djchef February 2013 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 28 February 2013

TERKINI: Jambatan Runtuh di Putrajaya Link Cyberjaya | Highway Elite

Gambar jambatan runtuh di putajaya / cyberjaya link | highway elite

28 Februari 2013: Djdanchef baru dapat tahu jambatan di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya (Highway) Elite telah pun runtuh. Kawasan kajian berdekatan dengan Selangor Science Park.




Jadi antara jalan alternatif yang boleh dilalui oleh pemandu seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya / Cyberjaya.



Baca Penuh TERKINI: Jambatan Runtuh di Putrajaya Link Cyberjaya | Highway Elite

Senarai Pencalonan Festival Filem Malaysia Ke 25 FFM25 | Kategori Anugerah Perdana

Senarai TOP 5 Pencalonan Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) Pada 2 Mac 2013.


Sabtu ini akan berlansungnya satu anugerah berprestij yang meraikan dan menobatkan industri seni perfileman Malaysia. Djdanchef nampak calon-calon top 5 yang bertanding untuk setiap kategori FFM25 sangat-sangat hebat kesemuanya.

Djdanchef perhatikan Filem Bunohan dan Songlap banyak tercalon dalam pelbagai kategori. Dimana ada songlap disitulah juga ada bunohan.

Senarai Calon Festival Filem Malaysia KE-25 FFM25 (Anugerah Perdana)

Sinematografi Terbaik
1. Songlap
2. Ombak Rindu
3. Hoore Hoore
4. Misteri Jalan Lama
5. 29 Februari

Lakon Layar Terbaik
1. Songlap
2. Bunohan
3. Untuk Tiga Hari
4. 29 Februari
5. Seefood

Cerita Asal Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. Hantu Gangster
4. 8 Jam
5. Misteri Jalan Lama

Penyunting Terbaik
1. 29 Februari
2. Songlap
3. Hoore Hoore
4. SAM
5. Hantu Kapcai

Festival Filem Malaysia Ke 25

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Amerul Affendi (Bunohan)
2. Husyairi Hussain (Bunohan)
3. Bront Palarae (Jiwa Taiko)
4. Syafie Naswip (Songlap)
5. Omar Abdullah (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Normah Damanhuri (Songlap)
2. Lisa Surihani (Ombak Rindu)
3. Fauziah Nawi (Hoore Hoore)
4. Nabila Huda (Jalan Kembali)
5. Lana Nordin (Chow Kit)

Pelakon Harapan Lelaki
1. Izzue Islam (29 Februari)
2. Akim Ahmad (Hoore Hoore)
3. Hazami Azmi (Apa Celop Toqq)
4. Shahrizal Jaszle (Azura)
5. Iedil Putra (Ngorat)

Pelakon Harapan Wanita
1. Farah Nazirah (Hoore Hoore)
2. Jojo Goh (29 Februari)
3. Neelofa (Azura)
4. Mon Ryanti (Keramat)
5. Shima Anuar (Sumpahan Keramat)

Pelakon Lelaki Terbaik FFM25
1. Faizal Hussein (Bunohan)
2. Pekin Ibrahim (Bunohan)
3. Zahiril Adzim (Bunohan)
4. Shaheizy Sam (S.A.M.)
5. Shaheizy Sam (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik FFM25
1. Maya Karin (Ombak Rindu)
2. Sara Ali (Songlap)
3. Vanidah Imran (Untuk Tiga Hari)
4. Nadiya Nisaa’ (Jiwa Taiko)
5. Farah Nazirah (Hoore Hoore)

Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012

Pengarah Terbaik
1. Dain Said (Bunohan)
2. Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak (Songlap)
3. Syafiq Yusof (S.A.M.)
4. Osman Ali (Ombak Rindu)
5. Saw Teong Hin (Hoore! Hoore!)

Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik
1. Seefood
2. Kepong Gangster
3. Ah Beng The Movie
4. Petaling Street Warriors
5. Ghost Buddies

Filem Terbaik Festival Filem Malaysia 25
1. Bunohan
2. Songlap
3. Ombak Rindu
4. SAM
5. 29 Februari

Majlis Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25) ini akan berlangsung pada sabtu ini 2 Mac 2013 bersiaran di Astro Ria dan Astro Mustika HD pada pukul 9 Malam.

Baca Penuh Senarai Pencalonan Festival Filem Malaysia Ke 25 FFM25 | Kategori Anugerah Perdana

Wednesday 27 February 2013

Lirik Lagu Siapa Ingin Membawa - Fahrin Ahmad | OST Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Lirik lagu ost siapa ingin membawa fahrin ahmad | lagu tema drama rindu bertamu di abu dhabi slot akasia tv3.

Agak ramai yang terkejut apabila mendapat tahu pelakon kacak Malaysia , Fahrin Ahmad boleh menyanyi selain pandai berlakon.

Fahrin ahmad telah menyumbangkan suara nyanyianya untuk drama yang semakin mendapat sambutan sekarang ini iaitu drama rindu bertemu di abu dhabi.

lirik lagu siapa ingin membawa fahrin ahmad

Lirik Lagu Tema OST Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
Siapa Ingin Membawa - Fahrin Ahmad


Siapa ingin membawa
Aku terbang ke sana
Ke langit tinggi
Ke awan cinta

Siapa ingin membawa
Aku layar bersama
Ke laut dalam
Ke dasar mu sayang

Masihkah ada jalan bahagia
Simpati belas..

Komposer Lagu Siapa Ingin Membawa

Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya
Hak Cipta: Art Effect International

Baca seterusnya:
- Sinopsis Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
- Lirik Lagu OST Rindu Bertamu Di Abu Dhabi - Siapa Ingin Membawa Fahrin Ahmad
Baca Penuh Lirik Lagu Siapa Ingin Membawa - Fahrin Ahmad | OST Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Rahsia Buat Duit Dengan Kosmetik Secara PERCUMA

Rahsia Cara Buat Duit Dengan Kosmetik

Sekarang ramai yang sudah mula membuka mata dan melibatkan diri dalam dunia perniagaan internet. Dahulu ramai yang agak kurang percaya tetapi sekarang bilangan orang yang menjana pendapatan hanya melalui internet atau secara online makin bertambah.

Disini djdanchef ingin mengajak anda cara membuat duit dengan kosmetik. Kosmetik ini tidak tertumpu kepada alat mekap tetapi juga termasuk cara menjana wang melalui minyak wangi (perfume) dan produk penjagaan diri.

DAPATKAN RAHSIA BUAT DUIT DENGAN KOSMETIK SECARA PERCUMA??

Antara rahsia yang akan didedahkan:

- Bagaimana memulakan bisnes kosmetik hanya dari rumah. TANPA menyimpan stok! (Nak simpan stok pun boleh jugak!)

- Membongkar cara menggandakan keuntungan bisnes kosmetik TANPA Modal yang besar. TANPA Pekerja & TANPA Pejabat!

- Bagaimana memulakan bisnes kosmetik secara separuh masa tanpa perlu meninggalkan kerja anda sekarang! (Nak buat sepenuh masa pun boleh!)

 - Katalog yang dipenuhi dengan PRODUK PANAS yang sentiasa mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi.

- PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Rahsia bagaimana anda boleh bermula dengan TANPA MODAL langsung dan masih boleh buat keuntungan berlipat kali ganda!

- Dan banyak lagi!



BAGAIMANA CARA NAK DAPAT RAHSIA BUAT DUIT DENGAN KOSMETIK SECARA PERCUMA?

JAWAPAN: HANYA ISI NAMA DAN EMAIL ANDA

Senang saja, tak payah pening-pening, hanya masukkan nama dan email anda ke dalam ruangan yang disediakan. Link download rahsia buat duit akan dihantar ke email anda dan anda boleh mula download link rahsia tersebut.


Klik banner dibawah untuk isi NAMA dan EMAIL anda.
ATAU KLIK SINI => http://goo.gl/SoOs7

LINK DOWNLOAD RAHSIA BUAT DUIT DENGAN KOSMETIK AKAN DIHANTAR TERUS KE EMAIL ANDA



Baca Penuh Rahsia Buat Duit Dengan Kosmetik Secara PERCUMA

Tuesday 26 February 2013

Bersama Dato Siti Nurhaliza: Secretaries' Week Luncheon 2013

Secretaries' Week Luncheon Minggu Setiausaha Bersama Dato Siti Nurhaliza di  The Royale Chulan Kuala Lumpur

Untuk tempahan boleh rujuk kepada banner di bawah ini

Baca Penuh Bersama Dato Siti Nurhaliza: Secretaries' Week Luncheon 2013

Saturday 23 February 2013

Sinopsis Drama Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3

Drama terkini | sinopsis jangan ganggu aku cerekarama tv3 | tonton lagu ost tema | barisan pelakon |

Malam ini akan bersiarannya drama yang djdanchef rasa akan memukau para penonton untuk tidak berganjak dari kaca televisyen. Slot Cerekarama TV3 selalu siarkan drama-drama yang menarik minat penonton pada malam hari sabtu.

Sinopsis Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3


drama jangan ganggu aku tv3, jangan ganggu aku cerekarama tv3, lagu ost tema jangan ganggu aku


Kisah bermula mengenai Razif (Rusdi Ramli) yang berkorban segalanya untuk membesarkan adiknya sehingga dia membatalkan impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada masa yang sama berusaha bekerja dalam usia yang masih muda semata-mata mahu memastikan mereka bertiga dapat hidup sempurna.

Kesusahan hidup membuatkan dia bersikap amat tegas dan terlalu mengawal adiknya Romi (Munif Isa) yang bekerja selepas menamatkan pelajaran di universiti dan Rosma (Miera Liyana) yang masih belajar di kolej.

Romi dan Rosma selalu meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap sikap Razif yang terlalu tegas dan mengongkong walaupun mereka sudah boleh berdikari. Romi pernah menyuarakan hasrat untuk tinggal di luar, tetapi dihalang oleh Razif atas alasan pesanan terakhir ayah mereka yang mahukan mereka tinggal sebumbung walaupun selepas berkahwin.

Romi tidak tahan diperlakukan seperti budak kecil dan semuanya dikawal oleh Razif yang berlagak seperti seorang ayah. Setiap kali Romi dan Rosma menyatakan hasrat mereka untuk berdikari setiap kali itulah Razif bertegas dan melarang.


Razif juga seorang pelukis, sebenarnya dalam diam, Razif baru sedar setiap lukisan yang dilukisnya ketika dia sedang marah atau tertekan selepas bergaduh dengan adiknya membuahkan hasil yang lebih menakjubkan. Malah, lukisan itu dapat dijual dengan harga tinggi. Jika sebelum ini, lukisan Razif banyak diinspirasikan oleh kehidupannya membesarkan Romi dan Rosma, tetapi kini, pertengkaran mereka pula melontarkan makin banyak ilham.

Kerana itulah ada kalanya Razif sengaja menyemarakkan api kemarahan Rosma dan Romi supaya mereka bertengkar dan bergaduh. Razif tak mahu sumber ilhamnya iaitu Romi dan Rosma keluar dari rumahnya. Walau bagaomanapun, Razif sebenarnya terlalu sayangkan Romi dan Rosma yang bagaikan anaknya, tetapi dia tidak pandai untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada mereka.

Apa yang akan terjadi seterusnya? Kenalah tonton drama ini nanti


Barisan Pelakon Drama Jangan Ganggu Aku

Antara pelakon - pelakon yang terbabit dalam cerekarama ini iailah Rusdi Ramli, Yasmin Hani, Meira Liyana dan Munif Isa.

Djdanchef syor saksikan drama jangan ganggu aku untuk slot cerekerama tv3 pada 23 Februari 2013  pada pukul 10 malam di tv3.

Baca Seterusnya:
- Sinopsis Drama Mariam Kampung Putat
- Sinopsis Di Bawah Langitmu Cerekarama TV3
Baca Penuh Sinopsis Drama Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3

Friday 22 February 2013

Resepi Kuih Lepat Pisang Kukus

Resipi Kuih Sedap Dan Mudah | Resepi Lepat Pisang Kukus | Blog Resepi Masakan trymasak.my

Lepat Pisang merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Melayu.Dan kuih lepat pisang memang salah satu makanan kegemaran djdanchef. Makan pula masa lepat pisang tengah-tengah panas memang sedap tak terkatalah jawabnya.

Sekarang djdanchef akan kongsikan cara membuat lepat pisang yang djdanchef ambil dari video trymasak.my. Selaku portal resepi kegemaran djdanchef.

Cara buat lepat pisang ini tidaklah susah, agak senang dan mudah.

Resepi Lepat Pisang Kukus
(trymasak.my)

Bahan-bahan

1 Sikat Pisang
Daun Pisang Yang Secukupnya Untuk Membungkus
1 1/2 Cawan Tepung Gandum
1/4 Tepung Beras
1/2 Cawan Santan
2 Sudu Besar Gula
Sedikit Garam

Cara Buat Lepat Pisang Kukus:
1. Buang kulit pisang dan potong pisang kecil-kecil untuk memudahkan proses melenyekkan pisang selepas ini nanti. Letakkan pisang tersebut dalam suatu bekas dan lenyekkannya sampai lumat.

2. Lepas pisang sudah lumat. Masukkan santan dan kacau sampai sebati.

3. Kemudian masukkan gula dan garam. Gaul sikit lagi.

4. Bahan akhir sekali, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sehingga sebati.


5. Setelah adunan sebati. Sudukan atau sedukkan adunan tersebut terus letakkan di atas daun pisang dan bungkuskan dengan kemas. Ulangi kaedah ini sampai habis adunan dalam bekas tadi di bungkus.

Letakkan adunan di atas daun pisang

6. Setelah semua lepat pisang dibungkus. Letak dan aturkan lepat pisang ke dalam periuk kukus / periuk stim.

7. Biarkan di kukus dalam 20-40 minit atau sehingga masak.

Kuih lepat pisang yang sudah siap

Selamat mencuba resepi lepat pisang kukus dan simple. Kalau rajin boleh pula melihat resepi lempeng pisang yang sedap.


Baca Penuh Resepi Kuih Lepat Pisang Kukus

Sinopsis Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi TV3 |Slot Akasia

Sinopsis Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Slot Akasia TV3

Drama baru yang menggantikan drama setia hujung nyawa ini telah pun memikat hati para penonton di tv3. Djdanchef pun kadang-kadang terlepas juga untuk tengok cerita ini. Antara barisan pelakon dalam drama ini adalah Fahrin Ahmad, Tasha Shila, Fauziah Ghous, Aiman Hakim Redza dan Shah rizal Jaszle.

Sinopsis Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

sinopsis rindu bertamu di abu dhabi, rindu bertamu di abu dhabi tv3

1) Firdaus membawa diri ke Abu Dhabi

Watak utama dalam drama ini bermula mengenai Firdaus yang dilakonkan oleh Fahrin Ahmad yang telah membawa diri ke Abu Dhabi kerana tidak menahan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Firdaus terpaksa memutuskan talian pertunangan dengan Fatin yang dilakonkan oleh Fouziah Gous dan meninggalkan keluarganya.

Sekarang Firdaus telah mempunyai kerjaya yang sangat tinggi di kota Abu Dhabi sebagai seorang jurutera kanan. Firdaus hidup tenang di sisi isterinya, Ain Farohah lakonan Tasha Shila bakal menerima cahaya mata pertama tetapi hatinya sering terusik dengan kenangan silam. Ain pula menyimpan rahsia tentang kandungannya kerana tidak mahu mengecewakan Firdaus dan sanggup mengambil risiko untuk melahirkan anak mereka.

2)Firdaus hanya sekadar anak terbiar?

Penyatuan antara Firdaus dan Ain bermula dengan sebuah fitnah yang dirancangkan oleh Faiz (Shahrizal Jaszle) yang tidak pernah berpuas hati dengan abang angkatnya dimana Firdaus lebih disayangi oleh  Haji Ilham (Dato’ Rahim Razali) dan Hajah Kirana (Lidyawati). Pada hakikatnya Firdaus hanyalah bayi terbiar yang dijumpai oleh Haji Ilham dan Hajah Kirana yang inginkan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Kebaikan dan kecerdikan Firdaus telah menjadi anak emas dan harapan kepada Haji Ilham sehinggalah kes khalwat yang telah memusnahkan segala-galanya.

Sambungan sinopsis rindu bertemu di abu dhabi, Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz dimana mereka berdua telah ditangkap khalwat dengan keadaan tidak sedar diri di dalam bilik. Dengan segera Haji Ilham menghalau Firdaus keluar dari rumahnya dan ibu Ain pula meninggal dunia akibat tekanan akibat kes khalwat itu. Ain telah hilang tempat bergantung manakala adiknya, Mira (Elyssa Murni) menyalahkannya atas segala yang berlaku. Firdaus telah fikir masak-masak dan patut bertanggungjawab ke atas Ain. Oleh itu, Firdaus dengan berat hatinya memutuskan tali pertunangan dengan Fatin dan berkahwin dengan Ain.

3) Faiz mula tidak senang dengan kedatangan Firdaus

Acara pernikahan Firdaus dan Ain hanya disaksikan oleh Hajah Kirana dan adik bongsunya, Fareez (Aiman Hakim Ridza). Faiz pula berasa tidak puas hati dengan kehadiran Firdaus dalam keluarganya akan menggugat kedudukannya sebagai waris untuk mengambil alih syarikat Haji Ilham. Bagi Faiz, Firdaus hanyalah anak pungut yang menumpang kasih sayang daripada ibu bapanya. Faiz yang hanya tahu berjoli dan menghabiskan duit bersama teman wanitanya, Fifi (Syatila Melvin) memulakan rancangannya untuk menguasai perniagaan Haji Ilham djdanchef.blogspot.com.

4) Fareez menjemput Firdaus segera pulang ke Malaysia

Fareez telah bertolak ke Abu Dhabi untuk menjejaki abangnya bagi memenuhi hasrat neneknya yang mahu berjumpa dengan Firdaus sebelum meninggal dunia. Firdaus terkejut dengan kemunculan Fareez tetapi ego telah mengatasi segalanya dan Firdaus masih belum bersedia untuk pulang ke Malaysia.

Haji Ilham pula menetapkan syarat bahawa Faiz perlu berkahwin berumah tangga dahulu sebelum syarikat itu  diserahkan sepenuhnya kepada Faiz. Sementara ketiadaan Firdaus, Fatin merupakan orang yang amat dipercayai oleh Haji Ilham dalam urusan hal ehwal syarikat.

Apa yang akan terjadi kepada Firdaus? Dan apakah konflik yang bakal menimpa Firdaus, Fatin dan Ain?

Teruskan bersama Drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi setiap Isnin - khamis pada pukul 7 malam menerusi slot akasia TV3. Boleh juga tonton online setiap episod di www.tonton.com.my dan di facebook di bawah.

Baca Seterusnya:
- Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Ganti Setia Hujung Nyawa
- Lagu Tema OST Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Siapa Ingin Membawa - Fahrin Ahmad
Baca Penuh Sinopsis Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi TV3 |Slot Akasia

Thursday 21 February 2013

Keluarga Rafael Felmar Makan Makanan Kitar Semula

Ramai yang agak geli dan jijik untuk mengambil makanan yang telah dibuang dalam tong sampah. Bahkan ingin mengambilnya pun sudah geli macam mana pula kalau ingin makan makanan tersebut pula?

Perkara itu tidaklah menjijikan bagi seorang jejaka yang berasal dari Jerman, Rafael Felmar. Rafael Felmar sudah berkeluarga dan tidak mempunyai  pekerjaan. Dia lebih suka mengumpul makanan dari tong sampah dan menjadi sumber makanan harian buat dirinya dan keluarga.


Menurut Rafael, dia melakukan begini bukan kerana malas untuk bekerja tetapi ini merupakan salah satu peluang untuk mengurangkan wang keluar dari poketnya dan pada yang sama mengurangkan pembaziran makanan yang dibuang oleh manusia di sekitar kawasan itu.

Berikut adalah gambar yang djdanchef ambil dari blog cahayaair.



antara makanan yang dikutip oleh keluarga Rafael

Menjimatkan! Walaupun mempunyai rumah yang selesa

Masa untuk makan!

Baca Penuh Keluarga Rafael Felmar Makan Makanan Kitar Semula

Wednesday 20 February 2013

Jeslina Hashim Bercerai dan Hak Jagaan Anak

Jeslina hashim dan dion andrew ber cerai |kes hak penjagaan anak.

Hari ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur telah pun berlangsungnya sebutan pertama kes penceraian antara Jeslina hashim dan suaminya, Dion Adrew Vercoe.

Dikhabarkan mereka tidak tinggal sebumbung hampir 8 bulan. Jeslina Hashim telah mempunyai dua orang anak dan sekarang ini dibawah jagaan suaminya.

PENCERAIAN JESLINA DAN DION ADREW DITANGGUH

Penceraian antara mereka terpaksa ditangguh kerana Dion Adrew tidak dibenarkan melafaz talak disebabkan Jeslina masih dalam keadaan tidak suci.

Isu hak tuntutan penjagaan anak dan tuntutan mutaah juga menyebabkan mahkamah menetapkan tarikh baru untuk sebutan kes penceraian jeslina hashim.

Gambar yang djdanchef ambil dari Rotikaya.




Baca Penuh Jeslina Hashim Bercerai dan Hak Jagaan Anak

Tuesday 19 February 2013

Review Blog 4: HERNYZAR HELMIZAN

Review Blog Blogger Hernyzar Helmizan

Hernyzar Helmizan itulah nama blog yang diberi kepada pemilik blog hernyzar-helmizan.blogspot.com atau lebih mesra dengan panggilan Sara. Sara juga merupakan peserta bertuah untuk review blog by djdanchef bagi Contest My Top Referral By Blog Bingkisan Hati.

Blog Hernyzar Helmizan adalah blog yang menceritakan tentang kehidupan, perkongsian ilmu, tetapi yang utama dan yang paling menarik adalah kisah mengenai persiapan perkahwinan.

HERNYZAR HELMIZAN

1. SESI PERKENALAN

Nama Panggilan Blogger: Ada dua penulis iaitu Sara dan Mizan

Tempat Lahir: Sara dari Kuantan Pahang. Mizan dari Tawau, Sabah

Tarikh Lahir: Sara - 01.08.19**, Mizan - 12.02.19** (tahun biar dirahsiakan ya. :)

Hobi: Sara suka shopping. biasa lah perempuan kan. tak dapat shopping window shopping pun jadi lah. lain pula dengan mizan lebih gemarkan aktiviti sukan. mizan suka sukan futsal dan dart. yang bestnya di antara kami Hernyzar Helmizan... kami suka test vokal kami.. Vokal Bukan Sekadar Rupa.. haha. apa lagi karaoke lah. dan juga suka travel. most of time kami suka Jalan Jalan Cari Makan. bila travel kami dapat timba ilmu dan pelajari sesuatu kebudayaan yang unik di setiap tempat yang kami lawati.

Warna Kegemaran: Good question. Untuk soalan ini kami sangat kontra. Sara tak suke pink. tapi dari blog macam Sara seorang pencinta pink. hakikatnya "mungkin" tidak. tetapi "mungkin" ya juga. haha. most color yang sara suka adalah warna sejuk. macam warna pastel. tap[ kalau ikut koleksi baju, kasut, handbag pink yang paling banyak. yawww~!!!

Mizan suka warna-warna kehidupan. tahu tak warna apa ? haaa.. warna hitam dan putih. hitam gelap tanpa arah. putih suci masih boleh di corak. 2 warna yang tak dapat dipisahkan. that's Mizan

Makanan/Minuman Kegemaran: Favorite food sara adalah ayam goreng bahagian peha. wajib bahagian peha. haha. di samping ayam masak merah the most favorite dan masakan mak yang tiada tandingan. minuman ? emmmm... sangat tak suke air masak. tapi kene minum jugak. boleh kata air masak susah nak telan. tapi kalau kopi.. memang terbaik. Sara is coffee addicted. sangat sangat mengilai kopi. tapi sekarang dah tak boleh minum. sebab nak consume for baby after married. kene kurang kafein so Sara might choose hot choc and ribena. enough said. hahahhaa.

Mizan lebih sukakan masakan kampung. even Mizan juga makan nasi dengan megi. percaya tak ? percaya lah. tapi bahagian ayam yang Mizan suka adalah kepak. Miza tak suke makanan atau masakan yang pelik. memang takkan sentuh pun. for example sushi. hurmmm... (^___^) Mizan favorite drink is nescafe o ais. *maybe* cause Mizan still don't know what his favorite drinks. tapi selalu pesan kat kedai mamak nescafe o ais.

Nama Blog: Hernyzar Helmizan





2. SESI SANTAI BERSAMA BLOG HERNYZAR HELMIZAN

Apakah kenangan atau peristiwa manis Sara yang boleh dikongsikan?

Dalam kehidupan kenangan manis pahit itu adalah satu lumrah. kalau takde kenangan manis pahit tu tak lengkaplah sebuah kehidupan kan? sama juga dalam dunia blogger. semua itu mengajar untuk kita jadi lebih matang. macam yang Sara kene report polis tu (jawapan kat bawah). mengajar untuk lebih berhati-hati apabila menaip atau mengeluarkan sesuatu perkara.

Macam mana pula dengan kenangan pahit? Dengar citer ada kontroversi?

Actually this blog is Sara's 2nd blog after what happened to her 1st blog (sblm berkawan dgn Mizan). dalam dunia blogger ni Sara pernah kene report dengan polis sebab dituduh mengganggu privasi blog orang lain. walhal tak de apa pun yang berlaku. dan paling kelakar person yang buat report tu tak de lah blogger tegar pun. tapi kecoh macam mak nenek. haha. citer lama. malas nak ingat. tapi rasanya itulah kenangan pahit dalam dunia blogger.

Cuba bayangkan kalau Sara diberi RM 1JUTA apa yang Sara akan buat?

1st of all kami akan selesaikan yang wajib. hutang, hutang, dan hutang. mustahil kami tak de hutang kan. haha. telus abes ni. hutang zakat. itu dikira satu hutang kan? hehe. baru sekarang nak berzakat. so zakat-zakat yang wajib dikeluarkan dahulu harus di bayar juga secara Qada'. dan selebihnya haruslah menunaikan rukun Islam ke 5. bawa parents kami ke Mekah menunaikan Haji dan Umrah. sesuatu yang sangat kami impikan dan semua orang angankan. selain dari tu haruslah menggunakan sebaiknya. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sembilan per sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.” (Hadis riwayat Bukhari) kami akan mulakan perniagaan untuk menambah rezeki yang ada dan dengan rezeki yang didapati diagih-agikan seadil dan secukupnya kepada mereka yang memerlukan. impian dan azam yang kami tanam sekiranya suatu hari kami layak menerima saguhati sebegini :)

Kalau dapat RM1 ?

Sedekah dan zakat.




2. LATAR BELAKANG BLOG HERNYZAR HELMIZAN


Kenapa memilih nama blog Hernyzar Helmizan? Ada apa-apa rahsia?

Tiada rahsia. malah jelas maksudnya. nama kami berdua. Sarah Hernyzar dan Helmizan. cuma nama Sara di "silent"kan. haha. tinggal lah Hernyzar Helmizan. blog yang dibina untuk menulis rentetan kehidupan kami bersama. sejak pertemuan kali pertama sehingga in-sya-Allah kami mendirikan masjid dan mempunyai keluarga dan berkongsi suka duka kehidupan kami. tak ketinggalan juga persiapan perkahwinan kami dan info yang kami kongsikan mengikut pembacaan dan ilmu yang ada.

Sara ada blogger idola pilihan sendiri?

Mula berblongging tanpa pengetahuan. hanya sekadar suka-suka. orang kata syiok sendiri la. sebab tu tiada idola tapi banyak membaca dari blogger-blogger yang lebih senior dan berpengalaman.

Apa azam untuk tahun ini?

Mendirikan masjid dan membina keluarga.




3. JOM SINGGAH KE TERATAK HERNYZAR HELMIZAN

Sharing Is Sexy, Caring Is Charming :-)

Apa ucapan sara untuk blogger-blogger yang tengah membaca entri ini?

Kami Hernyzar Helmizan sangat berbesar hati menjemput sahabat blogger untuk menjengah ziarah blog humble kami dan berkongsi cerita / ilmu pengetahuan / suka duka kehidupan atau apa sahaja dengan kami. tinggalkan jejak atau komen kalian, in-sya-Allah kami pasti akan melawat kalian kembali. salam perkenalan dari kami Hernyzar Helmizan. kami tidak memaksa anda untuk mengikuti blog kami tapi jika sudi dan senang hati boleh subcribe kami melalui email juga :) happy blogging. sharing is sexy. caring is charming. dari hernyzar-helmizan.blogspot.com


Baca Penuh Review Blog 4: HERNYZAR HELMIZAN

Gambar Banjir Kilat Di IOI MALL Puchong 18 February 2013

Gambar Banjir Kilat Di IOI Mall Puchong 18 Februari 2013

Semalam telah pun berlakunya banjir kilat di sekitar kawasan Puchong yang agak teruk. Shopping kompleks IOI Mall di puchong menjadi tumpuan sepanjang hujan lebat sehingga kenderaan terperangkap disekitar IOI Mall disebabkan banjir kilat.

Bahkan djdanchef difahamkan air turut naik sehingga memasuki IOI Mall dan paras air yang terlalu tinggi juga hampir tenggelam kan beberapa buah kereta.

Gambar Banjir Kilat Di Puchong
























Baca Penuh Gambar Banjir Kilat Di IOI MALL Puchong 18 February 2013

Review Blog 3: IKA JOHAN

Review Blog Blogger Ika Johan

Djdanchef ada menjadi penaja review blog untuk segmen Contest My Top Referral By Bingkisan Hati. Blog Ika Johans merupakan peserta yang terpilih untuk direview oleh djdanchef. Tahniah buat Ika Johan.

Ika Johans merupakan blogger yang sangat ceria dan sangat meminati contest dan giveaway. Kepada yang ada buat contest tu bolehlah tag ika johan ni. :-)

IKA JOHAN


1. SESI PERKENALAN

Nama Sebenar: Siti Zulaika

Nama Blogger: Ika

Asal: Batu Pahat, Johor

Tarikh Lahir: 18 ogos (tahun dirahsiakan :p)

Hobi: Blogwalking & Blogging

Warna Kegemaran: Putih

Makanan Kegemaran: Semua makanan kecuali sayur

Artis Kegemaran: G-Dragon

Drama Kegemaran: Drama korea & jepun, contohnya playful kiss, Boys over flower, Ataschinci no danshi, Ouran high school host club, Hana kimi & else (sorry, banyak sangat contoh. hehe)

Nama Blog: Ika Johan





2. SESI SANTAI BERSAMA IKA JOHAN

Apa kenangan manis Ika sepanjang berblog?
Semestinya menang giveaway dan dapat berjumpa dengan blogger famous iaitu kak mia liana. Baca Ika Johans Pemenang Hadiah Pendrive Sony 4GB

Apa kenangan pahit Ika selama berblogging ini?
Blog lama ter-auto-delete sebab salah isi borang information dekat '+you' Ohh sadisnya hidupku T.T

Kalau diberi RM 1JUTA apa yang Ika akan buat dengan duit tu?
Simpan untuk tabung masa depan, derma sedikit untuk anak yatim, sponsor giveaway. hehe

Macam mana pula kalau dapat RM1 sahaja?
Masukan je dekat dalam tabung masjid, kan lagi bagus :-)




3. KENALI IKA JOHAN

Kenapa memilih nama blog Ika Johan? Ada sejarah yang tertentu?
Tak ade rahsia/ sejarah sedikit pun. Nama tersebut cuma dipilih mengikut se-sedap hati dan se-sedap rasa je. :-)

Setiap blogger mempunyai blogger kemaran. Siapakah blogger favorite Ika?
Lyssa Faizureen, Yuyu zulaikha & Nisa kay.

Kenapa mereka menjadi idola buat Ika?
Lyssa peramah. Yuyu lawa. And Nisa was absolutely perfect. Saya 'adore' mereka ><

Apakah azam untuk tahun ini?
Budak sekolah macam saya ni takde azam. Tiap-tiap tahun malas. *Jangan dijadikan contoh ye




4. MARI TERJAH BLOG IKA JOHAN

Apa ucapan yang ika ingin berikan kepada mereka yang sedang membaca entri ini?
Jadilah blogger yang maju, jaya, bekerjaya dan selalu rajin update. Macam Lyssa, Yuyu, Nisa, Fatin liyana, dunia shida, fizgraphic, djdanchef, mia liana dan lain-lain. Jangan jadi macam saya, 'tiap-tiap tahun malas'. ish ish ish tak patut tak patut.

Jangan lupa singgah blog saya ikajohans.blogspot.com. Jangan segan segan nak follow. Jasa anda sangat dihargai :-)


Baca Penuh Review Blog 3: IKA JOHAN

Review Blog 2: CHERITE IMAN

Review Blog Blogger Cherite Iman Lah

Dah lama djdanchef peram review ni. Kesian kat blogger Cherite Iman terpaksa tunggu lama untuk djdanchef buat review. Sorry sangat-sangat. hehe

Sebelum itu, djdanchef ingin mengucapkan tahniah buat blog Cherite Iman (cheriteimanlah.blogspot.com) kerana terpilih sebagai peserta bertuah review blog by djdanchef untuk End Year Giveaway By Fatin Alyaa.

CHERITE IMAN 
CHERITEIMANLAH.BLOGSPOT.COM

Blog cherite iman mengisahkan tentang suka duka kehidupan dan pahit manis bersama sahabat sejati serta kisah-kisah sebagai seorang pelajar yang ingin berjaya. Cherite Iman juga sangat aktif dalam contest dan giveaway yang dianjurkan oleh blogger-blogger.


SANTAI BERSAMA CHERITE IMAN

Nama Sebenar: Farhana Nur Iman

Tempat Lahir: Gombak, Kuala Lumpur

Tarikh Lahir: 24 November

Blogger Idola: Lyssa Faizureen

Nama Blog: Cherite Iman



Apa azam untuk tahun baru ini?
Resolutions fot this year, I hope to get straight A's in PMR 2013 :)

Ucapan untuk rakan-rakan blogger yang sedang membaca entri ini?
I am friendly, not arrogant. So follow my blog, insyaAllah I will follow back. Jom singgah ke cheriteimanlah.blogspot.com


Baca Penuh Review Blog 2: CHERITE IMAN

Sunday 17 February 2013

GILA! Video CCTV Pembantu Rumah Dera Bayi 4 Bulan Di Kuantan

Video CCTV Pembantu Rumah Indonesia Dera dan Lambung Bayi Yang Berusia 4 Bulan Di Kuantan.

Berita mengenai penderaan bayi yang berusia 4 Bulan telah disiarkan semalam di Buletin Utama TV3. Memang djdanchef sangat terkejut melihat video cctv yang disiarkan.

Pembantu rumah Indonesia itu telah melambung dan membaling anak majikannya seperti bantal sehingga membuatkan anak majikannya terjatuh dan menangis tanpa henti.

Majikannya menonton video cctv itu menurusi komputer ribanya ketika dia sedang minum di sebuah restoren dan sangat terkejut apabila melihat pembantu rumahnya melambung dan membaling anaknya tanpa belas kasihan.

Gegas dia pulang ke rumah dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan dan didapati bayinya mengalami lebam ditangan dan cedera dikaki.

Bagaimanapun, pembantu wanita indonesia tersebut telah pun ditahan untuk siasatan lanjut.

Video Orang Gaji Indonesia Dera Bayi 4 Bulan Di Kuantan Pahang


Baca Penuh GILA! Video CCTV Pembantu Rumah Dera Bayi 4 Bulan Di Kuantan

Saturday 16 February 2013

AL-FATIHAH: Pelakon Veteran Kuswadinata Meninggal Dunia

Al Fatihah: pelakon veteran yang bernama kuswadinata meninggal dunia pada 16 Februari 2013



Sebentar tadi djdanchef dapat tahu pelakon veteran, Kuswadinata telah meninggal dunia pada hari ini. Djdanchef difahamkan kuswadinata telah menderita dengan penyakit usus kecil dan kanser kalenjer sejak empat tahun yang lalu.

Berita mengenai pemergian kuswadinata ke rahmatullah telah disahkan oleh Liza Abdullah melalui akaun twitter nya.

kuswadinata meninggal dunia


Al-Fatihah buat pak kuswadinata :-(

kuswadinata meninggal dunia
kuswadinata dalam kenangan
Baca Penuh AL-FATIHAH: Pelakon Veteran Kuswadinata Meninggal Dunia

Tahniah Idlan! Gambar Majlis Pernikahan Idlan Raja Lawak Di Kulim Kedah

Gambar Majlis Pernikahan Perkahwinan Idlan Raja Lawak | Gambar Kahwin


Djdanchef ingin mengucapkan tahniah buat Idlan yang merupakan pelakon komedi baru yang dahulunya pernah menjadi naib juara raja lawak astro.

Idlan atau nama sebenarnya Khairul Idlan Abdul Razak telah pun melangsungkan upacara akad nikah pada 15 Februari 2013 di Masjid Kulim, Kedah.

Idlan telah menemukan cinta hati yang sangat cantik dan ayu bernama Rosanissa.

Gambar Majlis Pernikahan Idlan Raja Lawak di Masjid Kulim Kedah

Berikut adalah gambar yang djdanchef ambil daripada beautifulnara.com

Idlan yang kacak telah bersedia


Buah cinta hati Idlan

Selamat Pengantin Baru Buat Idlan Raja Lawak


Baca seterusnya:
- Gambar Pertunangan Fizz Fairuz Timbul Kontroversi?
- Majlis Pernikahan Liyana Jasmay Dan Gambar Perkahwinan
Baca Penuh Tahniah Idlan! Gambar Majlis Pernikahan Idlan Raja Lawak Di Kulim Kedah

Friday 15 February 2013

Video Lirik Lagu Masih Aku Cinta - Shila Amzah Buat Sharnazz Ahmad

Video dan Lirik Lagu Masih Aku Cinta - Shila Amzah Untuk Sharnaaz Ahmad | Lagu Baru Shylla Hamzah 2013.

Penyanyi yang melanda kontroversi yang sangat hebat untuk permulaan tahun 2013 Shila Amzah, telah pun memuatnaikan lagu terbarunya di twitter. Lagu terbaru yang berjudul Masih Aku Cinta mempunyai lirik lagu yang sangat mendalam dan penuh makna buat shila. Dikatakan lagu ini khas buat Sharnazz Ahmad?

lirik lagu masih aku cinta shila amzah, download masih aku cinta shila amzah mp3


Hayati Lirik Lagu Masih Aku Cinta - Shila Amzah

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta
Masih aku cinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Semoga shila amzah tabah dengan kehidupan baru, datang saja kepada djdanchef, djdanchef pun masing single and available lagi. hehe boleh juga ke entri Gambar Shila Amzah Bertudung.

Video Masih Aku Cinta - Shila Amzah
Baca Penuh Video Lirik Lagu Masih Aku Cinta - Shila Amzah Buat Sharnazz Ahmad

Thursday 14 February 2013

Dato Siti Nurhaliza Kritik Penaja Persembahan PSY Di Penang

Dato CT Nurhaliza kritik penaja konsert PSY Oppa Gangnam Style di Penang melalui twitter.

Gempar hari ini mengenai penyanyi NO. 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza yang dikatakan mula menyentuh mengenai isu-isu politik di twitter nya. Adakah benar?

Pihak media tertanya-tanya adakah Dato Siti sudah berminat dengan bidang politik?

“Itu perkara normal. Artis juga orang biasa. Masing-masing ada hak dan pendapat untuk bersuara."

Bahkan apabila media bertanya mengenai persembahan konsert PSY baru-baru ini. Lantas Dato Siti menjawab

“Mengenai konsert Psy baru-baru ini saya rasa artis Malaysia sebenarnya boleh buat konsert yang lebih besar berbanding Psy.

Saya cakap ini pun bagi wakil suara-suara artis Malaysia yang lain."

Tambahan lagi, Dato Siti juga menyentuh mengenai penaja-penaja yang terlibat dengan konsert tersebut.

“Sebenarnya saya tidaklah menolak penyanyi-penyanyi luar untuk datang ke Malaysia,”

“Saya bukan nak fokus pada politik, tapi bagi badan-badan yang menaja kalau boleh tajalah artis kita seperti itu juga."

Beberapa gambar tweet dari twitter Dato Siti Nurhaliza



Walau bagaimana pun, Dato Siti bersuara bukan untuk dirinya tapi bersuara buat insan seni yang lain.

DARI: DJDANCHEF

Baca Juga:
- Gambar Dato Siti Nurhaliza Bertudung
- Datuk K Suami Dato Siti Nurhaliza Patah Bahu
- Video Gwiyomi Dato Siti Nurhaliza
- Dato Siti Nurhaliza Kritik PSY Oppa Gangnam Style


Baca Penuh Dato Siti Nurhaliza Kritik Penaja Persembahan PSY Di Penang

Review Blog 1: ANNYSS ALEEYA | Pink Untuk Aku

Review Blogger 1: Blog Annyss Aleeya Pink Untuk Aku | pinkuntukaku.blogspot.com

Salam semua.

Sebenarnya sudah agak lama djdanchef tangguh segmen review blogger ini. Kesian kat annyss djdanchef buli dia tunggu lama-lama. Hehe .Yang jelasnya, djdanchef ada menjadi penaja review blog untuk End Year Giveaway By Fatin Alyaa dan Annyss merupakan salah satu pemenangnya. Tahniah djdanchef ucapkan.

"hok aloh djdanchef ni, doh 3 bule segmen tu berlalu baru mu nok ucap tahnioh kat kawe?"

hihihi..

Tanpa berleter panjang, jom kita kenali Annyss yang sangat suka dengar warna merah jambu , blogger dari pinkuntukaku.blogspot.com.

ANNYSS ALEEYA | PINK UNTUK AKU

"Blogger yang giler pink"

1. SESI PERKENALAN:

Nama Sebenar: Wan Nor Anis.

Nama Panggilan Blogger: Annyss Aleeya

Tempat Kelahiran: Kelantan.

Tarikh Lahir: 28 Oktober 1991

Hobi: Melancong. kalau ade mase lapang suka melukis, buat craft or memasak.

Warna Kegemaran: Semestinya pink di hatiku. haha.

Makanan/Minuman Kegemaran: Masakan my mom. suka makanan yang manis-manis. heeee. orang kelantan, biase la kan. :D

Pelakon/Penyanyi Kegemaran: Siti Nurhaliza and abang Aaron Aziz. wahaha.

Filem/Drama Kegemaran: Titanic. and drama thailand The Princess.

Nama Blog: Annyss Aleeya

Url Blog: pinkuntukaku.blogspot.com




2. SANTAI BERSAMA ANNYSS ALEEYA


" Ingin menambah kenalan - membawa keluarga menunaikan haji "


Apakah kenangan atau peristiwa manis Annyss yang boleh dikongsikan?

Kenangan manis ye? dapat tambah kenalan. kongsi cerita. share pendapat. and join segmen yang para blogger anjurkan. ye lah, kalau sebelum nie, Anys tak ada fb, twitter or blog. sekarang dah ade blog. takdalah rase bosan sangat.

Dan Anys dah graduate. as diploma student. sekarang tengah buat degree. baru lagi dalam dunia blogging ni. takdalah pro sangat macam blogger lain. saya budak baru belajar. kehkeh.

Ada tak kenangan pahit yang sangat memahitkan?

Kenangan pahit? alhamdulillah setakat nie takda lagi. cume kalau busy. rindu sangat-sangat dekat pinkuntukaku nie. memang tak sempat nak bukak. sorry uolls. hehe.

Kalau diberi 1JUTA apa yang annyss akan buat dengan duit tu?
Kalau dapat satu juta? first bawa parents pergi haji. lepas tu bawa family travel. then lebihan duit tu maybe buat simpanan. atau melabur saham. wahaha. and buka butik sendiri. insyaallah.

Ok. Kalau diberi 1RINGGIT (RM1) sahaja apa yang nak dibuat dengan duit tu? :-)
Anys akan simpan duit tu sebagai sesuatu yang sangat berharga. walaupun tak dapat sejuta. nilaian RM1 tu tetap berharga.




3. RAHSIA BLOG ANNYSS ALEEYA


" Gabungan nama sendiri dan adik bongsu - Sangat meminati warna merah jambu - Blogger idola Fatin Liyana "

Kenapa memilih nama blog annyss aleeya dan link blog pink untuk aku? Cer citer.. cer citer?

Nama blog? Gabungan nama Anys dgn adik bongsu Anys. Aleeya Amalin. Name Aleeya tu pun Anys nak syorkan dekat parents. memang tersangat rapat dengan adik yang bongsu tu. lagi satu, pernah terjadi sesuatu yang amat teruk bagi Anys dan adik. So, Anys decide nak gabungkan name kami. hihihi


Url? Sebab Anys memang minat sangat-sangat dengan kaler pink. thats why name kan pink untuk aku. yang bermaksud. pink itu memang untuk Anys. haha. mengada je lebih. lalalala..

Setiap blogger mempunyai blogger idola masing-masing. Siapakah blogger kegemaran Annyss?
Fatin Liyana Asari !

Kenapa Fatin Liyana?

Sebab penulisannya yang santai membuatkan orang tertarik nak bace. mean, walaupun entry tu panjang, orang tetap nak bace. sebabnye? gaya penulisannya yang agak menarik. orang tak rase jemu atau bosan. lagi satu, kak fatin nie suka mengikuti fesyen terkini dan tertutup. boleh la jadi ikutan buat remaja mase kini. tak terkecuali Anys. hihihihi

Apa azam untuk tahun ini?
Azam tahun ni? nak gemukkan badan. sebab dah lame berazam tapi tak gemuk-gemuk jugak. haha. Dan insyaallah nak dapatkan dekan untuk semester ni.




4. JOM BER-PINK PINK DI BLOG ANNYSS ALEEYA




Apa ucapan Annyss untuk mereka-mereka yang sedang membaca entri ini?

Salam perkenalan buat semua pembaca dan juga blogger-blogger. Anys masih baru dalam dunia blogging ni. harap kite boleh jadi kawan? maybe. haha. and sudi-sudi lah singgah ke teratak pink kita di pinkuntukaku.blogspot.com .


Sekian terima kasih :-)


Baca Penuh Review Blog 1: ANNYSS ALEEYA | Pink Untuk Aku