djchef Nenek, Cucu Kempunan Makan Roti Canai | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Monday 3 December 2012

Nenek, Cucu Kempunan Makan Roti Canai

PENDANG – Hajat dua beradik kembar untuk menikmati roti canai bersama nenek tidak kesampaian apabila dua daripada mereka maut dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Batu 13 3/4, Kampung Kobah di sini semalam.

Kemalangan pukul 8 pagi itu berlaku ketika tiga sekeluarga itu berjalan berpimpin tangan ke warung roti canai.

DIREMPUH PROTON WIRA AEROBACK

Apabila tiba berhampiran warung tersebut, mereka tiba-tiba dirempuh sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu remaja lelaki berusia 17 tahun.

Turut dirempuh kereta yang dipercayai dipandu laju itu ialah 10 buah motosikal di depan warung tersebut.

MANGSA TERBUNUH DAN TERPEROSOK BAWAH KERETA

Dua mangsa yang terbunuh ialah Munah Ismail, 64, dan cucunya, Syahrul Fitri Shahrul Anuar, 5. Kakak kembar Syahrul, Nurul Fitrah cedera parah di kepala manakala seorang lelaki yang berada di atas motosikal, Mhd. Jailani Abd. Rahman, 43, patah kaki kiri.

Difahamkan Syahrul yang berjalan di sebelah kanan neneknya terperosok ke bawah kereta manakala Munah yang berjalan di tengah tercampak sejauh 10 meter.

Nurul Fitrah pula terpelanting dan terjatuh ke dalam lopak berair di tepi jalan di situ.

Lihat yang lain di BERITA @ djdanchef


JOM SHARE ARTIKEL INI:

5 comments:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.