djchef Sinopsis Drama Sedetik Cinta Slot Akasia TV3 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 3 April 2013

Sinopsis Drama Sedetik Cinta Slot Akasia TV3

Sinopsis drama sedetik cinta slot akasia tv3 novel | Ost lagu episod

Drama sedetik cinta telah menggantikan drama rindu bertamu di abu dhabi dalam slot akasia tv3. Drama yang menampilkan dua pelakon utama iaitu Awal Ashaari dan Hanez Suraya yang sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dan konflik dalam keadaan terpaksa.

Sinopsis Drama Sedetik Cinta

Permulaan drama mengisahkan tentang seminggu sebelum hari perkahwinan Hakimi dengan Elisya di mana suasana menjadi gempar apabila Elisya mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri setelah mendapat tawaran memperagakan fesyen ciptaan anak Malaysia di luar negara yang kebetulan jatuh pada hari perkahwinannya.

Tawaran itu hanya datang sekali dalam seumur hidupnya, Elisya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak keluarga begitu juga pihak lelaki.

Emylia telah dipujuk oleh ibu bapanya, Taufik dan Ramlah supaya menggantikan tempat kakaknya kerana segala persediaan telah diatur. Emylia terpaksa akur kerana mahu menjaga maruah keluarga. Pada mulanya, Hakimi enggan menerima ‘pertukaran’ tersebut kerana menganggap maruahnya sudah tercalar.

Selepas Taufiq menawarkan 50% daripada hartanya kepada Hakimi sekiranya Hakimi bersedia menyelamatkan maruah keluarga mereka dengan syarat tidak boleh sama sekali menceraikan Emylia. Akhirnya, Hakimi bersetuju tetapi hatinya menyimpan dendam.

Ibu Emylia, Ramlah sentiasa rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan perasaan Emylia. Sejak kecil Emylia seorang anak yang naif kerana sering berdepan dengan penyakit asma. Apa pun, Ramlah terpaksa memberi perhatian lebih kepada Emylia sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada Elisya yang berlarutan sehingga meningkat dewasa.

Konflik antara Elisya dan Emylia dalam drama sedetik cinta makin panas. Emylia selalu diam diri dan dibebani dengan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Elisya. Kini, dia terpaksa menanggung satu lagi beban yang amat besar dalam kehidupannya.

Sambungan sinopsis drama sedetik cinta Perkahwinannya dengan Hakimi menyebabkan hubungan cintanya dengan Fuad terputus. Fuad sedia menunggunya dan sanggup menerima Emylia sekiranya Hakimi menceraikan Emylia.

Hakimi dan Emylia tidak mempunyai perasaan cinta walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah. Fuad cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Emylia tetapi Emylia akur dengan takdir. Hakimi yang sakit hati kerana dipermainkan oleh Elisya menyebabkan Hakimi mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap Emylia dan keluarganya.

Walaupun begitu, Emylia tetap melayan Hakimi sebaik mungkin dan tidak pernah membantah ataupun meninggikan suara terhadap perbuatan Hakimi.

Sikap Hakimi terhadap Emylia amat tidak disenangi oleh ibu Hakimi, Mastura. Mastura cuba sedaya upaya menyedarkan Hakimi tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bagaimanapun Hakimi tetap tidak berubah sehinggalah suatu hari Hakimi terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah.

Ketabahan Emylia menjaga Hakimi
sepanjang Hakimi sakit mula mengubah sikap Hakimi selama ini. Sedikit demi sedikit dia mula kagum dan menyintai Emylia. Apabila Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah pulang ke Malaysia.

Dan... Berlakunya konflik, dendam, kejahatan dan pelbagai situasi yang wajib anda tonton dalam drama sedetik cinta slot akasia tv3

Barisan Pelakon Drama Sedetik Cinta

Berikut adalah senarai pelakon yang menjayakan drama ini:

Awal Ashaari (Hakimi),
Hanez Suraya (Emylia),
Zarynn Min (Tini),
Tunku Hanis (Elisya),
Fizz Fairuz (Iskandar),
Panas Giler (djdanchef)
Puteri Fatin (Sara),
Redzuan Hashim (Taufiq),
Kathy Azean (Ramlah),
Rosnah Johari (Mastura),
Sofian Bujang (Fuad)

Mampukan drama sedetik cinta ini memukau para penonton? Teruskan menonton.

Lihat Juga:
- Sinopsis Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi


JOM SHARE ARTIKEL INI:

10 comments:

  1. wow ! hanez suraya nie berlakon not bad ;)

    ReplyDelete
  2. awl2 smlm dh sedih cita ni..tgk laki tu nangis beria2..hahaha

    ReplyDelete
  3. cite ni best...amik dari novel ke....

    ReplyDelete
  4. Rase nye ni cite novel.

    ReplyDelete
  5. Rasa nye memang novel. Sebab macam pernah baca je cite nih.

    ReplyDelete
  6. Novel apa ?? kalau tajuk novel "Sedetik CInta" Alaf 21 tak same jalan ceritanya ??

    ReplyDelete
  7. ni seperti amek dari novel... tajuk ada cinta di hati alaf 21 emma maizura... tapi heroin dia adreena

    ReplyDelete
  8. sedetik cinta mmg best gilerrrrrr...best mcm cter vanilla choclate......

    ReplyDelete
  9. Ada..novel lme...

    ReplyDelete
  10. ceita seakan-akan novel ada cinta di hati karya emma maizura alaf 21.

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.