djchef Resepi Kuah Yong Tau Foo | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday, 6 April 2013

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Resepi Kuah Yong Tau Foo Yang Sedap | Cara Membuat Kuah Yong Tao Fu | Blog Masakan Recipes.

Ada yang pernah makan Yong Tau Foo? Selalunya Yong Tau Foo dikaitkan dengan steamboat. Ada betulnya bagi bahan-bahannya tapi cara hidang dan cara buat kuah yong tau foo beza dengan kuah untuk steambot.

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Bahan-Bahan:
12 tangkai cili kering
1 Gula melaka atau kurozato
Sedikit bijan goreng
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 sudu besar tepung jagung (dibancuh bersama 50 ml air)
1 sudu kecil garam
Sedikit ajinomoto
Sedikit gula (sekiranya kurang manis)
Kacang tanah sangai yang ditumbuk.

Cara Membuat Kuah Yong Tau Fu
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili kering dan goreng sehingga garing.

2. Apabila sudah garing, kisarkan (blend) cili kering tadi dengan sedikit air. Ketepikan.

3. Panaskan air dan masukkan gula melaka. Kemudian masukkan cili kering telah dikisar tadi bersama belacan.

4. Biarkan sehingga mendidih.

5. Seterusnya untuk memekatkan kuah yong tau foo masukkan bancuhan tepung jagung. Dan kacau sehingga sebati.

6. Masukan garam dan ajinamoto. Sekiranya kurang manis tambahkan sedikit gula.

7. Akhir sekali, masukan bijan goreng dan kacau-kacau manja.

8. Tabur kacang tanah sangai yang ditumbuk dan siap untuk dihidang bersama yong tau fu.

Bolehlah cuba resepi kuah yong tau foo yang sedap dan mudah ini. Tak terlalu guna bahan-bahan yang terlalu banyak.

Yang penting resipi ni cepat, mudah dan sedap. - Djdanchef

Lihat Juga:
- Resepi Kek Coklat
- Resepi Menu Pesakit Kencing Manis

Gambar dari: minami133@myresipi.com


JOM SHARE ARTIKEL INI:

2 comments:

  1. wah first time tengok orang buat entry kongsi recipe pasal kuah yong tau foo... nice entry... I should try this...

    btw, kalau sudi jom lah join sini...

    http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/04/bubbly-associates-giveaway_6.html

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.