djchef Sharifah Zohra Jabeen Mohon Maaf Kepada UUM | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Monday 21 January 2013

Sharifah Zohra Jabeen Mohon Maaf Kepada UUM



Sharifah Zohra Jabeen Mohon Maaf Kepada UUM fenomena listen listen..

Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin pada Ahad tampil memohon maaf kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung kontroversi 'fenomena listen' yang menjadi perhatian banyak pihak baru-baru ini.

Menurut Sharifah Zohra, beliau kesal apabila pusat pengajian tinggi itu dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.

"Saya sangat kecewa apabila UUM diheret sama secara langsung dalam isu ini. Dalam kes ini, UUM merupakan pihak yang paling layak untuk saya memohon maaf secara ikhlas.

"Saya dengan ini mohon maaf kepada UUM kerana perkara ini benar-benar berada di luar kawalan saya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai sesuatu yang dianggap malapetaka," katanya.

Syarifah Zohra Jabeen turut kecewa di atas tindakan pihak tertentu yang mensensasikan isu berkenaan

"Tindakan individu tertentu ini berjaya mewujudkan 'tsunami fenomena listen' menjadi lebih beremosi dan serius hingga menimbulkan kebencian di kalangan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia terhadap saya tanpa alasan yang kukuh," katanya.

Sharifah Zohra bagaimanapun turut memaafkan Bawani dan pihak yang didakwa mengecamnya tanpa usul periksa.

"Saya maafkan gadis muda (Bawani) dalam video itu di atas apa jua tindakannya sebelum, semasa dan selepas forum tersebut.

"Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima uguran SMS. tidak bertanggungjawab daripada individu, kumpulan serta parti" Kata Sharifah Zohra Jabeen. - djdanchef

JOM SHARE ARTIKEL INI:

6 comments:

  1. Akhirnya... good job Kak pah.. >..<

    ReplyDelete
  2. god makes sharifah no brain

    ReplyDelete
  3. lain kali nk tegur atau bercakap dgn org lain secara berhemah, bukan membuta tuli ckp semberono saja... malang betul BN kerana menjadikan awak jurucakap mereka. jika begini lah sikap awak, tak ada sapa yg akan percaya lagi kepada kerajaan kita. so, think before u speak, ok?

    ReplyDelete
  4. u can tegur/ ckp pd org secara berhemah, bukan hentam sembrono mengikut hati & perasaan u shj, ok? Lain kali think before u speak... malang betul BN kerana diwakili oleh org spt anda... org spt anda lah yg akan membuat org hilang kepercayaan kpd kerajaan yg memerintah...

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.