djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label 3 Blog Pilihan Terbaik. Show all posts
Showing posts with label 3 Blog Pilihan Terbaik. Show all posts

Friday, 14 December 2012

Tips Blog Pilihan Terbaik Pembaca Setia

Tips 3 blog pilihan terbaik atau cara membuat pembaca datang ke blog kita kembali, erti kata lain menjadi pembaca setia. Setiap pembaca mempunyai selera berita atau cerita yang berbeza-beza dan sekiranya maklumat yang mereka inginkan itu dijumpai dan apa yang dikehendaki itu ada pasti mereka sudah mula tertarik dengan blog kita.

Tips Blog Pilihan Terbaik Pembaca Setia

Di bawah ini djdanchef senaraikan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk meningkatkan pembaca dan secara tidak langsung dapat membuat mereka menjadi pembaca setia.

1. Tajuk topik yang berkaitan

Pembaca mempunyai pelbagai selera dan mereka sangat memerlukan maklumat yang mereka inginkan dan kalau boleh hendak maklumat yang lebih selain apa yang mereka cari. Tambahkan topik-topik yang berkaitan didalam artikel tersebut dan pasti pembaca akan lama berada di blog kita.

2. Promot Blog Ke Media Pilihan Lain

Maksud promot blog ke media lain ialah kita perlu ada facebook dan twitter, sekiranya kita tidak mempunyai facebook atau twitter ini bermakna kebanyakkan pembaca kita daripada blogger sahaja. Pembaca yang tidak ada blog tidak dapat mengikut perkembangan artikel terbaru yang kita terbitkan.

3. Berhubung dengan pembaca setia

Selepas kita dah tahu siapa yang selalu datang ke blog kita jangan buat tak tahu saja, cuba berhubung dengan mereka. Selain itu, dapat juga mengeratkan hubungan di alam maya dan juga di luar. Dan yang paling seronok sekali apabila kita selalu berhubung dengan mereka, mereka pasti akan promosi blog kita di blog mereka.

4. Sentiasa Terbitkan Entri.

Selalu terbit entri anda setiap hari, bila pembaca sudah mula suka blog kita, bangun pagi-pagi saja mengadap laptop pasti mereka akan teringat hendak ke blog kita untuk membaca cerita-cerita terbaru. Lama-kelamaan jadi tabiat.

Itu sajalah secara ringkas yang dapat djdanchef kongsikan, djdanchef pun bukan pandai sangat baru saja hendak merangkak.

Baca seterusnya:
Baca Penuh Tips Blog Pilihan Terbaik Pembaca Setia

Thursday, 13 December 2012

3 Blog Pilihan Terbaik Malaysia Bakal Melabuh Tirainya

Lagi beberapa hari lagi pertandingan 3 Blog Pilihan Terbaik Malaysia akan melabuhkan tirainya. Seperti entri sebelum ini djdanchef memilih blog berniche makanan sebagai blog pilihan terbaik.

Blog pilihan djdanchef itu adalah blog 2012 tahunku yang kacak dan sememangnya cantik juga. Boleh la terjah ke blog mereka yang panas giler itu.

Setakat ini peserta yang menyertai pertandingan ini telah pun mencecah seramai 31 peserta dan rata-rata kesemuanya hebat-hebat belaka. Ada juga blog para peserta yang mengamalkan tips blog pilihan pembaca setia ini.

Persaingan juga amat sengit, setiap minggu pasti ada blog yang berbeza-beza berada di kedudukan teratas dan ini telah terbukti pertandingan ini bukan calang-calang pertandingan saja.

Apa pun semoga berjaya buat semua blog-blog yang menyertai 3 Blog Pilihan Terbaik ini.

Baca Penuh 3 Blog Pilihan Terbaik Malaysia Bakal Melabuh Tirainya

Tuesday, 11 December 2012

3 Blog Pilihan Terbaik

Setiap blogger mempunyai 3 blog pilihan terbaik atau mungkin lebih daripada itu yang menjadi pilihan terbaik masing-masing.

Sebenarnya banyak blog terbaik yang menjadi pilihan djchef. Sebelum menulis entri ini djchef menjengah dulu entri peserta-peserta 3 blog pilihan terbaik dan masing-masing mempunyai calon-calon kegemaran tersendiri.

Untuk entri yang lain sikit kali ini djchef memilih blog kategori makanan.

3 Blog Pilihan Terbaik

Blog kategori makanan, apa yang djchef faham selalunya blog ini adalah blog yang memberi maklumat berkaitan makanan, seperti menghidangkan resepi yang menarik untuk dikongsikan bersama pembaca. Menyajikan ulasan mengenai makanan serta gerai dan restoren yang menarik. Selain itu juga memberi tips-tips yang boleh diaplikasikan terhadap sesuatu makanan.

Berikut ialah 3 BLOG PILIHAN TERBAIK djchef:

1. Tiffinbiru.com (Dapur tanpa sempadan)

Salah satu 3 blog pilihan terbaik yang tak perlu djchef perkenalkan lebih-lebih pasti ramai yang sudah mengenali blog mat gebu yang gebu ini. Sebut saja blog resepi popular rata-rata akan ingat blog mat gebu. Pelbagai jenis resepi makanan dikongsikan kepada pembaca masakan melayu, kek, hidangan pencuci mulut, pastri dan lain-lain.
3 Blog Pilihan Terbaik

2. Hazmanfadzil.com (Hazman vs Food)

Blog hazman tidak ketinggalan djchef kategorikan sebagai 3 blog pilihan terbaik kategori makanan yang sarat dengan gambar-gambar makanan yang menyelerakan dan antara blog pilihan terbaik pembaca setia. Selain itu, salah satu blog ulasan makanan beserta gambar hidangan di gerai, restoren dan majlis-majlis yang dihadiri olehnya sendiri.


3 blog pilihan terbaik

3. Kakinakl.com (Tertunailah Hasrat Di Hati)

Kak ina kl merupakan seorang suri rumah dan kaki jalan-jalan cari makan. Sebelum ini agak keliru terhadap nama domain kak ina djchef ingatkan kaki-nakal, rupanya kak-ina-kl. Blog pilihan yang mempunyai resepi yang menarik dan terbaik. Selain itu, blog kak ina juga mempunyai ulasan pilihan makanan yang terdapat di sesuatu gerai dan restoren ketika kak ina menjamu selera bersama keluarga.



3 Blog Pilihan Terbaik
3 blog pilihan terbaik

Itulah antara 3 blog pilihan terbaik malaysia djchef yang pentingnya pastikan anda semua dapat kawal halwa nafsu sebelum menjengah ke blog-blog tersebut sebab sekali pandang boleh membuatkan anda meleleh air liur melihat gambar-gambar makanan yang menyelerakan.

Djchef ingin mengucapkan selamat berjaya kepada peserta-peserta 3 Blog Pilihan Terbaik ini.

" Contest 3 Blog Pilihan Terbaik ini dianjurkan oleh Amirez (dot) com dan ditaja oleh ContengConteng.com , Nurqider, Muazfariz , Azri.my , Shaharil , Firdaus Latib , Saljuhumairah , Ladfe Amir , CitaReka , Yaa Designs , Aiman Aziz , Hadi Hanafee dan Impiana Guest House "
Baca Penuh 3 Blog Pilihan Terbaik