Arman, Alex, Aye, Rifai & Andy (OST Gerimis Mengundang – Brenda & Budi)
2. Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)
3. Edry Abdul Halim (Kasanova – Stacy)
4. Azlan Abu Hassan (Bertemu Di Syurga – Stephen Rahman Hughes)
5. AG Coco (Terukir Di Bintang – Yuna)

Album Terbaik
1. Sang Enemy (Noh Salleh/AG Coco – Hujan)
2. Hikmah (Johan Nawawi – Nora)
3. Take Off (Pesawat - Pesawat)
4. SalamMusik (Salam – SalamMusik)
5. Stay-C (Muhammad/Kunci Demak – Stacy)

Banyak juga nama-nama artis dan lagu-lagu yang djchef tak kenal dan tak pernah dengar tercalon dalam aim 19 2012.


Baca Penuh SENARAI PENCALONAN AIM 19 2012 | TOP 5 FINALIS

JIMMY SHANLEY, SUHAILA SAH BERCERAI TEBUS TALAK RM1

Dalam berita jimmy shanley dan nursuhaila sah cerai tebus talak rm1. Dah lama djchef dengar kisah pergolakkan rumahtangga jimmy.

Selepas hampir dua tahun naik turun mahkamah berkaitan isu pergolakan rumah tangga, akhirnya pengacara Jimmy shanley dan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy sah bercerai talak satu secara khuluk (tebus talak) berjumlah RM1 di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 32, melafazkan cerai tersebut terhadap Nursuhaila, 26, dengan nada sebak di hadapan Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah pada pukul 10.30 pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Abd. Halim kemudian mengesahkan gugurnya talak satu bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal) kali pertama selepas berpuas hati dengan lafaz ijab dan kabul oleh Jimmy serta lafaz penerimaan oleh Nursuhaila.

Semoga kedua-duanya tabah dan gosip mengenai mereka akan berakhir.


Baca Penuh JIMMY SHANLEY, SUHAILA SAH BERCERAI TEBUS TALAK RM1

Tuesday 9 October 2012

LADY GAGA MUNTAH |LADY GAGA VOMITS ON BARCELONA CONCERT

Terbaru dari gosip Lady Gaga muntah atas pentas |Lady Gaga vomits on stage during barcelona concert video youtube. Dikatakan lady gaga muntah beberapa kali semasa menyanyikan lagu the egde of glory di belakang penari lelaki. VIDEO YOUTUBE LADY GAGA MUNTAH
Baca Penuh LADY GAGA MUNTAH |LADY GAGA VOMITS ON BARCELONA CONCERT

PENTAS AKHIR PIALA MALAYSIA 2012 DI SHAH ALAM

Info sukan dimana pentas akhir piala malaysia 2012 terpaksa diubah kerana masalah rumput.

Gara-gara rumput yang masih baru ditanam, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan menukar gelanggang pentas akhir Piala Malaysia 2012 pada 20 Oktober ini dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam.

djchef rasa lagi meriah kalau di stadium nasional bukit jalil. Bukan tidak mahu menggunakan Stadium Nasional sebagai medan neutral jika Selangor mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia nanti, Pengerusi JKPT, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, situasi itu tidak dapat dielakkan demi keselamatan pemain disamping tidak mahu menjejaskan kualiti padang untuk Piala Suzuki AFF.


Baca Penuh PENTAS AKHIR PIALA MALAYSIA 2012 DI SHAH ALAM

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2012

Entri pendek sahaja hari ini, djchef dapat tahu hari ini semua pelajar tingkatan 3 (form 3) bakal menduduki peperiksaan menengah rendah (pmr 2012).

Semoga para pelajar semua telah bersedia untuk menghadapinya dan kepada ibu bapa yang anak mereka bakal mengambil pmr tolonglah sentiasa disisi mereka dan memberi semangat kepada mereka jangan buat tak tahu saje, mereka sangat memerlukan kata semangat dari anda.

djchef ingin mengucapkan semoga berjaya kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki pmr.


Baca Penuh SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2012

Saturday 6 October 2012

SENARAI KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH BLOKBUSTER 2012 |BLOCKBUSTER 2011 ASTRO RIA

Terbaru senarai keputusan pemenang anugerah blockbuster 2012 blokbuster 2011 astro ria.

Anugerah Blockbuster Astro baru sahaja melabuhkan tirainya dan djchef sempat juga tonton secara live streaming. Anugerah ini adalah anugerah terbaru oleh pihak astro.

Dan berikut adalah keputusan penuh pemenang pemenang anugerah blokbuster.

1. Anugerah Filem Paling Hebat - KL Gangster
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat – Syamsul Yusof (KL Gangster)
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat – M Suurya (Sumpahan Puaka)
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat – Hantu Bonceng
6. Anugerah Filem Takut djchef Terhebat - Khurafat
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie
8. Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)
9. Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsudin (Bini- Biniku Gangster)
10. Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikri Bakar (Klip 3GP)
11. Anugerah Lagu Filem Terhebat - Ombak Rindu
12. Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)
13. Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shilla (Ratu The Movie)
14. Anugerah Khas PFM – Syamsul Yusof
15. Anugerah Astro First Terhebat – Kongsi

Tahniah buat para pemenang anugerah blokbuster 2011/2012. Semoga blockbuster untuk tahun hadapan.


Baca Penuh SENARAI KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH BLOKBUSTER 2012 |BLOCKBUSTER 2011 ASTRO RIA

NIKITA WILLY - BIODATA & GAMBAR

Pelakon seberang Nikita Willy bersama biodata dan gambar beliau.

djchef mula kenal nikita willy ni sejak beliau berlakon dalam cerita safa dan marwah. Dan kini beliau mula popular kembali dalam lakonan sinetron drama Yusra & Yumna.

BIODATA & PROFIL
NAMA PENUH: Nikita Purnama Willy

NAMA KOMERSIL: Nikita Willy.

TARIKH LAHIR: 29 Jun 1994.

TEMPAT LAHIR: Jakarta, Indonesia.

ADIK-BERADIK: Anak pertama daripada dua beradik.

KARIER: Model, pelakon dan penyanyi.

IKLAN: Choki Choki, Bank BNI, Lip Ice, Fruitamin, jam tangan Alba, kosmetik Pigeon.

SINETRON: Bulan Bintang, Roman Picisan, Ratu Malu dan Jendral Kancil, Pengantin Remaja, Si Cecep, Pacar Pilihan, Mak Comblang Jatuh Cinta, Habibi dan Habibah, Nikita, Safa Marwah, Mr Olga, Putri Yang Ditukar.

FILEM: Married By Accident, Bestfriend dan Tertipu Laris Manis LAGU: Ku Tetap Menanti, Lebih Dari Indah, Tafakur, Maafkan dan Pantas Untukku duet bersama Oskar Mahendra.

PENCAPAIAN: Artis Paling Digemari djchef di Anugerah Panasonic, Global 2010 & 2011, Artis Paling, Digemari Anugerah Nickelodeons, Kids 2010 dan Selebriti Terbaik, Telefon Bimbit Telkomsel 2010.

GAMBAR & FOTO
Berikut ialah beberapa gambar foto nikita willy yang manis dan comel dari gosip artis malaysia.





Baca Penuh NIKITA WILLY - BIODATA & GAMBAR

(GAMBAR) BILA BABY CEMBURU DENGAN KUCING - COMEL

Baby cemburu bila ibu lebih manjakan kucing dari dirinya


Baca Penuh (GAMBAR) BILA BABY CEMBURU DENGAN KUCING - COMEL

Thursday 4 October 2012

CHA CHA MAEMBONG | CHACHA MA'EMBONG

Ada yang kenal dengan cha cha maembong? Kalau anda selalu tonton lestary tv3 anda akan perasan wajah gadis djchef ini.

Kalau anda nak tahu sebenarnya dengar kata chacha ma'embong ini adalah adik kepada Emma Maembong .

Cha cha mula dikenali dalam slot lestary mimpi cinderella tv3. Wajah chacha iras-iras dengan wajah kakaknya emma ma'embong yang terindah.

Bawah ni beberapa gambar beliau daripada beberapa facebook page.

GAMBAR CHA CHA MAEMBONG
cha cha maembong

cha cha maembong

cha cha maembong
GOSIP ARTIS YANG BERKAITAN:
- GAMBAR MAEMBONG YANG CUN
- GOSIP ARTIS TERKINI
Baca Penuh CHA CHA MAEMBONG | CHACHA MA'EMBONG

Wednesday 3 October 2012

SINETRON BENCI JADI CINTA TIRU DRAMA MY GIRL

Sinetron Benci Jadi Cinta Astro Ria tiru drama korea My Girl. Drama Sinetron ini baru saja ditayangkan pada 1 oktober 2012 di astro ria.

Kali pertama djchef tonton sinetron benci jadi cinta ni rasa macam pernah tengok bila nia ramadhani ada masalah di dalam kapal terbang dan pura-pura pengsan disebelah tempat duduk seorang lelaki.

Scene nia ramadhani petik buah belimbing di dusun dan belimbing tu dibuat jus untuk dijual bagi membantu ayahnya membayar hutang teramat jelas nampak sinetron ini meniru drama My Girl.

SINOPSIS SINETRON BENCI JADI CINTA

Alya, adalah gadis cantik yang bekerja sebagai seorang pemandu pelancong. Raharjo, ayahnya, seorang kaki judi yang mempunyai banyak hutang.

Tapi Alya selalu sahaja cuba mencari jalan untuk melunaskan semua hutang-hutang ayahnya.

Reihan Setyawan merupakan satu-satu satunya ahli waris dari pemilik jaringan hotel terbesar di Indonesia. Tasya adalah kekasih Reihan. Dia
merupakan seorang ahli sukan badminton terkenal. Kesibukannya bertanding dari satu pertandingan ke pertandingan lain, membuat Tasya selalu melakukan perjalanan jauh ke beberapa negara. Namun cintanya yang teramat sangat pada Reihan, membuatnya kembali ke Indonesia.

BENCI JADI CINTA ADAPTASI NOVEL KOREA MY GIRL
Reihan tak sengaja terserempak dengan Alya dan membawanya ke hospital. Pada masa yang sama Reihan berdepan dgn masalah kerana perlu menlayan beberapa tetamu dari Jepun, sementara dia tidak mempunyai pegawai yang boleh berbahasa Jepun.

Ketika itulah, Reihan secara tak sengaja melihat nama Alya. Setelah
mendapat tahu kebolehan Alya berbahasa Jepun, Reihan pun menggunakan kepakaran Alya.

Hermawan (datuk pada Reihan) terlalu sangat berjumpa dengan dengan cucu perempuannya yang dikhuatiri telah meninggal. Reihan pun mula membuat perancangan untuk meminta Alya berpura-pura sebagai cucu kepada datuknya yang telah lama hilang itu. Sementara Reihan terus berusaha mencari sepupunya yang hilang itu.

Yang lebih penting,
kesihatan Hermawan semakin pulih selama kehadiran Alya. Dalam diam Alya sendiri mulai jatuh cinta pada Reihan.Tapi tanpa pengetahuan Alya, rupanya, Reihan pun jatuh cinta padanyanya. :-)

SENARAI PARA PELAKON
Antara barisan pelakon dalam sinetron benci jadi cinta ialah:

Nia Ramadhani; Alya
Jonathan Frizzy: Reihan
Fathir Mochtar; Evan
Basuki; Rahardjo (Ayah Alya)
Kaharudin Syah; Hermawan (kakek Reihan)
Ivanka Suwandi; Arini (tante Reihan)
Hj.Endang; Maya ( ibu Evan)
Donita Noni A.Ramadhani; Tasya

BENCI JADI CINTA EPISODE


Baca Penuh SINETRON BENCI JADI CINTA TIRU DRAMA MY GIRL

Tuesday 2 October 2012

SISWA PELAJAR IPT TIDAK LAYAK TERIMA BR1M BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Salah faham pelajar ipt tidak layak terima bantuan rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 bajet 2013. Sekiranya anda melihat berita semalam djchef perasan ada pemberita mengumumkan bahawa semua siswa siswi pelajar ipt layak dapat BR1M RM250 dan pada hari ini lain pula kisahnya.

Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.

Mereka bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua.
Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar semalam berhubung pemberian BR1M 2.0 yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas layak menerima bantuan itu.

PELAJAR IPT TIDAK BOLEH MENDAPAT KEDUA-DUA INSENTIF

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk
Donald Lim Siang Chai dalam satu majlis mengesahkan pelajar IPT tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku bernilai RM250.
"Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-dua insentif berkenaan. Mereka dapat satu sahaja"katanya.

TARIKH EDAR BORANG BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2.0)

Mengulas lanjut, Siang Chai berkata, borang permohonan BR1M 2.0 dijangka diedarkan dalam bulan ini kepada kumpulan sasarannya.
"Pengumuman berhubung pengedaran borang BR1M 2.0 akan dimaklumkan dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi"katanya.

Untuk berita mengenai bajet 2013 boleh klik >> bajet 2013 dan berita terkini malaysia.

Baca Penuh SISWA PELAJAR IPT TIDAK LAYAK TERIMA BR1M BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA