djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Zarina Anjoulie. Show all posts
Showing posts with label Zarina Anjoulie. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

Zarina Ann Julie Dibebaskan, Di Jamin Oleh Adik Tiri

5 Januari 2013; Zarina Ann julie berjaya dibebaskan dari penjara setelah diikat jamin oleh adik perempuan tirinya.

Sebelum ini djdanchef ada menulis mengenai zarina anjoulie kena tahan dipenjara kes memiliki dadah bersama seorang lagi rakan lelakinya.

Zarina Ann Julie Terpaksa Tidur Di Lokap, Tiada Penjamin

Rakan lelakinya berjaya dibebaskan kerana telah dijamin oleh keluarganya tapi zarina ann julie terpaksa berada di penjara disebabkan belum ada penjamin.

Berjaya Dijamin Oleh Adik Tiri

Akhirnya semalam, setelah 2 hari berada di dalam lokap Zarina dijamin oleh adik perempuan tirinya kira-kira jam 10 pagi.

Bakal Membuat Sidang Media

Zarina memberitahu rakan wartawan bahawa dia akan membuat sidang media khusus untuk memberi penjelasan mengenai kes tersebut.

"Kepada semua wartawan, bagilah peluang saya berehat dulu. InsyaAllah, dalam minggu depan saya akan jelaskan kesemuanya," Kata Zarina. Gosip di Djdanchef.



Baca Penuh Zarina Ann Julie Dibebaskan, Di Jamin Oleh Adik Tiri

Thursday, 3 January 2013

Zarina Anjoulie Kena Tahan Di Penjara Kes Memiliki Dadah

3 Januari 2013: Zarina Anjoulie Ditahan kerana memiliki pil dadah.

Trending djdanchef untuk hari ini dimana pelakon Zarina Anjoulie dituduh kerana memiliki pil dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram.

Zarina dengan seorang lagi rakan bernama Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi didakwa telah melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai.

Bagaimana pun Zarina dan Fakhruzaim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret.

IKAT JAMIN RM2000

Kedua-dua mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran dengan syarat penjamin adalah daripada ahli keluarga zarina, dan sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Februari ini.

FAKHRUZAIM DIBEBASKAN , ZARINA TERIKAT

Sekarang Mohamad Fakhruzaim Mohamad berjaya dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya sendiri. Manakala Zarina Anjoulie terpaksa berada di penjara kerana masih tiada penjamin. - Gosip

Djdanchef: apa nak dikato.



Baca Penuh Zarina Anjoulie Kena Tahan Di Penjara Kes Memiliki Dadah