djchef January 2013 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 31 January 2013

Ning Baizura Selamat Lahir Anak Lelaki

Ning Baizura Selamat Melahirkan Anak Lelaki. Omar Sharif gembira bayi lelaki selamat di lahir kan.

Ning Baizura baru sahaja melahirkan bayi sulung pertamanya pada kira-kira pukul 3.06 pagi sebentar tadi, 31 Januari 2013 di sebuah hospital berdekatan Kuala Lumpur.


Nama Anak / Bayi Ning Baizura
Djdanchef difahamkan nama anak lelaki Ning Baizura dan Omar Sharif ialah Ryan Sky Dalton. Berat saat kelahiran bayi mereka adalah 3.5 kilogram (kg)


Ryan Sky Dalton Lahir Sempena Hari Ulang Tahun
Ning Baizura dan Omar sangat gembira dan ini merupakan detik yang teristimewa apabila bayi mereka dilahirkan pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
ning baizura lahir anak lelaki, ning baizura bayi lelaki
Ning Baizura Bersama Suami, Omar Sharif
Ning Baizura akan berkongsi gambar bayi lelaki mereka itu untuk peminat-peminat yang tertunggu-tunggu tidak lama lagi. Tahniah djdanchef ucapkan kepada Ning Baizura dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton.

Baca Penuh Ning Baizura Selamat Lahir Anak Lelaki

Wednesday 30 January 2013

Video Cara Pakai Tudung Macam Najwa Latif

Video Cara Pakai Tudung Macam Najwa Latif  | Tutorial Memakai Tudung Bawal Youtube


Salam semua, hari ini djdanchef ingin kongsikan video cara atau tutorial memakai tudung ala-ala najwa latif. Terdetik membuat entri berkaitan ini disebabkan ada permintaan dari pembaca yang menghantar mesej di facebook djdanchef.

Demi pembaca terpaksalah djdanchef yang lelaki ini terpaksa mendalami segalanya mengenai wanita. hehe Bertuahlah siapa yang menjadi aweks djdanchef ini. Masih single and available.

Djdanchef difahamkan cara pemakaian tudung najwa latif seakan-akan gaya pemakaian tudung bawal. Tanpa membuang masa ini djdanchef sertakan video yang diambil di youtube mizspyzan.

Video Cara Pakai Tudung Najwa Latif

Baca Juga:

- Cara Gaya Tudung Najwa Latif

- Cara Pakai Selendang Hana Tajima



Bolehlah mencuba di rumah - djdanchef
Baca Penuh Video Cara Pakai Tudung Macam Najwa Latif

Monday 28 January 2013

Adik Beradik: Nelydia Senrose Sepupu Emma Maembong

Adik beradik: Nelydia Senrose sepupu kepada Emma Maembong

Djdanchef baru dapat tahu rupanya Nelydia Senrose ini adalah sepupu kepada Emma Maembong pelakon cantik dan ayu.

Emma maembong mula terkenal apabila berlakon dalam drama kau yang terindah di slot akasia tv3 pada suatu ketika dahulu.

Nelydia Senrose Kacukan Melayu - Siam , Emma Maembong Kacukan Melayu - Scotland

Djdanchef difahamkan nelydia senrose ini berkuturunan melayu-siam manakala emma maembong pula berkacukan melayu-scotland. Banyak betul kacukan dalam saudara mara mereka ini kan. Patutlah semuanya cun dan comel termasuklah kakak kepada nelydia iaitu Uqasha Senrose dan adik kepada Emma iaitu Cha Cha Maembong.

Adik beradik serta saudara mara mereka semuanya cantik dan comel.

Gambar Nelydia Senrose dan Emma Maembong serta boyfriend nya djdanchef .

Promot sikit teman lelaki mereka tu. Haha

Baca Seterusnya:
- Gambar Emma Maembong Bertudung
- Cha Cha Maembong
- Biodata Nelydia Senrose (Klik)

Gambar Emma Maembong
Gambar Nelydia Senrose
Baca Penuh Adik Beradik: Nelydia Senrose Sepupu Emma Maembong

Sunday 27 January 2013

Resepi Maggi Sup

Resepi maggi sup kari yang mudah dan sedap | maggie curry soup

Orang bujang pasti tidak lari dengan maggi, terutama sekali di waktu malam. Maggie lah yang akan berada di dalam fikiran ketika lapar di kala bulan mengambang. Bulehh?

Berikut djdanchef kongsikan resipi maggi sup yang mudah tapi sedap.

Resepi Maggi Sup
1 Bungkus maggi kari
1 Bawang besar (potong nipis)
1 Bawang putih (potong nipis)
1 Cili merah (dibelah dua)
2 Cili padi (kalau nak lagi pedas)
1 Biji telur (pastikan telur di basuh)
Sayur sawi (guna sayur lain pun boleh, jika tak ada sayur..abaikan)
Kiub Ayam (kalau ada lagi sedap, kalau tak ada.. Abaikan)
Garam
Minyak
Air

Cara Membuat / Memasak Maggi Sup
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis biar sampai naik bau.
3. Masukan air dan kiub ayam kalau ada. Bila air sudah menggelegak masukkan telur dan perencah maggie kari. Biar seketika, baru masukkan maggi.
4. Kemudian masukkan sayur, cili padi dan cili merah.
5. Akhir sekali, masukkan sedikit garam. Kalau yang dah letak kiub ayam tadi djdanchef syorkan cuba rasa kuah sup tadi, kalau ada rasa macam dah masin tak perlu letak garam lagi.

Resepi maggi sup kari yang simple untuk anak teruna yang bujang macam djdanchef ini. Hihi

resepi maggi sup
Baca Penuh Resepi Maggi Sup

Saturday 26 January 2013

Kedudukan 1: Malaysia Social Media Week Awards 2013

Kedudukan terkini Malaysia Social Media Week Awards 2013 untuk 26 Januari 2013.

Bagi pembaca djdanchef yang belum tahu lagi, Social Media Awards 2013 adalah satu acara yang menghubungkan rakan-rakan yang aktif dalam dunia maya dan pada masa yang sama meningkatkan pemahaman masyarakat tentang kepentingan media sosial.

Pelbagai kategori dipertandingkan dan sesi menghantar pencalonan blog telah pun ditutup. Djdanchef baru nak hantar pencalonan tup2 dah tutup.. Hehe. Para pembaca boleh mengundi blog kegemaran masing-masing mengikut kategori yang dipertandingkan.

Kedudukan Tertinggi Terkini Malaysia Social Media Week Award 2013

Berikut djdanchef senaraikan carta terkini MSMW2013 (26 Januari 2013)

Favourite Auto Blog
- Paultan
(paultan.org)

Favourite Innovative Blog
- Ariffshah
(ariffshah.com/tentang-saya)

Favourite Business Blog
- Abang Ensem
(abangensem.com)

Favourite Celebrity Blog
- Zarul Umbrella
(zarulumbrella.com)

Favourite Music & Entertainment Blog
- Syaifuddin Alias
(www.spudinpunya.com)

Favourite CSR Blog
- Tempat Letak Kucing
(www.kucing.my)

Favourite Educational Blog
- Hasrul Hassan
(www.hasrulhassan.com)

Favourite Foodie Blog
- Kak Ina KL
(kakinakl.com)

Favourite Gossip Blog
- Beautifulnara
(beautifulnara.com)

Favourite Photography Blog
- Azman Ishak
(azmanishak.com)

Favourite Gadgets Blog
- Azman.my
(amanz.my)

Favourite Political Blog
- Tengku Razaleigh
(razaleigh.com)

Favourite Shopping Blog
- Cheeze Maz
(cheezemaz.blogspot.com)

Favourite Sports Blog
- Syafiq Rahim
(syafiqrahim.com)

Favourite Travel Blog
- Faizal Fredly
(faizalfredly.com)

Favourite Social Media Brand
- Samsung Malaysia
(www.facebook.com/samsungmalaysia)

Favourite Lifestyle Blog
- Aku Penghibur
(www.akupenghibur.com)

Favourite Micro Blog
- Hafiz Rahim
(hafizrahim.com)

Most Creative Blog
- Denaihati
(denaihati.com)

Favourite Campaign on Social Media
- Burger King Malaysia
(www.facebook.com/bkmalaysia)

Favourite Kacak Blog
- Djdanchef
(djdanchef.blogspot.com)

Tetiba saja ada calon dalam kategori favourite kacak blog. Haha. Kedudukan sekarang ini boleh berubah pada bila-bila masa sahaja.

Antara tips yang boleh dilakukan untuk meningkatkan undian adalah:

- Promosi Blog
- Buat contest
- Entri sentiasa KEKAL dan BERKAITAN dengan kategori yang dicalonkan.

Sebagai contoh, tercalon dalam kategori Favourite Gadget Blog tetapi yang anehnya sentiasa buat entri mengenai bola, djdanchef pasti kedudukan undian blog tersebut lama-kelamaan akan rapuh di MSMW2013 kerana pengundi rasa ada blog lain yang lebih layak dan berkaitan dengan kategori pencalonan.

Sentiasa kekal dalam niche.

Semoga berjaya buat semua calon djdanchef ucapkan.

Untuk mengundi boleh ke:
www.socialmediaweek.com.my


Baca Penuh Kedudukan 1: Malaysia Social Media Week Awards 2013

Giovanna Plowman Makan Tampon Pembalut Wanita

Twitter Giovanna Plowman Tampon Makan Telan Haid Period Pembalut Tuala Wanita Softex di Youtube.

Berita yang menjijikan dan pada masa yang sama mengelirukan djdanchef. Trending mengenai seorang gadis gempal bernama Giovanna Plowman melakukan aksi hisap tampon di youtube.

Yang buat djdanchef keliru sikit apa benda itu tampon ? Djdanchef tak berapa tahu peralatan-peralatan wanita ni. Djdanchef pun google dan google (gigih google ni..) katanya tampon ni seakan-akan macam pembalut tuala wanita (pad). Ye ke?

"Tampon adalah bahan yang sama dengan pembalut wanita, namun dimampatkan menjadi bentuk tabung kecil dan dipakai dengan cara dimasukkan pada liang sulit wanita untuk menyerap darah haid"

Sedikit penerangan yang djdanchef jumpa.

Giovanna telah pun memadam video tersebut di akaun youtube nya sendiri setelah ramai yang menonton. Tapi video dan gambar tersebut telah pun tersebar di youtube, twitter dan facebook.

Djdanchef dengar khabarnya dia buat macam itu hanya satu sebab sahaja iaitu ingin popular dan terkenal.

Tetiba djdanchef rasa pening dan nak termuntah pula. Dibawah ini beberapa gambar giovanna plowman tampon .




Baca Penuh Giovanna Plowman Makan Tampon Pembalut Wanita

Friday 25 January 2013

Sinopsis Filem Wawa Semput Sambungan Adnan Sempit

Filem wawa semput berserta sinopsis dimana djdanchef difahamkan sambungan daripada cerita Adnan Sempit.

Watak utama dalam filem ini adalah Yana Samsudin, Angah dan Along Raja Lawak.

Sinopsis Wawa Semput

Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia.

Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap djdanchef , eh silap muak dengan Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa.

ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai.

Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak putus-putus bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit.

Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya.

Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa? -
Saksikan Filem Wawa Semput di pawagam pada 31 Januari 2013.

wawa semput
Poster Filem Wawa Semput
Baca Penuh Sinopsis Filem Wawa Semput Sambungan Adnan Sempit

Thursday 24 January 2013

Biodata Nelydia Senrose & Gambar

Blog Profile Biodata Nelydia Senrose & Gambar. Setia Hujung Nyawa TV3

Pelakon cantik molek Nelydia Senrose makin mendapat perhatian sekarang ini menerusi lakonannya dalam slot drama Setia Hujung Nyawa di TV3.

Djdanchef mula kenal Nelydia ni sejak dia berlakon dalam drama Spa Q berlakon jadi anak kepada Norish Karman.

Berikut adalah biodata/profil gadis yang diminati ramai sekarang ini.

Biodata Nelydia Senrose

1. Nama: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
2. Nama Popular: Nelydia Senrose
3. Tarikh lahir: 30 Julai 1994
4. Adik Beradik: Anak ketiga daripada tujuh beradik
5. Kacukan: Gadis kacukan Kelantan-Siam
6. Kerjaya: Pelakon
7. Akademik: Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya
8.. Nama pakwe: djdanchef
9. Lakonan Drama: Spa Q 1 dan 2, Spa Qistina, Sirah Cinta, Datin Wannabe, Biru Cinta Di Laguna, Hati Seorang Perempuan, Khalifah, Ahmad Durrah,Mistik Alam Hitam, Puaka Bunga Tanjung,Friday I’m in Love, Chef Cinta dan lain-lain.

Dibawah adalah gambar nelydia senrose. Kalau lihat pada gambar iras-iras emma maembong pun ada. Ada juga gambar bertudung dan berhijab. Gambar seksi tak ada naa.

Gambar Nelydia Senrose

Baca Juga:
- Biodata Nad Zainal
- Gambar Emma Maembong Bertudung
- Adik Beradik: Nelydia Senrose Sepupu Emma Maembong ?

nelydia senrose

nelydia senrose bertudung berhijab

nelydia senrose seksi

nelydia senrose

nelydia senrose
Baca Penuh Biodata Nelydia Senrose & Gambar

Wednesday 23 January 2013

Luqhman Berusia 2 Tahun Meninggal Dihempap TV

Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan berumur 2 Tahun Meninggal Dunia Dihempap Televisyen (TV)

Berita yang agak sedih djdanchef baca semalam mengenai kanak-kanak lelaki yang baru berusia 2 tahun meninggal dunia, kejadiaan ini berlaku di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai, Alor Setar, Kedah.

Anak Bermain Berhampiran Rak Televisyen 29 Inci

Kejadian berlaku apabila bapa mangsa, Lazzuan Ishak sedang mandi manakala isterinya pula, Waida Kasim sedang menunaikan solat Isyak dan pada masa itu anak mereka (Luqhman) sedang menonton televisyen sambil bermain-main berhampiran rak televisyen di ruang tamu rumah.

“Sebelum mandi saya menemani Luqhman sementara menunggu isteri solat namun disebabkan berasa panas saya pergi mandi dengan meninggalkan anak saya diperhatikan oleh neneknya,” kata Lazzuan

Ketika sedang mandi dia mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan bergegas keluar dari bilik air.

"Saya dengar dentuman kuat dan sebaik sahaja keluar dari bilik air saya nampak rak besi yang menempatkan televisyen terbalik menghempap anak saya"

“Saya terkejut apabila melihat televisyen berusia lebih 10 tahun bersama rak tempat letak televisyen telah rebah, dengan Luqhman berada di bawah televisyen.

"Ibu saya juga berada di situ tapi dia tidak sedar kerana kejadian berlaku terlalu pantas." kata Lazzuan.

Pendarahan Di Kepala

“Ketika itu juga saya lihat darah banyak keluar dari belakang kepalanya menyebabkan saya segera menghantarnya ke sebuah hospital swasta di sini,”

"Setiap kali saya nampak Luqhman bermain di rak televisyen saya akan panggil dan beritahu dia jangan bermain di situ tapi tak sangka kejadian sebegini terjadi juga,” kata Lazzuan dengan sebak.

Ketika tiba di hospital, Luqhman masih bernafas namun dia disahkan meninggal dunia ketika diperiksa oleh doktor di wad kecemasan. - BERITA

Djdanchef: Kepada ibu-ibu sentiasalah awasi dan bersama dengan anak-anak, jangan tinggalkan anak-anak bersendirian. Kejadian buruk boleh berlaku dimana-mana sahaja.

Berikut adalah gambar-gambar yang djdanchef ambil daripada pelbagai sumber.

Baca Juga:
- Kepala Anak Terkoyak Bermain Gelongsor




Baca Penuh Luqhman Berusia 2 Tahun Meninggal Dihempap TV

Tuesday 22 January 2013

Carian Keyword Tertinggi Google Malaysia DJDANCHEF - Slot 1

Carian Keyword Tertinggi Google Malaysia | Most Top Searches On Google Malaysia DJDANCHEF Slot 1
(Januari 2013 Minggu 3)

Mulai tahun 2013 ini djdanchef akan kongsikan BEBERAPA keyword atau carian tertinggi google malaysia pada setiap minggu.

Info ini adalah daripada pemerhatian djdanchef di Web google, laman ping, dan laman web yang lain.

Berikut adalah BEBERAPA:

Carian Keyword Tertinggi Di Google Malaysia Untuk Minggu Ke 3 Januari - DJDANCHEF

1. Khairul Fahmi & Leuniey

Carian berkaitan majlis perkahwinan dan gambar resepsi khairul fahmi che mat atau apex dan leuniey masih lagi segar dicari di google malaysia.

2. Dato Siti Nurhaliza Bertudung

Dato Siti Nurhaliza telah pun memulakan langkah untuk berhijab selepas meraikan Majlis Hari Jadinya yang ke 34. Tahniah djdanchef ucapkan buat dato ct.

3. Jozan Maharaja Lawak Mega

Jozan yang terdiri daripada Johan dan Zizan telah dinobatkan sebagai Juara dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 terbitan Astro. Tahniah djdanchef ucapkan buat Jozan.

4. Patrick Teoh

Isu mengenai pelakon berbangsa cina iaitu Patrick Teoh yang pernah berlakon dalam filem Buli, Baik Punya Cilok dan Sumolah telah 'mengupdate' status dengan menghina agama Islam kerana ketidakpuashatian terhadap garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013 yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

5. Bantuan Lesen 1 Malaysia

Kerajaan baru sahaja mengumumkan Bantuan Lesen 1 Malaysia untuk membantu belia yang belum pernah mempunyai lesen. Bantuan lesen ini adalah untuk lesen B2 sahaja.

6. Liga Super Malaysia 2013

Perlawanan antara Pahang dan Selangor di Liga Super Malaysia 2013.

7. Uitm Lendu Melaka

Kisah seram dimana pelajar-pelajar di Uitm Lendu Melaka dikatakan mengalami gangguan makhlus halus, hantu dan histeria yang sangat serius sehinggakan berita tersebut tersebar luas.

8. Sharifah Zohra / Listen.. Listen..

Kontroversi antara Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia iaitu Sharifah Zohra Jabeen dan pelajar jurusan undang-undang UUM iaitu KS Bawani telah menimbulkan fenomena listen dan klip video insiden antara mereka telah ditonton dan tersebar luas.

Daripada carian ini membolehkan kita tahu apa yang sedang atau telah berlaku diluar sana. Ada antara beberapa carian di atas yang masih segar sehingga sekarang ini.

Kepada blogger-blogger yang tidak mempunyai idea untuk membuat entri, djdanchef syorkan bolehlah buat entri berkaitan carian yang djdanchef terangkan diatas.


Baca Penuh Carian Keyword Tertinggi Google Malaysia DJDANCHEF - Slot 1

Monday 21 January 2013

Segmen Bloglist Syaifuddin Alias

Segmen Bloglist Syaifuddin Alias.

Hari ini rakan blogger djdanchef iaitu Syaifuddin Alias baru saja mengadakan segmen bloglist.

Cara penyertaannya sangat simple dan tidak renyah. Objektif spudin adalah untuk mengeratkan lagi network dan silaturahim bersama blogger-blogger lain.

Cadangan dan KUTUKAN Membina untuk blog Syaifuddin Alias.

Djdanchef tak reti sangat nak memberi cadangan, blog djdanchef pun berserabut.

Overall djdanchef rasa blog spudin dah sangat-sangat bagus dengan theme yang mesra dan widget-widget yang sangat berguna. Janji spudin HAPPY.

Apa pun bagi djdanchef blogging ini banyak tujuan, ada yang ingin mencari kawan tanpa hirau tentang backlink atau seo dan sebaliknya, ada yang ingin berkongsi informasi dan tidak hirau tentang seo dan sebaliknya, ada yang ingin menjana pendapatan dan hirau pasal seo, ada yang suka buat blog sama seperti blog lain tanpa hirau untuk menjadi lebih unik dari blog lain, ada yang sangat tekankan penulisan blog yang berkualiti dan berbagai-bagai lagi.

Yang penting berbalik kepada apa tujuan kita berblogging nak cari kawan? Nak cari duit online? Nak kongsi ilmu? Nak populariti? Tak pa aihh blogger yang nak populariti pun djdanchef support sebab memang tujuan dia nak populariti, dari situ dia akan berusaha dengan tekun untuk pastikan dia popular dan dia HAPPY dengan objektif dia.

Sama juga sekiranya objektif dia untuk berkongsi maklumat, setiap masa dia akan HAPPY untuk submit entri yang ingin dia kongsikan walaupun entri tu dah ada di beribu-ribu blog lain, yang penting dia HAPPY.

Kalau dia berblog dengan tujuan yang TIDAK menentu kejap nak cari kawan, kemudian tukar pula objektif nak jana pendapatan, kemudian tukar pula objektif nak jadi popular kejap tukar pula objektif lain. Memang dia TAKKAN HAPPY untuk berblogging kepala dan hati dia rasa tak tenteram saja dan lama-kelamaan followers setia dia juga akan hilang.

Tudia.. Apalah yang aku melalot ni.. Tak pasti djdanchef kat blog spudin letak widget TWITTER or G+ khas untuk blog spudin sebab djdanchef online guna handphone je ni tak dapat tengok full website spudin. Kalau tak ada bolehlah letak penting untuk NON-BLOGGER untuk follow. Blogger mungkin gemar untuk follow blog dan g+ tapi yang NON-BLOGGER gemar untuk follow melalui facebook dan twitter.

Kalau berblogging menggunakan teknik SEO, Jangan lupa untuk lebih ambil berat terhadap blog yang mesra untuk NON BLOGGER.. Kebanyakkan traffik dari teknik SEO adalah dari NON-BLOGGER.

Djdanchef tengok otai-otai blogger sangat mementingkan penulisan yang berkualiti, mungkin spudin boleh tingkatkan penulisan blog dan djdanchef perasan salah satu faktor Alexa tinggi dan turun juga bergantung kepada kuailiti penulisan blog. Blog A trafik 5000 sehari tapi entri blog dia copy paste macam blog blogger ni banyak sungguh copy paste dia.. Haihh.. Blog B pula traffik 100 sehari saja tapi entri blog adalah menggunakan gaya penulisan dia tersendiri dan bukan copy paste.

Check di Alexa percayalah Alexa blog B lagi berkualiti dari Blog A contohnya BLOG B alexa di tangga ke 100 K, BLOG A alexa ditangga ke 600 K walaupun blog A traffik 5000 sehari berbanding blog B yang 100 saja sehari.

Itu apa yang djdanchef nampaklah. Setakat ini sajalah, djdanchef pun newbie lagi mungkin otai-otai lagi tahu cadangan yang lebih baik untuk spudin ni. Oklah kepada yang nak join segmen abang HENSEM titew ni boleh la klik sini.

P/S: rasa malas nak taip nama penuh syaifuddin alias ni, aku taip spudin ja rasa banyak tenaga sikit, tak pa kot bro?. Aku pun sebenarnya malas nak taip nama blog aku sendiri djdanchef ni. Tapi tetap gigih taip juga janji.... HAPPY! Hehe Kepada yang ada join segmen or giveaway bolehlah tag djdanchef, tag banyak2 pun tak pa. Djdanchef mengalu-alukan. Kalau djdanchef ada masa djdanchef join.


Baca Penuh Segmen Bloglist Syaifuddin Alias

Sharifah Zohra Jabeen Mohon Maaf Kepada UUM



Sharifah Zohra Jabeen Mohon Maaf Kepada UUM fenomena listen listen..

Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin pada Ahad tampil memohon maaf kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung kontroversi 'fenomena listen' yang menjadi perhatian banyak pihak baru-baru ini.

Menurut Sharifah Zohra, beliau kesal apabila pusat pengajian tinggi itu dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.

"Saya sangat kecewa apabila UUM diheret sama secara langsung dalam isu ini. Dalam kes ini, UUM merupakan pihak yang paling layak untuk saya memohon maaf secara ikhlas.

"Saya dengan ini mohon maaf kepada UUM kerana perkara ini benar-benar berada di luar kawalan saya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai sesuatu yang dianggap malapetaka," katanya.

Syarifah Zohra Jabeen turut kecewa di atas tindakan pihak tertentu yang mensensasikan isu berkenaan

"Tindakan individu tertentu ini berjaya mewujudkan 'tsunami fenomena listen' menjadi lebih beremosi dan serius hingga menimbulkan kebencian di kalangan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia terhadap saya tanpa alasan yang kukuh," katanya.

Sharifah Zohra bagaimanapun turut memaafkan Bawani dan pihak yang didakwa mengecamnya tanpa usul periksa.

"Saya maafkan gadis muda (Bawani) dalam video itu di atas apa jua tindakannya sebelum, semasa dan selepas forum tersebut.

"Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima uguran SMS. tidak bertanggungjawab daripada individu, kumpulan serta parti" Kata Sharifah Zohra Jabeen. - djdanchef

Baca Penuh Sharifah Zohra Jabeen Mohon Maaf Kepada UUM

Saturday 19 January 2013

Keputusan Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir

Jozan juara maharaja lawak mega 2012 peringkat akhir & keputusan penuh final.

Jumaat lepas telah berlangsungnya final akhir maharaja lawak mega 2012 yang diadakan di Dewan MBJB, Johor.

5 Kumpulan Berebut Takhta Juara

5 kumpulan bersaing untuk merebut takhtah juara untuk tahun ini antara 5 kumpulan finale adalah Jozan, Jambu, Shiro, boboi dan saywho.

Peserta Maharaja Lawak Mega diberi 2 tugasan iaitu bertemakan Muzikal & Free Style. Untuk persembahan pertama rata-rata djdanchef nampak semuanya sangat menghiburkan manakal persembahan kedua ada beberapa kumpulan yang agak kurang suntikan.

Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012

Dua tahun lepas Sepah menjadi pemenang maharaja lawak kemudian tahun lepas Osbon dinobatkan juara maharaja lawak mega, tahun ini? Setelah kesemua kumpulan membuat persembahan, hanya 1 sahaja kumpulan yang akan dinobatkan sebagai pemenang maharaja lawak mega 2012.

Dan keputusannya, juara maharaja lawak mega 2012 jatuh kepada..

JOZAN!!

Senarai Pemenang:
1) Juara - JOZAN (RM500,000 & Trofi)
2) Tempat Ke 2 - JAMBU (RM250,000 & Trofi)
3) Tempat Ke 3 - SHIRO (RM150,000 & Trofi)
djdanchef
4) Tempat Ke 4 - BOBOI (RM50,000 & Trofi)
5) Tempat Ke 5 - SAYWHO (RM15,000 & Trofi)

Tahniah djdanchef ucapkan buat semua pemenang. - Gosip



Baca Penuh Keputusan Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir

Thursday 17 January 2013

Kalendar Daripada Hazwan Hairy | www.hazwanhairy.com

Kalendar 2013 daripada Hazwan Hairy blogger wwww.hazwanhairy.com

Dah lama sebenarnya dapat kalendar ini cuma tak publish lagi entri, masih relaks dalam draft lagi.

Dalam djdanchef dok fokus makan maggi bujang tengah-tengahari datanglah posmen bagi surat. Dalam kepala dok fikir surat daripada siapa ni entah-entah surat daripada PTPTN warning tak bayar pinjaman pa.. "mampoih dah cheq"

Buka-buka sampul - ehh.. ehh..

(Sharifah Zohra) Listen.. Listen.. Listen..

Kalendar 2013 daripada encik abang ni rupanya. Djdanchef ada join Contest Kalender 2013 Eksklusif Hazwanhairy dan terpilih sebagai blogger bertuah.

Terima kasih djdanchef ucapkan buat hazwan hairy untuk kalendar 2013 ni.

Jemputlah ke blog abang hensem hazwan hairy titew ni.. Haha.. 'Titew" lah sangat.. :-)


Baca Penuh Kalendar Daripada Hazwan Hairy | www.hazwanhairy.com

Tuesday 15 January 2013

Borang Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia BL1M

Borang permohonan BL1M bantuan lesen 1 Malaysia 2013| Cara mohon online

Semalam djdanchef tonton berita kat televisyen keluar berita tentang Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M). BL1M ini salah satu inisiatif untuk membantu belia mendapatkan lesen motor (motorsikal) terutama sekali untuk pelajar yang sudah habis SPM.

* Objektif program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) adalah untuk: *

1. Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
2. Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
3. Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
4. Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
5. Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.

* Keistimewaan/Kelebihan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) *

Antara kelebihannya ialah:
- Menawarkan kursus memandu bagi mendapatkan lesen motosikal kelas B2 pada kadar RM199, iaitu 50 % lebih rendah daripada harga biasa.
- Yuran ujian berkomputer RM17 yang dikenakan bagi ujian berkomputer akan ditanggung sepenuhnya jika peserta terpaksa mendudukinya.

Lihat Juga:
- Kad Diskaun Siwa 1 Malaysia
- Bantuan Rakyat 1 Malaysia

* Syarat Kelayakkan Memohon *

Syarat-syarat kelayakkan seperti djdanchef katakan tadi bl1m ni untuk mohon lesen B2 sahaja. Apa syarat kelayakan pemohon untuk mendapatkan diskaun ini?

1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013.

2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu.

3.  Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja seperti djdanchef katakan diatas tadi.

4. Sihat tubuh badan.

5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')

7. Bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.

8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ. Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.

* Cara Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia BL1M *

Untuk memohon bl1m anda boleh melalui pautan ini:
PERHATIAN: Sekiranya tidak boleh BUKA link dibawah sila cuba guna browser lain contoh Mozila, Internet Explorer, OPERA. Sekiranya masih tidak berjaya kemungkinan TERLALU RAMAI akses laman web tersebut.

- Laman Utama BL1M - www.bl1m.my
- Borang Permohonan BL1M - Klik Borang

* Pertanyaan Tentang Bantuan *

Kepada pembaca djdanchef yang ingin membuat sebarang pertanyaan boleh hubungi:

No Tel: 03-7801 8888 (Helpdesk MyEG)

Email: BL1M@myeg.com.my

Lesen memandu:
www.myeg.com.my (active) / www.blim.com.my (expired) / www.bl1m.com.my (expired)

Kepada belia-belia yang belum pernah mengambil lesen bolehlah rebut peluang ini. Djdanchef harap Lepas dah lulus jangan merempit dengan motor sudah ler yer.

Baca Penuh Borang Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia BL1M

Monday 14 January 2013

Duit Lisa Surihani Lesap RM50 Ribu Dari Akaun Bank

Duit lisa surihani hilang rm50 ribu dari akaun bank, wang dikeluarkan oleh individu yang tidak diketahui.

Hari ini di akhbar terpampang tentang Lisa Surihani dan ibunya kerugian RM50,000 apabila wang dalam akaun bersama milik mereka dicuri.

Kehilangan wang itu disedari ibu Lisa, Siti Amira Ahmad ketika dia ingin mengeluarkan sejumlah wang di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi tetapi gagal untuk mengeluarkan wang.

Rupa-rupanya kad tersebut tak boleh digunakan lagi sebab telah ditukar oleh individu lain yang tidak disedari oleh lisa surihani dan ibunya.

Selepas semakan dilakukan, rekod pengeluaran wang menunjukkan wang dalam akaun itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.

“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai." kata lisa surihani

Lisa dan ibunya telah pun membuat
laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk siasatan. - Gosip

djdanchef: hmm simpan dalam bank pun boleh hilang.


Baca Penuh Duit Lisa Surihani Lesap RM50 Ribu Dari Akaun Bank

Gambar Dato Siti Nurhaliza Bertudung Litup - Happy Birthday CT

Gambar Imej Dato Siti Nurhaliza Bertudung litup sempena sambutan hari jadi pada 11 Januari 2013.

Baru-baru ini datuk siti nurhaliza telah pun menyambut hari lahirnya yang ke 34. Apa yang menjadi tumpuan adalah dato ct mula perlahan-lahan upload gambar-gambar bertudung selepas sambutan hari jadinya ke Instagram.

Kemudian djdanchef terbaca di berita harian Siti Nurhaliza mengesahkan sendiri bahawa ini merupakan imej baru dato siti sempena sambutan hari lahir yang ke 34 dato siti pada 11 Januari 2013 yang lalu.

“Inilah imej Siti untuk usia 34 tahun dan Siti harap penampilan baru ini akan terus kekal sampai bila bila,” ujar Dato Siti Nurhaliza.

Kalaulah betul djdanchef berharap semoga perubahan ini dapat kekal dan dipertingkatkan lagi lebih sempurna.

Ramai peminat-peminat yang menunggu saat-saat macam ni.

Dan selamat hari jadi.. baru nak wish? :-D

GAMBAR DATO SITI NURHALIZA BERTUDUNG

Gambar yang dimuat naik dato ct nurhaliza di Instagram yang sangat cun - Gosip








Terbaru:
Video Gwiyomi Dato Siti Nurhaliza
Dato Siti Nurhaliza Batal Konsert Gara Dato K
Gambar Dato Siti Nurhaliza Bertudung Litup
Dato Siti Nurhaliza Kritik PSY Oppa Gangnam Style


Baca Penuh Gambar Dato Siti Nurhaliza Bertudung Litup - Happy Birthday CT

Sunday 13 January 2013

Sebutkan 5 Rukun Negara ?

Santai untuk hari ini, gambar yang agak mencuit hati djdanchef.


Baca Penuh Sebutkan 5 Rukun Negara ?

Saturday 12 January 2013

Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus 2013 - Januari

Jadual kuliah ceramah Ustaz Azhar Idrus UAI 2013 - bulan januari

Salam.. Bagi peminat-peminat yang meminati Ustaz No.1 Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus, di sini djdanchef kongsikan jadual kuliah UAI bagi bulan Januari 2013.

Jadi mereka yang tinggal berhampiran dengan masjid-masjid yang akan ustaz azhar idrus hadiri bolehlah berpeluang mendengar ceramah dari ustaz azhar.

Daripada pemerhatian djdanchef untuk bulan januari, ustaz azhar akan kerap berada di Terengganu dan beberapa hari akan berada di Johor, Kelantan dan selangor.

Berikut adalah lokasi bersama:

jadual kuliah / ceramah ustaz azhar idrus januari 2013


Baca Penuh Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus 2013 - Januari

Friday 11 January 2013

Traffik UV Blog DJDANCHEF Disember 2012

Traffik unique visitor (uv) dan pageviews blog djdanchef bulan disember 2012 dan sepanjang tahun 2012.

Lama djdanchef tidak buat entri berkenaan traffik pelawat yang datang ke blog djdanchef ini. Tahun 2012 adalah tahun yang paling banyak peningkatan dalam pelbagai segi untuk blog djdanchef ini.

Sekarang blog djdanchef sentiasa mendapat traffik 1000-2000+ uv setiap hari dan pageviews 2000-3000 sehari. Dan kebanyakkan traffik datang dari google dan juga rakan-rakan blogger.

Traffik Blog Djdanchef Disember 2012

Trafik blog untuk bulan lepas, Disember 2012 melalui nuffnang .






Traffik dan Pageviews Sepanjang Berblog.

Suatu peningkatan yang memberangsangkan apabila blog djdanchef dapat capai juga target "pageviews all time history" sebanyak 1 JUTA lebih setakat ini. Otai-otai blogger yang lain mesti dah berjuta-juta agaknya.

Baca Penuh Traffik UV Blog DJDANCHEF Disember 2012

Ending Adam Dan Hawa Episod 80 | Episode Akhir

Adam dan hawa episode akhir episod 80 astro mustika hd.

Drama bersiri terhangat Malaysia Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa baru saja berakhir pada 10 Januari 2013 hari khamis. Djdanchef sempat menonton drama episod akhir adam dan hawa ini.

Episode Akhir Drama Adam Dan Hawa

Episode ending ke 80 ni djdanchef dapat simpulkan kesemua jalan cerita adalah happy ending.

Kisah bermula dengan majlis pernikahan antara Johan dan Azie. Johan berjaya dengan sekali lafaz dan Azie kini telah menjadi isteri yang sah kepada Johan.

Beberapa hari kemudian, Ain mula menunjukkan tanda-tanda akan bersalin dan segera ditempatkan di Hospital.

Jururawat meminta seorang sahaja diantara ahli keluarga yang boleh menemani Ain. Jadi adakah mereka memilih djdanchef, tetiba.. ? Taklah akhirnya Am menawarkan diri untuk menemani isterinya.

Tiada rasa dendam dan persengketaan antara ibu johan dan ibu ain begitu juga Dee dan suaminya datang untuk melawat Ain.

Selepas beberapa jam, Ain selamat bersalin dan mendapat bayi perempuan yang sangat comel. Besar bayi mereka siap kepala pun botak licin elok jer.. Haha

Nama Anak - Arisa Nur Asyikin Binti Adam Mukhriz

Ain dan Adam bersetuju untuk nama kan bayi perempuan mereka dengan nama Arisa Nur Asyikin Binti Adam Mukhriz. Yang comelnya baby ni pandai ketawa kat kamera.

Ending Adam dan Hawa - Ain Bersyukur Dapat Suami seperti Am

Ending episod akhir diakhiri dengan Ain mengimbau kembali detik perkenalan, kemudiannya konflik yang dihadapi, seterusnya ketabahan dan kesabaran Am yang tidak berhenti untuk mendapatkan semula isterinya iaitu Ain Hawani.

Ain sangat bersyukur mendapat suami seperti Am. Akhirnya cinta Adam dan Hawa bersatu jua. Rindu djdanchef dengan drama ini. :-)

Adakah drama Sehangat Asmara yang bakal menggantikan drama Adam dan Hawa akan sehangat begini? Nantikan.

Kini dengan rasminya drama adam dan hawa episod 80 telah tamat.




Baca Penuh Ending Adam Dan Hawa Episod 80 | Episode Akhir

Thursday 10 January 2013

A.Aida Nak Taja Artis Buat Pembedahan Untuk Lebih Cantik

A.Aida syorkan artis malaysia melakukan pembedahan untuk kecantikan.

Zaidah Awang atau lebih dikenali sebagai A. Aida ini merupakan seorang pelakon dan pengarah. Baru-baru ini A.Aida menyarankan artis Malaysia melakukan pembedahan atau apa saja proses kecantikan asalkan nampak lebih cantik dan menawan.

“Kalau saya tengok wajah pelakon itu banyak kedut, saya sarankan dia buat pembedahan atau apa sahaja asalkan tampak cantik. Bagi saya jika seseorang itu buat pembedahan itu urusan dia dengan Allah.

“Kalau dia nampak tua sebelum waktunya, ingat ada orang ka nak tawar dia berlakon. Bila tak ada tawaran, mana nak masuk pendapatan. Pada saya artis perlu menitik beratkan soal kecantikan tidak kira wanita atau lelaki,” kata A. Aida

SANGGUP TAJA ARTIS BUAT PEMBEDAHAN

“Kadang-kadang saya kata, kalau dia tidak mampu, saya sanggup taja. Semua itu saya buat demi kebaikan artis itu juga."

A. Aida juga mengaku dia berbelanja sebanyak RM4,000 setiap bulan hanya sebab ingin mencantikkan tubuh dan juga wajah.

“Kerjaya saya yang sering berurusan dengan orang ramai juga memerlukan saya untuk kelihatan cantik dan kemas sentiasa.

“Saya tidak takut untuk mengaku setiap bulan saya akan membelanja sekitar RM4,000 hanya untuk kecantikan,” tambah A.Aida. Gosip di Djdanchef.

Ada yang nak buat pembedahan? A.Aida nak taja.

Baca juga:
- Mamat Sepah Mengaku Suntik Wajah



Baca Penuh A.Aida Nak Taja Artis Buat Pembedahan Untuk Lebih Cantik

Wednesday 9 January 2013

Wordless Wednesday 1 2013 - Kartun

Wordless Wednesday 1 untuk tahun 2013 - Kartun


Baca Penuh Wordless Wednesday 1 2013 - Kartun

Kucing Beri Kesan Negatif Kepada Ibu Yang Hamil

Ibu yang sedang hamil digalakkan tidak mendekati kucing terlalu kerap. Dan pada kali ini djdanchef nak berkongsi tentang jangkitan daripada kucing yang mana akan memberi kesan kepada ibu yang mengandung.

PARASIT BERMULA DI DALAM USUS KUCING

Ianya berlaku dimana sejenis parasit yang dikenali sebagai toxoplasma gondii ini akan membiak di dalam:
- Usus kucing
- Dan didapati di dalam najisnya
- Dan juga dalam TANAH.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan.

Ramai ibu yang sedang hamil tidak mengetahui bahaya parasit ini sebab ia tidak mendatangkan petanda yang terlalu luar biasa.

ANTARA SIMPTOM / FAKTOR JANGKITAN

Ibu yang dijangkiti parasit ini akan mengalami tanda-tanda:

- Demam
- Selesema biasa,
- Kelenjar limfa membengkak
- Sakit otot
- Kekejangan
- Sakit sendi.

Jangkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan dengan kucing dan juga najis kucing.

CARA MENGATASI JANGKITAN

Langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya;

- Membasuh tangan sebelum
mengendalikan makanan
- Membasuh dengan teliti buah buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
- Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah
- Dan yang paling penting elakkan daripada menyentuh najis kucing.

Harapan djdanchef semoga ibu-ibu dapat elak terlalu kerap untuk mendekati kucing ketika sedang hamil demi menjaga kandungan bayi agar bayi lebih sihat.

Lihat Juga:
- Anak Kembar Hilang Dalam Kandungan


Baca Penuh Kucing Beri Kesan Negatif Kepada Ibu Yang Hamil

Top Up & Menang Samsung Galaxy U Mobile

Top Up Mobile & Win Samsung Galaxy from U mobile.

Baru-baru ini djdanchef dapat tahu pihak U Mobile telah melancarkan satu pertandingan "Top Up Mobile & Win" dan dengan hormatnya ingin memberi hadiah yang sangat istimewa kepada para pemenang.

HADIAH SAMSUNG GALAXY NOTE II & SAMSUNG GALAXY Y SMARTPHONE JADI REBUTAN

Top Up sekurang-kurangnya RM30 dari saluran online yang berdaftar ke prepaid U Mobile dan berpeluang memenangi Samsung Galaxy Note atau Galaxy Y.

Antara saluran Top Up Online yang diterima:

- AmBank AmOnline
- Alrajhi@24seven
- Bank Islam Internet Banking
- CIMB Clicks
- Hong Leong Connect
- i-Muamalat
- iRakyat
- KFH Online
- MyBSN
- Maybank2u
- RHB Now
- UOB Personal Internet Banking
- JackCow
- MOL.com
- MyCoins

Lebih banyak anda top up lebih cerah potensi untuk menang.

Tarikh ganjaran ini bermula dari 16 Disember 2012 hingga 15 Mac 2013.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.u.com.my

Kepada pelanggan U Mobile bolehlah rebut peluang ini.

Lihat Juga:
- Tips Penjagaan Iphone 5, Samsung Galaxy, Smartphone


Baca Penuh Top Up & Menang Samsung Galaxy U Mobile

Monday 7 January 2013

Aizat/Yuna Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 27 AJL27

Aizat Yuna pemenang anugerah juara lagu ke 27 AJL 27 terukir dibintang siapa menang telah terjawab

Sumber: Ohbulan.com

Sebentar tadi, berlangsungnya sebuah majlis berprestij, Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Anugerah ini telah menandingkan 12 buah lagu terbaik untuk merangkul trofi Juara Lagu ke 27.

Hafiz berjaya mengungguli AJL 27 apabila berjaya merangkul 2 anugerah iaitu Vokal Terbaik dan juga Tempat Ketiga. Manakala Yuna telah mencipta sejarah apabila berjaya merangkul trofi juara untuk lagu Terukir Di Bintang. Uniknya, penyanyi gantian iaitu Aizat Amdan yang telah mengambil trofi juara.

Juara AJL 27 akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-
masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) :

1. Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai (Aizat ganti Yuna membuat persembahan)

2. Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan

3. Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

djdanchef

Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique

Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)

Tahniah buat semua pemenang dan tahniah buat Aizat dan Yuna.




Baca Penuh Aizat/Yuna Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 27 AJL27

Sunday 6 January 2013

Anugerah Juara Lagu 27 : Senarai Giliran Persembahan Finalis AJL 27

Senarai urutan atau giliran persembahan finalis anugerah juara lagu ke 27 (ajl 27).

Malam ini akan berlangsungnya anugerah berprestij yang dinanti-nantikan ramai, Anugerah Juara Lagu ke 27 yang menampilkan penyanyi-penyanyi hebat dimana finalis-finalis merebut gelaran Juara AJL ke 27.

Djdanchef tak pasti lagi dapat tonton ajl malam ini sebab sibuk sikit malam ini. Setiap konsert atau anugerah pasti ada nombor giliran persembahan setiap penyanyi.

Nampaknya kumpulan Bedroom Sanctuary akan memulakan persembahan dulu. Berikut djdanchef senaraikan giliran penuh persembahan finalis anugerah juara lagu ke 27.

Giliran Persembahan:
1. Lagu – Bedroom Sanctuary
2. Teman Pengganti – Black & RJ
3. Patah Seribu – Shila Hamzah
4. Idola – Azlan & The Typewriter
5. Pelangi Senja – Stacy
6. Ombak Rindu – Hafiz & Adira
7. Tanpamu – Amir Jahari
djdanchef
8. Ku Akui – Hafiz
9. Terukir Di Bintang – Yuna
10. Andaiku Bercinta Lagi – Mojo
11. Simetri – Hazama & Amy Search
12. Anak Kampung – One Nation Emcees & Jimmy Palikat

Nantikan malam ini ajl ke 27 pukul 9 malam di TV3. - Gosip


Baca Penuh Anugerah Juara Lagu 27 : Senarai Giliran Persembahan Finalis AJL 27

Mamat Sepah Mengaku Suntik Wajah Demi Kecantikan & Karier

Mamat sepah mengaku suntik wajah demi kecantikkan dan karier.

Tak sangka pula djdanchef mamat sepah suntik wajah. Mengikut artikel daripada utusan Mamat Sepah mengaku suntik wajah untuk kecantikan dan kesihatan. Selain itu, dia juga mengaku bahawa dia telah mengambil suntikan kolegan dan vitamin C.

Mamat yang terkenal dalam rancangan raja lawak terpaksa memilih jalan itu demi kesinambungan karier seninya.

Bagaimanapun Mamat enggan menjelaskan jumlah kos yang terpaksa dilaburkan untuk menjalani rawatan suntik muka tersebut. Gosip di Djdanchef.


Baca Penuh Mamat Sepah Mengaku Suntik Wajah Demi Kecantikan & Karier

Saturday 5 January 2013

Zarina Ann Julie Dibebaskan, Di Jamin Oleh Adik Tiri

5 Januari 2013; Zarina Ann julie berjaya dibebaskan dari penjara setelah diikat jamin oleh adik perempuan tirinya.

Sebelum ini djdanchef ada menulis mengenai zarina anjoulie kena tahan dipenjara kes memiliki dadah bersama seorang lagi rakan lelakinya.

Zarina Ann Julie Terpaksa Tidur Di Lokap, Tiada Penjamin

Rakan lelakinya berjaya dibebaskan kerana telah dijamin oleh keluarganya tapi zarina ann julie terpaksa berada di penjara disebabkan belum ada penjamin.

Berjaya Dijamin Oleh Adik Tiri

Akhirnya semalam, setelah 2 hari berada di dalam lokap Zarina dijamin oleh adik perempuan tirinya kira-kira jam 10 pagi.

Bakal Membuat Sidang Media

Zarina memberitahu rakan wartawan bahawa dia akan membuat sidang media khusus untuk memberi penjelasan mengenai kes tersebut.

"Kepada semua wartawan, bagilah peluang saya berehat dulu. InsyaAllah, dalam minggu depan saya akan jelaskan kesemuanya," Kata Zarina. Gosip di Djdanchef.



Baca Penuh Zarina Ann Julie Dibebaskan, Di Jamin Oleh Adik Tiri