djchef A.Aida Nak Taja Artis Buat Pembedahan Untuk Lebih Cantik | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 10 January 2013

A.Aida Nak Taja Artis Buat Pembedahan Untuk Lebih Cantik

A.Aida syorkan artis malaysia melakukan pembedahan untuk kecantikan.

Zaidah Awang atau lebih dikenali sebagai A. Aida ini merupakan seorang pelakon dan pengarah. Baru-baru ini A.Aida menyarankan artis Malaysia melakukan pembedahan atau apa saja proses kecantikan asalkan nampak lebih cantik dan menawan.

“Kalau saya tengok wajah pelakon itu banyak kedut, saya sarankan dia buat pembedahan atau apa sahaja asalkan tampak cantik. Bagi saya jika seseorang itu buat pembedahan itu urusan dia dengan Allah.

“Kalau dia nampak tua sebelum waktunya, ingat ada orang ka nak tawar dia berlakon. Bila tak ada tawaran, mana nak masuk pendapatan. Pada saya artis perlu menitik beratkan soal kecantikan tidak kira wanita atau lelaki,” kata A. Aida

SANGGUP TAJA ARTIS BUAT PEMBEDAHAN

“Kadang-kadang saya kata, kalau dia tidak mampu, saya sanggup taja. Semua itu saya buat demi kebaikan artis itu juga."

A. Aida juga mengaku dia berbelanja sebanyak RM4,000 setiap bulan hanya sebab ingin mencantikkan tubuh dan juga wajah.

“Kerjaya saya yang sering berurusan dengan orang ramai juga memerlukan saya untuk kelihatan cantik dan kemas sentiasa.

“Saya tidak takut untuk mengaku setiap bulan saya akan membelanja sekitar RM4,000 hanya untuk kecantikan,” tambah A.Aida. Gosip di Djdanchef.

Ada yang nak buat pembedahan? A.Aida nak taja.

Baca juga:
- Mamat Sepah Mengaku Suntik Wajah



JOM SHARE ARTIKEL INI:

2 comments:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.