djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label OTHERS. Show all posts
Showing posts with label OTHERS. Show all posts

Friday, 26 April 2019

Download Tonton Video Nur Kasih 2 Episode 15 Akhir

Download Tonton Video Nur Kasih 2 Episode 15 Akhir Online Episod

Episod Akhir Drama Nur 2 ( Episod 15 ). Ramai yang tak sabar menanti kesudahan cerita ni. Apa yang jadi kepada madi, Nur, Ecah , ustaz adam dan lain-lain.

Dalam episod sebelum ini, Madi memang makin jahat. Sanggup dia lempang mak dia sendiri. Katanya dalam episod akhir ini, dia buat satu lagi perkara yang tak munasabah.

Kalau nak tahu kena tunggu malam ni lah kan.

Episod Akhir Drama Nur 2 (Episod 15)


Contoh adengan video nur kasih 2 episod 15




HARGA VIDEO
RM5

Untuk dapatkan link video sila klik link ini http://nurkasih15.wasap.my/ atau whatsapp ke 011-21428302


Baca Penuh Download Tonton Video Nur Kasih 2 Episode 15 Akhir

Thursday, 14 November 2013

VIDEO: Kucing Pandai Cakap HELLO

Sekiranya kita terdengar kucing pandai bercakap, sedikit sebanyak perasaan seram pasti menguasai diri.

Namun apabila kucing dalam video ini menyebut ‘hello’ apabla diminta oleh tuannya, ia kedengaran comel.

Malah kucing itu seperti benar-benar memahami permintaan tuannya apabila menunggu tuannya menghabiskan ayat sebelum menyebut ‘hello’ dengan suara persis kanak-kanak.

Saksikan video ini dan anda pasti terkejut mendengar jelasnya bunyi ‘hello’ yang diucapkan oleh kucing tersebut.

Mungkin selepas ini anda boleh cuba untuk melatih kucing milik anda pula.

Baca Penuh VIDEO: Kucing Pandai Cakap HELLO

Tuesday, 22 October 2013

3 Sebab Elak Pasangan Yang Terlalu Tua

Kebelakangan ini kelihatan semakin banyak pasangan berpisah dan secara kebetulan pasangan yang memilih untuk bercerai ini miliki perbezaan umur yang sangat ketara.

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan yang baru disahkan bercerai misalnya. Rita berusia 37 tahun manakala Aidil baru berusia 26 tahun. Michael Douglas dan bekas isteri Catherine Zeta Jones turut miliki perbezaan umur yang ketara dimana Michael berusia 68 tahun dan Catherine berusia 43 tahun.

Apakah daya tarikan pasangan lebih berusia ini sehingga ramai juga yang memilih mereka? Berdasarkan pengalaman, mereka ini lebih matang, sensitif dan prihatin dengan keperluan pasangan mereka. Tetapi ini sahaja tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan sehingga akhir hayat.

Kalau anda masih degil mahukan pasangan berusia, mari kita lihat bersama sebab utama perlu elakkan perbezaan umur ketara dengan pasangan. Carilah yang sebaya atau tidak jauh sangat perbezaan umur.

Tidak berkongsi minat/matlamat sama

Perbezaan umur paling jelas berkaitan soal minat. Anda berminat lakukan aktiviti lasak, pasangan tua pasti lebih berminat aktiviti santai kerana takut cederakan anggota tubuh beliau yang sudah berusia itu.

Sebagai anak muda, anda masih lagi mahu berhibur dengan wang yang dikumpul. Orang tua lain, wang dikumpul difikirkan untuk hari tua( padahal memang dah tua pun).

Masa tidur berbeza

Biasalah darah muda, boleh tidur 3 pagi dan masih segar esok hari. Apabila sudah berusia lanjut, pukul 9 malam dah siap nak tidur. Siapa nak teman anda berhibur kalau suami dah tidur lepas tengok berita jam 8 malam?

Orang tua moody

Semakin tua, ada sahaja perubahan mood ketara. Perubahan mood perkara biasa, perempuan pun alami perubahan mood ketika datang bulan. Tetapi perubahan mood orang tua lain sedikit, mereka jadi bengis dan sensitif. Terasa jugalah apabila mula-mula beliau romantic tetapi kini asyik nak marah-marah.
Baca Penuh 3 Sebab Elak Pasangan Yang Terlalu Tua

Sunday, 20 October 2013

3 Sebab Elak Berkahwin Dengan Lelaki Kacak

Kebanyakan wanita lebih rela disakiti jejaka kacak yang bermain kayu tiga daripada dibahagiakan seorang lelaki yang kurang kacak tetapi baik hati.

Jadi sebelum kita berpatah hati dan berduka kerana karenah si dia, mari kita lihat bersama mengapa anda tidak harus berkahwin dengan lelaki yang terlalu kacak.

Lelaki kacak terlalu pentingkan diri

Perasan tidak, setiap kali keluar bersama seorang jejaka yang tampan, sepanjang janji temu tersebut beliau akan sibuk bercakap tentang diri sendiri. Contohnya bagaimana si dia pergi ke gym setiap hari untuk angkat berat, berapa banyak gol si dia jaringkan untuk pasukan negara, dan kerjaya si dia yang tiada tokok tandingnya. Kalau semasa janji temu sahaja sudah tidak penat masuk bakul angkat sendiri, apatah lagi apabila sudah berkahwin.

Lelaki kacak mudah bermain kayu tiga

Sudah lumrah alam, lelaki kacak mudah menarik perhatian wanita. Sampai kalau dah kahwin pun, masih ada gadis yang sanggup mengorat si dia. Bukanlah nak kata semua lelaki kacak ini buaya darat, malah ada sahaja (ramai pula itu) buaya darat yang tidak kacak langsung. Jika nak jaga hubungan dengan lelaki yang sedang-sedang sahaja rupanya sudah susah, apatah lagi dengan lelaki yang kacak tahap David Beckham. Jadi tanya kepada diri sendiri, adakah berbaloi?

Lelaki kacak menarik perhatian yang tidak diinginkan

Orang akan sentiasa bercakap, untungnya awak dapat si kacak. Ataupun mereka akan sentiasa prasangka bahawa si dia tertarik kepada anda kerana bapa anda seorang menteri. Tiada yang akan percaya bahawa si dia benar-benar cintakan anda, maklumlah si dia kacak sangat sampai boleh dapat apa-apa sahaja yang dia mahukan. Jika anda seorang yang miliki keyakinan tinggi dan tidak percaya dengan kata-kata orang, baguslah. Tetapi jika anda akan mudah terasa dengan kata-kata orang, perkara sebegini akan membuatkan anda makan hati.

Secara jujurnya, tiada cara mudah untuk mengekalkan perkahwinan anda. Bukanlah semua lelaki kacak suka menduakan isteri mereka dan bukan semua lelaki tidak kacak baik macam malaikat.

Mana tahu, anda mungkin beruntung untuk menemui seorang lelaki yang kacak macam David Beckham
Baca Penuh 3 Sebab Elak Berkahwin Dengan Lelaki Kacak

Thursday, 8 August 2013

Salam Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 Dari DJDANCHEF

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin 2013 Ucapan Dari Djdanchef

Salam buat semua pembaca-pembaca djdanchef, hai ini djdanchef tak nak taip panjang sangat sebab nak kena sambung kerja-kerja persiapan aidilfitri ini.

Okay terus on the spot! Djadanchef ingin ucapakan selamat hari raya aidilfitri buat semua pembaca-pembaca blog djdanchef ini dan juga kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa datang melawat blog djdanchef ini dan terima kasih kerana masih support blog djdanchef sehingga ke hari ini.

Djdanchef juga ingin memohon maaf sekiranya ada entri-entri ini yang ada membuatkan anda semua kurang senang, marah mahupun kesal. Djdanchef benar-benar minta maaf,

Dan sekali lagi djdanchef ingin memohon kepada semua atas kekasaran komen, perlakuan mahupun apa-apa saja yang telah mengguriskan hati anda. Harap anda semua dapat maafkan djdanchef.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

dari


Baca Penuh Salam Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 Dari DJDANCHEF

Friday, 19 April 2013

Sibuk

Wahh.. Makin sibuk djdanchef sekarang ni. Akan terjah ke blog rakan2 nanti.

Baca Penuh Sibuk

Sunday, 10 February 2013

Happy Chinese New Year 2013

Happy Chinese New Year 2013 | Selamat Tahun Baru Cina 2013

Semakin sibuk djdanchef bila datang tahun baru cina ini, banyak kerja pula tetiba datang. Entri ringkas sahaja hari ini. Djdanchef ingin mengucapkan selamat tahun baru cina buat semua rakyat Malaysia dan Happy Chinese New Year 2013 kepada pembaca dan blogger yang berbangsa cina.

Semoga dimurahi dengan kebahagiaan dan prosperity (prosperity? Bila sebut prosperity saja teringat iklan burger mcD). ;-0

Baca Penuh Happy Chinese New Year 2013

Sunday, 13 January 2013

Sebutkan 5 Rukun Negara ?

Santai untuk hari ini, gambar yang agak mencuit hati djdanchef.


Baca Penuh Sebutkan 5 Rukun Negara ?

Wednesday, 9 January 2013

Wordless Wednesday 1 2013 - Kartun

Wordless Wednesday 1 untuk tahun 2013 - Kartun


Baca Penuh Wordless Wednesday 1 2013 - Kartun

Sunday, 2 September 2012

CONTOH SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH|CUTI SAKIT

Carian contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah | cuti sakit amat penting untuk pekerja, pelajar dan murid membuat surat ini.

Pelajar , pekerja atau murid perlulah mempunyai surat cuti sakit daripada doktor dan anda boleh cuba menggunakan contoh surat rasmi tak hadir ke sekolah seperti di bawah:

Muhamad Kamarul Bin Ahmad
Blok A-13 ,Taman Pauh Indah,
10358 Kangar
Perlis.
___________________________________________
Guru Kelas 5 Cempaka
Sek. Keb. Tanjong Jejawi
Jalan Raja Putra,
10560, Ulu Pauh
Perlis.                              28/07/2012

Tuan/ Puan,

PER: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk pernyataan diatas , saya Ahmad Bin Latif waris penjaga Muhamad Kamarul B. Ahmad ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 27/07/2012 .

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula 26/07/2012 setelah pulang dari sekolah.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 26/07/2012 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor djchef bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,
(Ahmad Bin Latif)

Contoh bergambar

contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah, surat cuti sakit

Sekiranya anda mencari surat berhenti kerja boleh lihat:
- Contoh Format Surat Berhenti Kerja
- Contoh Notis Berhenti Kerja 24 Jam (Lawak Giler)



Baca Penuh CONTOH SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH|CUTI SAKIT

Thursday, 19 July 2012

CONTOH FORMAT SURAT BERHENTI KERJA

contoh surat berhenti kerja atau format contoh notis berhenti kerja , ada yang mencari format untuk notis berhenti kerja 24 jam, 1 minggu, 2 minggu bahkan sebulan.

Berikut merupakan contoh surat berhenti kerja yang agak mudah yang saya ambil di afiffuddin.com

Contoh . . .

Siti Norhayati Bte. Jamalan
No. 435, Jalan Masjid, Felda Sri Jaya,
Bukit Serampang,
85210 Jementah, Ledang,
Johor Darul Takzim.

Tuan Hj. Khalil Bin Jali
Sek. SRI Seremban
Jalan Dato’ Kelana Maamor,
70200, Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.(Tarikh)

Tuan,

Notis Berhenti Kerja Di Sri Seremban

Saya seperti nama di atas menyerahkan surat ini sebagai notis berhenti kerja sepertimana yang telah dipersetujui, saya perlu memberikan notis dua minggu ini dan tarikh akhir saya bekerja di Sri Seremban adalah pada _______(tarikh).

Antara sebab-sebab saya ingin berhenti kerja di syarikat tuan adalah kerana saya telah menerima tawaran kerja lain yang mana lokasinya lebih hampir dengan rumah alamat tetap saya. Masalah ini juga berkaitan dengan masalah pengangkutan.

Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala nasihat, tunjuk ajar serta keperihatinan pihak tuan selama saya berkhidmat di syarikat tuan.

Semoga tuan menerima baik notis ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………..
(Siti Norhayati Bte. Jamalan)

Baca Penuh CONTOH FORMAT SURAT BERHENTI KERJA

Tuesday, 29 November 2011

KALENDAR 2012 DAN CUTI UMUM TAHUN 2012

KALENDAR 2012 DAN CUTI UMUM 2012
kalendar 2012 tahun malaysia, calendar 2012 malaysia year, chinese new year 2012, christmas 2012, hari raya cuti umum, 2012 public holiday malaysia
Berikut adalah kalendar dan cuti umum tahun 2012 Malaysia.


Berikut adalah cuti umum Malaysia pada tahun 2012:

1 Januari 2012 New Year's Day
2 January 2012 'New Year's Day' observed
23 Januari 2012 Chinese Lunar New Year's Day
24 January 2012 Second day of Chinese Lunar New Year
1 Febuari 2012 Federal Territory Day
5 Febuary 2012 The Prophet Muhammad's Birthday
7 Febuary 2012 Thaipusam
1 May 2012 Labour Day
5 May 2012 Wesak Day
2 Jun 2012 The Yang di-Pertuan Agong's Birthday
19 August 2012 Hari Raya Puasa Day 1
20 Ogos 2012 Hari Raya Puasa Day 2
31 August 2012 National Day
16 September 2012 Malaysia Day
26 October 2012 Hari Raya Haji
13 November 2012 Deepavali
15 November 2012 Muharram/New Year
24 December 2012 Christmas Eve
25 December 2012 Christmas Day
31 December 2012 New Year's Eve
Baca Penuh KALENDAR 2012 DAN CUTI UMUM TAHUN 2012