djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Piala Suzuki aff cup 2012. Show all posts
Showing posts with label Piala Suzuki aff cup 2012. Show all posts

Friday, 14 December 2012

Pengadil Malaysia Lawan Thailand Lee Min Hu Berat Sebelah

pengadil korea malaysia lawan thailand bola sepak vs lee min hu piala aff suzuki 2012 fadhli shas kad merah.

Nampaknya ramai yang masih tidak berpuas hati dengan pengadil dari korea bernama lee min hu yang dikatakan berat sebelah semasa mengadili perlawanan bola sepak antara malaysia vs thailand pada Piala Suzuki AFF 2012 pada 13 disember 2012

Djdanchef sendiri pun tak puas hati dengan pengadil yang dengan drastik kena kan kad kuning kedua kepada fadhli shahs dan seterusnya dia terpaksa meninggalkan padang bola sepak.

Fadhli Shas menitiskan airmata, djdanchef juga rasa tersebak waktu melihat kejadian ini.

Perlawanan sudah pun berlalu walau bagaimana pun selepas kekalahan ini rakyat malaysia masih tetap menyokong harimau malaya. - djdanchef


Baca Penuh Pengadil Malaysia Lawan Thailand Lee Min Hu Berat Sebelah

Sunday, 9 December 2012

Keputusan Terkini Malaysia vs Thailand Piala Suzuki AFF 2012

Kini keputusan perlawanan piala suzuki aff 2012 malaysia vs thailand pada 9 disember .

Djdanchef akan cuba update keputusan terkini perlawanan piala aff suzuki cup 2012 ini.

Keputusan Penuh Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Thailand
Perlawanan 9 Disember (Update)

Malaysia 1 - 1 Thailand (Seri)

Gol Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 manakalan gol Thailand dijaringkan Teerasil Dangda pada minit ke-79. - djdanchef


Baca Penuh Keputusan Terkini Malaysia vs Thailand Piala Suzuki AFF 2012

Wan Zack Haikal Hanya Doa Iringi Malaysia - Piala Suzuki AFF 2012

Hanya doa yang mampu wan zack haikal iringi agar pasukan harimau malaya malaysia juara dan dapat mengalahkan thailand di piala suzuki aff 2012 .

Selepas tampil cemerlang membantu Harimau Malaya menyambar slot ke separuh akhir, Wan Zack Haikal terpaksa menerima hakikat melupakan aksi separuh akhir gara-gara kecederaan otot paha kanan yang terkoyak ketika menjalani latihan baru-baru ini.

Harapan Wan Zack Haikal Untuk Piala Suzuki AFF Cup 2012

"Justeru, saya berdoa supaya rakan rakan dapat mengatasi Thailand sekali gus mara ke final,"

"Saya harap dapat bertemu semula Singapura di final bagi melunas dendam tertunggak apabila kami tewas 0-3 di peringkat kumpulan sebelum ini" ujar wan zack.


Baca Penuh Wan Zack Haikal Hanya Doa Iringi Malaysia - Piala Suzuki AFF 2012

Safiq Rahim Janji Buat Terbaik - Piala Suzuki AFF Cup 2012

Kehangatan piala suzuki aff cup 2012 makin terasa dan Safiq Rahim berjanji untuk melakukan yang terbaik pada malam piala suzuki aff 2012 ini.

Walaupun bakal kehilangan beberapa tonggak utama dalam saingan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim  tidak memandang situasi itu satu perkara yang negatif.

Sebaliknya, beliau yakin dengan kemampuan semua pemain yang ada dan percaya kebolehan dalam diri masing-masing.

5 Pemain Hebat Alami Kecederaan Serius

Lima tonggak utama skuad kebangsaan yang mengalami kecederaan serius. Antaranya Mohd Shakir Shaari (kecederaan pangkal paha), Mohd Safee Sali (kecederaan hamstring), Wan Zack Haikal Wan Nor (koyakan teruk pada tisu otot kaki), S.Kunalan dan Mohd Khyril Muhymeen.

Kunalan dan Khyril Sudah Pulih

Bagaimanapun pasukan negara sedikit ceria apabila kelmarin, Rajagobal mengumumkan bahawa Kunalan dan Khyril telah kembali menjalani latihan bersama-sama pemain lain dan boleh diturunkan untuk piala suzuki aff 2012 malam ini. -djdanchef

Harapan Safiq Rahim Untuk Piala Suzuki AFF Cup 2012

"Harapan saya semua pemain yang diturunkan nanti boleh menunjukkan aksi terbaik dan saya juga berharap para penyokong akan memenuhi stadium untuk memberi semangat kepada pemain," katanya.


Baca Penuh Safiq Rahim Janji Buat Terbaik - Piala Suzuki AFF Cup 2012