djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label FOOD. Show all posts
Showing posts with label FOOD. Show all posts

Tuesday, 17 September 2013

Resepi Biskut Southern With Gravy

Jom singgah ke dapur Chef Anis Nabilah!

Chef selebriti yang semakin popular, Anis Nabilah sedia kongsikan petua dan resipi sihat untuk anda sekeluarga.


Dalam episod ini, Chef Anis Nabilah berkongsi resipi untuk Southern Biscuits.


Bahan-bahan:

Biscuits:

200gm tepung gandum

200gm tepung roti

50gm baking powder

1 sudu besar gula

1 sudu besar garam

250gm mentega

400ml susu rendah lemak

1 ikat Daun bawang (dihiris)

100gm Beef bacon (dihiris)

1 biji telur kuning


Gravy: 

2 sudu mentega

2 sudu tepung gandum

100ml stock daging

100ml stock ayam

60gm button mushroom (dihiris)

garam secukup rasa

lada putih secukup rasa

50 ml susu rendah lemak




Cara Penyediaan:

• Campurkan tepung gandum bersama tepung roti, baking powder, gula dan garam dan adunkan sehingga rata.

• Masukkan daun bawang dan beef bakan dan adunkan lagi, setelah rata masukkan mentegga dan gaulkan kesemuanya.

• Setelah sebati masukkan susu dan gaulkan lagi.

• Apabila siap diadun, ulikan adunan diatas permukaan rata yang telah ditaburkan dengan tepung gandum.

• Setelah siap diuli, gelekkan pada ketebalan 1 inci, dan potongkan mengikut bentuk kesukaan anda.

• Letakkan biscuit yang telah dipotong diatas tray dan sapukan telur kuning
diatas permukaannya.

• Bakarkan didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.

• Cairkan mentega didalam periuk dan masukkan tepung gandum. masukkan stock danging dan stock ayam.

• Masukkan mushroom, garam dan gula.

• Masukkan sedikit susu.


Baca Penuh Resepi Biskut Southern With Gravy

Sunday, 11 August 2013

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Chef Anis Nabila

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Chef Anis Nabila Blog Masakan Cara Buat Masak


Jom singgah ke dapur Chef Anis Nabilah! Chef selebriti yang semakin popular, Anis Nabilah sedia kongsikan petua dan resipi sihat untuk anda sekeluarga.

Dalam episod ini, Chef Anis Nabilah berkongsi resipi untuk Ikan Cencaru Sumbat.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat

Bahan-Bahan
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 cm kunyit hidup
3 batang umbut serai
2 sudu besar grape seed oil
150gm kelapa parut segar
1 ekor ikan cencaru (yang telah disiang dan dibelah bahagian belakangnya)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
2 helai daun kunyit
daun pisang
aluminium foil




Cara Memasak Ikan Cencaru Sumbat
1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit hidup dan umbut serai dengan
menggunakan lesung batu sehingga lumat.

2. Panaskan grape seed oil didalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tadi sehingga harum.

3. Masukkan kelapa parut dan gaulkan sehingga rata.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Lapikkan aluminium foil dengan daun pisang dan daun kunyit.

6. Letakkan ikan cencaru dan masukkan inti kelapa dibahagian yang telah dibelah.

7. Tutupkan ikan cencaru dengan daun kunyit dan daun pisang dan balutkan aluminium foil tersebut.

8. Masukkan didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.

Jom cuba resepi ikan cencaru sumbat ini

Baca Penuh Resepi Ikan Cencaru Sumbat Chef Anis Nabila

Saturday, 10 August 2013

Kebaikan Khasiat Ikan Salmon

Kebaikan Khasiat Ikan Salmon


Ikan salmon sememangnya terkenal sebagai salah satu makanan yang kebiasaan di ambil oleh mereka yang mementingkan kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi pelbagai khasiat yang amat berguna untuk kita semua. Bukan sahaja mempunyai kadar nutrisi yang tinggi, bahkan rasanya juga enak untuk di makan.

Mari kita lihat khasiat, kebaikan dan kelebihan ikan salmon.

1. Tisu dan otot
Protein memang di kenali bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Protein di dalam ikan salmon sangat mudah untuk di hadam dan di
serap masuk ke dalam badan. Protein dan amino asid membantu proses pembinaan otot dan juga tisu. Ikan salmon juga tidak mempunyai bahan yang menyebabkan kanser seperti sumber protein yang lain.

2. Penglihatan
Omega-3 dan DHA yang terkandung dalam ikan salmon ini dapat membantu masalah mata kering yang kronik. Molekul yang terdapat dalam omega-3 di percayai membantu mengurangkan keradangan mata. Ia juga boleh membantu meningkatkan kadar penglihatan anda di usia lanjut.

3. Fungsi otak
Ikan salmon dapat mengurangkan risiko berkaitan masalah otak. Vitamin D yang terdapat dalam ikan salmon ini membantu fungsi otak. Risiko untuk mendapat Alzheimer dan Parkinson di usia mendatang boleh dikurangkan dengan pengambilan ikan ini. Daya ingatan juga dapat di tingkatkan dan risiko kemurungan boleh dikurangkan.

4. Kulit dan rambut
Sel kulit boleh di lindungi dan kelembapan boleh di kekalkan dengan adanya Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon. Bukan sahaja melindungi, bahkan ia menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk menjadikan kulit anda lebih sihat. Asid lemak yang kaya di dalam ikan salmon dapat mengekalkan kekuatan rambut, folikel dan juga membantu menyihatkan rambut anda agar kelihatan bermaya.


Baca Penuh Kebaikan Khasiat Ikan Salmon

Thursday, 25 July 2013

Resepi Gulai Ketam / Kari Ketam Masak Nenas

Resepi Gulai Ketam Kari Ketam Masak Nenas Nanas Sedap Resipi Blog Masakan Melayu

Salam semua. Djdanchef agak sibuk sikit sekarang ini, kalau ada masa yang terluang nanti djdanchef akan blogwalking blog rakan-rakan yang sudi datang melawat dan memberi komen di blog djdanchef.

resepi gulai kari ketam


Ok berbalik kepada tajuk, hari ini djdanchef nak kongsikan resepi gulai ketam. Haa mesti ada yang dah terliur, masakan yang berasakan gulai atau kari memang sangat popular dan selalu dijumpai di negeri-negeri utara Malaysia.

Kari dan Gulai sangat universal dan boleh dimasak dengan pelbagai bahan utama seperti gulai ayam, gulai ikan, sotong, nanas dan lain-lain. Jom kita tengok resepi gulai ketam masak nanas.



Resepi Gulai Ketam Masak Nanas

Sumber resepi/gambar: Facebook Buku Resepi

Bahan-bahan Kari Ketam:

Sekilogram ketam dibersihkan dan dibelah dua jika suka
3 sudu rempah kari ikan
1 cawan santan
1 cawan air asam jawa
Sebiji nanas dikupas atau (boleh guna nanas dlm tin) dan dihiris ikut suka
1 biji Bawang besar..5 ulas bawang putih dan 1 inchi halia diblender
1 biji bawang besar ..3 ulas bawang putih dan seinci halia di mayang untuk menumis
2 tangkai daun kari
Garam ..gula..secukup rasa



Cara Masak/Membuat Resepi Gulai Ketam Masak Nanas
1. Tumis bhn yg dimayang dan daun kari hingga naik bau

2. Masukkn bhn yg di blender dan rempah kari serta santan..tumis hingga pecah minyak dan berbau wangi..kacau supaya tak berkerak

3. Masukkan air asam dan nanas biar seketika hingga mendidih

4. Masukkan ketam

5. Perisakan dengan garam dan gula..

6. Jika guna nanas dlm tin..masukkan skli setengah sirap nanas tersebut dan tk perlu ditambah gula

7. Biarkan ketam masak dan mendidih

8. Matikan api..sedia dihidang..

Selamat mencuba resepi kari ketam ini.

Lihat Juga:
Resepi Mee Goreng Mamak

Baca Penuh Resepi Gulai Ketam / Kari Ketam Masak Nenas

Monday, 22 July 2013

Maggi Ketam Di Kuala Besut Terengganu

Maggi Ketam Di Kuala Besut Terangganu Gambar Resepi Cara Masak

resepi maggi ketam
Maggi Ketam

KEHADIRAN ribuan orang luar sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut pada 24 Julai ini turut membawa rezeki tambahan kepada Aziz Ibrahim yang mengusahakan kedai makan Maggi Ketam yang terkenal dengan keenakannya.

Kedai makan ini diterangi lampu-lampu neon berwarna-warni, yang terletak di tepi jalan utama menuju ke Pekan Kuala Besut itu, tidak putus-putus dikunjungi pelanggan, terutama petugas pilihan raya dari
pelbagai agensi kerajaan, walaupun waktu menghampiri tengah malam.

Semuanya datang untuk merasai keenakan maggi ketam, hasil air tangan Aziz, 41, yang mendapat idea untuk mengusahakan kedai tersebut selepas mencuba masakan itu untuk kali pertama di Kota Baharu, Kelantan dua tahun lalu.

“Saya tertarik bagaimana masakan simple menggunakan makanan segera boleh dijadikan menarik, hanya dengan melakukan sedikit perubahan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya.

Beliau menambah, maggi ketam yang dijual di kedainya menggunakan resipi rahsia yang ditambah baik daripada resipi asal dan kualiti masakan terletak pada kesegaran ketam nipah yang digunakan.

Katanya, semangkuk maggi ketam yang turut dicampurkan sawi, tomato dan udang dijual mengikut saiz ketam dan lazimnya ia bermula pada harga RM12.

Aziz berkata sebelum kempen PRK bermula pada 12 Julai lepas, beliau hanya menjual kira-kira 50 mangkuk sehari, tetapi sejak kempen bermula, jualan sehari boleh mencecah 150 mangkuk kerana ramai orang luar yang telah mendengar mengenai keenakan maggi ketamnya ingin mencuba masakan itu.

Beliau juga perlu mengupah lima lagi pekerja kerana tiga pekerja sedia ada tidak dapat melayan
pelanggan yang mula berkunjung selepas waktu berbuka puasa hingga ke tengah malam.

Katanya lagi, PRK juga membantu ekonomi golongan nelayan di Kuala Besut yang membekalkan ketam nipah ke kedainya manakala bekalan sayur dan udang pula diperoleh dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di sini.

Lihat Juga:
- Resepi Maggie Sup

Baca Penuh Maggi Ketam Di Kuala Besut Terengganu

Sunday, 2 June 2013

Resepi Mee Goreng Mamak

Resepi Mee Goreng Mamak Resipi Mi Penang Special

Mee atau Mi memang sedap kalau makan waktu tengahari dan malam. Macam-macam jenis masakan Mee kat Malaysia ni Mi Bandung, Mee Goreng Biasa, Mi Hailam dan lain-lain.

Harini djdanchef nak kongsikan Resepi Mee Goreng Mamak Special dari Chef Anis Nabilah. Seorang chef yang sangat muda dan cantik.

resepi mee goreng mamak
resepi mee goreng mamak


Resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-Bahan Resepi Mee Goreng

5 ulas Bawang Merah
2 sudu besar Cili Boh
8 ulas Bawang Putih
2 sudu besar Udang Kering
100gm Ayam (bahagian isi, yang dipotong dadu)
2 sudu besar Kicap Pekat
Garam secukup rasa
4 biji cili padi merah
2 biji Cili Hijau
1 biji Tomato(yang dipotong dadu)
500gm Mi Kuning
70gm Taugeh
6 biji Tauhu kering
3 Biji Telur



Cara Memasak / Buat Mee Goreng Mamak

1. Panaskan minyak.

2. Tumiskan bawang merah yang telah dihiris, kemudian masukkan cili boh.

3. Tumiskan cili boh sehingga pecah minyak.

4. Masukkan bawang putih yang telah dikisar dan udang kering yang telah direndam bersama air panas dan ditumbuk sehingga lumat

5. Masukkan ayam yang telah dipotong dadu.

6. Masukkan ayam kicap pekat, gaulkan sehingga rata.

7. Garam secukup rasa dan cili yang dibelah dua.

8. Masukkan tomato dan cili hijau.

9. Masukkan mee kuning.

10. Masukkan taugeh dan tauhu kering.

11. Masukkan telur di bahagian bawah kuali, asingkan mi, masukkan telur dan tanamkan mi di atas telur.


12. Biarkan 30 saat dan gaulkan mi tersebut.

Selamat mencuba resepi mee goreng mamak yang simple dan mudah ini. blog masakan @djdanchef

Baca Penuh Resepi Mee Goreng Mamak

Friday, 31 May 2013

Resepi Kek Coklat Kukus

Resepi kek coklat kukus lembab mudah senang sedap Resipi Moist Chocolate Cake

Kek coklat ramai yang sangat suka dengan kek coklat termasuklah djdanchef. Asal nak makan kek saja mesti redah ke kedai kek.

Tapi apa salahnya kalau kita buat sendiri kek coklat. Hari ini djdanchef nak kongsikan resepi kek coklat, yang istimewanya bukan menggunakan kaedah bakar tapi dengan cara kukus.

Resepi kek coklat kukus,
gambar: bake4fun.blogspot.com


Resepi Kek Coklat Kukus
Sumber: zinita@myresipi.com

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus

A- Diayak
2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Serbuk Koko
1 sk Baking Powder
2 sk Bicarbonate of Soda


B- Dipukul guna hand mixer (sekejap sahaja)
3 biji Telur Gred A
2 cawan Gula Pasir Kasar (dikisar halus guna
blender kering)
1 cawan Susu Cair
1 cawan Minyak
1 tsp Coklat Emulco
1 cawan Air Panas (menggelegak)


Bahan Lain:
- Pengukus
- Loyang (saya guna loyang saiz 20cm)
- Kertas Minyak
- Aluminium foil




Cara Membuat / Memasak Kek Coklat Kukus

1. Pertama sekali. Sediakan pengukus. Tunggu sehingga menggelegak baru masukkan adunan kek ke dalam pengukus.

2. Gris loyang anda dengan marjerin, alas dengan kertas minyak dan gris sekali lagi.

3. Sementara menunggu air di dalam pengukus menggelegak, sediakan adunan. Tapis (ayak) semua bahan-bahan A. Ketepikan.

4. Di dalam mangkuk lain, masukkan 3 biji telur tadi, pukul sedikit dengan sudu/garfu.. cukup sehingga sebati antara putih dan kuning telur.

5. Masukkan gula yang dah dikisar halus tadi dan juga coklat emulco. Gaul sebati dengan sudu/garfu (tak perlu pukul sehingga kembang).

6. Masukkan susu cair dan minyak. Kacau sebati (Gunakan hand mixer lebih mudah).

7. Masukkan air panas dan kacau dengan hand mixer sehingga sebati.

8. Masukkan adunan dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil.Kukus selama 1 jam. Kalau api dapur kuat, lebih kurang 45-50minit dah boleh cuba cucuk dengan lidi sate. Kalau keluar licin, maksudnya dah masak.

Resepi Lain
- Resepi Kek Coklat


Selamat mencuba resepi kek coklat kukus ini bila ada waktu lapang. - Blog Masakan @djdanchef

Baca Penuh Resepi Kek Coklat Kukus

Wednesday, 29 May 2013

Makanan Yang Baik Dan Bagus Untuk Otak

Makanan Yang Baik Dan Bagus Untuk Otak Cerdas Pandai Minda Fikiran Bijak Anak-Anak


Semua daripada kita mempunyai otak. Tapi bila kita tengok orang marah mesti dia keluarkan ayat "ko tu tak ada otak". Hairan djdanchef macam manalah dia tu yang si orang tu tak ada otak.. haha

Berbalik kepada tajuk Makanan Yang Baik Untuk Otak Akal Fikiran, pengambilan makanan yang sesuai boleh mencerdaskan fikiran kita. Otak juga memerlukan makanan penting untuk berfungsi dengan lebih efisyen dan lebih baik.

Untuk memastikan otak kita berada berada dalam keadaan yang mantap, 5 contoh pemakanan yang sesuai haruslah diamalkan bukan sahaja untuk kesihatan otak sekaligus makanan ini bagus untuk dimanfaatkan oleh seluruh badan.

5 Makanan Yang Sihat Dan Bagus Untuk Otak

1. Buah Berri

Buah berri merupakan sumber yang berfungsi untuk meningkatkan tahap mental dan berfikir. Berri ini berupaya untuk melambatkan proses hilang ingatan bagi sesetengah orang. Kajian juga menyatakan buah berry mengandungi antioksida yang mampu menghalang kerosakan radikal bebas dalam badan.




2. Tiram

Kandungan zink dan zat besi yang terdapat dalam tiram mampu menjana pemikiran yang tajam dan pada masa yang sama meningkatkan keupayaan untuk mengingat kembali. Kedua dua zat makanan ini juga berkait rapat dengan kemampuan otak untuk lebih fokus terhadap sesuatu. Kekurangan dalam zink dan zat besi ini mengakibatkan kadar ingatan yang singkat dan lemah daya tumpuan.



3. Sumber Ikan

Ikan dikenali dengan sumber protein yang bagus. Tetapi tahukah anda, ikan juga kaya dengan omega-3 iaitu asid lemak penting yang membantu otak untuk menghasilkan tisu tisu yang baru untuk kekuatan otak. Sumber ikan juga memainkan peranan dalam menghalang penyakit Alzheimer dan hilang daya ingatan. Ikan salmon dan sardin merupakan antara contoh yang mudah anda dapatkan.



4. Koko

Antioksida yang terdapat dalam koko dikenali sebagai flavonol dikatakan membantu  peredaran darah ke otak, menguatkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan meningkatkan peranan salur darah. Kandungan koko ini juga berfungsi dalam daya tumpuan dan konsentrasi. Contoh yang terbaik? Coklat gelap.



5. Bijian dan kekacang

Bijian dan kekacang kaya dengan kandungan omega 3 dan omega 6 asid lemak serta mempunyai nilai kandungan folate, vitamin E dan vitamin B6. Kesemua nilai nutrisi ini memastikan otak anda berfungsi dengan lebih jelas dan melawan sindrom insomnia. Sesetengah kekacang dan bijian ini mengandungi thiamine dan magnesium, dimana baik untuk daya ingatan dan sesuai untuk golongan berumur.

Yang Terbaru:

Jadi jom kita amalkan pemakanan yang baik dan bagus untuk otak - kesihatan @djdanchef

Baca Penuh Makanan Yang Baik Dan Bagus Untuk Otak

Wednesday, 22 May 2013

Sajian Jus Untuk Juadah Minum Petang

Sajian Jus Untuk Juadah Minum Petang | Blog Resepi Minuman  | Minuman Yang Dapat Hilangkan Dahaga Musim Panas

Sekarang ini cuaca di negara kita sangat-sangat panas giler. Dan ramai yang lebih suka mencari air yang sejuk atau berais untuk hilangkan dahaga ketika waktu petang yang panas.

Disini djdanchef nak kongsikan antara minuman-minuman yang sangat berkhasiat dan pada masa yang sama sangat sedap sekaligus dapat menghilangkan dahaga.

TOP 5 JUS YANG BAGUS UNTUK MINUM PETANG

5. JUS BUAH UMBRA / KEDONDONG

Sesetengah orang panggil buah umbra dan kadang-kadang dikenalin sebagai ‘kedondong’. Di dalam Bahasa Inggeris pula, buah ini bernama ‘hog plum’. Buah umbra sesuai untuk yang ingin kuruskan badan sebab jus umbra sangat rendah kalori dan tinggi dalam fiber. Selain daripada memakan buah ini dengan kuah rojak, ia boleh dijadikan sebagai minuman yang sedap. Minumlah jus umbra dengan limau atau asam.

4. JUS BUAH ROSELLE



Sebenarnya masih ada lagi yang tahu Buah roselle yang berwarna merah pekat sebenarnya datang daripada keluarga yang sama dengan bunga kebangsaan negara kita, apalagi kalau bukan bunga raya! Rasa jus buah roselle seakan-akan macam Ribena, tetapi tanpa gula. Buah roselle dikatakan boleh membuang panas badan dan boleh bantu kurangkan berat badan.

3. AIR SERAI

Hah? Air serai? Erkkk... Bukan semua orang tahu macam mana rasanya air serai. Tapi, adakah korang tahu yang serai adalah sejenis herba yang boleh menyembuhkan batuk, selsema dan sakit tekak? Jika rasa tidak sihat ataupun rasa sakit tekak, cepatlah masak serai dengan air dan minum bersama madu. Pada masa yang sama, boleh menikmati minuman ini di restoren tertentu yang disaji dengan ais krim.

2. JUS DURIAN BELANDA

Buah durian belanda sedap dimakan dan dipercayai sangat bagus untuk badan manusia. Jus durian belanda dapat  melegakan haus dan juga menyembuhkan ulser serta penyakit yang berkaitan ginjal. Boleh juga buat jus durian belanda di rumah daripada membeli di pasar raya yang kebanyakkan jus durian belanda di dalam botol mengandungi kandungan gula yang tersangatlah banyak.

1. AIR KELAPA

Juara Jus Minuman yang dapat hilangkan dahaga waktu petang semestinyalah Air Kelapa. Kalau nak ikutkan Air Tebu yang nombor 1 sebenarnya tapi antara Air Tebu VS Air Kelapa, air kelapa mempunyai banyak khasiat daripada air tebu atau orang utara panggil air nyok.

Air kelapa mempunyai banyak potassium utuk memberi anda tenaga selepas bersenam. Selain itu, ia juga sesuai untuk melegakan rasa haus.

Sajian Jus Untuk Juadah Minum Petang @ djdanchef

Baca Penuh Sajian Jus Untuk Juadah Minum Petang

Wednesday, 8 May 2013

Resepi Bingka Ubi Kayu PakNil

Masterchef Selebriti Malaysia |Resepi Bingka Ubi Kayu| Resep Bengkang Bakar Datuk Aznil Haji Nawawi|Blog Masakan


Kelmarin baru saja berlangsungnya Masterchef Selebriti Malaysia. Djdanchef sempat tonton program masakan tu. Entah macam mana rasa tertarik pula dengan bingka atau bengkang ubi kayu yang dimasak sendiri oleh Pak Nil tetapi Pak Nil olah resepi bingka ubi kayu dengan masukan beberapa bahan lain seperti kismis untuk nampak lain daripada yang lain. Dan semua chef juri sangat suka bingka ubi kismis yang dibuat oleh Pak Nil.

Dan dibawah ini djdanchef kongsikan resepi Datuk Aznil Haji Nawawi.

Resepi Bingka Ubi Kayu Bersama Kismis | Resipi Bengkang

* Tapi pihak astro tak masukkan berapa sukatan bagi setiap bahan.

Bahan-bahan Bingka Ubi

- Ubi kayu
 - Kismis
- Tepung beras
- Santan
- Daun pandan
- Gula Merah
- Telur
- Gula

Cara Memasak / Buat Bingka Ubi

i. Kisar ubi kayu sehingga lumat.

ii. Bancuh bahan kisar dengan telur dan gula.

iii. Masukkan santan dan sedikit tepung beras.

iv. Taburkan kismis ke dalam adunan.

v. Bakar adunan selama 20 minit.

vi. Untuk emnyediakan sirapnya, masak gula Melaka bersama daun pandan.

vii. Potong dadu ubi kayu dan rebus bersama gula Melaka dan daun pandan.

viii. Setelah masak, hidangkan bingka disira dengan gula Melaka.



Resepi Lain:
- Resepi Ayam Masak Kicap
- Resepi Puding Roti Bakar
- Resepi Sambal Udang
- blog masakan @djdanchef


Baca Penuh Resepi Bingka Ubi Kayu PakNil

Friday, 3 May 2013

Resepi Kek Pisang Bakar

Resepi Kek Pisang Bakar Mudah Gebu|Resipi Kek Moist|Banana Cake Recipe

Kek pisang antara kek yang djdanchef rasa kerap juga dibuat oleh rakyat malaysia. Dan selalunya di bakar untuk majlis istimewa atau diberi kepada jiran tetamu yang tinggal jauh. Ada juga buat kek pisang untuk bekalan sebab akan hadapi perjalanan yang agak panjang.

Dan dibawah ini djdanchef kongsikan banana cake recipes.

Resepi Kek Pisang Bakar

Bahan-Bahan Kek Pisang Bakar

1 1/2 cwn gula halus
3 bj telur gred A
3/4 cawan minyak/planta cair
2 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil garam
5 biji pisang emas/jenis lain (saiz 5 inci)

Cara Buat Kek Pisang

1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila dan garam, kacau rata.

2. Masukkan minyak berselang seli dengan tepung yang telah diayak bersama soda dan baking powder.

3. Masukkan pisang yang dilecek. Gaul adunan hingga sebati.

4. Kemudian tuang ke dalam loyang empat segi atau bingka yang telah dilengser.

5. Bakar dengan oven api perlahan, suhu 185'c selama 45 minit - 1jam atau sehingga masak.

Resepi Kek Lain:
- Resepi Kek Coklat
- Resepi Kek Pavlova

Selamat mencuba resepi kek pisang bakar - Blog masakan @ djdanchef


Baca Penuh Resepi Kek Pisang Bakar

Tuesday, 30 April 2013

Resepi Puding Roti Bakar

Resepi Puding Roti Bakar Mudah Sedap|Resipi Pudding Berkuah Sos Kastard|Homemade Baked Bread Pudding With Custard Recipe

Setiap hidangan kalau tak ada pemanis mulut memang rasa tak lengkap. Hari ini djdanchef nak kongsikan resepi puding yang simple dan tak memerlukan terlalu banyak bahan.

Resepi Puding Roti Bakar
Resipi diolah dari: suriyatizuhaini@myresipi.com
Anggaran: 5 orang makan

Bahan-Bahan Resepi Puding Roti Bakar

- 10 keping roti sandwich
- 45 ml susu cair
- 2 sudu besar majerin/butter
- 1biji telur
- 2 sudu besar tepung jagung/kastad
- Sedikit garam
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis (bergantung pada anda)
- 1 sudu kecil asen vanila (digunakan untuk hilangkan bau hanyir)
- 100 gram gula (sebaiknya dikisar agar lebih halus dan mudah sebati)
- 50 gram kismis (bergantung pada anda)

Cara Buat / Masak Puding Roti Bakar

1. Di dalam satu bekas, carikkan @ koyakkan roti dan rendam bersama susu cair. Biarkan seketika agar susu dapat meresap ke dalam roti.

2. Kemudian, cairkan majerin atas api yang perlahan.

3. Satu bekas yang lain pula, pukul telur dan masukan bahan satu persatu - garam, tepung jagung, esen vanila, serbuk kayu manis, majerin cair, gula dan kismis.

4. Gaul adunan tadi sehingga sebati dan tuangkan ke atas bekas roti yg direndam dengan susu tadi.

Lihat Juga:
- Resepi Puding Trifle Strawberry

5. Gaul perlahan adunan puding roti bakar tu.

6. Kemudian bakar dalam 45 minit - 1 Jam ikut kesesuaian, kalau suka garing bakar lama sikit.

Bolehla cuba resepi puding roti bakar ni. -Blog masakan djdanchef


Baca Penuh Resepi Puding Roti Bakar

Friday, 26 April 2013

Resepi Makaroni Bakar

Resepi Makaroni Bakar Cheese|Resipi Keju Mudah Sedap Senang|Macaroni Cheese Baked Recipes|Blog Masakan

Makaroni antara makanan yang sangat digemari terutama sekali untuk yang gila makan pasta selain spaghetti.

Resepi Makaroni Bakar @ Macaroni Cheese Baked Recipe

Bahan-Bahan Macaroni Bakar

(sumber: dayangsenandung@myresipi.com)

- 250g macaroni (setengah bungkus)
- 5 biji telur gred A
- 1 paket sedang daging kisar (pilihan lain boleh juga letak daging rebus dan dipotong kecil-kecilan)
- 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dipotong kecil-kecilan)
- 3 sudu minyak (untuk menumis)
- Garam dan serbuk perasa
- Sedikit lada sulah

Untuk bahagian topping (atas):
- Sos cili
- Sos tomato
- Mayonis dan keju
- Mozarella yang diparut

Alatan:
- Loyang bulat atau loyang 4 segi.

Cara Buat / Memasak Makaroni Bakar

Lihat Resipi Lain:
- Resepi Makaroni Goreng

1. Pertama sekali, rebus macaroni sehingga empuk. Kemudian basuh dan toskan. Ketepikan.

2. Panas minyak di kuali. Tumis bawang besar dan juga bawang putih.

3. Kemudian, masukkan daging dan biar seketika hingga daging masak.

4. Masukkan makaroni yang direbus tadi.

5. Selepas itu, masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah

6. Masukkan telur. Gaul hingga semua bercampur. Ketepikan.

7. Sapu loyang dengan majerin dan tuang semua adunan macaroni tadi ke dalam loyang.

8. Tabur keju (cheese) sehingga menutupi makaroni.

9. Kemudian, picit sos cili, sos tomato dan mayonis diatasnya.

10. Bakar dengan suhu 180' selama hampir 45 minit atau sehingga makaroni cair.

11. Setelah masak biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk elak dari pecah berderai.

Selamat mencuba resepi makaroni bakar ni. Blog Resepi Masakan @ djdanchef


Baca Penuh Resepi Makaroni Bakar

Wednesday, 24 April 2013

Resepi Puding Triffle Strawberry

Resepi Puding Triffle Strawberry|Resipi Agar Strawberi Krim Mudah|Mat Gebu Whip Cream

Info Tentang Puding Triffle
Puding triffle ni lebih kurang macam agar-agar atau jelly juga tetapi selalunya mempunyai banyak lapisan dan ditambah lapisan kek gulung atau swiss roll dan fruit cocktail.

Resepi Puding Triffle Strawberry Mudah

Bahan-Bahan Trifle Strawberry

-1 tin susu cair
-2 sudu besar gula
-4 sudu besar tepung kastard
-1 mangkuk air (air ini akan dicampur dengan kastard)
-1/2 biji kek gulung (swiss roll) bersaiz sederhana
-1 tin buah-buahan campur (asingkan air dan buahnya)
-1 peket agar-agar jeli perisa strawberi Nona
-2 cawan air panas

Bahan Hiasan Atas:
-Krim Putar
-Buah Strawberi

Cara Masak/Membuat Puding Triffle Strawberry

1. Pertama sekali, panaskan susu cair dengan gula. Ketepikan.

2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air dan kemudian masukkan kedalam susu cair yang sedang mendidih tadi

3. Masak sehingga betul-betul pekat. Kemudian bolehlah tutup api.

4. Di dalam bekas berasingan pula. Susunkan kek gulung. Kek gulung ni akan menjadi lapisan (layer) pertama. Kemudian, basahkan kek gulung tadi dengan air buah-buahan tin.

5. Bolehlah Masukkan buah-buahan tin sebagai lapisan kedua.

6. Untuk lapisan ketiga, tuangkan bancuhan kastard tadi ke atas susunan buah-buahan tadi.

7. Lapisan keempat pula adalah jeli. Caranya larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.

7. Tuangkan jeli tersebut di atas. Siap!

8. Untuk hiasan, bolehlah letak krim putar kemudian buah strawberry diatas sekali. Perfecto!

9. Sejukkan puding trifle strawberry tu. Bila dah keras bolehlah makan. - blog masakan djdanchef

Gambar: simplespeedysnacks.com


Baca Penuh Resepi Puding Triffle Strawberry

Resepi Ayam Goreng Madu

Resepi Ayam| Resepi Ayam Goreng Madu|Resipi Kepak Masak Bakar Berempah Mudah|Honey Fried Chicken Chef Wan

Resepi Ayam Goreng Madu

Bahan-Bahan Ayam Goreng Madu
Ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
3 sudu besar madu
Lada hitam
Serbuk kunyit
Garam
Minyak masak secukupnya

Cara Masak/Buat Ayam Masak Madu
1. Pertama kali cuci ayam sehinga betul-betul bersih. Kemudian toskan.

2. Cucuk-cucukan ayam dengan garfu ataupun siat-siat dengan pisau supaya bahan-bahan perap dapat menyerap dengan lebih mudah.

3. Gaulkan ayam tadi bersama kunyit, garam, sos tiram, kicap, madu dan lada hitam.

4. Biarkan ayam diperap selama 1 jam atau lebih.

5. Kemudian bolehlah terus menggoreng.

Resipi Lain:
- Resepi Ayam Masak Halia
- Resepi Ayam Masak Kicap
- Resepi Sambal Udang

Mudah dan senang resepi ayam goreng madu ni. -djdanchef

Gambar: chickenrecipesplease.wordpress.com


Baca Penuh Resepi Ayam Goreng Madu

Sunday, 21 April 2013

Resepi Ayam Masak Kicap Orang Bujang

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas|Resipi Mudah Senang|Chef Wan Soy Sauce Chicken Recipe

Resepi Ayam Masak Kicap
(UNTUK 2 ORANG)

Bahan-Bahan Ayam Masak Kicap

- 1-2 bahagian paha ayam (resepi ini untuk 2orang)
- Garam
- Kunyit
- Minyak
- 1 biji bawang besar (hiris nipis)
- 2 ulas bawang puting (mayang)
- 1inci halia- (cincang)
- Kicap pekat manis (agak-agak)
- 2-3 biji cili padi
- 1 batang cili hijau

Cara Membuat/Masak Ayam Masak Kicap

1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit kemudian goreng.

2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Tambah air sekiranya terlalu pekat. Gaulkan seketika sehingga ayam masak.

4. Setelah ayam masak masukkan cili hijau. Gaul sekejap dan siap untuk dihidangkan.

Lihat Juga:
- Resepi Ayam Masak Halia

Bahan-bahan resepi ayam masak kicap orang bujang yang digunakan tidaklah banyak. - djdanchef

Gambar: foodgawker.com


Baca Penuh Resepi Ayam Masak Kicap Orang Bujang

Resepi Sambal Udang Mudah

Resepi Sambal Udang Mudah|Resipi Udang Masak Sambal Tumis|Kering Petai Senang|Blog Masakan

Sambal udang memang kegemaran rakyat Malaysia terutama sekali yang jenis suka makan pedas-pedas. Cara buat sambal udang tumis ni memang mudah tak sampai 10 minit. Yang bujang duduk rumah sewa tu boleh la cuba masak.

Resepi Sambal Udang

Bahan-Bahan Sambal Udang

- 8-9 batang cili kering (lebihkan kalau nak pedas)
- 3-4 ulas bawang kecil/merah
- 2 ulas bawang putih
- Udang segar
- Air asam- 1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)
- Minyak (untuk menumis)
- Gula
- Garam..
- 1 Labu Bawang Besar (dihiris)
- Petai (kalau nak)

Cara Membuat/Masak Sambal Tumis Udang

1) . Kisarkan bawang putih, bawang merah dan cili kering yang telah direndam. Kisar bahan sehingga halus.

2. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga garing dan sehingga minyak naik.

3. Kemudian masukkan udang.

4. Masukan garam dan gula boleh lebihkan gula untuk dapat rasa yang lebih manis.

4. Masukkan petai sekiranya anda ingin buat resepi udang sambal petai.

5. Selepas itu, masukkan air asam jawa. Biarkan mengelegak.

6. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biarkan seketika.

7. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi sambal udang simple ni. -djdanchef

kredit gambar: resepiilhamku.blogspot.com .


Baca Penuh Resepi Sambal Udang Mudah

Saturday, 13 April 2013

Resepi Makaroni Goreng

Resepi Makaroni Goreng Pedas|Macaroni Bakar Cheese| Mudah Sedap|Blog Masakan.

Rona Roni Macaroni sebuah drama lakonan Sharifah Armani dan Bront Palarae merupakan salah satu drama yang sedikit sebanyak telah membuka mata rakyat Malaysia mengenai makaroni.

Info Tentang Makaroni

Untuk yang masih belum tahu, makaroni (macaroni) adalah masakan yang lazim dimakan oleh masyarakat negara Itali. Makaroni termasuk dalam kategori pasta yakni adik beradik kepada spaghetti, fettucine, pellizzoni dan macam-macam lagi kang pening kepala korang pula. Hehe

Resepi Makaroni Goreng Pedas

Resepi ini adalah resepi makaroni goreng yang pedas sikit dan diubah dari intanredha@myresipi.com

Bahan-Bahan Resepi Makaroni Goreng

*1 bungkus daging cincang atau sedikit UDANG *

500 gram makaroni
2 senduk cili kisar (cili kering bersama sedikit bawang merah dan bawang putih)
7 ulas bawang merah kecil (dimayang)
5 ulas bawang putih (dimayang)
Sedikit cendawan butang
2 batang carrot (dipotong dadu/panjang)
5 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tiram
cili merah, daun saderi dan daun bawang sebagai hiasan.

Cara Memasak / Buat Makaroni Goreng

1. Didihkan air terlebih dahulu.

2. Kemudian masukan macaroni. Rebus makaroni selama lebih kurang 5 minit.

3. Semasa rebus tu masukkan sedikit garam dan 1 sudu kecil minyak zaiton atau minyak masak ke dalam air rebusan tadi.

4. Setelah makaroni empuk, toskan. Biarkan seketika.

5. Panaskan kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang sehingga kekuningan dan naik bau.

6. Kemudian, masukkan cili kisar. Kacau.

7. Setelah bahan-bahan tadi agak garing, masukkan daging kisar (atau udang). Kemudian masukkan sedikit air supaya daging empuk.

8. Bolehlah masukkan cili sos dan sos tiram serta garam. Tumis sebentar.

9. Masukkan cendawan butang, dan carrot.

10. Masukkan makaroni.

11. Akhir sekali, hias makaroni goreng dengan cili, daun saderi dan daun bawang.

12. Siap untuk di pelahap.

Lihat Juga:
- Resepi Ayam Masak Halia
- Resepi Lepat Pisang

Gambar: food.sulekha.com


Baca Penuh Resepi Makaroni Goreng

Friday, 12 April 2013

Resepi Ayam Masak Halia

Blog Masakan|Resepi Ayam Masak Halia|Resipi Sedap Mudah|Chicken Ginger Recipe

Ayam memang djdanchef tak nafikan merupakan bahan yang sering digunakan untuk masakan selain ikan dan daging.

Macam-macam masakan yang kita boleh masak guna ayam contoh ayam masak lemak cili api, ayam masak kicap, ayam masak kari, masak merah, masak hijau.. Ha masak hijau? Letak sos hijau (thailand) jadilah ayam masak hijau.. Hehe

Resepi Ayam Masak Halia

Bahan-Bahan Ayam Masak Halia
Isi ayam (ikut anda banyak mana)
3 inci halia muda (potong nipis memanjang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar seasoning
1 biji bawang merah (dimayang)
1 biji cili merah (dimayang serong)
Sedikit air
Garam
Gula
Sedikit minyak

Cara Membuat / Masak Resepi Ayam Masak Halia

1. Panaskan minyak.

2. Masukkan bawang dan halia. Tumis bahan tadi sehingga naik bau semerbak.

3. Kemudian masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak.

4. Selepas itu masukkan sos tiram, seasoning dan sedikit air ikut kepekatan anda.

5. Masukkan garam dan gula. Rasa masakan tersebut.

6. Akhir sekali, masukkan cili merah dan kacau.

7. Angkat dan hidangkan.

8. Boleh juga tabur sedikit daun bawang sebagai hiasan.

Bolehlah cuba resepi ayam masak halia yang mudah ni. Resepi @djdanchef

Lihat Juga:
- Resepi Roti Jala
- Resepi Pesakit Kencing Manis

Kredit Gambar: Puspanita JPNN


Baca Penuh Resepi Ayam Masak Halia

Tuesday, 9 April 2013

Resepi Roti Jala

Sedap Resepi Roti Jala Berinti | Resipi Roti Jala Lembut Mudah Gebu | Roti Kirai Kuah Kari Daging Ayam Recipes | Blog Masakan

Roti jala? Makanan yang boleh dikatakan digilai ramai rakyat Malaysia terutama sekali yang jenis gila makan kari ayam, daging mahu pun ikan.

Selalunya roti jala ini dihidangkan pada hari-hari istimewa seperti Majlis Kahwin, Hari Raya Aidiladha dan Aildilfitri, Sambutan Hari Jadi dan lain-lain kenduri yang sangat istimewa.

Resepi Roti Jala

Bahan-Bahan Roti Jala

250 gm tepung gandum
320 ml santan (boleh ganti dengan susu segar)
1 biji telur
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
Minyak sapi untuk meleser kuali

Cara Masak/Membuat Roti Jala

Berikut adalah cara buat roti jala yang mudah:

1. Adunkan semua bahan sehingga sebati.

2. Kemudian tuangkan ke dalam mesih pengisar.

3. Blend (kisar) beberapa minit agar tidak bergentel.

4. Isikan adunan ke dalam acuan roti jala.

5. Cuba lakukan untuk kali pertama sekiranya adunan keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala

6. Kalau semuanya dah o.k, boleh jala di atas kuali leper yang telah dileser dengan minyak.

7. Biarkan masak. Dan boleh diangkat. Sekejap je.

Mudah saja kan? Boleh lah cuba resepi roti jala ni di rumah dan kalau dah siap jangan lupa hantar ke rumah djdanchef sekali. Hehe

Lihat Juga:
- Resepi Kuah Yong Tau Foo
- Resepi Lepat Pisang

Gambar: SajiOnline


Baca Penuh Resepi Roti Jala