djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Saturday, 6 April 2013

Gambar Majlis Cukur Jambul & Akikah Anak Irma Hasmie & Reza Syah

Gambar Sekitar Majlis Cukur Jambul & Akikah Anak Bayi Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer.

Seminggu menyambut kehadiran anak sulung mereka, beberapa hari lalu Irma Hasmie dan suami telah pun adakan majlis akikah dan cukur jambul buat anak mereka yang pertama.

Nama anak mereka diberi nama Redza Syah Irfhan. Sedapkan nama tu. Irma Hasmie selamat bersalin pada 29 Mac 2013 yang lalu dan bayi seberat 3.93 kilogram.

Dan dibawah ni beberapa gambar di sekitar majlis akikah dan cukur jambul bayi mereka yang comel dan tembam tu. Hehe - djdanchef

Lihat Juga:
- Gambar Majlis Perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah
- Irma Hasmie Bakal Timang Anak Lelaki




Baca Penuh Gambar Majlis Cukur Jambul & Akikah Anak Irma Hasmie & Reza Syah

Thursday, 7 February 2013

Faezah Elai Selamat Beranak - Tahniah!

Heykal Hanifah dan Faezah Elai selamat melahirkan anak pertama.

faezah elai bertudung

Ramai betul artis malaysia yang melahirkan cahaya mata untuk bulan ini antaranya adalah:

- Ning Baizura Selamat Timang Anak Lelaki
- Tahniah! Memey dan Norman Dapat Bayi Lelaki

Dan terbaru djdanchef dapat berita pelakon manis Faezah Elai selamat  melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 7.03 malam semalam di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh suami Faezah Elai di twitter:

        "Alhamdulillah 7.30 malam sayangku selamat bersalin. Syukur padamu Ya Allah"

faezah elai selamat lahirkan anak bayi

Mereka telah mendirikan rumah tangga sejak 9 september 2011. Tahniah djdanchef ucapkan kepada Faezah Elai dan suaminya.
faezah elai bertudung
Baca Penuh Faezah Elai Selamat Beranak - Tahniah!

Saturday, 2 February 2013

Tahniah! Memey Dan Norman Hakim Dapat Anak Lelaki

Memey Suhaiza Dapat Anak/Bayi Lelaki. Norman Hakim Gembira.

Baru sahaja djdanchef buat entri mengenai Ning Baizura Selamat Lahir Anak Lelaki, hari ini dapat berita pula yang pelakon cantik serta kacak Memey Suhaiza bersama suaminya, Norman Hakim selamat mendapat cahaya mata.

Djdanchef difahamkan Memey selamat bersalin pada 1 Februari 2013 pukul 9.55 Malam di Hospital di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak.

Mohamed Darwisz Hakim - Nama Anak Memey Suhaiza dan Norman Hakim

Nama bayi sulung Memey ini diberi nama Mohamed Darwisz Hakim dan yang lebih memeranjatkan Norman Hakim, Memey bersalin awal dua minggu dari jangkaan Doktor.


“Syukur kepada Allah kerana semuanya telah selamat. Akhirnya termakbul juga doa saya untuk bersalin secara normal. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan,” ujar Memey Suhaiza.


Tahniah djdanchef ucapkan buat Memey dan Norman.


Baca Penuh Tahniah! Memey Dan Norman Hakim Dapat Anak Lelaki

Thursday, 31 January 2013

Ning Baizura Selamat Lahir Anak Lelaki

Ning Baizura Selamat Melahirkan Anak Lelaki. Omar Sharif gembira bayi lelaki selamat di lahir kan.

Ning Baizura baru sahaja melahirkan bayi sulung pertamanya pada kira-kira pukul 3.06 pagi sebentar tadi, 31 Januari 2013 di sebuah hospital berdekatan Kuala Lumpur.


Nama Anak / Bayi Ning Baizura
Djdanchef difahamkan nama anak lelaki Ning Baizura dan Omar Sharif ialah Ryan Sky Dalton. Berat saat kelahiran bayi mereka adalah 3.5 kilogram (kg)


Ryan Sky Dalton Lahir Sempena Hari Ulang Tahun
Ning Baizura dan Omar sangat gembira dan ini merupakan detik yang teristimewa apabila bayi mereka dilahirkan pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
ning baizura lahir anak lelaki, ning baizura bayi lelaki
Ning Baizura Bersama Suami, Omar Sharif
Ning Baizura akan berkongsi gambar bayi lelaki mereka itu untuk peminat-peminat yang tertunggu-tunggu tidak lama lagi. Tahniah djdanchef ucapkan kepada Ning Baizura dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton.

Baca Penuh Ning Baizura Selamat Lahir Anak Lelaki

Wednesday, 9 January 2013

Kucing Beri Kesan Negatif Kepada Ibu Yang Hamil

Ibu yang sedang hamil digalakkan tidak mendekati kucing terlalu kerap. Dan pada kali ini djdanchef nak berkongsi tentang jangkitan daripada kucing yang mana akan memberi kesan kepada ibu yang mengandung.

PARASIT BERMULA DI DALAM USUS KUCING

Ianya berlaku dimana sejenis parasit yang dikenali sebagai toxoplasma gondii ini akan membiak di dalam:
- Usus kucing
- Dan didapati di dalam najisnya
- Dan juga dalam TANAH.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan.

Ramai ibu yang sedang hamil tidak mengetahui bahaya parasit ini sebab ia tidak mendatangkan petanda yang terlalu luar biasa.

ANTARA SIMPTOM / FAKTOR JANGKITAN

Ibu yang dijangkiti parasit ini akan mengalami tanda-tanda:

- Demam
- Selesema biasa,
- Kelenjar limfa membengkak
- Sakit otot
- Kekejangan
- Sakit sendi.

Jangkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan dengan kucing dan juga najis kucing.

CARA MENGATASI JANGKITAN

Langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya;

- Membasuh tangan sebelum
mengendalikan makanan
- Membasuh dengan teliti buah buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
- Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah
- Dan yang paling penting elakkan daripada menyentuh najis kucing.

Harapan djdanchef semoga ibu-ibu dapat elak terlalu kerap untuk mendekati kucing ketika sedang hamil demi menjaga kandungan bayi agar bayi lebih sihat.

Lihat Juga:
- Anak Kembar Hilang Dalam Kandungan


Baca Penuh Kucing Beri Kesan Negatif Kepada Ibu Yang Hamil

Thursday, 7 April 2011

GAMBAR MARIAH CAREY BOGEL PREGNANT

Berita panas!! gambar Mariah Carey bogel untuk photoshoot majalah "Life & Style Magazine". Foto telanjang ini di shooting bersama perut tengah hamil nya (pregnant).Mariah Carey menyatakan beliau sungguh gembira diberi peluang pose sebegitu kerana ini adalah peluang satu kali seumur hidupnya berbogel ketika mengandung untuk cover majalah. Bawah ni gambar Mariah

Baca Penuh GAMBAR MARIAH CAREY BOGEL PREGNANT