djchef August 2013 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 29 August 2013

Cathy Magic Cream L-Glutathione SPF130 Murah Harga RM3X.00

Cathy L-Glutahione Magic Cream SPF 130 Harga Murah Borong Pemborong Jual Beli Online Korean Losyen
Cathy Magic Cream L-Glutathione
Cathy Magic Cream L-Glutathione

Cathy L-Glutahione atau lebih dikenali sebagai Cathcy Magic Cream antara cream lotion badan dan muka yang mempunyai SPF tertinggi di Malaysia. Bahkan selamat digunakan.

Wanita Korea mempunyai kulit yang lebih cerah, halus bersesuaian dengan keadaan iklim sejuk sederhana negara Korea. Kulit berwarna disebabkan kandungan melanin untuk melindungi dari selaran matahari.

Makin tinggi melanin, semakin gelap warna kulit seseorang dan semakin tinggi daya tahan cahaya matahari. Contohnya kulit warga Afrika sesuai dengan sinaran cahaya kuat matahari di benua itu. Cathy Magic Cream khusus untuk wanita tropika dengan kandungan L-Gluthathione 5 kali lebih tinggi khusus untuk mencerahkan dan melindungi kulit dengan SPF 130 pa++ antara tertinggi dipasaran malah ia dapat menjadikan kulit lebih lembut dan licin.




Fungsi dan Kelebihan Cathy Magic Cream:
♥ Menyembunyikan Jeragat & Lingkaran Gelap yang tak sekata & Bintik hitam...
♥ Kesan pencerahan dapat dilihat dengan serta merta kerana kandungan L-Glthatione pekatan tinggi dan mudah diserap.
Cathy magic Cream memberi kesan wangian berpanjangan untuk pemakainya.
♥ Mencerahkan, memutihkan dan melicinkan kulit
♥ Sesuai digunakan untuk wanita dan lelaki
♥ Pakai sekadar duduk di rumah juga boleh




Bahan-Bahan Yang Terkandung Dalam Cathy Magic Cream :
Aqua, Paraffinum Liquidum, L-Glutathione, Glycerin, Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxystearate, Polyglyceryl-3 Disostearate, Titanium Dioxide, Hydrogenated Polyisohutene, Dimenthiconol, Cyclomethicone, Methyparaben, Diazolidinyl Urea, Propylparaben, Fragrance, CI:77891, CI:77491, CI:77492




Testimoni dan Review

Cathy Magic Cream L-Glutathione


Cathy Magic Cream L-Glutathione

Cara Guna Cathy L-Glutathione Magic Cream
1. Sapu dan ratakan Cathy L-Glutathione Magic Cream di bahagian muka dan badan selepas mandi (selepas kering).

2. Sapu di bahagian muka dan badan agar dapat melindungi kulit dari sinaran matahari dan ianya dapat menghilangkan kedutan.

3. Tak perlu bilas. Jika sapu pada muka boleh bilas jika mahu.


HARGA TERMASUK POSTAGE:
RM35 (Semenanjung)
RM40 (Sabah Sarawak)
(Harga ditempat lain RM38-RM45)


.
Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
Line/WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/asraffalishop
Ramai pembeli kami yang kata produk Cathy L Glutathione Magic Cream ni berkesan untuk mencerahkan kulit!

Baca Penuh Cathy Magic Cream L-Glutathione SPF130 Murah Harga RM3X.00

Wednesday 28 August 2013

Almy Nadia Cuba Nasib Jadi Pelawak Dalam Super Spontan 2 2013

PELAKON Almy Nadia mengakui tidak menjadi masalah kepadanya untuk dikenali sebagai pelawak wanita berikutan penyertaannya dalam rancangan Super Spontan terbitan Astro.


Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia kini banyak menerima tawaran watak komedi dan program berbentuk sitkom.
“Saya tidak kisah kalau selepas ini orang mula gelar saya sebagai pelawak kerana di Malaysia ini kita kurang pelawak perempuan. Yang ada sekarang kita boleh kira dengan jari sahaja.
“Jika rezeki sudah ke arah itu saya terima sahaja, lagi pula sekarang sudah terlalu ramai pelakon-pelakon baru yang keluar,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Almy berkata, dia tidak pernah menganggap dirinya benar-benar mampu menghiburkan penonton dengan aksi komedi.
“Saya sendiri tidak tahu yang saya ini kelakar ataupun tidak kerana saya rasa sifat saya hanyalah biasa sahaja. Tapi selepas program, Edisi Khas banyak maklum balas yang positif saya terima.
“Apa yang peting saya hanya jadi diri sendiri dan mencuba nasib. Kalau kita beraksi berlebih-lebihan pula, ia akan nampak menjengkelkan,” katanya.
Dalam pada itu, Almy berkata, ibunya, Roshida Hashim, 45, banyak memberi sokongan dan menjadi pengkritik terhadap lakonannya selama ini.
“Ibu adalah pengkritik utama saya. Biasanya selepas penonton rancangan komedi saya, dia akan telefon dan beri pandangan.
“Sebab itu bila penggambaran saya asik teringat pesanan dia. Dia juga selalu minta saya baca buku dan belajar tentang bahan-bahan jenaka daripada buku dan Internet,” katanya.
Sementara itu, Almy yang turut menyertai program musim kedua Super Spontan mengakui agak gentar untuk berhadapan dengan pelawak-pelawak terkenal tanah air.
“Saya fikir banyak kali untuk sertai program ini. Kalau rancangan sitkom saya tidak kisah tetapi dalam rancangan ini saya perlu beraksi spontan.
“Berhadapan pula dengan semua pelawak yang handal dan terkenal, tapi saya sudah nekad untuk redah sahaja,” ujarnya.
Antara selebriti lain yang akan menyertai ialah Norkhiriah, Along (Raja Lawak), Johan (Raja Lawak), Yus (Jambu), Nabil Ahmad, Munir, Jep (Sepah), Shuib (Sepah), Tauke (Jambu), Rahim dan Suhaimi.
Program Super Spontan musim kedua akan bersiaran bermula 30 Ogos ini, pukul 10 malam di saluran 132, Astro Warna.

Baca Penuh Almy Nadia Cuba Nasib Jadi Pelawak Dalam Super Spontan 2 2013

Tuesday 27 August 2013

Tinggal dibawah pokok sejak 10 Tahun

Riyadh – Seorang lelaki Saudi tinggal di bawah sebatang pokok sejak 10 tahun lalu.
Akhbar melaporkan, penduduk di daerah Milz di bandar raya Riyadh menganggap lelaki itu misteri kerana dia tidak bergaul dengan penduduk tempatan dan jarang berbual dengan orang lain.
“Dia seolah-olah tidak mempunyai rumah selain pokok itu. Hampir keseluruhan masanya lalu dihabiskan di bawah pokok berkenaan. Dia tidur di situ pada sebelah malam. Pokok itu menjadi rumahnya dan tiada siapa mengenalinya.
“Kadang kala dia melemparkan senyuman kepada orang yang lalu-lalang. “Tetapi biasanya, dia cuba mengelak orang ramai. Pihak berkuasa perlu bertindak kerana lelaki itu mungkin sakit,” kata seorang penduduk. 

Baca Penuh Tinggal dibawah pokok sejak 10 Tahun

Monday 26 August 2013

Nenek Dan Atuk Bergaduh,Berdarah Di Sungai Siput OMG!

Sungai Siput – Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang.
Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.
Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.
“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka. 

Baca Penuh Nenek Dan Atuk Bergaduh,Berdarah Di Sungai Siput OMG!

Sunday 25 August 2013

BNM Menafikan Tempoh Pinjaman Kereta Disingkatkan

Kuala Lumpur – Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan ada mengeluarkan garis panduan baru mengenai tempoh pinjaman sewa beli kereta akan dikurangkan maksimum tujuh tahun, dan bayaran muka dinaikkan 20 peratus bagi pembelian kereta baru berkuatkuasa bulan depan.


Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata setakat ini, garis panduan terbaru diperkenalkan BNM adalah berhubung pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman yang dikuatkuasakan bulan lalu.

Katanya, beliau berpendapat garis panduan baru yang sudah dikuatkuasakan hampir dua bulan itu sudah memadai dalam membantu mengurangkan hutang isi rumah berbanding Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kami sedia mempergiat lagi kempen bagi mendidik rakyat Malaysia mengenai pengurusan kewangan berhemah” Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara

“Ketika ini, langkah diperkenalkan BNM itu sudah mula menampakkan hasil apabila hutang isi rumah negara berada pada paras sederhana dan pada peringkat ini kami hanya akan terus melakukan pemantauan rapi,” katanya pada sidang media selepas membentangkan prestasi ekonomi negara pada suku kedua 2013 di sini, semalam.

Sebar khabar angin

Kelmarin, terdapat khabar angin yang disebarkan mengenai pengurangan tempoh pinjaman sewa beli kereta maksimum tujuh tahun dan bayaran muka 20 peratus untuk pembelian semua kereta baru berkuat kuasa September 2013.

Zeti Akhtar berkata, pihaknya bercadang untuk mempergiatkan lagi kempen bagi mendidik rakyat Malaysia mengenai pengurusan kewangan berhemah.
“Kami bercadang mengadakan jelajah di seluruh negara dan akan pergi sekolah dan universiti supaya kewangan isi rumah diuruskan dengan baik,” katanya.

Perkenal syarat tambahan

BNM bulan lalu memperkenalkan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.

Langkah itu membabitkan pinjaman semua institusi kewangan yang dikawal selia Bank Negara serta koperasi kredit di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Malaysia Building Society Bhd dan AEON Credit Service (M) Bhd.

Syarat berkenaan ialah mengenakan tempoh maksimum 10 tahun bagi pembiayaan peribadi, maksimum 35 tahun pembiayaan hartanah kediaman dan bukan kediaman serta mengharamkan tawaran produk pembiayaan peribadi yang diluluskan lebih awal. – BERITA HARIAN

Baca Penuh BNM Menafikan Tempoh Pinjaman Kereta Disingkatkan

Saturday 24 August 2013

Isu Harga Rumah Akan Dibentangkan Pada Bajet 2014

PUTRAJAYA – Isu penurunan dan pengawalan harga rumah dijangka menjadi sebahagian intipati Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan pada Oktober depan.


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kementeriannya telah diminta mendapatkan cadangan dan idea daripada pihak industri perumahan melalui penganjuran makmal berhubung isu tersebut.

“Mereka yang terlibat dalam makmal tersebut terdiri daripada pihak industri seperti pemaju, persatuan pembeli rumah dan pihak berkepentingan lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Inisiatif Menurunkan Harga Rumah di sini hari ini.

Beliu berkata apa yang dicadangkan nanti lebih kepada dasar, daripada segi fiskal dan polisi contohnya Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT), setem duti dan sebagainya.

Abdul Rahman berkata makmal itu juga membincangkan mengenai jalan terbaik untuk menangani isu kenaikan harga rumah yang mendadak sejak lima tahun kebelakangan ini.

“Penganjuran makmal berkenaan juga turut disokong Perdana Menteri memandangkan isu perumahan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan,” katanya.

Kementerian juga katanya telah mewujudkan sebuah jawatankuasa pemantauan terhadap janji kerajaan untuk mewujudkan satu juta unit rumah mampu milik dalam masa lima tahun akan datang.

“Kita telah diarahkan untuk memantau projek di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), PR1MA, Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), dan agensi kerajaan negeri supaya objektif tersebut dapat dicapai dan mesyuarat pertama berhubung perkara itu telah diadakan pada dua bulan lepas,” katanya. – BERNAMA

Baca Penuh Isu Harga Rumah Akan Dibentangkan Pada Bajet 2014

Friday 23 August 2013

Zul Ariffin Cedera Di Muka OMG!

Pelakon filem ‘Bikers Kental’, Zul Ariffin telah memuat naik sekeping gambar dirinya yang cedera di bahagian muka dalam laman Instagram miliknya pada minggu lalu. GUA telah menghubungi pelakon kacak itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai insiden itu.


“Sebenarnya, insiden itu berlaku pada sambutan hari raya keempat. Kejadian itu berlaku di dalam bilik saya di kampung halaman, Taiping, Perak. Saya bangun dari tidur, ketika itu waktu Subuh. Sejurus selepas saya bangun, saya terus pitam. Malangnya, muka saya terkena almari di dalam bilik saya,” jelas Zul memulakan bicara.

“Saya terus dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan dan pemeriksaan.

Syukur, tiada apa-apa yang serius berlaku kepada saya, cuma parut di bahagian muka sahaja. Saya memang mempunyai sakit darah tinggi semenjak berusia 23 tahun. Namun ketika menjalani pemeriksaan lanjut, pihak hospital menjelaskan yang saya pitam bukan berpunca daripada penyakit darah tinggi. Tapi, saya percaya kejadian itu sedikit sebanyak disebabkan oleh penyakit itu. Maklumlah, musim raya, jadi saya dihidangkan dengan banyak makanan yang memberi kesan kepada sakit ini,” tutur hero drama ‘Kabin di Tepi Tasik’ ini.

Zul juga menjelaskan parut yang terdapat di wajahnya semakin sembuh.

“Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja. Saya baru sahaja menjalani pemeriksaan dengan pakar kulit dan dia menjelaskan parut di muka saya akan sembuh dalam masa dua hingga ke empat minggu lagi. Saya juga meneruskan aktiviti seni seperti biasa. Apabila saya menjalani penggambaran, jurusolek akan menutup parut di muka saya dengan kesan solekan,” ulas Zul lagi.

Bercakap menngenai sambutan Syawal baru-baru ini, Zul menjelaskan dia menyambut ketibaan Aidilfitri secara sederhana sahaja. Dalam perkembangan terbaru, Zul bakal menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia TV3 yang berjudul ‘Janji Adam’.

Baca Penuh Zul Ariffin Cedera Di Muka OMG!

Thursday 22 August 2013

Dato Siti Nurhaliza Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 10 2013

Kuala Lumpur – Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato’ Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer (#Inspirer).

Akademi Fantasia 2013 AF 10
Akademi Fantasia 2013 AF 10

Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan.

Cukup sinonim dengan pembabitan beliau dalam keluarga AF untuk musim-musim sudah, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi (#CikguShafi) turut dibawa masuk menyertai barisan tenaga pengajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Guru Vokal untuk AF 2013.

Di samping itu, AF 2013 juga menyaksikan tiga orang tenaga pengajar baru yang dibawa masuk ke dalam keluarga AF untuk sama-sama menjayakan musim terbaru ini. Dua orang pereka tari yang cukup berpengalaman dalam bidang tarian iaitu Alam Wakaka (#AlamWakaka) dan Suhaili (#Suhaili) telah dilantik sebagai Koreografer. Manakala pelakon popular tanahair iaitu Fizz Fairuz (#FizzFairuz) pula akan menyertai AF 2013 sebagai Guru Seni Persembahan.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, berdasarkan pengalaman luas pihak Astro menerbitkan program-program berkonsepkan realiti sebegini terutamanya AF, tidak dapat disangkal lagi bahawa soal pemilihan barisan tenaga pengajar ialah satu proses penting yang tidak boleh dipandang remeh kerana impaknya yang mendalam.

“Mereka umpama nadi dan tulang belakang utama yang bertanggungjawab untuk mendidik serta memberi khidmat bimbingan dan tunjuk ajar kepada para pelajar supaya mereka benar-benar bersedia untuk menjadi pelapis hiburan tanah air sekaligus memberikan saingan kepada penghibur sedia ada.

“Pada musim ini, AF 2013 amat berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar yang pernah mewarnai Akademi Fantasia di samping wajah-wajah baru yang akan berganding tenaga dalam memberikan impak yang paling maksima buat para pelajar untuk musim ini.

“Melihat kepada pengalaman dan pencapaian dalam bidang masing-masing, kami percaya ilmu tersebut dapat memberi manfaat dan dikongsi bersama bukan sahaja bersama para pelajar tetapi juga penonton-penonton di rumah. Persetujuan dan komitmen mereka untuk terlibat dengan keluarga AF 2013 amat dihargai dan saya pasti musim ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka,” ujar Khairul ringkas.

Selain Konsert Prelude AF (#KonsertPreludeAF), Diari AF (#DiariAF) dan Konsert Mingguan AF (#KonsertAF), tiga buah rangkaian program baru turut diperkenalkan bagi menghiasi sepanjang musim AF 2013 kelak iaitu Galaxy AF, AF Buzz (#AFBuzz) dan TGIAF – Terus Gempak….Inilah AF 2013 (#TGIAF).

Rangkaian program-program AF 2013 akan mula bersiaran melalui program Galaxy AF yang akan ke udara selama empat episod bermula 2 hingga 5 September 2013 jam 9.00 malam. Pada masa yang sama, AF 2013 juga turut melancarkan perkhidmatan interaktif yang mana aplikasi ini boleh dimuat turun melalui akaun Apps Store dan Play Store.
Ini diikuti dengan tayangan Konsert Prelude Top 24 pada 6 September 2013 dan Konsert Prelude Top 12 pada 7 September 2013 jam 9.00 malam yang turut bersiaran secara langsung di portal rasmi AF 2013 iaitu www.af.com.my dan www.youtube.com/astrogempak

Program AF Buzz pula boleh ditonton pada setiap hari Isnin bermula 9 September 2013 jam 9.00 malam. Dalam program ini, tiga orang panel akan membincangkan secara lebih terperinci tentang AF 2013 yang turut mengabungkan kesemua pandangan dan cerita di sebalik cerita tentang para peserta. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan apa yang terjadi di belakang tabir sewaktu konsert mingguan.

Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di Akademi pula dapat dilihat melalui liputan harian Diari AF pada setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam bermula pada 10 September 2013. Sedikit berbeza dengan format musim-musim sudah, pengisian Diari AF musim ini adalah lebih fokus dan terperinci iaitu Diari AF (Pemberian Tugas) pada setiap hari Selasa, Diari AF (Cabaran) pada setiap hari Rabu dan Diari AF (Ikon) pada setiap hari Khamis.

Manakala pada setiap hari Jumaat pula para penonton boleh menyaksikan program TGIAF (Terus Gempak….Inilah AF 2013) yang akan bersiaran bermula 13 September 2013 jam 9.00 malam. TGIAF ialah sebuah program pra konsert yang akan mengetengahkan apa yang dijangka oleh barisan panel dan penonton terhadap kesemua peserta.
Konsert AF pula akan bersiaran langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 14 September 2013.

AF 2013 juga masih lagi mengekalkan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI yang mana pelajar dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.

Istimewa lagi, buat pertama kali dalam sejarah penerbitan AF, para peminat kini boleh berinteraksi secara online menerusi perkhidmatan twitter, instagram dan facebook bersama bintang-bintang AF 2013.

Baca Penuh Dato Siti Nurhaliza Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 10 2013

Isu Kes Gosip Dania Danisha Dan Halim Othman

Penafian Halim Othman bahawa wanita bernama Dania Danisha bukan teman wanitanya nampaknya menimbulkan kemarahan wanita itu.


Terkini melalui akaun Facebook peribadinya, Dania telah memuat naik status yang mendakwa dirinya bukanlah sekadar peminat personaliti yang juga deejay radio tersebut.

Menurut Dania, perkenalan mereka dimulakan oleh Halim sendiri.

Dakwaannya juga, mereka telah keluar bersama selama beberapa belas kali ke tempat-tempat yang berasingan, malah Halim menyatakan sanggup menunggu untuk berkahwin dengan

Dania, namun ditolak oleh Dania atas faktor umur Halim yang menurut wanita itu, hampir sebaya dengan ibu bapanya.

Tambahnya lagi, gambar tersebut sememangnya diambil dua tahun lepas, namun baru diketahui orang ramai tahun ini.

Dania turut menyatakan dia tidak kisah sama ada kenyataannya dipercayai orang ramai atau tidak.

Kenyataan Halim Othman tentang Dania Danisha sememangnya ‘tajam menikam’ dan memperlihatkan seolah-olah wanita itu seorang peminat yang ‘syok sendiri’.

Namun kenyataan balas Dania nampaknya bercanggah dengan versi Halim.


Yang mana satu hendak dipercayai?

Sumber ini djdanchef ambil dari Beautifulnara.com dan Myneswhub.my

Baca Penuh Isu Kes Gosip Dania Danisha Dan Halim Othman

Saturday 17 August 2013

Singlet Cegah Boroi Buncit Original & Murah

Singlet Cegah Boroi Buncit Bagi Kurus Harga Murah Borong Pemborong Stokis Online Cara Jual Beli Pakai Testimoni Review



the exclusive mens body shaper (singlet cegah boroi) untuk membentuk badan anda tanpa perut buncit!!

Keistimewaan singlet cegah boroi original kami :
- Memberi bentuk badan yang 'tough'
- Kain yang berkualiti & menyerap peluh
- Dapat membentuk badan idaman


Cara pemakaian singlet cegah boroi 
- masukkan singlet melalui kaki anda
- tarik sehingga ke perut
- tarik ke atas,padatkan dan betulkan posisi perut
- masukkan tangan
- pakai setiap hari sehingga 8jam untuk dapatkan kesan yang diingini


Cara basuhan:
-Gunakan basuhan tangan
-Jangan rendam lebih dari 30minit
-Jangan guna mesin
-Jemur di tempat yang redup
-Jangan dijemur di bawah terik matahari


Teknologi USA, dengan buatan China. Jenis Kain:80% Nylon + 20% Spandex


Saiz Singlet Cegah Boroi yang sesuai buat anda:

Saiz BAJU:saiz dada [LILITAN DADA]

S : 61-100cm / 30-39 inch
M :101-120cm / 39-47 inch
L :121-140cm / 47-55 inch
XL :141-160cm / 55-63 inch
XXL :161-180cm / 63+++ inch

HARGA KAMI:
RM50 (SEMENANJUNG)
RM60 (SABAH SARAWAK)
(Harga ditempat lain RM80)

Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
Line/WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/asraffalishop
Lepas ni dah tak nampak dah perut buncit tu dengan singlet cegah boroi ini.

Baca Penuh Singlet Cegah Boroi Buncit Original & Murah

Thursday 15 August 2013

Doa dan Surah Sembuhkan Penyakit Kanser

Salam semua, hari ini baru ada mood nak buka blog dan facebook. Tetiba djdanchef terbaca di wall seorang rakan djdanchef yang kongsikan 1 artikel tentang doa dan surah-surah yang boleh sembuhkan dan ubati penyakit kanser tertutama kanser barah payu dara.


Doa-doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser:

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1 - Istighfar 10x.
2 - Salawat Nabi 10x.
3 - Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1 - Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2 - Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3 - Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4 - Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5 - Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6 - Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7 - Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8 - Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada sahabat sekalin, tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Baca Penuh Doa dan Surah Sembuhkan Penyakit Kanser

Monday 12 August 2013

Kamera Casio Exilim Saiz Telefon Bimbit

Kamera Casio Exilim Saiz Telefon Bimbit


PENGGUNAAN kamera digital yang semakin meluas di kalangan masyarakat kini memberi inspirasi kepada CASIO Computer Co. Ltd. bagi melancarkan peranti terkecil dan ternipis bercirikan teknologi terkini menerusi rangkaian Exilim, model EX-S10 dan EX-TR15.

Menyedari kehendak generasi muda, saiz seperti telefon bimbit dan fungsi pencerahan kulit serta solekan diperkenalkan sebagai tambahan kepada aplikasi sedia ada bagi memberi pengalaman berbeza kepada pengguna.

Menurut Pengarah Pemasaran Marco Heritage, pengedar eksklusif kamera Casio Exilim di Malaysia, Yap Fui Fui, kamera yang dilengkapi dengan paparan berputar 270 darjah itu sesuai untuk merakam gambar potret dari pelbagai sudut.

"Selain itu ia turut dilengkapi dengan butang khas bagi pada kerangka kamera bagi memudahkan pengguna merakam potret diri sambil memegang dengan sebelah tangan.

"Kamera juga dilengkapi dengan fungsi aplikasi perhiasan seperti cat, tera dan bingkai untuk menjadikan potret diri lebih menarik," katanya pada majlis memperkenalkan kedua-dua model tersebut di ibu negara baru-baru ini.

Dalam pada itu, EX-TR15 turut dilengkapi dengan ciri tambahan iaitu sambungan LAN tanpa wayar yang membolehkan pengguna mengawal kamera menggunakan telefon pintar sebagai pengawal jarak jauh ketika merakam gambar pada jarak jauh.

Menariknya imej yang dirakam dengan jelas menerusi skrin 920,000 piksel itu boleh dimuat naik serta-merta sekali gus dikongsi menerusi media sosial.

EX-TR15 terdapat pada pilihan warna hitam, putih dan merah jambu cerah dijual pada harga RM2,599 manakala EX-TR10 yang disediakan dalam warna putih, biru dan merah jambu khas dijual pada harga RM2,099


Baca Penuh Kamera Casio Exilim Saiz Telefon Bimbit

Sunday 11 August 2013

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Chef Anis Nabila

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Chef Anis Nabila Blog Masakan Cara Buat Masak


Jom singgah ke dapur Chef Anis Nabilah! Chef selebriti yang semakin popular, Anis Nabilah sedia kongsikan petua dan resipi sihat untuk anda sekeluarga.

Dalam episod ini, Chef Anis Nabilah berkongsi resipi untuk Ikan Cencaru Sumbat.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat

Bahan-Bahan
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 cm kunyit hidup
3 batang umbut serai
2 sudu besar grape seed oil
150gm kelapa parut segar
1 ekor ikan cencaru (yang telah disiang dan dibelah bahagian belakangnya)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
2 helai daun kunyit
daun pisang
aluminium foil




Cara Memasak Ikan Cencaru Sumbat
1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit hidup dan umbut serai dengan
menggunakan lesung batu sehingga lumat.

2. Panaskan grape seed oil didalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tadi sehingga harum.

3. Masukkan kelapa parut dan gaulkan sehingga rata.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Lapikkan aluminium foil dengan daun pisang dan daun kunyit.

6. Letakkan ikan cencaru dan masukkan inti kelapa dibahagian yang telah dibelah.

7. Tutupkan ikan cencaru dengan daun kunyit dan daun pisang dan balutkan aluminium foil tersebut.

8. Masukkan didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.

Jom cuba resepi ikan cencaru sumbat ini

Baca Penuh Resepi Ikan Cencaru Sumbat Chef Anis Nabila

Saturday 10 August 2013

Kebaikan Khasiat Ikan Salmon

Kebaikan Khasiat Ikan Salmon


Ikan salmon sememangnya terkenal sebagai salah satu makanan yang kebiasaan di ambil oleh mereka yang mementingkan kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi pelbagai khasiat yang amat berguna untuk kita semua. Bukan sahaja mempunyai kadar nutrisi yang tinggi, bahkan rasanya juga enak untuk di makan.

Mari kita lihat khasiat, kebaikan dan kelebihan ikan salmon.

1. Tisu dan otot
Protein memang di kenali bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Protein di dalam ikan salmon sangat mudah untuk di hadam dan di
serap masuk ke dalam badan. Protein dan amino asid membantu proses pembinaan otot dan juga tisu. Ikan salmon juga tidak mempunyai bahan yang menyebabkan kanser seperti sumber protein yang lain.

2. Penglihatan
Omega-3 dan DHA yang terkandung dalam ikan salmon ini dapat membantu masalah mata kering yang kronik. Molekul yang terdapat dalam omega-3 di percayai membantu mengurangkan keradangan mata. Ia juga boleh membantu meningkatkan kadar penglihatan anda di usia lanjut.

3. Fungsi otak
Ikan salmon dapat mengurangkan risiko berkaitan masalah otak. Vitamin D yang terdapat dalam ikan salmon ini membantu fungsi otak. Risiko untuk mendapat Alzheimer dan Parkinson di usia mendatang boleh dikurangkan dengan pengambilan ikan ini. Daya ingatan juga dapat di tingkatkan dan risiko kemurungan boleh dikurangkan.

4. Kulit dan rambut
Sel kulit boleh di lindungi dan kelembapan boleh di kekalkan dengan adanya Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon. Bukan sahaja melindungi, bahkan ia menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk menjadikan kulit anda lebih sihat. Asid lemak yang kaya di dalam ikan salmon dapat mengekalkan kekuatan rambut, folikel dan juga membantu menyihatkan rambut anda agar kelihatan bermaya.


Baca Penuh Kebaikan Khasiat Ikan Salmon

Friday 9 August 2013

Liza Hanim Rindu Menyanyi Kembali

Liza Hanim Rindu Menyanyi Kembali


Penyanyi Liza Hanim mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas nyanyian seperti pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 2000.

Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak boleh kembali aktif dalam masa terdekat ini memandangkan masih lagi menjaga anak bongsunya Mohamed Salahuddin yang berusia setahun.

“Memang saya rindu sangat untuk rakam lagu dan kemudian bernyanyi di pentas seperti ketika di awal kemunculan saya dulu-dulu. tetapi bukan untuk masa terdekat ini kerana anak masih lagi kecil.

“Lebih-lebih lagi saya perlu menguruskan syarikat produksi saya, LH Media Sdn Bhd yang banyak terlibat dengan projek pengiklanan membuatkan masa saya sangat terhad,” katanya.

Bagaimanapun tambah Liza yang pernah popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu, dia tetap akan muncul sekurang-kurangnya sebuah single lagu terbaharu apabila anak bongsunya itu sudah besar.

Dalam pada itu, Liza juga risau untuk membuat kemunculan semula memandangkan dia terlalu lama menyepi selain cita rasa peredaran muzik juga berubah.

“Diakui, jika hendak buat kemunculan semula, ia memerlukan perancangan yang sangat rapi kerana bukan mudah untuk melakukan semua itu selepas lama menyepi.

“Apalagi cita rasa muzik berubah-ubah, jika mahu menyanyi semula, saya perlu mengikut ‘trend’ terkini, seiring dengan keinginan pendengar sekarang,” ujarnya.

Selain Mohamed, Liza yang merupakan isteri kepada bekas ahli kumpulan Indigo iaitu Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Shah turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 10, and Marsya Qaireen, 4. - Liza Hanem

Baca Penuh Liza Hanim Rindu Menyanyi Kembali

Thursday 8 August 2013

Nurul Wahab Gila Blogging

Nurul Wahab Mula Suka Berblog Apa Nama Web Twiiter Facebook


PETALING JAYA – Penyanyi Nurul Wahab menyifatkan keterbukaannya berkongsi kisah peribadi dengan pembaca di laman blog miliknya adalah kerana enggan bersikap hipokrit dengan para peminat.

Nurul atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab, 36, berkata, kisah-kisah yang dikongsi bersama pembaca adalah luahan dan kisah sebenar yang berlaku dalam hidupnya.

“Kehidupan itu adalah realiti dan saya tidak perlu malu untuk berkongsi tentangnya dengan pembaca. Bagaimanapun sebagai seorang wanita, isteri dan ibu, sudah tentu saya meletakkan batasan dan bukan semua benda yang saya kongsi dengan pembaca,” jelasnya

Nurul memberitahu semenjak mula menulis menerusi blog nurulwahabdepp.wordpress.com dia mengakui semakin sukakan aktiviti tersebut yang dianggap sebagai terapi.

Jelas Nurul, dia akan mengambil peluang untuk menulis pada waktu malam kerana lebih tenang dan akan mengemas kini blognya setiap tiga kali seminggu.

“Dalam keadaan saya sedang mengandung sekarang, menulis membuatkan saya tenang dan dapat juga saya berkongsi pengalaman kehamilan ini dengan pembaca,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Nurul berkata, dia bersyukur apabila kebanyakan pembaca dan peminat menyukai isi kandungan blognya dan sentiasa memberi komen membina.

Jelas Nurul lagi, dia berasa lebih dekat dengan para pengikut blog tersebut kerana selain berkongsi kisah harian mereka juga turut bertukar-tukar pendapat tentang pelbagai perkara.

“Dalam satu perkara buruk yang orang nampak sebenarnya banyak perkara baik tentang blog tersebut dan saya bersyukur ramai yang memberi sokongan,” ujar Nurul Wahab.


Baca Penuh Nurul Wahab Gila Blogging

Salam Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 Dari DJDANCHEF

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin 2013 Ucapan Dari Djdanchef

Salam buat semua pembaca-pembaca djdanchef, hai ini djdanchef tak nak taip panjang sangat sebab nak kena sambung kerja-kerja persiapan aidilfitri ini.

Okay terus on the spot! Djadanchef ingin ucapakan selamat hari raya aidilfitri buat semua pembaca-pembaca blog djdanchef ini dan juga kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa datang melawat blog djdanchef ini dan terima kasih kerana masih support blog djdanchef sehingga ke hari ini.

Djdanchef juga ingin memohon maaf sekiranya ada entri-entri ini yang ada membuatkan anda semua kurang senang, marah mahupun kesal. Djdanchef benar-benar minta maaf,

Dan sekali lagi djdanchef ingin memohon kepada semua atas kekasaran komen, perlakuan mahupun apa-apa saja yang telah mengguriskan hati anda. Harap anda semua dapat maafkan djdanchef.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

dari


Baca Penuh Salam Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 Dari DJDANCHEF

Wednesday 7 August 2013

Jangan Guna Produk Nutricia Karicare Buat Sementara Waktu

Jangan Guna Produk Nutricia Karicare Buat Sementara Waktu


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai tidak menggunakan produk “Nutricia Karicare follow-on formula products for children from 6 months old” kerana disyaki tercemar dengan bakteria clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Noraini Mohd. Othman berkata, pihaknya telah mengenakan tindakan Pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas ke atas produk itu sekiranya diimport sebagai langkah berjaga-jaga berkuatkuasa sejak semalam.

“Kami sedang membuat pengesahan berkaitan produk terlibat dan sekiranya didapati di pasaran, Kementerian Kesihatan akan mengarahkan pengimport atau pengedar untuk memanggil balik produk tersebut dari pasaran.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa dan penjaga yang menggunakan produk ini
dinasihatkan tidak menggunakannya dan menggantikannya dengan jenama lain buat sementara waktu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

“Sekiranya pengguna merasa was-was dengan status keselamatan sesuatu produk makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh memaklumkan kami melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my,” katanya.

Baca Penuh Jangan Guna Produk Nutricia Karicare Buat Sementara Waktu

Tuesday 6 August 2013

Barang Keperluan Mencukupi Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2013

Barang Keperluan Mencukupi Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2013


TASEK GELUGOR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pulau Pinang hari ini memberi jaminan bekalan barangan keperluan bagi musim perayaan di negeri itu mencukupi.

Pengarahnya Habibah Sulaiman berkata pihaknya telah melakukan persiapan awal bagi memastikan masalah bekalan barangan keperluan tidak timbul tahun ini.

Pada tahun-tahun sudah pengguna sering menghadapi masalah kekurangan bekalan ayam, cili dan kelapa, tetapi tahun ini kita telah mengambil langkah mengimport barangan keperluan terbabit bagi menampung permintaan, katanya kepada pemberita, disini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis pelancaran Pasar Tani Khas Pra-Syawal peringkat negeri yang dilakukan Anggota Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya.

Habibah turut menggalakkan orang ramai membeli barangan keperluan di pasar tani khas itu yang menawarkan diskaun antara lima dan 20 peratus bagi tujuh produk utama seperti ayam, kelapa tua, cili dan tomato.

Selain Pasar Awam Tasek Gelugor, pasar tani khas itu juga diadakan di Pasar Awam Balik Pulau.
Operasi bermula dari 7 pagi hingga 1 petang. – BERNAMA
Baca Penuh Barang Keperluan Mencukupi Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2013