djchef Nor Hidayah Yang Hilang Telah Ditemui | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Monday 10 December 2012

Nor Hidayah Yang Hilang Telah Ditemui

Sebelum ini djdanchef ada siarkan tentang Dayah Hilang Ikut Mat Rempit di mana seorang bapa mengesan anak gadisnya telah hilang.

DAYAH DITEMUI DI BILIK HOTEL DENGAN KEADAAN MASIH TRAUMA

Dan di dalam akhbar hari ini dayah telah pun ditemui di sebuah bilik hotel di Jalan Tun Razak, namun pada masa sama terdapat persoalan yang belum dijawab berhubung penemuan tersebut.

Dayah diam seribu bahasa ekoran masih trauma dengan kejadian tersebut, bapanya, Raja Roslan Raja Ahmad Hadzrawi, 39, pula tertanya tanya mengenai penemuan anaknya itu.

TURUT DITEMUI 2 REMAJA PEREMPUAN DI BAWAH UMUR

Selain Raja Nor Hidayah, turut ditemui di situ ialah dua lagi remaja perempuan berusia 15 dan 16 tahun serta tiga remaja lelaki berumur antara 16 hingga 19 tahun.

Polis menahan tiga remaja lelaki itu bagi membantu siasatan kes berkaitan gangguan seksual manakala dua remaja perempuan itu dihantar pulang. - Berita di djdanchef .

Gambar: Dayah ditemui dalam keadaan selamat


JOM SHARE ARTIKEL INI:

4 comments:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.