djchef July 2013 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 31 July 2013

Haiwan Pelik Gabungan Ketam & Udang Galah Di Temui

Haiwan Pelik Gabungan Ketam & Udang Galah Di Temui


Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri
memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut. Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.

“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan
sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus


Baca Penuh Haiwan Pelik Gabungan Ketam & Udang Galah Di Temui

Tuesday 30 July 2013

Harga Borong Murah K Colly Sweet 17 RM100

Jual Beli Pemborong Harga Borong Murah K Colly Sweet 17 1.5 Million MG Korean Whitening Collagen Khasiat No COD Pembekal Stokis


Harga Borong Murah K Colly Sweet 17
Harga Borong Murah K Colly Sweet 17

Agak terkejut djdanchef dengan permintaan K-Colly Sweet 17 yang sangat tinggi dikalangan pembeli-pembeli online di Malaysia setelah membaca entri djdanchef yang ini K Colly Sweet 17 Harga Murah. Yang belum tahu lagi K Colly ini adalah produk kecantikan buatan rakyat Malaysia sendiri yang sangat berkesan untuk membantu pengguna-pengguna yang mengalami masalah kulit.



Antara Kelebihan Dan Khasiat K Colly Sweet 17

- Pencerahan kulit yang berkesan antara seawal 3 hari

- Membantu memulihkan kulit rosak, kusam, bermasalah

- Memulihkan kulit yang tidak anjal, kendur dan kering

- Menghilangkan kedutan kecil dan garis halus di tepi mata

- Mengurangkan masalah jeragat atau jerawat di muka

- Memberikan tenaga sebenar yang cergas sepanjang hari

- Baik untuk ibu2 yg hamil atau menyusukan anak

- Mengurangkan masalah selulit, parut atau kesan kehitaman

- Mengurangkan kesakitan ketika haid / sengugut

- Menghilangkan kegelupasan di bahagian muka

- Memperbaiki struktur bahagian bibir yg kering dan merekah

- Meningkatkan imunisasi badan / cegah penyakit

- Mengurangkan kesan rekahan di bhgian tumit

- Mengecilkan pori-pori kulit kesan daripada kerosakan kulit

- Melambatkan proses penuaan sejajar dgn keanjalan kulit

- Sesuai untuk lelaki mahupun wanita/remaja

- Memberikan keyakinan diri apabila masalah kulit dapat diatasi

Pelbagai komen positif yang diberikan oleh pengguna-pengguna setelah mengambil produk ini. Anda juga boleh lihat review pengguna di K Colly Sweet 17 Testimoni .


HARGA BORONG / WHOLESALE TELAH DIBUKA

Dengan permintaan yang tinggi sekarang ini, kami telah pun membuka harga borong untuk stokis-stokis, agen-agen, peruncit mahupun pemborong yang lain yang ingin membeli dalam kuantiti yang banyak.

100% ORIGINAL


Testimoni Pembeli As Raffali Shop
Berikut adalah printcreen pembeli yang telah berjaya mendapat produk yang mereka order dengan kami, As Raffali Shop.



**DILARANG COPY PASTE PRINTCREEN PEMBELI AS RAFFALI SHOP DIMANA2 WEBSITE TANPA KEIZINAN KAMI.

Kenapa harga kami lebih murah?
Sebab kami beli produk dalam kuantiti yang sangat banyak dan supplier akan beri lebih diskaun jadi kami dapat jual kepada anda dengan harga yang lebih murah dan kami tidak terlalu gila untung.

Harga Borong K Colly Sweet 17 1.5 Million MG Murah

Minimum harga borong 2 jar keatas

1-2 jar keatas = RM120  / jar

5 jar keatas = RM115 / jar

10 jar keatas = RM110 / jar

20 jar keatas = RM100 / jar

30 jar keatas = RM95/ jar

*Harga diatas telah termasuk postage untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Untuk postage Sabah Sarawak sila hubungi kami.

NO COD SERVICE (NO HAND BY HAND SERVICE). 
SEMUA BARANG KAMI AKAN POS GUNA SERVIS COURIER TERPILIH.

Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
Line/WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/asraffalishop

Pembekal dan Pemborong juga dialukan untuk membeli harga borong murah k colly sweet 17 kami.
Baca Penuh Harga Borong Murah K Colly Sweet 17 RM100

Peminat Pengsan Ketika Dipeluk Beyonce

Peminat Pengsan Ketika Dipeluk Beyonce


Baru-baru ini, Beyonce telah memeluk salah seorang peminat fanatiknya dalam sebuah persembahan sehingga pengsan.

Aksi tersebut dirakamkan oleh peminat Beyonce yang turut hadir dalam konsert jelajah Mrs. Carter World Tour.

Video tersebut menjadi viral apabila ia dimuat naik di laman video sosial, Youtube.

Dalam video tersebut, Beyonce yang sedang menyanyikan lagu ‘Irreplaceable’ secara tiba-tiba memegang tangan peminatnya yang sedang terlompat-lompat.

Mungkin Beyonce melihat peminatnya itu terlalu teruja dengan persembahannya, Beyonce kemudiannya melutut dan memeluk peminatnya itu.

Secara tiba-tiba peminatnya pengsan di celah-celah peminat lain.

Video tersebut kini menjadi bualan ramai bukan sahaja dalam kalangan peminat Beyonce tetapi juga media hiburan antarabangsa.


Baca Penuh Peminat Pengsan Ketika Dipeluk Beyonce

Monday 29 July 2013

Tahniah Ras Adibah Radzi Sah Bergelar Isteri Kepada Ilias Yaakop

Ras Adiba Radzi Sah Bergelar Isteri Kepada Ilias Yaakop Gambar Kahwin Perkahwinan Nikah Pernikahan


Tahniah kami ucapkan kepada bekas pengacara TV3, Ras Adiba Radzi yang telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Ilias Yaakop pada hari semalam.

Ras Adiba sah bergelar isteri kepada Ilias dengan tiga kali lafaz sekitar pukul 6.10 petang dan dinikahkan oleh bapanya, Mohd Radzi Wahab. Majlis pernikahan pasangan ini telah dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Bekas pengacara TV3 ini menerima mas kahwin RM99 dan wang hantaran sebanyak RM10,000. Selain itu, pihak lelaki turut memberikan lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Difahamkan, suami Ras Adiba merupakan seorang penasihat kewangan. Sekali lagi, admin mengucapkan tahniah atas penyatuan dua hati ini, semoga perkahwinan mereka berdua akan sentiasa bahagia dan kekal hingga akhir hayat.

Baca Penuh Tahniah Ras Adibah Radzi Sah Bergelar Isteri Kepada Ilias Yaakop

K Colly Sweet 17 Korean Collagen Testimoni Dan Review

K Colly Sweet 17 Review Dan Testimoni 1.5 Million MG Harga Murah Korean Whitening Collagen KKM Berkesan Cara Penggunaan Seventeen Sakit Perut Bahaya Halal Borong Pemborong

Ok sebelum anda meneruskan pembacaan, apa kata anda baca terlebih dulu entri djdanchef sebelum ini iaitu K-Colly Sweet 17 1.5 Million MG Harga Murah untuk mendapatkan harga K Colly yang paling murah serendah RM120 selagi stok masih ada.

Kita teruskan entry berkaitan dengan tajuk iaitu mengenai testimoni (testimony) dan review pengguna dan pembeli yang telah mengambil K Colly ini. Apa kata mereka? Berkesan atai tidak berkesan? Memudaratkan atau membahayakan tak? Atau K Colly ini tipu dan tiruan bukannya original?

Dibawah ini djdanchef sertakan gambar testimoni daripada pembeli yang telah menggunakan korean collagen yang hebat ini.




K Colly Sweet 17 Review Dan Testimoni


K Colly Sweet 17 Testimoni
K Colly Sweet 17 Testimoni

Dulunya wajah berjerawat, sentiasa berminyak dan parut-parut jerawat degil di wajah. Sejak menggamalkan K-Colly Sweet 17 secara konsisten akhirnya wajah tampak lebih cantik, berseri, tiada lagi jerawat dan parut-parut jerawat juga hilang.



K Colly Sweet 17 Review
K Colly Sweet 17 Review

Wajah sentiasa berminyak boleh menganggu rutin harian dan pada masa sama tiada keyakinan diri. Dengan hanya menggunakan K Colly Sweet 17 dan mengikut cara pengambilan yang ditetapkan kulit nampak lebih berseri dah cerah seperti Artis Korea.




Cara Makan K-Colly Sweet 17
- Masukkan 1 or 2 scoop serbuk k colly ke dalam mulut secara perlahan–lahan.
- Biarkan 3-5 saat, serbuk itu akan cair dengan enzim air liur dan lebih cepat meresap ke dalam salur darah berbanding dengan cara meminum dengan air.
- Makan satu jam sebelum makan dan sebelum tidur.

K Colly Selamat Digunakan dan pastinya HALAL!

HARGA KAMI: 
RM120 (Semenanjung)
RM130 (Sabah Sarawak)
Harga telah termasuk postage
(Harga di tempat lain RM169)

100% ORIGINAL

FREE GIFT:
Shiseido Face Mask
(Sekiranya ada stok)

Kenapa harga kami lebih murah?
Sebab kami beli produk dalam kuantiti yang sangat banyak dan supplier akan beri lebih diskaun jadi kami dapat jual kepada anda dengan harga yang lebih murah. kami tidak terlalu gila untung.
Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
Line/WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/asraffalishop
Serba sedikit mengenai K Colly Sweet 17 Testimoni .

Baca Penuh K Colly Sweet 17 Korean Collagen Testimoni Dan Review

Beego Takut Dengan Isteri Yang Suka Masak

Beego Takut Dengan Isteri Yang Suka Masak


Pelakon Beego mengakui selepas mendirikan rumah tangga dengan aktres Linda Hashim Jun lalu, diet makanannya agak sukar dikawal. Beego atau nama sebenar Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 33, berkata tabiat isterinya yang gemar memasak membuatkan dia terpaksa bekerja keras untuk lebih banyak melakukan senaman.

“Sejak berkahwin berat badan saya agak naik kerana Linda suka memasak, jika dia di rumah ada sahaja yang dia masak.

“Dia pula suka masak makanan berat dengan pelbagai jenis lauk, walhal kami hanya tinggal berdua sahaja.

“Ketika bulan Ramadan ini bukan sahaja pada waktu berbuka, malah waktu sahur pun kami makan makanan berat,” katanya.

Bagaimanapun, Beego berkata, bagi menjaga hati isterinya, dia akan tetap makan masakan yang telah disediakan walaupun selepas pulang daripada melakukan penggambaran.

“Kebiasaannya saya balik kerja sudah ada makanan disediakan, jadi terpaksa jugalah habiskan kerana tidak mahu membazir,

“Sebab itu saya sekarang lebih banyak bersukan untuk bakar semula lemak kalau tidak memang gemuklah saya,” katanya.

Jelas Beego, Linda juga sering mencuba pelbagai masakan baru terutama yang menjadi makanan kegemarannya.

Jelas Beego, Linda juga sering mencuba pelbagai masakan baru terutama yang menjadi makanan kegemarannya.

“Dia belajar masak makanan yang saya suka macam susyi, ‘shabu-shabu’ dan macam-macam lagi. Baru-baru ini dia minta saya untuk belikan peralatan untuk masak ‘tako’.

“Saya ikutkan sahaja sebab itu adalah minat dia tapi masalah kepada saya apabila saya jadi tukang makannya,” ujar Beego berseloroh.

Untung beego dapat isteri yang kaki masak jer..

Baca Penuh Beego Takut Dengan Isteri Yang Suka Masak

Sunday 28 July 2013

Pertandingan Keceriaan Merdeka 2013 Kuala Lumpur


Pertandingan Keceriaan Merdeka 2013 Kuala Lumpur




Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) akan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Merdeka 2013 Peringkat WPKL bersempena sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini.


Jabatan Penerangan WPKL dalam satu kenyataan media memberitahu, pertandingan itu antara lain bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai semangat tinggi patriotik.

“Pertandingan ini memberi fokus kepada suasana keceriaan sambutan kemerdekaan serta kreativiti peserta dalam mengibar Jalur Gemilang.

“Pertandingan terbahagi kepada lapan kategori iaitu bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung, sekolah, taman perumahan, individu, pintu gerbang dan anjung komuniti 1Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, penyertaan akan dibuka bermula 1 hingga 12 Ogos ini dan penilaian akan bermula pada 12 hingga 23 Ogos 2013. Kata kenyataan itu, borang penyertaan boleh diperoleh di Jabatan Penerangan WPKL, Tingkat 7 (Barat), Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut di sini.

Borang itu boleh juga diperoleh dengan memuat turun daripada laman web www.penerangan.gov.my/wilayah.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pertandingan Keceriaan Merdeka 2013 Peringkat WPKL boleh menghubungi talian 03-2691 2500.

Yang nak sertai itu bolehlah dapatkan borang atau hubungi nombor yang telah disebutkan diatas tadi.

Baca Penuh Pertandingan Keceriaan Merdeka 2013 Kuala Lumpur

Saturday 27 July 2013

Penjawat Awam Dapat Bantuan Bonus Raya RM500

Penjawat Awam Dapat Bantuan Bonus Raya RM500



Kerajaan hari ini bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagai persiapan Hari Raya Aidilftri kepada penjawat awam dari Gred1 – Gred54 bernilai RM500 yang akan dibayar pada 31 Julai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata ia melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM670 juta. Sementara itu, Najib berkata bagi menghargai pesara kakitangan awam kerajaan turut bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250 kepada 660,000 orang penjawat awam yang bersara dan menerima pencen. Bayaran itu juga akan dibuat pada 31 Julai dengan peruntukan kewangan sebanyak RM165 juta.

“Bagi tahun 2013, semua penjawat awam akan menikmati dua KGT, pertama adalah kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang diterima pada 25 Julai depan,”

Menurut beliau, ini dilaksanakan berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember tahun ini dalam Sistem Saraan Transformatif. Pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM1.3 bilion untuk 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun


Baca Penuh Penjawat Awam Dapat Bantuan Bonus Raya RM500

Friday 26 July 2013

Maixara Jelaskan Isu Produk Maixara C Sential Dirampas KKM


Maixara Jelaskan Produk Maixara C Sential Dirampas KKM Jakim Halal Haram
maixara c sential

Susulan berita melaporkan tentang serbuan ke atas kilang menjual produk suplemen keluaran pasangan suami isteri yang sebenarnya berbahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), banyak pihak meneka kes ini melibatkan produk Maixara.

Produk yang melantik Diana Rafar sebagai duta ini sememangnya sedang laris di pasaran. Hari ini, Maixara mengeluarkan kenyataan di laman Facebook mereka untuk menerangkan perkara sebenar. Menurut kenyataan mereka:

"Assalam,

Ada sedikit salah faham didalam akhbar hari ini. Hanya produk Maixara C-Sential diambil oleh KKM yang dibuat ujikaji. Ini kerana KKM baru mengeluarkan pekeliling semua produk mengandungi Glutathione adalah sebagai suplemen dan bukan makanan tambahan.

Sekejap lagi HQ akan upload pic salinan uji kaji lab test yang telah dibuat utk rujukan. Tiada isu ttg pengilangan kerana kilang kami dlm proses utk GMP.

Sebelum ini produk MCS dikategorikan sbg makanan tambahan dan tidak perlukan MAL No drpd KKM. Tp sejak akhir jun lalu pekeliling KKM telah menukar semua produk ada glutathione dikira sbg suplemen dan bukan lagi makanan tambahan.

Jadi selepas ini semua produk termasuk minuman yg ada glutathione akan dikategorikan sbg suplemen dan bukan lagi makanan tambahan.

KKM juga mengatakan ada org pengadu ttg hal ini. Itu sebab mereka dtg mengambil Maixara C Sential (MCS) utk buat Lab test. Maybe si pengadu berniat menjatuhkan kerana turut melibatkan Butik dan Restoran milik Pn Ainna. Wallahuallam."

Isu produk maixara c-sential ini telah pun dijelaskan.


Baca Penuh Maixara Jelaskan Isu Produk Maixara C Sential Dirampas KKM

Thursday 25 July 2013

Resepi Gulai Ketam / Kari Ketam Masak Nenas

Resepi Gulai Ketam Kari Ketam Masak Nenas Nanas Sedap Resipi Blog Masakan Melayu

Salam semua. Djdanchef agak sibuk sikit sekarang ini, kalau ada masa yang terluang nanti djdanchef akan blogwalking blog rakan-rakan yang sudi datang melawat dan memberi komen di blog djdanchef.

resepi gulai kari ketam


Ok berbalik kepada tajuk, hari ini djdanchef nak kongsikan resepi gulai ketam. Haa mesti ada yang dah terliur, masakan yang berasakan gulai atau kari memang sangat popular dan selalu dijumpai di negeri-negeri utara Malaysia.

Kari dan Gulai sangat universal dan boleh dimasak dengan pelbagai bahan utama seperti gulai ayam, gulai ikan, sotong, nanas dan lain-lain. Jom kita tengok resepi gulai ketam masak nanas.



Resepi Gulai Ketam Masak Nanas

Sumber resepi/gambar: Facebook Buku Resepi

Bahan-bahan Kari Ketam:

Sekilogram ketam dibersihkan dan dibelah dua jika suka
3 sudu rempah kari ikan
1 cawan santan
1 cawan air asam jawa
Sebiji nanas dikupas atau (boleh guna nanas dlm tin) dan dihiris ikut suka
1 biji Bawang besar..5 ulas bawang putih dan 1 inchi halia diblender
1 biji bawang besar ..3 ulas bawang putih dan seinci halia di mayang untuk menumis
2 tangkai daun kari
Garam ..gula..secukup rasa



Cara Masak/Membuat Resepi Gulai Ketam Masak Nanas
1. Tumis bhn yg dimayang dan daun kari hingga naik bau

2. Masukkn bhn yg di blender dan rempah kari serta santan..tumis hingga pecah minyak dan berbau wangi..kacau supaya tak berkerak

3. Masukkan air asam dan nanas biar seketika hingga mendidih

4. Masukkan ketam

5. Perisakan dengan garam dan gula..

6. Jika guna nanas dlm tin..masukkan skli setengah sirap nanas tersebut dan tk perlu ditambah gula

7. Biarkan ketam masak dan mendidih

8. Matikan api..sedia dihidang..

Selamat mencuba resepi kari ketam ini.

Lihat Juga:
Resepi Mee Goreng Mamak

Baca Penuh Resepi Gulai Ketam / Kari Ketam Masak Nenas

Wednesday 24 July 2013

90% Pemandu teksi Pulau Pinang Enggan Guna Meter

Pemandu teksi Pulau Pinang Enggan Guna Meter


GEORGE TOWN – “Ini Teksi Bermeter, Tawar menawar Adalah Dilarang, Minta Resit” tertera di pintu semua teksi di negeri ini.

Namun anda jangan terkejut apabila lebih 90 peratus pemandu teksi enggan menggunakan meter dan sebaliknya meletakkan harga tertentu untuk ke sesuatu destinasi. Seorang penumpang Izzati Azwani Harun, 23, berkata beliau terkejut dikenakan tambang RM15 bagi perjalanan kira-kira dua kilometer sahaja.

“Itupun setelah puas tawar menawar, akhirnya saya setuju menaiki teksi dengan harga itu kerana tiada pilihan,” katanya ketika ditemui di sini. Dilaporkan insiden pergaduhan pernah berlaku antara pelancong asing dengan pemandu teksi – berpunca rasa tidak puas hati kerana tambang mahal yang tidak munasabah dengan jarak perjalanan.

Setiausaha Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Pemandu Kereta Sewa Pulau Pinang, Mohamad Shahimi Hadzri ketika dihubungi mengakui lebih 90 peratus pemandu teksi di negeri ini tidak menggunakan meter.

Beliau memberikan alasan kadar tambang teksi bermeter diwartakan untuk negeri ini hanya RM4 untuk kilometer pertama adalah terlalu murah selain kesediaan penumpang untuk tawar-menawar tambang.

“Kami hanya menggunakan meter jika terdapat pihak penguat kuasa melakukan operasi,” katanya dan menurutnya jika pihak berkuasa mahukan pemandu teksi menggunakan meter, mereka haruslah melayan permintaan untuk menaikkan kadar itu.

Menurutnya jarak perjalanan di negeri ini adalah dekat dan tidak menguntungkan jika menggunakan meter.

“Saya berharap agar pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat bekerjasama dengan pihak persatuan untuk membuat kajian lebih terperinci mengenai hal ini,”katanya.

Sementara itu jurucakap SPAD ketika dihubungi berkata kadar tambang meter di Pulau Pinang mengikut kadar yang diluluskan dan dilaksanakan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Katanya, SPAD akan mengadakan sesi perbincangan dengan persatuan-persatuan teksi berhubung perkara itu dan menurutnya kesalahan tidak menggunakan meter boleh menyebabkan permit digantung atau dibatalkan. – BERNAMA

Baca Penuh 90% Pemandu teksi Pulau Pinang Enggan Guna Meter

Tuesday 23 July 2013

MOMO Anugerah Grammy Untuk Pemuzik Islam

MOMO Awards Anugerah Grammy Untuk Pemuzik Islam

momo award

Los Angeles – Kita selalu mendengar mengenai anugerah Grammy, BRIT, VMA dan MOBO, tapi kali ini ada anugerah baru akan diwujudkan iaitu Anugerah Media dan Muzik Islam 2013 (MOMO). Anugerah itu bertujuan mengangkat kejayaan karyawan, penghibur, artis dan profesional media Islam untuk tahun ini
.
MOMO dilancarkan oleh Akademi GNA, iaitu sebuah syarikat yang berpengkalan di Britain, dan majlis penganugerahan itu akan diadakan di Manchester pada penghujung tahun ini. Setakat ini beberapa pencalonan telah diterima dan ia terbuka untuk seluruh dunia. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Muzik Nasyid terbaik, Persembahan TV Islam terbaik dan penyampai Islam terbaik.

Setakat ini mereka yang dicalonkan untuk MOMO ialah Maher Zain dan penyanyi kelahiran Afrika Selatan, Zain Bhikha, untuk kategori penyanyi artis solo antarabangsa terbaik. Manakala kumpulan nasyid dari Denmark, Outlandish dicalonkan untuk kategori nasyid terbaik.

Projek ini adalah hasil usaha Esharat Nasar-Ahmed yang mahu memberi peluang kepada kumpulan muzik Islam untuk menunjukkan bakat mereka.

“Ia memberikan inspirasi kepada saya untuk mewujudkan MOMO dalam usaha mencipta platform yang akan membawa umat Islam ke depan. Bukan untuk merayakannya, sebaliknya memberikan kesedaran mengenai sumbangan umat Islam dalam sejarah,’’ katanya.

Baca Penuh MOMO Anugerah Grammy Untuk Pemuzik Islam

Monday 22 July 2013

Maggi Ketam Di Kuala Besut Terengganu

Maggi Ketam Di Kuala Besut Terangganu Gambar Resepi Cara Masak

resepi maggi ketam
Maggi Ketam

KEHADIRAN ribuan orang luar sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut pada 24 Julai ini turut membawa rezeki tambahan kepada Aziz Ibrahim yang mengusahakan kedai makan Maggi Ketam yang terkenal dengan keenakannya.

Kedai makan ini diterangi lampu-lampu neon berwarna-warni, yang terletak di tepi jalan utama menuju ke Pekan Kuala Besut itu, tidak putus-putus dikunjungi pelanggan, terutama petugas pilihan raya dari
pelbagai agensi kerajaan, walaupun waktu menghampiri tengah malam.

Semuanya datang untuk merasai keenakan maggi ketam, hasil air tangan Aziz, 41, yang mendapat idea untuk mengusahakan kedai tersebut selepas mencuba masakan itu untuk kali pertama di Kota Baharu, Kelantan dua tahun lalu.

“Saya tertarik bagaimana masakan simple menggunakan makanan segera boleh dijadikan menarik, hanya dengan melakukan sedikit perubahan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya.

Beliau menambah, maggi ketam yang dijual di kedainya menggunakan resipi rahsia yang ditambah baik daripada resipi asal dan kualiti masakan terletak pada kesegaran ketam nipah yang digunakan.

Katanya, semangkuk maggi ketam yang turut dicampurkan sawi, tomato dan udang dijual mengikut saiz ketam dan lazimnya ia bermula pada harga RM12.

Aziz berkata sebelum kempen PRK bermula pada 12 Julai lepas, beliau hanya menjual kira-kira 50 mangkuk sehari, tetapi sejak kempen bermula, jualan sehari boleh mencecah 150 mangkuk kerana ramai orang luar yang telah mendengar mengenai keenakan maggi ketamnya ingin mencuba masakan itu.

Beliau juga perlu mengupah lima lagi pekerja kerana tiga pekerja sedia ada tidak dapat melayan
pelanggan yang mula berkunjung selepas waktu berbuka puasa hingga ke tengah malam.

Katanya lagi, PRK juga membantu ekonomi golongan nelayan di Kuala Besut yang membekalkan ketam nipah ke kedainya manakala bekalan sayur dan udang pula diperoleh dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di sini.

Lihat Juga:
- Resepi Maggie Sup

Baca Penuh Maggi Ketam Di Kuala Besut Terengganu

Sunday 21 July 2013

Oppa Jehan Miskin Sedih Berpuasa Seorang Diri

Jehan Miskin Sedih Berpuasa Seorang Diri


Pelakon yang baru menamatkan zaman bujangnya pada Mei lalu, Jehan Miskin nampaknya terpaksa menjalani ibadah puasa bersendirian dimana isterinya, warga Korea, Julie Camelia Rhee mempunyai urusan kerja di Jepun.

Walaupun berasa sedih terpaksa berpuasa dan berbuka sendirian namun pelakon ini tidak sabar mahu berpuasa bersama-sama isterinya itu sekembalinya Julie ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.

“Alhamdulilah, puasa okay. Tapi sedih sikitlah sebab saya berpuasa sorang-sorang. Isteri saya sekarang berada di Jepun atas tugasan kerja.

“Dia balik nanti saya memang tak sabar nak berpuasa bersama-sama dia. Nak suruh dia masak
dan bersahur bersama,” kata Jehan yang dipetik menerusi Malaysian Digest.

Seperkara yang menarik mengenai pasangan ini ialah mereka masih belum sempat berbulan madu berikutan terikat dengan komitmen kerja masing-masing.

Sehubungan itu, Jehan yang juga kini bergelar pengarah merancang untuk berbulan madu di Pulau Maldives sempena cuti hari Kemerdekaan nanti.

Baca Penuh Oppa Jehan Miskin Sedih Berpuasa Seorang Diri

Saturday 20 July 2013

K Colly Sweet 17 1.5 Million MG Harga Murah RM120

K Colly Sweet 17 1.5 Million MG Harga Murah RM120 Korean Whitening Collagen Review Testimoni Berkesan Cara Penggunaan Seventeen Sakit Perut Bahaya Borong Pemborong


k colly sweet 17 murah
K colly sweet 17 murah

Salam buat semua, hari ini djdanchef nak kongsikan satu produk baru yang mula disukai ramai untuk menghaluskan dan mencerahkan kulit iaitu K-Colly Sweet 17 yang mempunyai 1.5 Million MG Nano Collagen. 1.5 Juta tu!

Produk ini bukan sahaja murah tetapi sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit dan mencerahkan kulit seawal 3-5 hari! Banyak review dan testimoni yang telah dibuat oleh pengguna-pengguna K Colly Sweet 17 ini.



Kebaikan dan Kelebihan K-Colly Sweet 17 Korean Whitening Collagen Yang Murah Ini:
- Pencerahan kulit yang berkesan antara seawal 3 hari membantu memulihkan kulit rosak, kusam, bermasalah
- Memulihkan kulit yang tidak anjal, kendur dan kering
- Menghilangkan kedutan kecil dan garis halus di tepi mata
- Mengurangkan masalah jeragat atau jerawat di muka
- Menghilangkan rekahan dan kedutan kulit selepas bersalin
- Memberikan tenaga sebenar yang cergas sepanjang hari
- Baik untuk ibu-ibu yg hamil atau menyusukan anak
- Mengurangkan masalah selulit, parut atau kesan kehitaman
- Mengurangkan kesakitan ketika haid / sengugut
- Menghilangkan kegelupasan di bahagian muka
- Memperbaiki struktur bahagian bibir yang kering dan merekah
- Meningkatkan imunisasi badan / cegah penyakit
- Mengurangkan kesan rekahan di bahagian tumit dan telapak kaki
- Mengecilkan pori-pori kulit kesan daripada kerosakan kulit
- Melambatkan proses penuaan sejajar dgn keanjalan kulit
- Sesuai untuk lelaki mahupun wanita/remaja serta wanita mengandung.
- Memberikan keyakinan diri apabila masalah kulit dapat diatasi



Cara Penggunaan dan Pengambilan K Colly Sweet 17 Yang Murah Ini:
- Masukkan 1 or 2 scoop serbuk k colly ke dalam mulut secara perlahan–lahan.
- Biarkan 3-5 saat, serbuk itu akan cair dengan enzim air liur dan lebih cepat meresap ke dalam salur darah berbanding dengan cara meminum dengan air.
- Makan satu jam sebelum makan dan sebelum tidur.

testimoni k colly sweet 17 murah
testimoni k colly sweet 17 murah
K Colly Selamat Digunakan dan pastinya HALAL!

Testimoni Pembeli As Raffali Shop
Berikut adalah printcreen pembeli yang telah berjaya mendapat produk yang mereka order dengan kami, As Raffali Shop.



**DILARANG COPY PASTE PRINTCREEN PEMBELI AS RAFFALI SHOP DIMANA2 WEBSITE TANPA KEIZINAN KAMI.

HARGA KAMI: 
RM120 (Semenanjung)
RM130 (Sabah Sarawak)
Harga telah termasuk postage
(Harga di tempat lain RM169)

100% ORIGINAL

FREE GIFT:
Shiseido Face Mask
(Sekiranya ada stok)

Kenapa harga kami lebih murah?
Sebab kami beli produk dalam kuantiti yang sangat banyak dan supplier akan beri lebih diskaun jadi kami dapat jual kepada anda dengan harga yang lebih murah. kami tidak terlalu gila untung.

Untuk harga borong kami berikan serendah RM100 sebotol boleh rujuk Harga Borong Murah K Colly Sweet 17

Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
Line/WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/asraffalishop
Jom dapatkan K Colly Sweet 17 Murah sekarang!

Baca Penuh K Colly Sweet 17 1.5 Million MG Harga Murah RM120

Bapa Mertua Kecewa Ashraf Muslim Nikah Di Thailand

Bapa Mertua Kecewa Ashraf Muslim Nikah Di Thailand Gambar Madu Dayana Wan Sakinah Siam Kahwin

Bapa mertua kepada pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim kecewa dengan tindakan pelakon itu yang membohongi ahli keluarga termasuk isterinya, Noor Dayana Lokman apabila bernikah kali kedua dengan bekas kru televisyen di Thailand pada 7 Julai lalu, tiga hari menjelang Ramadan.


Harian Metro melaporkan, Lokman Abdul Hamid, 54, yang juga pengasas Pusat Perubatan Islam al-Hidayah turut mempertikaikan tindakan Ashraf yang dianggap terburu-buru bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan kebenaran poligami yang difailkan pada 9 April lalu.

“Kami sebenarnya kesal kerana dia tidak maklumkan pada kami termasuk isterinya sendiri. Kalau mahkamah beri keizinan berpoligami, kami reda dan terima keputusan.

“Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand,” ujar Hj Lokman.

Tambah Lokman, dia juga tidak dapat menerima alasan menantunya berkahwin lagi disebabkan belum dikurniakan anak. Lebih mengecewakan, apabila Ashraf tidak memaklumkan kepada Dayana bahawa tujuannya ke Thailand adalah untuk bernikah.

Mengulas mengenai penerimaan Dayana, Lokman berkata anaknya tidak rela untuk dimadukan dan dia tidak tahu apa tindakan Dayana selepas ini dan tidak masuk campur.

“Daripada mula pun anak saya tidak rela atau redha. Apa yang dikata seperti dalam surat khabar yang anak saya redha, itu pun bukan dari anak saya. Itu satu penipuan yang besar,” katanya.

Menurutnya, Asyraf muslim mula mengenali Wan Sakinah ketika wanita itu bekerja di sebuah stesen televisyen dan ketika itu Ashraf masih bertunang dengan Dayana. Bercerita rentetan kes itu, Lokman memberitahu pada mulanya Dayana memohon mahkamah menangguhkan kes itu kerana dia tidak mempunyai peguam.

Justeru mahkamah menetapkan tarikh semalam untuk mendengar permohonan itu bagaimanapun sebaliknya yang terjadi.

Baca Penuh Bapa Mertua Kecewa Ashraf Muslim Nikah Di Thailand

Friday 19 July 2013

Alvin dan Vivian Disumbat Ke Dalam Penjara

Alvin dan Vivian disumbat kedalam penjara


Pasangan menghina Islam dalam Facebook, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 telah pun didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan. Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun
Keseksaan. Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang. Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Ishak Md Yusoff turut meminta hakim agar ketiga-tiga pertuduhan dibicarakan serentak. Pihak peguam pembela bagaimanapun memaklumkan bahawa dakwaan Penapisan Filem tidak boleh dibicarakan serentak kerana perkara itu dilakukan pada tarikh berlainan. Hakim bagaimanapun memutuskan untuk membicarakan ketiga-tiga tuduhan serentak.

Pasangan ‘Alvivi’ itu telah memuatnaik gambar dan tulisan “Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!) serta logo halal di Facebook.

Tindakan mereka telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya umat Islam di Malaysia serta disusuli oleh laporan polis dari beberapa NGO.
Baca Penuh Alvin dan Vivian Disumbat Ke Dalam Penjara

Sunday 14 July 2013

Alvin Vivian Sentap Di Twitter Lepas Facebook Ditutup Dan Diblock

Alvin Vivian Mengamuk Di Twitter Facebook Fan Page Di Tutup Di Block Sekat


Pasangan seks bebas, Alvin dan Vivian semalam sentap di laman sosial Twitter mereka apabila akaun Facebook mereka telah ditutup secara kekal oleh pengendali laman sosial itu.

Penutupan secara kekal itu terjadi apabila ‘page’ Facebook mereka telah menerima banyak laporan negatif dari kalangan pengguna Facebook.

“Our Facebook Page is permanently gone due to rampant reporting against us. Thanks, a**holes” – antara komen pasangan Alvin dan Vivian di Twitter.

Selain itu, mereka juga menyuruh umat Islam untuk berehat dan bergembira pada bulan Ramadhan kerana mereka seolah-olah akan kembali dengan sesuatu yang mengejutkan.

Pada masa yang sama, pasangan tersebut turut menghina penganut Islam, hero-hero berbangsa Cina, para wartawan dan juga pengendali Facebook.

Mungkin ini adalah amaran daripada umat Islam kepada pasangan tersebut yang cuba memainkan isu sensitif.

Tahniah buat mereka yang telah bekerjasama melaporkan kepada pengendali Facebook dan juga Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia untuk menutup facebook mereka.

Tapi djdanchef tengok pasangan ini macam tak takut je seolah-olah mereka ada strategi lain lagi untuk bebas dan buat kembali aksi-aksi yang tak senonoh. - berita alvin vivian
Baca Penuh Alvin Vivian Sentap Di Twitter Lepas Facebook Ditutup Dan Diblock

Monday 8 July 2013

Bedak Sejuk Tanaka Murah

Bedak Sejuk Tanaka TATE BY DEA Myanmar Murah Jual Beli Online Nora Danish Harga Borong

Tanaka powder atau Bedak Sejuk Tanaka diperbuat daripada kayu tanaka yang sangat berkesan untuk semua jenis kulit - berjerawat, mudah sensitif, normal dan berminyak. Bedak sejuk tanaka sangat istimewa kerana difomulasi 2 dalam 1 iaitu boleh dijadikan sebagai bedak sejuk atau foundation. Bedak sejuk tanaka mempunyai pelbagai haruman.
bedak sejuk tanaka, bedak tanaka, bedak tanaka nora danish, bedak tanaka myanmar
bedak sejuk tanaka nora danish

Kelebihan Bedak Sejuk Tanaka Murah

Bedak tanaka dapat:
- Kecutkan jerawat
- Haluskan kulit
- Cerahkan kulit
- Hilangkan jeragat
- Lembutkan kulit
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
- Pelindung cahaya matahari
- Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan.


Adakah Bedak Sejuk Tanaka Selamat Digunakan?
Bedak sejuk tanaka adalah 100% organik dan menggunakan bahan-bahan semula jadi serta selamat digunakan.


Cara Guna Bedak Sejuk Tanaka

1) Sebagai Foundation
Hanya sapukan bedak tanaka secara nipis dan rata ke seluruh wajah menggunakan jari atau span muka. Boleh juga renjiskan sedikit air pada wajah sebelum dicalit bedak agar sapuan lebih licin dan nipis.

2) Sebagai Bedak Sejuk
Hanya basahkan jari atau ambil sedikit bedak sejuk tanaka, letakkan ke dalam piring. Campurkan dengan sedikit air dan kalau boleh jangan terlalu pekat atau terlalu cair, kemudian sapu pada wajah. Biar kering 30 minit sebelum di cuci. Boleh juga di pakai sepanjang malam sewaktu tidur sebelum dicuci keesokan harinya.

bedak sejuk tanaka, bedak tanaka, bedak tanaka nora danish, bedak tanaka myanmar


Haruman Bedak Tanaka 4 Jenis:
Hijau (Lemon)
Pink (Rose)
Krim (Original)
Krim gelap (Ironwood flower)
Putih (Jasmine)


Jual Beli Bedak Sejuk Tanaka Online Murah


Harga Bedak Sejuk Tanaka (40 GM) 
RM25

Harga Bedak Sejuk Tanaka (110 GM)
RM30

* FREE POSTAGE

Sekiranya berminat untuk order bedak sejuk tanaka boleh:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/asraffalishop
Baca Penuh Bedak Sejuk Tanaka Murah

Sinopsis Drama Kampung Girl TV3

Novel Kampung Girl Umi Kalsom dan Drama Kampung Girl Slot Zehra Lestary TV3 Beli Jual Online Nad Zainal Akim Sinopsis Tonton Download

Antara satu lagi drama yang diadaptasi daripada novel yang akan menggantikan drama Saya Sebenarnya Isteri Dia. Drama Kampung Girl yang akan menggandikan barisan pelakon yang dikenali ramai iaitu Akim, Nad Zainal dan Emma Maembong.

Sinopsis Drama Kampung Girl

Ashraf langsung tidak menyangka yang perkahwinannya bakal diatur oleh keluarga! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin.

Ashraf Khairi dan Ainnur adalah sepupu, dan dia memang tidak pernah sukakan gads itu sejak kecil lagi. Hanya kata cacian dan kutukkan sahaja yang  keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekkan Ashraf telah menerima pinangan dari ibu Ashraf. Ainnur merahsiakan identitinya yang pernah melanjutkan pengajian ke luar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta padanya sebagai budak kampung yang tidak berpendidikan.

Barisan Pelakon Kampung Girl


Pelakon :Akim ahmad, Nad Zainal, Emma Akma, Hilal Azman, Fikhree Bakar, Syafiq Kyle dan Emma Maembong.

Jual Beli Online Novel Kampung Girl



Baca Penuh Sinopsis Drama Kampung Girl TV3

Thursday 4 July 2013

Beli Novel Online: Suami Ekspress - Fieyta An Nisa

Beli baca online novel melayu suami ekspress fieyta an nisa harga murah drama kat mana nak jual penulisan2u sinopsis


suami ekspress
suami ekspress

Tajuk: Suami Ekspres
Penulis: Fieyta An Nisa
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-08-2
Harga: RM22

Sinopsis Suami Ekspress

“Eh, wait Adriana… Awak bakal isteri saya!!!” - FARIS

“Hah, apa?!” - ADRIANA

FARIS AR RAYYAN - Pensyarah muda yang dididik dengan ilmu agama dan tarbiah yang hebat. Dididik supaya menghargai, melindungi dan meraikan wanita di sekelilingnya. Dia dilamar sahabat abinya, Encik Nazri untuk menjadi suami kepada anak gadisnya sebelum lelaki itu berangkat ke Jepun.

ADRIANA QISTINA - Seorang gadis yang ceria dan positif dengan hidupnya sendiri. Daripada gadis yang biasa, dia bertukar menjadi gadis yang luar biasa kesan bertemu dengan suami solehnya. Walaupun masih muda namun tingkah lakunya matang melebihi usianya.

Mereka dijodohkan dengan pilihan keluarga. Baru bahagia dirasa, ujian sudah datang menyapa. Kejadian yang menimpa orang tua Adriana dan kemunculan Aqil merupakan tamparan hebat buat mereka dalam novel suami ekspress.

“ Adriana Qistina adalah tanggungjawab dan amanah Faris Ar Rayyan. Abang nak bawa Riana menuju ke syurga Allah. Biar cinta kita sama-sama mekar menuju cinta Ilahi.” - FARIS


“Cukuplah Riana punya suami soleh yang berusaha membawa cinta kita menuju cinta Ilahi dan Riana akan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan cinta kita cinta 'high class' di mata Pencipta.” -ADRIANA


Mampukah cinta mereka menuju cinta Ilahi dan seterusnya menggapai syurga Ilahi? Bagaimanakah Adriana dan Faris mengemudi bahtera rumah tangga mereka berpaksikan cinta kerana Allah? Mekarkah cinta mereka menuju cinta Ilahi?


HARGA: RM22

Postage: 
RM6 (Semenanjung)
RM9 (Sabah Sarawak)

Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/belinovel
Novel Seterusnya: Beli Novel Online: Suamiku Pemalu - Qistina Alya
Baca Penuh Beli Novel Online: Suami Ekspress - Fieyta An Nisa

Beli Novel Online: Suamiku Pemalu - Qistina Alya

Beli baca online novel melayu suamiku pemalu qistina alya harga murah drama kat mana nak jual penulisan2u sinopsis


novel suami ku pemalu
novel suami ku pemalu
Tajuk: Suamiku Pemalu!
Penulis: Qistina Alya
Penerbit : Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-02-0
Harga: RM20 

Sinopsis Novel Suamiku Pemalu

SAHIRUL HAKIMI- Dia sememangnya lelaki pemalu! Peristiwa lampau membuatkan dia malu berhadapan dengan perempuan. Nampak sahaja perempuan, dia akan tertunduk hingga merah pipinya. Namun, hatinya ada pada Farisha Alya. Kebahagiaan mula menyinar pada saat pinangannya diterima.

“Kenapa awak terima saya, ya?”

“Sebab awak pemalu!”

FARISHA ALYA- Pinangan Irul diterima ikhlas. Dia nekad membina gerbang cinta bersama suami yang pemalu itu.

Irul bukanlah seorang pakar cinta. Tetapi Irul belajar untuk menjadi seorang pencinta yang mampu membahagiakan orang yang dicintai.

“Sayang, duduklah dalam troli ni. Biar abang tolak,”

“Mengarutlah abang ni. Isha dah besarlah. Takkan nak duduk dalam tu lagi. Macam budak-budak aje,”

“Hehe, gurau ajelah sayang.”

Bermulalah episod cinta sang suamiku pemalu dan sang isteri.

Tetapi, bukan rumah tangga namanya tanpa disentuh badai. Kedegilan dan kesilapan Farisha Alya telah mengundang amarah Sahirul Hakimi hingga membawa babak duka dalam perhubungan mereka.


Rajuk Alya meresahkan Sahirul Hakimi. Mampukah dia yang pemalu itu kembali memikat isterinya?

HARGA RM20

Postage: 
RM6 (Semenanjung)
RM9 (Sabah Sarawak)

Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/belinovel
Novel seterusnya: Beli Novel Online Rahsia Hati - Azimah Lily 
Baca Penuh Beli Novel Online: Suamiku Pemalu - Qistina Alya

Beli Novel Online: Rahsia Hati - Azimah Lily

Beli baca online novel melayu rahsia hati azimah lily harga murah drama kat mana nak jual karya seni sinopsis


novel rahsia hati
novel rahsia hati

Tajuk: Rahsia Hati
Penulis: Azimah Lily
Penerbit: Karyaseni
Harga: RM25

Sinopsis Novel Rahsia Hati

“Dalam usia muda, dia memegang jawatan Pengarah Urusan Global Bersatu. Dia juga merupakan nadi penggerak Global Bersatu sehingga Global Bersatu tersenarai sebagai antara sepuluh syarikat gergasi yang berjaya dan setaraf dengan syarikat gergasi lain di dunia. Dania juga pernah jadi cover majalah Dewan Perniagaan. Kau tahu tak majalah tu hanya akan menyiarkan berita tentang usahawan yang berjaya di Malaysia?”

Tengku Dania Dahlia – Sebut sahaja namanya, semua akan terpegun. Kekayaannya menjadi sebutan. Keayuannya digilai sang jejaka. Namun dia menyimpan sebuah rahsia. Rahsia yang membuka kepada sebuah pintu kedukaan...rahsia hati

Setelah kepergian mama dan papanya dalam nahas yang dirancang, Tengku Dania Dahlia bertekad habis-habisan melindungi satu-satunya adiknya, Tengku Daniel Darius.

“Papa... Mama... Lia janji selagi Lia bernafas, Lia akan jaga dan lindungi Daniel.”

Demi menjaga status, Tengku Dania Dahlia ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan Hairi Azwan. Bagai buku bertemu ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh.

“Perempuan macam kau tak layak menjadi isteri aku. Dasar perempuan pisau cukur. Kau hanya nak kikis harta aku. Aku benci perempuan macam kau.” - Hairi Azwan

“Aiii... Jika nak dibandingkan di antara harta aku dan harta kau, harta aku banyak lagi. Sepuluh kali ganda banyak daripada kau. Perasan lebih.” - Tengku Dania Dahlia


Tapi orang kata, jangan terlalu membenci nanti lama-lama... jadi sayang. Ya. Akhirnya itulah yang berlaku!

Walau malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi Tengku Dania Dahlia, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu Hairi Azwan, si kaki perempuan.

Tapi kenapa Tengku Dania Dahlia seolah-olah jual mahal? Apakah rahsia di sebalik penolakan lamaran Hairi Azwan? Apa benar benci yang dipamerkan? Atau hanya sekadar benci... tapi sayang?


Bocorkan rahsia ini dalam Rahsia Hati.

HARGA: RM25

Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Blogshop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/belinovel
Novel seterusnya: Beli Novel Online: Love You Mr Arrogant 
Baca Penuh Beli Novel Online: Rahsia Hati - Azimah Lily

Beli Novel Online: Love You Mr Arrogant - Aliesha Kirana

Beli baca online novel melayu love you mr arrogant aliesha kirana harga murah drama tv3 kat mana nak jual karya seni

Tajuk : Love You Mr. Arrogant
Penulis : Aliesya Kirana
Harga : RM18.00


Sinopsis Novel Love You Mr. Arrogant

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak love you mr arrogant itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah


Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

HARGA: RM18

Postage: 
RM6 (Semenanjung)
RM9 (Sabah Sarawak)

Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Blogshop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/belinovel
Novel seterusnya: Beli Novel Online: Teduhan Kasih - Marissa 
Baca Penuh Beli Novel Online: Love You Mr Arrogant - Aliesha Kirana

Novel Terbaru Jun Julai Karya Seni 2013

Novel terbaru keluaran karya seni bulan Jun Julai 2013 Jual buku murah online harga beli sinopsis

Salam buat semua pembaca hari ini djdanchef dan kongsikan beberapa buah buku pilihan keluaran dari syarikat novel terkenal iaitu Karya Seni.

NOVEL LOVE YOU MR. ARROGANT - ALIESHA KIRANA


SINOPSIS
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham



NOVEL MR. PAI EPAL - MADIHAH


SINOPSIS
Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh.

“Cik Yaya sayang? Ooo... Cik Yaya sayang. Rindu saya tak?” – IZZ AMIR

“Gila!” – YAYA

“Ya, kan saya mengaku saya gila. Gilakan awak.” – IZZ AMIR



RAHSIA HATI - AISHAH LILY


“Dalam usia muda, dia memegang jawatan Pengarah Urusan Global Bersatu. Dia juga merupakan nadi penggerak Global Bersatu sehingga Global Bersatu tersenarai sebagai antara sepuluh syarikat gergasi yang berjaya dan setaraf dengan syarikat gergasi lain di dunia. Dania juga pernah jadi cover majalah Dewan Perniagaan. Kau tahu tak majalah tu hanya akan menyiarkan berita tentang usahawan yang berjaya di Malaysia?”

Tengku Dania Dahlia – Sebut sahaja namanya, semua akan terpegun. Kekayaannya menjadi sebutan. Keayuannya digilai sang jejaka. Namun dia menyimpan sebuah rahsia. Rahsia yang membuka kepada sebuah pintu kedukaan...




YANG MANIS - MELLISA


IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Apa?”

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”

Nak order novel-novel diatas secara online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/belinovel
Baca Penuh Novel Terbaru Jun Julai Karya Seni 2013