djchef Uqasha Senrose Dan Pekin Ibrahim | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Monday 15 April 2013

Uqasha Senrose Dan Pekin Ibrahim

Uqasha Senrose kakak kepada nelydia senrose |Pekin Ibrahim

1) Uqasha Senrose Lebih Suka Menutup Mulut

Menyelami hati pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Pekin Ibrahim kini lebih suka mengambil pendekatan menutup
mulut. Dia tidak mahu melayan cerita itu biarpun kini menjadi topik perbualan peminat industri hiburan.

Tambah-tambah lagi sejak tersebar gambar mereka berpegangan tangan ketika bercuti di Phuket, Thailand baru-baru ini. Bagaimanapun pelakon ini menegaskan bahawa hubungan dia dengan pelakon Pekin sekadar ‘kawan’ sahaja.

Uqasha lebih banyak berdiam diri daripada memberi komen tentang hubungannya dengan Pekin kerana mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

2) Uqasha Senrose Tidak Mahu Dituduh Gila Populariti

Dia juga tidak mahu masyarakat menuduhnya menggunakan Pekin sebagai batu loncatan untuk menempah populariti dalam dunia hiburan. Lagi pun hubungan Uqasha dengan Pekin masih baru dan terlalu awal untuk diramal apalagi untuk dikongsikan dengan khalayak.

Uqasha tidak mahu masyarakat membuat andaian hubungannya dengan Pekin hanya berdasarkan gambar-gambar berpegangan tangan yang tersebar itu.

3) Bukan Gambar Bercuti Berdua

"Ramai orang salah faham apabila melihat seolah-olah kami bercuti bersama. Sebenarnya keluarga Sha yang sampai dahulu di Phuket. Pekin datang kemudian dan sebagai tetamu keluarga Sha. Jadi tidak salah bukan kalau kami jalan-jalan bersama semasa di sana. Malangnya gambaran sebaliknya berlaku seolah-olah Sha bercuti berdua sahaja," Kata Uqasha Senrose. @djdanchef

Baca Juga:
- Biodata Nelydia Senrose
- Adik Beradik Senrose Sepupu Emma Maembong


JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.