Resepi Kek Pisang Bakar Mudah Gebu|Resipi Kek Moist|Banana Cake Recipe
Kek pisang antara kek yang djdanchef rasa kerap juga dibuat oleh rakyat malaysia. Dan selalunya di bakar untuk majlis istimewa atau diberi kepada jiran tetamu yang tinggal jauh. Ada juga buat kek pisang untuk bekalan sebab akan hadapi perjalanan yang agak panjang.
Dan dibawah ini djdanchef kongsikan banana cake recipes.
Resepi Kek Pisang Bakar
Bahan-Bahan Kek Pisang Bakar
1 1/2 cwn gula halus
3 bj telur gred A
3/4 cawan minyak/planta cair
2 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil garam
5 biji pisang emas/jenis lain (saiz 5 inci)
Cara Buat Kek Pisang
1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila dan garam, kacau rata.
2. Masukkan minyak berselang seli dengan tepung yang telah diayak bersama soda dan baking powder.
3. Masukkan pisang yang dilecek. Gaul adunan hingga sebati.
4. Kemudian tuang ke dalam loyang empat segi atau bingka yang telah dilengser.
5. Bakar dengan oven api perlahan, suhu 185'c selama 45 minit - 1jam atau sehingga masak.
Resepi Kek Lain:
- Resepi Kek Coklat
- Resepi Kek Pavlova
Selamat mencuba resepi kek pisang bakar - Blog masakan @ djdanchef
salam,sy nak buat kek ni tp nak tye masa bakar guna api bawh or atas,trma ksih ats prkngsia n mmg nmpk mnarik kek djdanchef :-)
ReplyDeleteTgah mencuba nk buat,mdh2han jdi. . Usaha kakak dn adik. . Hehe. .
ReplyDeleteTepung ta kisah jenis apa ea ? Nk try nnt
ReplyDeleteMacam sedap je.. nyummy
ReplyDeleteGuna cawan jenis ape ye? Cawan yg mmng untuk sukat tu ke?
ReplyDeletealhamdulilah sy guna resepi ni menjadi... xdpt pula nk attach pic ... cuma sy derhaka letak coklat rice but perfect
ReplyDelete