djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Cerekarama TV3. Show all posts
Showing posts with label Cerekarama TV3. Show all posts

Friday, 12 April 2013

Sinopsis Drama Adik Kami Cerekarama TV3

Sinopsis Drama Adik Kami Cerekarama TV3 13 April 2013 | Lagu Tema Ost | Barisan Pelakon


Tadi djdanchef ternampak iklan drama Adik Kami, nampak macam drama ini penuh dengan air mata dan mungkin akan membuatkan penonton terpacak di kaca TV.


Sinopsis Adik Kami Cerekarama TV3


Drama Adik Kami mengisahkan permulaan Amirul yang kematian ibu dan bapanya. Dia terpaksa dibebankan mengambil alih tanggungjawab menjaga adiknya iaitu Intan, Mala dan Mia.


Keadaan Amirul makin mencabar apabila dia terpaksa menjaga seorang nenek yang nyanyuk. Pak Ngah yang sombong dan suka mengambil kesempatan pula memberi tamparan hebat kepada Amirul sebagai ketua isi rumah selepas kematian ibunya.


Amirul terpaksa untuk berhenti sekolah untuk bekerja bagi menyara adik beradiknya. Sambungan Sinopsis Adik Kami, Pak Ngah yang busuk hati dan sering mencari helah untuk kucar-kacirkan keluarga Amirul.


Neneknya yang menghadapi penyakit hilang ingatan terus memberi masalah kepada Amirul. Namun mampukah dia memikul semua tanggungjawab yang besar ini dengan usianya yang masih muda? - djdanchef


Barisan Pelakon Adik Kami


Ezlisa Loy, Faiz Fadzil, Syazana Samat, Nurain Halesya Mohd Rusli, Normah Damanhuri, Roy Azman dan Rashid Jaafar


Waktu Tayangan Adik Kami


Tarikh: 13 April 2013

Masa: 10 malam

Saluran: Slot Cerekarama TV3


Baca Juga:

- Sinopsis Drama Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3

- Sinopsis Dan OST Maafkan Aku Cerekarama TV3


Published with Blogger-droid v2.0.4
Baca Penuh Sinopsis Drama Adik Kami Cerekarama TV3

Saturday, 23 February 2013

Sinopsis Drama Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3

Drama terkini | sinopsis jangan ganggu aku cerekarama tv3 | tonton lagu ost tema | barisan pelakon |

Malam ini akan bersiarannya drama yang djdanchef rasa akan memukau para penonton untuk tidak berganjak dari kaca televisyen. Slot Cerekarama TV3 selalu siarkan drama-drama yang menarik minat penonton pada malam hari sabtu.

Sinopsis Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3


drama jangan ganggu aku tv3, jangan ganggu aku cerekarama tv3, lagu ost tema jangan ganggu aku


Kisah bermula mengenai Razif (Rusdi Ramli) yang berkorban segalanya untuk membesarkan adiknya sehingga dia membatalkan impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada masa yang sama berusaha bekerja dalam usia yang masih muda semata-mata mahu memastikan mereka bertiga dapat hidup sempurna.

Kesusahan hidup membuatkan dia bersikap amat tegas dan terlalu mengawal adiknya Romi (Munif Isa) yang bekerja selepas menamatkan pelajaran di universiti dan Rosma (Miera Liyana) yang masih belajar di kolej.

Romi dan Rosma selalu meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap sikap Razif yang terlalu tegas dan mengongkong walaupun mereka sudah boleh berdikari. Romi pernah menyuarakan hasrat untuk tinggal di luar, tetapi dihalang oleh Razif atas alasan pesanan terakhir ayah mereka yang mahukan mereka tinggal sebumbung walaupun selepas berkahwin.

Romi tidak tahan diperlakukan seperti budak kecil dan semuanya dikawal oleh Razif yang berlagak seperti seorang ayah. Setiap kali Romi dan Rosma menyatakan hasrat mereka untuk berdikari setiap kali itulah Razif bertegas dan melarang.


Razif juga seorang pelukis, sebenarnya dalam diam, Razif baru sedar setiap lukisan yang dilukisnya ketika dia sedang marah atau tertekan selepas bergaduh dengan adiknya membuahkan hasil yang lebih menakjubkan. Malah, lukisan itu dapat dijual dengan harga tinggi. Jika sebelum ini, lukisan Razif banyak diinspirasikan oleh kehidupannya membesarkan Romi dan Rosma, tetapi kini, pertengkaran mereka pula melontarkan makin banyak ilham.

Kerana itulah ada kalanya Razif sengaja menyemarakkan api kemarahan Rosma dan Romi supaya mereka bertengkar dan bergaduh. Razif tak mahu sumber ilhamnya iaitu Romi dan Rosma keluar dari rumahnya. Walau bagaomanapun, Razif sebenarnya terlalu sayangkan Romi dan Rosma yang bagaikan anaknya, tetapi dia tidak pandai untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada mereka.

Apa yang akan terjadi seterusnya? Kenalah tonton drama ini nanti


Barisan Pelakon Drama Jangan Ganggu Aku

Antara pelakon - pelakon yang terbabit dalam cerekarama ini iailah Rusdi Ramli, Yasmin Hani, Meira Liyana dan Munif Isa.

Djdanchef syor saksikan drama jangan ganggu aku untuk slot cerekerama tv3 pada 23 Februari 2013  pada pukul 10 malam di tv3.

Baca Seterusnya:
- Sinopsis Drama Mariam Kampung Putat
- Sinopsis Di Bawah Langitmu Cerekarama TV3
Baca Penuh Sinopsis Drama Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3

Saturday, 8 December 2012

Sinopsis Drama Cinta Dari Syurga Cerekarama TV3

Sinopsis drama cinta dari syurga cerekarama tv3

Mengisahkan Damia, seorang aktivis dakwah di kampus dan Zairul, seorang mahasiswa biasa walaupun ibunya seorang ustazah. Demi cinta, Zairul sanggup menunggu kekasihnya, Hannan, yang melanjutkan pengajian selama empat tahun di luar negara.

CINTA DARI SYURGA CEREKARAMA TV3

Suatu hari, ibu Zairul iaitu Puan Robiah bertemu dengan Damia lalu tertarik dengan pekerti Damia yang
solehah. Puan Robiah cuba menjodohkan Damia dan Zairul.

Setahun kemudian, hubungan cinta jarak jauh antara Hannan dan Zairul terputus.

HOT!
**BAYAR ZAKAT SECARA EKSPRESS **

BARISAN PELAKON

Antara pelakon drama ini ialah Anzalna Nasir, Fouziah Gous, Azlee Khairi, Ika Nabila dan Kesumawati.

Saksikan cerekarama cinta dari syurga 10 malam 8 disember 2012 di tv3 - djdanchef

Hot!
** Bayar Zakat Secara Ekspress **


Baca Penuh Sinopsis Drama Cinta Dari Syurga Cerekarama TV3