djchef Episod 1 & 2: Sebenarnya, Saya Isteri Dia | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Friday 19 April 2013

Episod 1 & 2: Sebenarnya, Saya Isteri Dia

Ringkasan sinopsis sebenarnya saya isteri dia episode 1 & 2 slot zehra tv3

Ringkasan Sinopsis Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia

Episod 1

Dizaman kanak-kanak Firash(Acad) dijaga oleh atuknya di kampung manakala abangnya Farish tinggal bersama-sama ibunya di Kuala Lumpur. Firash seorang yang suka menyakat Syaf yang 4 tahun lebih
tua darinya.

Firash sering kali bergurau mengatakan yang dia suka dan sayang pada Syaf,Syaf yang nampak lebih matang menganggap semua itu hanya gurauan. Suatu hari ibu Firash berhajat untuk mengambil
semula Firash untuk disekolahkan di bandar, keputusan ini sedikit sebanyak mengecewakan atuknya dan membuatkan Syaf serta Firash terpisah.

Kini sambungan sebenarnya saya isteri dia episod 1 setelah dewasa Syaf telah bertugas sebagai engineer manakala Firash yang kini dikenali sebagai Chad dikalangan teman-teman seuniversiti masih lagi menuntut dalam bidang kejuteraan.

Syaf yang sebaya dengan Farish juga bertugas sebagai engineer. Farish dan Syaf telah lama bercinta serta sedang merancang untuk ke jinjang pelamin.


EPISODE 2

Datin Farizah yang telah menganggap Syaf bagaikan anak angkat amat kecewa dan menasihati Firash agar berkahwin dengan Syaf.

Datin Farisah yang sering ditinggalkan oleh suami kerana telah dimadukan langsung tidak diambil peduli oleh suaminya yang banyak menghabiskan masa bersama isteri muda, segala masalah dirumah Datin Farisah terpaksa membuat keputusan sendiri.

Farish amat marah dengan Firash sehingga berlaku pergaduhan adik beradik. Syaf merasa bersalah kerana menyebabkan kedua adik beradik yang pada mulanya bagaikan isi dengan kuku kini telah bertukar bagaikan anjing dengan kucing membuatkan Syaf setuju untuk berkahwin dengan Firash demi menjaga maruah Datin Farisah walaupun dia amat menyintai Farish.

Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf, kerana sanggup berkahwin dengan adik kandungnya sendiri walaupun tidak ada rasa cinta dalam drama sebenarnya saya isteri dia episode 2. Begitu juga dengan Firash yang menentang habis-habisan kerana tak sanggup berkahwin diusia 21 tahun tambahan pula syaf lebih tua darinya 4 tahun. -djdanchef



Lihat Juga:
- Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 1 dan 2
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 3 - djdanchef
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 5


JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.