djchef Linda Onn Tarik Diri Gara Tak Menang ABPBH? | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday 28 April 2013

Linda Onn Tarik Diri Gara Tak Menang ABPBH?

Linda Onn Tarik Diri Gara tidak menang ABPBH Anugerah Bintang Popular Berita Harian Demi Peminat

Djdanchef baru dapat berita mengenai Linda Onn yang telah membuat pengumuman untuk tarik diri dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

1. Linda Onn Rasa Serba Salah

Dia berasa bersalah terhadap para
peminatnya yang melahirkan rasa kecewa ekoran kegagalannya merangkul trofi dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular walaupun mereka bertungkus lumus membuat undian.

"Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata-mata kerana peminat saya.

"Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu walaupun telah bersusah payah melakukan undian," jelasnya.

2. Linda Onn Tarik Diri Bukan Merajuk Tapi Beri Peluang Untuk Muka Baru

Dalam pada itu, Linda berkata keputusannya itu juga dapat memberi laluan kepada muka-muka baru untuk dicalonkan dalam kategori tersebut pada masa hadapan.

"Saya sudah puas dicalonkan dan menang dalam kategori itu dan tiba masanya laluan diberikan kepada wajah-wajah baru malah saya yakin peminat akan terus menyokong kerjaya saya walaupun tidak bertanding," katanya.

3. Untuk Elak Reputasi Terjejas

Bagaimanapun Linda tidak menafikan, kegagalannya mempertahankan anugerah itu selama beberapa tahun sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya sebagai penyampai radio.

"Apabila kerap dicalonkan dan tidak menang sedikit sebanyak reputasi saya turut terjejas. Jadi keputusan ini saya lihat adalah terbaik dan peminat juga kini lebih mementingkan kualiti daripada populariti," kata Linda Onn.

Djdanchef: apa pun semoga linda onn teruskan karier dan maju jaya. Linda onn tarik diri adalah DEMI PEMINATNYA.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.