djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Fizz Fairuz. Show all posts
Showing posts with label Fizz Fairuz. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

Fizz Fairuz Pasang Bodyguard & Kembali Bersama Almy Nadia

Fizz Fairuz upah bodyguard dan kembali bersama Almy Nadia.

Kontroversi pertunangan yang melanda Fizz Fairuz telah menggemparkan Malaysia apabila disaat akhir Fizz Fairuz baru tahu tunangnya adalah isteri orang bahkan dikatakan telah mengenakan sihir ke atas Fizz Fairuz.

1. FIZZ FAIRUZ UPAH BODYGUARD

Sejak akhir-akhir ini, djdanchef difahamkan Fizz Fairuz sentiasa mengupah kira-kira empat orang pengawal peribadi sebagai langkah-langkah keselamatan ketika menghadiri apa-apa acara hiburan.

Selain itu, dengan memiliki pengawal peribadi membuatkan pergerakannya lebih mudah terutamanya apabila dikerumuni peminat ketika dia ingin mengejar masa untuk ke lokasi lain.

"Saya rasa lebih teratur pergerakan diri ini apabila mempunyai pengawal peribadi terutamanya ketika berada di majlis-majlis hiburan.

"Bagaimanapun saya tidak membawa mereka selalu, cuma ikut tempat yang bersesuaian sahaja." - Katanya.

2. HUBUNGAN FIZZ FAIRUZ DAN ALMY NADIA

Selepas kontroversi pertunangannya dengan isteri orang pada 10 Februari lalu, Fizz juga mengakui dia dan aktres Almy Nadia kembali menjalinkan hubungan sebagai teman rapat semula.

Bagaimanapun dia enggan terburu-buru untuk lebih serius dalam perhubungannya bersama Almy, kerana ingin menjaga hati wanita itu yang pernah terluka gara-gara perbuatannya.

3. FIZZ FAIRUZ DAN ALMY NADIA PERLUKAN SEDIKIT RUANG KEMBALI PULIH

"Saya dan Almy masih lagi kawan dan kami sering keluar bersama. Tetapi kami beri ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara-gara kesilapan saya dahulu.

"Lagipun saya tidak mahu terburu-buru, takut Almy kecewa lagi. Saya perlu menjaga hati dia dan keluarganya," tambah Fizz Fairuz.

Apa-apa pun semoga kembali pulih. 7 Tahun bercinta kot - djdanchef

Artikel Dahulu:
- Majlis Pertunangan Fizz Fairuz


Baca Penuh Fizz Fairuz Pasang Bodyguard & Kembali Bersama Almy Nadia

Wednesday, 13 February 2013

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Fizz Fairuz Yang Relaks

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Fizz Fairuz dan Tunang, Azlyn Massiela



Dah nak kahwin dah pun salah satu hero malaya pujaan ramai iaitu Fizz Fairuz. Yang masih belum tahu lagi, Fizz Fairuz telah pun bertemu kekasih hati yang sangat cantik dan manis yang bernama Azlyn Massiela.

Majlis pertunangan mereka dilangsungkan di Taman Pelindong Damai, Beserah Kuantan, Pahang pada 10 Februari 2013 yang lalu.

Gambar Sekitar Majlis Tunang Mereka




Ramai yang membuat andaian bahawa Fizz Fairuz bercinta dengan Almy Nadia namun lain pula kisahnya. Yang istimewanya, Azlyn Massiela merupakan salah seorang ahli dalam Fizz Fairuz Fans Club. 



djdanchef harap agar mereka saling memahami antara satu sama lain dan semoga majlis pernikahan mereka dipercepatkan. Bak kata teman wanita djdanchef iaitu nelydia senrose:


Baca Penuh Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Fizz Fairuz Yang Relaks