Drama baru yang menggantikan drama setia hujung nyawa ini telah pun memikat hati para penonton di tv3. Djdanchef pun kadang-kadang terlepas juga untuk tengok cerita ini. Antara barisan pelakon dalam drama ini adalah Fahrin Ahmad, Tasha Shila, Fauziah Ghous, Aiman Hakim Redza dan Shah rizal Jaszle.
Sinopsis Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
1) Firdaus membawa diri ke Abu Dhabi
Watak utama dalam drama ini bermula mengenai Firdaus yang dilakonkan oleh Fahrin Ahmad yang telah membawa diri ke Abu Dhabi kerana tidak menahan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Firdaus terpaksa memutuskan talian pertunangan dengan Fatin yang dilakonkan oleh Fouziah Gous dan meninggalkan keluarganya.
Sekarang Firdaus telah mempunyai kerjaya yang sangat tinggi di kota Abu Dhabi sebagai seorang jurutera kanan. Firdaus hidup tenang di sisi isterinya, Ain Farohah lakonan Tasha Shila bakal menerima cahaya mata pertama tetapi hatinya sering terusik dengan kenangan silam. Ain pula menyimpan rahsia tentang kandungannya kerana tidak mahu mengecewakan Firdaus dan sanggup mengambil risiko untuk melahirkan anak mereka.
2)Firdaus hanya sekadar anak terbiar?
Penyatuan antara Firdaus dan Ain bermula dengan sebuah fitnah yang dirancangkan oleh Faiz (Shahrizal Jaszle) yang tidak pernah berpuas hati dengan abang angkatnya dimana Firdaus lebih disayangi oleh Haji Ilham (Dato’ Rahim Razali) dan Hajah Kirana (Lidyawati). Pada hakikatnya Firdaus hanyalah bayi terbiar yang dijumpai oleh Haji Ilham dan Hajah Kirana yang inginkan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Kebaikan dan kecerdikan Firdaus telah menjadi anak emas dan harapan kepada Haji Ilham sehinggalah kes khalwat yang telah memusnahkan segala-galanya.
Sambungan sinopsis rindu bertemu di abu dhabi, Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz dimana mereka berdua telah ditangkap khalwat dengan keadaan tidak sedar diri di dalam bilik. Dengan segera Haji Ilham menghalau Firdaus keluar dari rumahnya dan ibu Ain pula meninggal dunia akibat tekanan akibat kes khalwat itu. Ain telah hilang tempat bergantung manakala adiknya, Mira (Elyssa Murni) menyalahkannya atas segala yang berlaku. Firdaus telah fikir masak-masak dan patut bertanggungjawab ke atas Ain. Oleh itu, Firdaus dengan berat hatinya memutuskan tali pertunangan dengan Fatin dan berkahwin dengan Ain.
3) Faiz mula tidak senang dengan kedatangan Firdaus
Acara pernikahan Firdaus dan Ain hanya disaksikan oleh Hajah Kirana dan adik bongsunya, Fareez (Aiman Hakim Ridza). Faiz pula berasa tidak puas hati dengan kehadiran Firdaus dalam keluarganya akan menggugat kedudukannya sebagai waris untuk mengambil alih syarikat Haji Ilham. Bagi Faiz, Firdaus hanyalah anak pungut yang menumpang kasih sayang daripada ibu bapanya. Faiz yang hanya tahu berjoli dan menghabiskan duit bersama teman wanitanya, Fifi (Syatila Melvin) memulakan rancangannya untuk menguasai perniagaan Haji Ilham djdanchef.blogspot.com.
4) Fareez menjemput Firdaus segera pulang ke Malaysia
Fareez telah bertolak ke Abu Dhabi untuk menjejaki abangnya bagi memenuhi hasrat neneknya yang mahu berjumpa dengan Firdaus sebelum meninggal dunia. Firdaus terkejut dengan kemunculan Fareez tetapi ego telah mengatasi segalanya dan Firdaus masih belum bersedia untuk pulang ke Malaysia.
Haji Ilham pula menetapkan syarat bahawa Faiz perlu berkahwin berumah tangga dahulu sebelum syarikat itu diserahkan sepenuhnya kepada Faiz. Sementara ketiadaan Firdaus, Fatin merupakan orang yang amat dipercayai oleh Haji Ilham dalam urusan hal ehwal syarikat.
Apa yang akan terjadi kepada Firdaus? Dan apakah konflik yang bakal menimpa Firdaus, Fatin dan Ain?
Teruskan bersama Drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi setiap Isnin - khamis pada pukul 7 malam menerusi slot akasia TV3. Boleh juga tonton online setiap episod di www.tonton.com.my dan di facebook di bawah.
Baca Seterusnya:
- Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Ganti Setia Hujung Nyawa
- Lagu Tema OST Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Siapa Ingin Membawa - Fahrin Ahmad
cerita ni mmg best..tapi jrg tengok sebb maghrib..mak suh tutup tv..huhu
ReplyDeletenk lagu lagu yang ada lam cerita tu
ReplyDelete