djchef Perompak Guna Kapak Dan Gunting Pecah Mesin ATM | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday 2 December 2012

Perompak Guna Kapak Dan Gunting Pecah Mesin ATM

Terkini guna kapak dan gunting untuk pecah mesin atm yang dilakukan oleh perompak di Pasir Mas Kelantan awal pagi semalam.

Penjenayah dipercayai cuba memecahkan mesin itu menggunakan pisau dan kapak yang dijumpai masih terlekat pada mesin tersebut.

CUBAAN PENJENAYAH MEROMPAK GAGAL

Cubaan seorang penjenayah untuk memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Pasir Mas-Tendong dekat sini gagal apabila tindakannya disedari orang awam semalam.

Mesin ATM itu mengalami kerosakan teruk namun suspek gagal melarikan wang tunai di dalamnya kerana tidak berjaya membuka salah satu bahagian pada mesin tersebut.

KAPAK MELEKAT PADA MESIN ATM

Anggota polis menemui gunting dan kapak masih terlekat pada mesin itu manakala sebatang besi kuku kambing, tukul besi dan pemutar skru ditemui di atas lantai.

Lihat yang lain di BERITA @ djdanchef

GAMBAR



JOM SHARE ARTIKEL INI:

5 comments:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.