djchef Gempar: Datuk K Kemalangan Patah Bahu, Dato Siti Batal Konsert | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday, 13 December 2012

Gempar: Datuk K Kemalangan Patah Bahu, Dato Siti Batal Konsert

Terkini berita mengenai Datuk K suami kepada Dato Siti Nurhaliza kemalangan dan cedera serta patah bahu semasa berada di New Zealand.

Datuk CT Terpaksa Batal Konsert Di Banjarmasin Indonesia

Siti Nurhaliza yang sepatutnya menjayakan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang di sini malam ini memberitahu, beliau terpaksa membatalkan persembahannya setelah mengetahui datuk k mengalami kemalangan.

Adik dato K, iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa berkata, Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan beliau menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal sebelum terjadinya kemalangan.

Menurut entri daripada mstar akibat kemalangan itu Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan dan juga kaki.

Datuk CT Akan Berangkat Ke New Zealand

Dato Siti Nurhaliza akan ke New Zealand esok untuk bersama suaminya di sana dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.

Status Maaf Datuk Siti Nurhaliza di Twitter

Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.

“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Dato CT.

Djdanchef: harap dato ct bersabar dan semoga datuk K cepat pulih. - Gosip

Berita Terkini:
- Dato K Jalani Pembedahan Esok


JOM SHARE ARTIKEL INI:

13 comments:

  1. Datuk siti sanggup batal konsert sebab risau pasal dato k, dato ct isteri yg baik dan solehah!

    ReplyDelete
  2. Kesiannyer kat datuk siti n dato k

    ReplyDelete
  3. turut simpati dengan apa yang berlaku..moga datuk k cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. semua bini pun akan wat apa yang siti buat. hehe..

    ReplyDelete
  5. semoga dato ct bersabar dan dato K cepat2 sembuh ...

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh.. Cuma patah bahu je..

    ReplyDelete
  7. baru patah bahu,bknnya patah hati,

    ReplyDelete
  8. itu baru patah bahu,bknnya patah hati,Datuk K masih hidup lagi alhmdulillah

    ReplyDelete
  9. baru patah bahu,bknnya patah hati,

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.