djchef Amerika: Persediaan Hadapi Hari Kiamat 21 Disember Ini | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday, 19 December 2012

Amerika: Persediaan Hadapi Hari Kiamat 21 Disember Ini

Simpan bekalan makanan hadapi hari kiamat 21 disember 2012. Djdanchef terbaca dalam akhbar kosmo dimana sebuah keluarga di U.S telah pun melakukan persediaan untuk hadapi hari kiamat pada JUMAAT ini.

BERRYVILLE, Amerika Syarikat - Sebuah keluarga di Kampung Shenandoah melakukan persiapan untuk menghadapi hari kiamat berdasarkan kalendar kaum Maya pada 21 Disember ini.

Ketua keluarga itu, Jay Blevins menyimpan bekalan makanan, minuman, ubat- ubatan, senjata api dan senjata tajam di ruang bawah tanah rumah mereka.

Tujuan senjata api itu disimpan adalah untuk mengusir perompak jika kekacauan berlaku pada hari tersebut.

"Sebagai isteri dan bapa, saya mahu. memastikan bahawa keluarga saya bersedia untuk menghadapi sebarang kejadian yang akan berlaku," katanya.

Beberapa ahli arkeologi menyatakan tidak ada bukti bahawa kaum Maya pernah meramalkan bumi akan kiamat pada hari berkenaan.

Kaum tersebut juga dipercayai mungkin tidak menggunakan kalendar berkenaan semasa kemuncak tamadun mereka antara 300 dan 600 Sebelum Masihi. - Berita

Djdanchef: antara gambar bekalan makanan yang disimpan oleh keluarga tersebut.



JOM SHARE ARTIKEL INI:

13 comments:

  1. Merapu lah kaum mayan ni

    ReplyDelete
  2. Jangan percayalah kiamat jumaat ini, orang2 barat memang gila

    ReplyDelete
  3. Perbanyakkanlah amalan itu lagi penting

    ReplyDelete
  4. saya adan tengok rancangan Doomsday Preppers di channel NatGeo.. diorg buat segala mcm persediaan. Memang bongok. Haha!

    ReplyDelete
  5. kalau kiamat matilah semua,musnahlah semesta ni,manusia mana hidup lg, ni mana nak mkn mkn lagi,kelakarnya mereka ni

    ReplyDelete
  6. ahahha popular kejap family mereka nie ! ;)

    ReplyDelete
  7. hanya Allah yang tahu semua ni..kite hnyer berbekalkn iman

    ReplyDelete
  8. Hanya Allah saja yang mengetahui hari Kiamat. Keadaan yang sukar nak dibayangkan oleh kita sebagai makhluk.. Mohon perlindungan daripada Allah dari segala bala dan bencana.

    ReplyDelete
  9. itulah "barat" yg dikatakan maju 10 tahun dri negara lain didunia...dah nek gelong dah depa nie dgan fantasi mereka..
    syukur kita dipilih menjadi Muslim..dikurniakan mukjizat Al-Quran yg menjadi rujukan spnjang zaman..

    ReplyDelete
  10. wow..cenggitu sekali diorang... huhuhu

    ReplyDelete
  11. percaya membabi buta la dorng ni..
    Kiamat tu rahsia Allah. Harap xde orng kita yg percaya ramalan karut ni.

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.