djchef Rumah Mawi Dipecah Masuk Sebab BUNIAN | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 11 April 2013

Rumah Mawi Dipecah Masuk Sebab BUNIAN

Rumah mawi di pecah masuk kena rompak punca dan sebab bunian

Hari ini djdanchef terbaca berita mengenai penyanyi popular suatu ketika dahulu iaitu Mawi dikhabarkan rumah mereka di pecah masuk oleh seorang pemburuh Indonesia.

1. Mawi dan Ekin Tiada Di Rumah

Kata Mawi, ketika itu dia tak ada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Ekin pula ke ibu kota atas urusan kerja.

Bagaimanapun, selepas kepulangannya, neneknya ceritakan semula kejadian itu semalam diikuti ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas bersama anaknya, Cahaya Malaika yang baru saja berusia setahun.

2. Buruh Ternampak Bunian

Katanya, sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika menjamah makanan.

Kemudian lelaki itu telah memecah masuk rumah Mawi selepas lelaki itu ternampak bayangan sepasang bunian.

“Kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian.

“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata Mawi menceritakan semula kejadian pelik di rumahnya, dekat Bangi Golf Resort, jam 2.30 petang kelmarin apabila seorang buruh Indonesia secara tiba-tiba dirasuk dan mengamuk di rumahnya. - djdanchef

GAMBAR: tingkap rumah mawi di baling batu.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.