djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Ainan Tasneem. Show all posts
Showing posts with label Ainan Tasneem. Show all posts

Wednesday, 12 December 2012

Lirik Lagu 150 Juta - Ainan Tasneem

Terbaru: Lirik lagu 150 juta ainan tasneem | Fynn Jamal

Djdanchef di fahamkan lagu 150 juta ni adalah lagu daripada fynn jamal dan lagu ini dipersetujui untuk dinyanyikan semula untuk menjadi single terbaru ainan tasneem.

Lirik Lagu 150 Juta - Ainan Tasneem

Untuk kali ke 150 juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Di 150 juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia

Dah lebih 150 juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap 150 jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya djdanchef

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Lihat Juga:
- Biodata Ainan Tasneem

Baca Penuh Lirik Lagu 150 Juta - Ainan Tasneem

Tuesday, 24 July 2012

AINAN TASNEEM TIDAK TIRU NAJWA LATIF

ainan tasnem tidak tiru atau klon najwa latif atau yuna . Siapa ainan tasneem ni ? Mari lihat biodata ainan tasneem .

Melihat imejnya yang bertudung dan sering bertemankan gitar sewaktu menyanyi menyebabkan pendatang baru dalam arena seni suara, Ainan Tasneem Redzuan atau mesra dipanggil Ainan disamakan seperti penyanyi Yuna ataupun Najwa Latiff.

Tambahan pula, populariti Ainan juga meningkat naik menerusi laman Youtube selepas video-video nyanyiannya dimuat naik melalui laman tersebut. Enggan dikatakan meniru gaya sesiapa, penyanyi yang
muncul dengan single pertamanya, Aku Suka Dia ini menganggap kemunculannya menyanyi bersama gitar sebagai satu kebolehan ekoran minatnya yang mendalam terhadap muzik.

Bagaimanapun, gadis berusia 20 tahun ini, tidak mahu menjadikan gitar sebagai identiti dirinya setiap kali mengadakan persembahan.

“Bermain gitar merupakan satu kebolehan yang Ainan ada, namun tidak bermakna setiap kali mengadakan persembahan Ainan akan turut bermain gitar.

“Sebenarnya, Ainan memilih untuk belajar bermain gitar kerana ia senang dibawa dan dipelajari. Tambahan pula, Ainan hanya belajar kod asas gitar sendiri melalui Youtube,” kata Ainan Tasneem yang mula mempelajari gitar pada usia 17 tahun.

Justeru itu, penuntut jurusan Kejuruteraan Bioproses dari Universiti Malaysia Perlis ini mengambil keputusan untuk belajar bermain gitar selepas didorong oleh seorang rakannya yang mencadangkan untuk mula belajar gitar dengan memainkan lagu The Only Exception dari kumpulan Paramore.

“Pada awal belajar bermain gitar, Ainan akui sedikit sukar kerana hanya bergantung melalui Youtube sahaja. Malah, sepanjang belajar jari-jari Ainan luka kerana sering memetik gitar.

“Abang Ainan pula asyik mengusik dengan mengatakan perempuan hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja, selepas sakit-sakit pasti akan berhenti bermain. Jadi, Ainan anggap kata-kata abang sebagai cabaran untuk Ainan betul-betul pandai bermain gitar,” katanya yang mengambil masa selama dua minggu untuk mempelajari kod asas gitar.

Ainan Tasneem minat irama balada

Biarpun sering memuat naik lagu-lagu yang dinyanyikan sambil bermain gitar, namun Ainan sebenarnya lebih cenderung menggemari muzik irama balada.

Menurut anak kelahiran Kuala Lumpur ini, salah satu alasannya untuk tidak menggunakan gitar sebagai identiti diri adalah kerana dia ingin mencuba menghasilkan lagu balada.

Ainan berharap dapat menghasilkan lagu baladanya sendiri atau menerima tawaran untuk menyanyikan lagu balada kerana itu minatnya.

Berkaitan Mengenai Ainan Tasneem:
- Biodata Ainan Tasneem

ainan tasneem,gambar ainan tasneem
Baca Penuh AINAN TASNEEM TIDAK TIRU NAJWA LATIF

Sunday, 22 July 2012

BIODATA AINAN TASNEEM DAN PROFIL

Biodata ainan tasneem dan profil mengenai ainan tasneem

BIODATA AINAN TASNEEM

Nama penuh beliau: Ainan Tasneem Redzuan
Nama panggilan beliau: Ainan
Tarikh Lahir: 4 November (berumur 20 tahun)
Pendidikan: Penuntut jurusan Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (UniMap)
Kediaman: Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Hobi: Menyanyi, makan dan bermain gitar

CERITA AINAN TASNEEM

imej bertudung dan sentiasa bersama gitar sewaktu menyanyi membuatkan pendatang baru dalam arena seni suara, Ainan Tasneem Redzuan atau mesra dipanggil Ainan disamakan seperti penyanyi Yuna ataupun Najwa Latiff.

Bukan itu saja, populariti Ainan juga meningkat naik menerusi laman Youtube selepas video-video nyanyiannya dimuat naik melalui laman tersebut.

"Sebenarnya, Ainan memilih untuk belajar bermain gitar kerana ia senang dibawa dan dipelajari. Tambahan pula, Ainan hanya belajar kod asas gitar sendiri melalui Youtube,” kata Ainan Tasneem yang mula mempelajari gitar pada usia 17 tahun.

Serba sedikit mengenai biodata ainan tasneem atau profil nya dan gosip.

Berkaitan Biodata Ainan Tasneem
- Biodata Najwa Latif
- Biodata Nazim Othman

biodata ainan tasneem,ainan tasneem
Baca Penuh BIODATA AINAN TASNEEM DAN PROFIL