djchef Suami Didie Alias Sakit Misteri Selepas Masuk Fear Factor | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday, 13 December 2012

Suami Didie Alias Sakit Misteri Selepas Masuk Fear Factor

Terkini suami didie alias kena sakit misteri selepas suaminya masuk fear factor selebriti malaysia yang diadakan di Cape Town, Africa.

Menurut kata Didie Alias kepada mstar online, suaminya (norisham ismail) mengalami masalah pedih hulu hati, sesak nafas dan berpeluh sampai terpaksa ditahan di hospital beberapa kali untuk pemeriksaan lanjut selepas seminggu pulang dari cape town afrika.

Hilang Selera Makan

"Risau juga dibuatnya. Dah banyak kali suami keluar masuk wad tetapi doktor hanya mengesahkan dia mungkin mengalami penyakit gastrik yang teruk."

"Keadaan itu dikatakan berpunca daripada cara pemakanannya yang tidak sesuai sepanjang dua minggu berada di Cape Town.

"Berdasarkan apa yang doktor cakap memang ada betulnya sebab dia hilang selera makan apabila berada di sana kerana ketiadaan masakan Melayu," katanya

Bukan Berpunca Dari Gangguan Sihir

Sementara itu Didie Alias menyifatkan penyakit suaminya itu bukan berpunca daripada gangguan sihir memandangkan mereka tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

"Nak cakap penyakit misteri, memang misteri pun, kerana penyakit gastrik seperti yang doktor sahkan itu tidak pulih seperti orang yang biasa selalu kena. Tetapi saya tak anggap dia kena buatan orang." kata didie.

Suami Didie Alias Semakin Pulih Selepas Rawatan Kampung

Bagaimanapun tambah Didie, akibat penyakit yang masih lagi belum pulih itu, suaminya telah pulang ke kampung halamannya di Kampung Nuri, Negeri Sembilan untuk menjalani rawatan perubatan secara tradidional.

"Alhamdulillah, sepanjang hampir dua minggu berada di kampung, keadaannya semakin pulih. Kami ikhtiar cara tradisional pula selepas pihak doktor turut memberi nasihat sedemikian." - Didie Alias @ Gosip

Gambar: didie alias dan suami


JOM SHARE ARTIKEL INI:

5 comments:

  1. Mesti kes kena makan menda pelik2...ish2 perut tak tahan ler tu

    ReplyDelete
  2. memang fear betul rancangan ni sampai jadi macam tu. moga dia cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. Huhuh penangan masuk.feear factor

    ReplyDelete
  4. semoga penyakit tersebut akan cepat sembuh dengan keizinan allah.. amin

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.