djchef Sinopsis Drama Adik Kami Cerekarama TV3 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Friday 12 April 2013

Sinopsis Drama Adik Kami Cerekarama TV3

Sinopsis Drama Adik Kami Cerekarama TV3 13 April 2013 | Lagu Tema Ost | Barisan Pelakon


Tadi djdanchef ternampak iklan drama Adik Kami, nampak macam drama ini penuh dengan air mata dan mungkin akan membuatkan penonton terpacak di kaca TV.


Sinopsis Adik Kami Cerekarama TV3


Drama Adik Kami mengisahkan permulaan Amirul yang kematian ibu dan bapanya. Dia terpaksa dibebankan mengambil alih tanggungjawab menjaga adiknya iaitu Intan, Mala dan Mia.


Keadaan Amirul makin mencabar apabila dia terpaksa menjaga seorang nenek yang nyanyuk. Pak Ngah yang sombong dan suka mengambil kesempatan pula memberi tamparan hebat kepada Amirul sebagai ketua isi rumah selepas kematian ibunya.


Amirul terpaksa untuk berhenti sekolah untuk bekerja bagi menyara adik beradiknya. Sambungan Sinopsis Adik Kami, Pak Ngah yang busuk hati dan sering mencari helah untuk kucar-kacirkan keluarga Amirul.


Neneknya yang menghadapi penyakit hilang ingatan terus memberi masalah kepada Amirul. Namun mampukah dia memikul semua tanggungjawab yang besar ini dengan usianya yang masih muda? - djdanchef


Barisan Pelakon Adik Kami


Ezlisa Loy, Faiz Fadzil, Syazana Samat, Nurain Halesya Mohd Rusli, Normah Damanhuri, Roy Azman dan Rashid Jaafar


Waktu Tayangan Adik Kami


Tarikh: 13 April 2013

Masa: 10 malam

Saluran: Slot Cerekarama TV3


Baca Juga:

- Sinopsis Drama Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3

- Sinopsis Dan OST Maafkan Aku Cerekarama TV3


Published with Blogger-droid v2.0.4
JOM SHARE ARTIKEL INI:

3 comments:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.