djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Berita Anak. Show all posts
Showing posts with label Berita Anak. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

GILA! Video CCTV Pembantu Rumah Dera Bayi 4 Bulan Di Kuantan

Video CCTV Pembantu Rumah Indonesia Dera dan Lambung Bayi Yang Berusia 4 Bulan Di Kuantan.

Berita mengenai penderaan bayi yang berusia 4 Bulan telah disiarkan semalam di Buletin Utama TV3. Memang djdanchef sangat terkejut melihat video cctv yang disiarkan.

Pembantu rumah Indonesia itu telah melambung dan membaling anak majikannya seperti bantal sehingga membuatkan anak majikannya terjatuh dan menangis tanpa henti.

Majikannya menonton video cctv itu menurusi komputer ribanya ketika dia sedang minum di sebuah restoren dan sangat terkejut apabila melihat pembantu rumahnya melambung dan membaling anaknya tanpa belas kasihan.

Gegas dia pulang ke rumah dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan dan didapati bayinya mengalami lebam ditangan dan cedera dikaki.

Bagaimanapun, pembantu wanita indonesia tersebut telah pun ditahan untuk siasatan lanjut.

Video Orang Gaji Indonesia Dera Bayi 4 Bulan Di Kuantan Pahang


Baca Penuh GILA! Video CCTV Pembantu Rumah Dera Bayi 4 Bulan Di Kuantan

Wednesday, 23 January 2013

Luqhman Berusia 2 Tahun Meninggal Dihempap TV

Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan berumur 2 Tahun Meninggal Dunia Dihempap Televisyen (TV)

Berita yang agak sedih djdanchef baca semalam mengenai kanak-kanak lelaki yang baru berusia 2 tahun meninggal dunia, kejadiaan ini berlaku di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai, Alor Setar, Kedah.

Anak Bermain Berhampiran Rak Televisyen 29 Inci

Kejadian berlaku apabila bapa mangsa, Lazzuan Ishak sedang mandi manakala isterinya pula, Waida Kasim sedang menunaikan solat Isyak dan pada masa itu anak mereka (Luqhman) sedang menonton televisyen sambil bermain-main berhampiran rak televisyen di ruang tamu rumah.

“Sebelum mandi saya menemani Luqhman sementara menunggu isteri solat namun disebabkan berasa panas saya pergi mandi dengan meninggalkan anak saya diperhatikan oleh neneknya,” kata Lazzuan

Ketika sedang mandi dia mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan bergegas keluar dari bilik air.

"Saya dengar dentuman kuat dan sebaik sahaja keluar dari bilik air saya nampak rak besi yang menempatkan televisyen terbalik menghempap anak saya"

“Saya terkejut apabila melihat televisyen berusia lebih 10 tahun bersama rak tempat letak televisyen telah rebah, dengan Luqhman berada di bawah televisyen.

"Ibu saya juga berada di situ tapi dia tidak sedar kerana kejadian berlaku terlalu pantas." kata Lazzuan.

Pendarahan Di Kepala

“Ketika itu juga saya lihat darah banyak keluar dari belakang kepalanya menyebabkan saya segera menghantarnya ke sebuah hospital swasta di sini,”

"Setiap kali saya nampak Luqhman bermain di rak televisyen saya akan panggil dan beritahu dia jangan bermain di situ tapi tak sangka kejadian sebegini terjadi juga,” kata Lazzuan dengan sebak.

Ketika tiba di hospital, Luqhman masih bernafas namun dia disahkan meninggal dunia ketika diperiksa oleh doktor di wad kecemasan. - BERITA

Djdanchef: Kepada ibu-ibu sentiasalah awasi dan bersama dengan anak-anak, jangan tinggalkan anak-anak bersendirian. Kejadian buruk boleh berlaku dimana-mana sahaja.

Berikut adalah gambar-gambar yang djdanchef ambil daripada pelbagai sumber.

Baca Juga:
- Kepala Anak Terkoyak Bermain Gelongsor




Baca Penuh Luqhman Berusia 2 Tahun Meninggal Dihempap TV