djchef Aizat/Yuna Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 27 AJL27 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Monday 7 January 2013

Aizat/Yuna Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 27 AJL27

Aizat Yuna pemenang anugerah juara lagu ke 27 AJL 27 terukir dibintang siapa menang telah terjawab

Sumber: Ohbulan.com

Sebentar tadi, berlangsungnya sebuah majlis berprestij, Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Anugerah ini telah menandingkan 12 buah lagu terbaik untuk merangkul trofi Juara Lagu ke 27.

Hafiz berjaya mengungguli AJL 27 apabila berjaya merangkul 2 anugerah iaitu Vokal Terbaik dan juga Tempat Ketiga. Manakala Yuna telah mencipta sejarah apabila berjaya merangkul trofi juara untuk lagu Terukir Di Bintang. Uniknya, penyanyi gantian iaitu Aizat Amdan yang telah mengambil trofi juara.

Juara AJL 27 akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-
masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) :

1. Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai (Aizat ganti Yuna membuat persembahan)

2. Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan

3. Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

djdanchef

Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique

Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)

Tahniah buat semua pemenang dan tahniah buat Aizat dan Yuna.




JOM SHARE ARTIKEL INI:

10 comments:

  1. Tahniah buat yuna dan aizat.. Aizat bawa lagu yuna sangat bagus macam ada di zaman 60 an.. Tahniah aizat

    ReplyDelete
  2. Tahniah aizat.. Gentlemen sungguh masa nyanyi lagu yuna :-)

    ReplyDelete
  3. Juri nie salah pilih...xsepatutnya lagu tue memang...lagu yuna memang sedap but ianya belum capai standart lagu juara paham...ade yg lebih layak ag

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ingat ko arif ker ha? Juri lagi arif

      Delete
  4. Sepatutnya hafiz yang juara.. Arghhhhhh

    ReplyDelete
  5. Jap.. Ada diploma? Ada degree? Ada master or phd in music.. Jd klu xde just shut up ok? Stop memekak mcm pegang PHD IN MUSIC!

    ReplyDelete
  6. LAGU YUNA BEST !!!

    ReplyDelete
  7. Biasa lah pilihan peminat dengan juri xkan sama peminat lebih fanatik pada penyanyi but juri judge kualiti lagu..lagu yuna simple tp berkualiti.

    ReplyDelete
  8. Dah la toksah pertikaikan lagi,korang tak boleh menang punye lawan army penjilat kaki yuna kat sini.

    ReplyDelete
  9. tahniah kepada semua pemenang AJL ke 27.

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.