djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label FILEM. Show all posts
Showing posts with label FILEM. Show all posts

Friday, 25 January 2013

Sinopsis Filem Wawa Semput Sambungan Adnan Sempit

Filem wawa semput berserta sinopsis dimana djdanchef difahamkan sambungan daripada cerita Adnan Sempit.

Watak utama dalam filem ini adalah Yana Samsudin, Angah dan Along Raja Lawak.

Sinopsis Wawa Semput

Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia.

Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap djdanchef , eh silap muak dengan Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa.

ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai.

Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak putus-putus bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit.

Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya.

Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa? -
Saksikan Filem Wawa Semput di pawagam pada 31 Januari 2013.

wawa semput
Poster Filem Wawa Semput
Baca Penuh Sinopsis Filem Wawa Semput Sambungan Adnan Sempit

Sunday, 27 March 2011

FILEM NEVER SAY NEVER - JUSTIN BIEBER 14 APRIL 2011

Filem Never Say Never Justin Bieber 3 dimensi bakal mengegarkan dunia dan Malaysia!!!!
Haaa.. Filem Never Say Never filem mengenai Justin Bieber. Siapa yang tak kenal dengan Justin Bieber ni. Filem never say never bakal meletup nanti. Penyanyi muda yang terkenal di seluruh dunia dan juga menjadi kegilaan ramai expecially girls ..haha Gaya rambutnya juga menjadi ikutan ramai. Justin Bieber di explore melalui youtube dan telah menambat hati Usher untuk dijadikan artis dibawah naugannya.

Justin Bieber akan mengegarkan seluruh negara dengan Filem Never Say Never. Filem ini mengisahkan tentang penyanyi pop star ini mengharungi suka duka dan liku-liku kehidupannya sebagai penyayi pop dari youtube sehingga dilamar Usher dan kini telah popular di seluruh dunia.
Filem ini akan membawa penonton melihat performance Justin Bieber semasa My World Tour 2010, persembahan di Madison Square Garden dan performance yang lain.

Ada juga scene dibelakang tabir kehidupan dan aktiviti-aktiviti oleh cast dan crew Justin Bieber untuk menjayakan Justin Bieber My World Tour 2010. Apa yang paling menariknya dalam filem Never Say Never ni ialah ada adengan-adengan Justin Bieber masa " childhood " iaitu masa dia kanak-kanak. Penonton boleh melihat adengan, gelegat, dan foto Justin Bieber semasa dizaman kanak-kanak.

Peminat menangis, screaming, menjerit teriak sana sini ada juga dipaparkan dalam movie Never Say Never ni. Boleh la korang tengok peminat-peminat
yang teriak bagai nak gila bila tengok Justin Bieber buat performances .. haha kalau Justin Bieber cium pipi diorang ku rasa pengsan terus agaknya peminat yang teriak bagai nak gila tu haha..
Filem Never Say Never ni agak juga tunjuk aksi-aksi bakat Justin Bieber main alat-alat muzik seperti drum. Selain menyanyi Justin Bieber juga minat bermain drum.
Filem Never Say Never bukan siarkan performance Justin Bieber saja tapi Ia turut menampilkan beberapa artis lain, termasuk Usher, Miley Cyrus, Boys II Men, Sean Kingston dan Jaden Smith.

Haa untuk peminat-peminat a.k.a fans Justin Bieber jangan lupa tonton filem Never Say Never ni. Filem Never Say Never ni akan ditayangkan pada 14 April 2011.

"Filem terbabit mengikuti perjalanan Bieber ketika menjayakan persembahan siri jelajah My World Your 2010, sehinggalah ke saat dia tampil di Madison Square Garden. Dalam beberapa babak, ia turut menjenguk kehidupan bintang dan kru siri jelajah itu, di samping memuatkan sekali paparan zaman kanak-kanak Bieber yang diambil daripada rakaman video keluarganya."
-BHarian

"The film follows the pop star Justin Bieber with footage of performances from his 2010 My World Tour, all counting down to his performance in Madison Square Garden. In some scenes, it explores the lives of the cast and crew of the My World Tour. It also includes scnes of Bieber's childhood, taken from home videos.

A young singing sensation prepares to dazzle the crowd at a sold-out show at Madison Square Garden. Legions of adoring Bieber fans scream as he takes center stage for a memorable night of music. Concert footage mixes with home videos of Justin playing drums and showcasing his talent.
"Never Say Never" is the inspiring true story and rare inside look at the rise of Justin from street performer in the small town of Stratford, Ontario to internet phenomenon to global super star culminating with a dream sold out show at the famed Madison Square Garden."
Baca Penuh FILEM NEVER SAY NEVER - JUSTIN BIEBER 14 APRIL 2011