djchef Sinopsis Filem Istanbul Aku Datang | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday 11 December 2012

Sinopsis Filem Istanbul Aku Datang

Tergerak hati ingin membuat entri filem dan sinopsis istanbul aku datang disebabkan filem ini telah pun mencecah kutipan 3 Juta.

Mari lihat sinopsis mengenai filem ini.

Istanbul Aku Datang Sinopsis

1. Filem istanbul aku datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Azad lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

2. Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

Dian Terpaksa Menyewa Rumah Baru

3. Azad yang risau kehadiran Dian yang datang ke istanbul dan sedikit sebanyak akan mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

4. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki oleh lelaki Melayu, Harris lakonan djdanchef eh silap lakonan beto kusyairi. Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka berdua iaitu Dian dan Haris tinggal sebumbung kerana kedua-dua berkeras dengan hak masing-masing.

Perang Dingin Dan Konflik Bermula

5. Perang dingin pun bermula antara Dian dan Haris kerana masing-masing berasakan teman serumah begitu merimaskan.

6. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi ini daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.

Belum berkesempatan lagi tonton istanbul aku datang ni. - Gosip



JOM SHARE ARTIKEL INI:

4 comments:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.