djchef 2012 Tahunku Yang Kacak | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday, 27 November 2012

2012 Tahunku Yang Kacak

Sudah lama perhati contest 2012 Tahunku Yang Kacak ini tapi bila mula nak taip entri saja terus kering idea. Djdanchef tak tahu nak cerita mengenai apa untuk pertandingan ini sebab terlalu kacak sangat.

Djdanchef melawat entri peserta-peserta yang turut sertai 2012 Tahunku Yang Kacak dan sangat ramai yang berkongsi tentang kejayaan mereka di dalam dunia blogger. Blur sudah masa ini, aku nak cerita kejayaan blogging apa yer baru 3 bulan aktif semula dalam dunia blog ini, tak sampai satu tahun jagung lagi baru suku jagung saja. Suku jagung? Merepek.

Kemudian ada yang berkongsi mengenai kejayaan mereka dalam kehidupan, ada entri mereka yang menyentuh hati dan juga memberi inspirasi untuk terus mencapai impian serta menjadi lebih kacak dan cantik untuk tahun hadapan berbanding 2012. Boleh?

Dari situ barulah ada timbul idea seciput demi seciput kenapa 2012 adalah sangat bermakna bagi djdanchef.

1. 2012 Tahunku Yang Kacak - Menang Tempat KE- 13 Seo Contest Eyriqazz vs Denaihati .

Ini merupakan salah satu kenangan 2012 Tahunku Yang Kacak bagi djdanchef kerana kali pertama melibatkan diri dalam pertandingan seo ini. Djdanchef saja join pertandingan ini dan tidak mengharap akan menjadi top 20 kerana semua peserta hebat belaka tetapi alhamdulillah tak sangka berjaya dalam kelompok top 20 juga.
2012 Tahunku Yang Kacak

Walaupun hanya tempat ke 13 namun ada pengalaman yang sangat bermakna buat djdanchef di dunia blog ini.

- Timba pelbagai pengalaman selagi mampu.
- Jika kalah itu tidak beerti anda kalah selamanya, ada kejayaan yang menanti disana hanya tunggu masa untuk 'suprise' kan anda sahaja.


2. 2012 Tahunku Yang Kacak - Alexa Rank Kacak

2012 ini juga merupakan tahun yang sangat bagus untuk alexa ranking blog djdanchef dimana pada bulan Julai 2012 alexa blog djdanchef berada di tangga 16 JUTA.
2012 Tahunku Yang Kacak

Bermula Ogos 2012 djdanchef mula berblog semula, kerap update blog dan blogwalking ke blog-blog rakan yang lain dan awal bulan november 2012 alexa rank blog telah berada di tangga.
2012 Tahunku Yang Kacak

Semasa bulan Julai rank 16 Juta dan bulan ini sudah bawah 600 000. Djdanchef selalu akan bookmark link blog rakan dan akan melawat ikut yang termampu pada hari itu. Ranking untuk bulan disember 2012 dan tahun hadapan adakah akan kacak lagi?.

- Perancangan yang dibuat dengan teratur pasti akan memberi impak keputusan yang baik.
- Anda boleh berada diatas tetapi jangan terus merasa selesa, mungkin anda akan berada kembali dibawah


3. 2012 Tahunku Yang Kacak - Juara Cupcake Decoration
Pabila anak teruna menghias kek cawan.

2012 Tahunku Yang Kacak

Djdanchef ada menyertai pertandingan cupcake yang telah diadakan di IPTA yang djdanchef belajar. Ini pun 2 hari pertandingan nak bermula baru gigih nak sertai, yang pelinknya berani pula join padahal tak tahu langsung deco cupcake alah ni.

Berbekalkan azam yang kuat djdanchef bersama kawan yang lain beli barang untuk menghiaskan cupcake dan malam tu juga buka youtube, cari gambar kat google dan praktis deco cupcake dalam asrama masing-masing dari 9 malam sampai 4 pagi.

Memang kacak lah bila anak teruna deco cupcake pagi-pagi buta. Keesokannya pertandingan bermula djdanchef dan rakan-rakan lain terus fokus hias kek cawan tu, apa yang kami dah praktis sampai 4 pagi tu semuanya kami gunakan. Kemudian masa tamat! Dan keputusannya..

2012 Tahunku Yang Kacak

Alhamdulillah cupcake kami menjadi Johan Cupcake Decoration dengan bermotifkan bunga dan yang tak tahan siap ada letak kumbang comel atas bunga tu.

- Berani mengambil risiko kadang-kala boleh membuat diri menjadi lebih inovatif.
- Berusaha dan latihan kunci kejayaan - kerap membuat sesuatu latihan pasti akan dapat ketahui dimana kesilapan dan berusaha sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini.


Beberapa saja dapat djdanchef kongsikan tentang kekacakan tahun 2012. Semua orang pasti ada kenangan dan pengalaman manis pada tahun ini tidak lupa juga peristiwa pahit. Apa pun jua, tabahkan hati dan teruskan menempuh hari yang mendatang.

Jari jemari ku ini menaip ingin mengucapkan semoga berjaya kepada peserta 2012 Tahunku Yang Kacak cantik anjuran spudin dan semoga anda yang membaca ini mencapai kejayaan yang lebih kacak untuk tahun hadapan.

Contest ini dianjurkan oleh spudinpunya dan ditaja khas oleh : Ciktom, mksyahir, FauziBlues, eizil network, lepakk[dot]com, LadFeamir , My Arazzi, penmerah[dot]comnurmisnan dan puanbee[dot]com .
JOM SHARE ARTIKEL INI:

15 comments:

  1. memang sangat kacak bro tahun 2012 bro ..hehe..
    apa2 pun tahniah .nak dapat top20 bukan senang tu ...moga2 kita semua akan terus berusaha untuk menjadi lebih kacak dan cantik seterusnya ..

    Apa-apa pun, saya akan sokong terus menerus djdanchef walauapapun ..saya sokong semua rakan blogger :]

    ReplyDelete
  2. selamat maju jaya..hehe..wahh pandai buat cup cake yer..

    ReplyDelete
  3. good luck.. cup cake tu nampak mcm bunga real..memang hebat!

    ReplyDelete
  4. hai bro,
    good luck diucapkan, semoga berjaya..

    ReplyDelete
  5. Semoga tahun depan lebih kacak lagi tahunnya.

    ReplyDelete
  6. Semoga anda juga berjaya.
    Salam kenal

    ReplyDelete
  7. kacak benar tahun 2012 anda.semoga berjaya :)
    http://heartylolipop.blogspot.com/2012/11/2012-tahunku-yang-cantik.html

    ReplyDelete
  8. salam blogger..
    gud luck utk kontest ni..

    ReplyDelete
  9. hebatla pengalaman tue. ianya menjadikan and amakin kacak pada thn nie. hehehe

    ReplyDelete
  10. taniah der rupanya salah seorang pemenang eyriqazz vs denaihati, ada juga ikut serta tapi seo tu macam kelaut hehe, good luck der

    ReplyDelete

  11. semoga berjaya dengan contest yang disertai...

    ReplyDelete
  12. As-Salam. Semoga lebih kejayaan akan bakal dikecapi.

    ReplyDelete
  13. pencapaian yang sangat bagus....semoga maju jaya

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.