djchef September 2012 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday 30 September 2012

RAWATAN GURAH & MENCUCI SUARA

Ada yang pernah dengar pasal perubatan / rawatan gurah ker? djchef baru kali pertama dengar. Sebenarnya rawatan gurah ni lebih kurang seperti rawatan resdung dan berbekam.

Kaedah rawatan ini dapat mengeluarkan semua lendir yang ada di hidung dan kerongkong supaya nafas menjadi lebih panjang dan lunak. Sampai boleh tarikh macam jackly victor atau nash tak? atau suara merdu macam emma maembong ?Hehe..

Rawatan ini turut dikenali sebagai rawatan cuci suara. Selain membersihkan hidung dan kerongkong, ia juga dapat menyelesaikan masalah resdung dan simptom kerap bersin terutamanya pada waktu pagi.

Bagi yang kerap berdengkur sampai tak 'ingat dunia kan' rawatan ini turut membantu untuk mengurangkan dengkuran bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

BAGAIMANA RAWATAN GURAH DILAKUKAN
Ok sebenarnya kaedah rawatan ini menggunakan titisan air rebusan akar kayu terpilih dan biasanya mengambil masa selama 45 minit untuk selesai.

Pelanggan akan diminta berbaring sebelum air rebusan akar kayu dititiskan ke dalam hidung.

Dalam masa seminit, tekak pesakit akan berasa sedikit pedih sebelum dia diminta duduk dengan memegang sebuah baldi kecil.

Beberapa saat kemudian, pesakit secara automatik memuntahkan lendir berwarna putih jernih daripada hidung dan mulut. Haah!! Boleh imagine?

Bagi yang tidak pernah membuat rawatan gurah ibu kerak yang berwarna kekuningan seperti nanah dan sedikit berbau juga akan keluar
bersama.

Selepas rongga dibersihkan, lontaran suara anda akan berasa ringan serta mantap. Kaedah ini juga mampu merawat penyakit suka berkahak dan resdung yang kerap bersin pagi.

PELANGGAN GURAH
Antara pelanggan yang sering mendapatkan khidmat gurah terdiri daripada kalangan artis, qari, qariah dan bilal.

Siapa yang nak memantapkan suara mana tahu dapat nyanyi dengan baik lagu muara hati - hafiz & siti nurhaliza ? Atau ada yang nak melancarkan nafas dan merawat resdung? Boleh la cuba rawatan gurah ini.


Baca Penuh RAWATAN GURAH & MENCUCI SUARA

Saturday 29 September 2012

BAJET 2013 : BONUS SEBULAN SETENGAH GAJI PENJAWAT AWAM | 1 BULAN GAJI KAKITANGAN AWAM

Bajet 2013 : bonus sebulan (1bulan) setengah gaji untuk penjawat kakitangan awam djchef.

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak 1 satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

Najib berkata pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. - BERNAMA

** MAKLUMAN **
Untuk Baca semua yang berkaitan bajet 2013 sila klik sini>> BAJET 2013

= =  =  = = =

Baca Penuh BAJET 2013 : BONUS SEBULAN SETENGAH GAJI PENJAWAT AWAM | 1 BULAN GAJI KAKITANGAN AWAM

Friday 28 September 2012

BAJET 2013: SUBSIDI GULA DIKURANGKAN 20 SEN SEKILO MULAI ESOK

Bajet 2013: Subsidi gula dikurangkan 20 sen sekilo mulai esok djchef.

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula esok, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, Perdana Menteri berkata pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.

"Bagaimanapun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya ketika membentangkan belanjawan bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" hari ini.

Perdana Menteri berkata keputusan itu turut mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.

Najib berkata di sebalik pengurangan subsidi itu, kerajaan berharap peniaga tidak membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran.

Beliau berkata peruntukan itu juga untuk menampung perbezaan harga dan kuota penggunaan minyak masak yang semakin meningkat ketika ini. - BERNAMA

** MAKLUMAN **
Untuk Baca semua yang berkaitan bajet 2013 sila klik sini>> BAJET 2013

Baca Penuh BAJET 2013: SUBSIDI GULA DIKURANGKAN 20 SEN SEKILO MULAI ESOK

BAJET 2013: BR1M (BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA) BANTU BUJANG 21 TAHUN KE ATAS

Bajet 2013: BR1M 2.0 Bantuan rakyat 1malaysia bantu individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas djchef.

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan
Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

"Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini.

BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaan persekutuan
memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, yang membabitkan peruntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion. - BERNAMA

** MAKLUMAN **
Untuk Baca semua yang berkaitan bajet 2013 sila klik sini>> BAJET 2013

=  =  =  =  =  =

Baca Penuh BAJET 2013: BR1M (BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA) BANTU BUJANG 21 TAHUN KE ATAS

BAJET 2013: PENCEN MINIMUM PESARA KERAJAAN DINAIKKAN KEPADA RM820

Bajet 2013: Pencen Minimum Pesara Kerajaan Kakitangan Awam dinaikkan kepada RM820 djchef.

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012.

"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

"Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha mengiktiraf golongan warga emas.

Najib berkata caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.

"Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80," katanya.

Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. - BERNAMA

** MAKLUMAN **
Untuk Baca semua yang berkaitan bajet 2013 sila klik sini>> BAJET 2013

=      =       =        =       =       =

Baca Penuh BAJET 2013: PENCEN MINIMUM PESARA KERAJAAN DINAIKKAN KEPADA RM820

HUKUM CIUM MULUT COUPLE - USTAZ AZHAR IDRUS

Harini djchef login facebook nampak salah seorang friend list djchef tu shared satu screen shot kat timeline.

Screen shot tu mengenai seorang fans page ustaz azhar idrus tanya tentang hukum bercium mulut. Cium mulut dengan sape? Hehe

Ok. djchef taip sikit dialog yang terdapat di dalam screenshot tu.

Fans: Ustaz.. Apa hukum kalau cium mulut ?

Ustaz Azhar Idrus: Mulut siapa?

Fans: Couple

Ustaz Azhar Idrus: Haram.. Cium tangan pun haram.. Kahwin cepat-cepat boleh cium semua tempat day & night.

Ni screen shot, right click dan pilih open image/ view image/ save picture as untuk zoom gambar.


Baca Penuh HUKUM CIUM MULUT COUPLE - USTAZ AZHAR IDRUS

Wednesday 26 September 2012

DJDANCHEF.BLOGSPOT.COM TEMPAT KE-13 CABARAN SEO EYRIQAZZ VS DENAIHATI

Kelmarin telah pun keluar keputusan pemenang cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati, cabaran yang bagi djchef adalah cabaran yang sangat mencabar dan saigan yang amat sengit.

Walaupun menjadi pemenang di tempat ke 13 ini merupakan pencapaian yang terbaik bagi djchef kerana djchef masih lagi NEWBIE bab-bab SEO dan FIRST TIME sertai contest berkaitan SEO ni.

Dan djchef dapat berada di tempat ke 13 daripada 124 peserta yang rata-ratanya mempunyai PAGERANK 2, 3 dan 4 berbanding djchef yang baru saje dapat PR1 yang diberikan oleh google bulan lepas.

IMPAK SEO BUAT BLOG djdanchef.blogspot.com DAPAT 1000-3000 PELAWAT (UV) SETIAP HARI !!

Sekarang baru djchef tahu kelebihan seo ni, sebelum ni djchef tak tahu pun seo ni ape benda? CEO syarikat ke? Memang pening juga first time nak faham sampai sekarang pun djchef masih lagi tak faham beberapa part SEO ni, djchef still rasa masih lagi newbie sebabnya djchef mula aktif dan mula belajar pasal seo JULAI 2012.

Ada yang nampak blog djchef ni nampak sunyi ja, tak banyak komen pun, tak nampak macam ramai pelawat pun, layout pun biasa-biasa ja, followers pun baru 100 lebih.. hehe

Djchef pun perasan juga tu semua tapi djchef malas pula nak design2 ni..hehe dan sebenarnya blog djchef mendapatkan pelawat paling MINIMUM 1000 LEBIH pelawat setiap hari dan SELALU mencecah 2000 LEBIH dan KADANG-KADANG 3000 LEBIH pelawat setiap hari dan rata-rata pelawat yang datang adalah dari search engine google, yahoo, bing dan ask tu yang nampak sunyi sikit sebab pelawat yang datang dari search engine jarang tinggalkan komen di blog.

Sorry tak da screen shot statistik, nanti djchef akan buat satu lagi entri pasal statistik blog djchef ni.

Cuma djchef masih lagi dok buat uji kaji pasal seo ni dan pada masa yang sama djchef confuse bahagian mana yang sudah djchef apply teknik seo ni.

PENING DAN CONFUSE DENGAN SEO !!!

Kadang-kadang djchef buat 1 artikel tu dapat rank tinggi, kemudian djchef buat lagi artikel kedua guna teknik yang sama tapi tak dapat rank pula.. Confused!

Kadang-kadang djchef buat 1 artikel siap promote sana sini ok dah dapat rank, pastu artikel ke-2 guna teknik yang sama promote sana-sini tapi tak rank pula macam artikel pertama.. Haahh pening!

Tu yang djchef masih lagi rasa djchef ni newbie dan masih lagi proses uji kaji pasal seo yang mengelirukan djchef ni.

Apa-apa pun djchef nak ucapkan tahniah buat pemenang cabaran seo ni dan tak sabar nak tunggu pemenang top 5 kongsikan rahsia mereka.

Dan nak LIHAT JUGA pemenang TOP 5 tu ada tak yang kongsikan teknik SEPENUHNYA yang diorang praktikkan selama ini sebab djchef ada perasan beberapa teknik diorang lakukan sepanjang cabaran tu

Dan tak pasti sama ada diorang juga turut akan kongsikan teknik yang djchef perasan tu untuk dimuatkan dalam entri reveal rahsia kejayaan diorang yang diminta oleh bro Eyriqazz.


Baca Penuh DJDANCHEF.BLOGSPOT.COM TEMPAT KE-13 CABARAN SEO EYRIQAZZ VS DENAIHATI

Tuesday 25 September 2012

JUALAN IPHONE CECAH 5 JUTA UNIT

Tajuk jualan iphone cecah 5 juta unit telah menarik mata djchef untuk membaca artikel tu lebih-lebih lagi pasal iphone 5.

NEW YORK - Gergasi elektronik Amerika Syarikat (AS), menyatakan semalam bahawa jualan iPhone 5
mencecah lima juta unit selepas telefon pintar terbaharu itu dilancarkan pada hujung minggu lalu.

Apple dalam satu kenyataan berkata, sebahagian pelanggan terpaksa menunggu untuk memiliki gajet terbaharu tersebut ekoran jumlah permintaan kini melebihi bekalan.

"Permintaan untuk iPhone 5 menakjubkan dan kami sedang berusaha keras untuk membekalkan iPhone 5 kepada setiap pelanggan kami," kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook.

Menurutnya, iPhone 5 mula dijual di AS, Australia dan beberapa negara lain pada Jumaat lalu. Gajet pintar itu akan dijual di 22 buah negara pada Jumaat ini.

iPhone 5 dijual pada harga bermula daripada AS$199 (RM611) untuk model berkapasiti 16 gigabit (GB) hingga AS$399 (RM1,225) bagi versi 64GB di AS. - Agensi


Baca Penuh JUALAN IPHONE CECAH 5 JUTA UNIT

Sunday 23 September 2012

LIRIK LAGU MUARA HATI - SITI NURHALIZA & HAFIZ OST ADAM DAN HAWA

Drama terhangat masa kini adam dan hawa makin mendapat sambutan ditambah pula gandingan lagu tema (ost) antara hafiz dan dato siti nurhaliza.

Lirik Lagu Muara Hati - Hafiz dan Datuk Siti Nurhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…
Padamu…
Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemanapun kan pasti kembali
Wooo…

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk dalam hati..
Cinta..

p/s: djchef pun dah minat tengok cerita dan lagu tema adam dan hawa ni.


Baca Penuh LIRIK LAGU MUARA HATI - SITI NURHALIZA & HAFIZ OST ADAM DAN HAWA

Saturday 22 September 2012

SINOPSIS DRAMA RUNTUN QALBU SLOT ZEHRA TV3

Terbaru sinopsis drama runtun qalbu slot zehra tv3 menggantikan drama naziha telah pun ditayangkan di tv3.

Kalau drama kau yang terindah ada Neelofa dan Emma Maembong, runtun qalbu ni pula menampilkan Fasha Sandha dan Fida Ibrahim.

SINOPSIS DRAMA RUNTUN QALBU
Runtun Qalbu mengisahkan Qalbu yang mana melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu djchef.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha Sandha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa
memikirkan soal kerja Qalbu, penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada disebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida Ibrahim).

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi
orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

LAGU TEMA OST & BARISAN PELAKON
Antara barisan pelakon drama runtun qalbu ialah:
1. Kamal Adli sebagai Qalbu
2. Fasha Sandha sebagai Idayu
3. Shah Iskandar sebagai Kelabu
4. Fida Ibrahim sebagai Ustazah Fatihah
5. Shukri Yahya sebagai Bon Reen
6. Rahim sebagai Amy
7. Kaza sebagai Zaidi
8. Razak Ahmad sebagai Imam Musa
9. Rosnah Johari sebagai Rahimah
10. Juhara Ayob sebagai Hajah Zubaidah

Saksikan drama runtun qalbu (kalbu) slot zehra di tv3 setiap Jumaat, 9.00 malam dan lihat gosip artis malaysia untuk info terbaru.


Baca Penuh SINOPSIS DRAMA RUNTUN QALBU SLOT ZEHRA TV3

Tuesday 18 September 2012

DRAMA ADAM DAN HAWA EPISOD 13 14 15 & 16

Tonton video promo drama adam dan hawa episod 13, 14, 15 & 16 astro mustika.

Drama yang makin hangat sekarang ini lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa yang memberi kesan kepada penonton dan peminat seperti di entri ini >> drama adam dan hawa.

Beberapa promo video yang sempat djchef ambil di youtube.

Baca Penuh DRAMA ADAM DAN HAWA EPISOD 13 14 15 & 16

Friday 14 September 2012

PESERTA TETAP MAHARAJA LAWAK MEGA 2 2012

Lagi mengenai maharaja lawak mega 2012 tak habis-habis. Banyak entri pasal maharaja lawak mega 2 dalam blog djchef boleh jadi official blog untuk program ni la lepas ni. Haha..
Seperti yang kita ketahui tahun lalu kumpulan osbon berjaya menjuarai program ini dan dengar khabarnya Osbon dan kumpulan-kumpulan lain tahun lepas akan turut kembali bertanding untuk maharaja lawak mega 2012 tahun ini dan dikira sebagai peserta tetap bukan peserta hot seats.
Peserta hot seats cuma 3 kumpulan saja yang akan bertanding bersama-sama dengan peserta tetap.
Senarai Peserta Tetap Maharaja Lawak Mega 2 2012
Berikut merupakan list kumpulan tetap:
1. Osbon (Mr Os dan Abon)
2. Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
3. Sepahtu (Jepp, Shuib dan Nabil )
4. Jozan ( Johan dan Zizan )
5. Jambu (Yus dan Taukeh)
6. R3 ( Man dan Rahim R2)
7. Senario (Azlee, Mazlan Pet Pet dan Wahid)
8. Gitu-Gitu ( Saiful Apek dan Yasin)
Wah hebat djchef perasan ada kumpulan baru iaitu Senario, Sepahtu (nabil menggantikan mamat) dan Gitu-Gitu menampilkan otai Saiful Apek dan Yasin. Pasti panas giler lah.
Begitulah serba sedikit info tentang peserta tetap maharaja lawak mega 2 2012
GOSIP ARTIS MALAYSIA YANG BERKAITAN:
1. Undi Hot Seats Maharaja Lawak Mega
Undian pelawak ini akan bersaing merebut tempat 3 yang terbaik dalam undian yang bermula...
2. Maharaja Lawak Mega (2011)
Info dan maklumat mengenai kesemua pelawak seperti boboi, jozan, osbon...

Like Fanpage Maharaja Lawak Mega 2012 untuk dapatkan info terkini


Baca Penuh PESERTA TETAP MAHARAJA LAWAK MEGA 2 2012

Tuesday 11 September 2012

Muaz Faris dan Google Adsense

Ada yang pernah bersama google adsense? djchef pernah apply sekali tapi direject pula blog. Djchef pun tak tahu apa punca sebenar blog djchef ditolak tanpa belas kasihan. Sungguh kejam! Memang "sentap" dibuatnya. Huhu

Kemudian djchef dapat tahu dari blogger-blogger lain yang google adsense ini hanya terima blog yang berbahasa inggeris sahaja dan blog yang mempunyai traffik dan pagerank yang tinggi saja yang di 'approve'.

MUAZ FARIS DAN GOOGLE ADSENSE
Djchef blogwalking nampak ramai blogger buat entri pasal muaz faris dan google adsense dan kagum dengan muaz faris yang berjaya membuat google adsense meng-'approve' blog bahasa melayu.

Muaz faris juga berjaya menjana pendapatannya melalui google adsense walaupun sebenarnya blog muaz tu adalah blog berbahasa Melayu. Hebatkan?

Antara entri tips dari blog muaz faris:
1. Tips iklan guna Google Adsense di Blog Bahasa Melayu
2. Tutorial Cara Letak Google Adsense di Blog Bahasa Melayu

Selain itu, muaz faris juga berbesar hati memberikan buku "blog + google adsense = duit" kepada pemenang bertuah dalam giveawaynya - muaz faris dan google adsense.

Yang berminat untuk sertai boleh klik gambar giveaway entri ni.

" Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini. "



Baca Penuh Muaz Faris dan Google Adsense

Monday 10 September 2012

UNDI HOT SEAT MAHARAJA LAWAK MEGA 2 2012

Undi peserta hot seat maharaja lawak mega 2 2012 undian pelawak ini akan bersaing merebut tempat 3 yang terbaik dalam undian Hot Seat seterusnya menjadi peserta Maharaja Lawak Mega 2012.

Antara Barisan Berkumpulan:
-AJK (Achong, Joey dan Kaza)
-Awas (Masbun dan Wakpen)
-Hai (Hamdan dan Illya)
-OMG (Azrul dan Jihan)
-Duo (Radhi Khalid, Zarina)
-Ingke (Rama, Pak Lah dan Amran)
-Kecik (Ijal, Achoe dan Wan)
-Kering (Arin dan Mie)
-Tutup Botol Oren (Pyan dan Isa)
-XN3 (Anu dan Pak Cu)
-Ketampi (Azmi, Bard dan Am)
-Sat Sat (Che Mat dan Jon)
-3A (Ali Mamak, Aziz Kota dan Albob)
-Panas
-Klaut (JD dan Aman)
-ABC (Talam, Aepul dan Man Belon)
-Sham (Shah dan Amm)
-Ngam (Gbob, Bo dan Ieka)
-Buaya (Amir dan Bell Ngasri)
-Isu (Yeop, Shora dan Sobri)
-V2 ( Lan Zailan dan Elyas)
-Balas
-Glamour Tak Perlu (Nazmi dan Aur)
-Mamu (Ajo dan Abu)
-Parpu (Lan dan Chik)

Antara Barisan Solo:
-Idlan (Khairul Idlan)
-Syem (Shamsir Mohd Shahar)

Siapa agaknya yang mendapat 3 undian tertinggi hot seats maharaja lawak mega 2 2012 ? Sama-sama kita, djchef dan emma maembong nantikan. :-)

Like Fanpage Maharaja Lawak Mega 2012 untuk dapatkan info terkini



GOSIP ARTIS MALAYSIA BERKAITAN:
- MAHARAJA LAWAK MEGA 2012
- MAHARAJA LAWAK (2011)

Baca Penuh UNDI HOT SEAT MAHARAJA LAWAK MEGA 2 2012

Wednesday 5 September 2012

Maharaja Lawak Mega 2 2012

Kini kembali Maharaja lawak mega musim ke 2 2012 bersama barisan peserta pelawak yang akan menghangatkan kembali pentas maharaja lawak mega .

Barisan pelawak atau peserta maharaja lawak mega 2 2012 ni belum lagi diketahui secara jelas lagi.

Maharaja Lawak Mega (MLM) adalah salah satu program paling mencuri tumpuan kerana berjaya mengumpulkan barisan pelawak terkenal negara.

Edisi musim pertama MLM telah berjaya dijuarai oleh gandingan Os & Abon (Osbon) dan program itu kini kembali untuk musim kedua melalui Astro Warna saluran 132. djchef amat berbangga.

Maharaja Lawak Mega 2 2012 pada November
Maharaja Lawak Mega musim terbaru bakal menemui para penonton pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 9 November 2012 ini. Ya, Astro Warna saluran 132.

BARISAN PELAWAK ATAU PERSERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2 2012
Menariknya, walaupun barisan peserta MLM kali ini masih belum di’umumkan lagi, peminat sudah boleh mula mengundi 27 calon peserta untuk menduduki kerusi panas (Hot Seat) seperti hot nya Emma Maembong. Hanya 3 yang tertinggi undiannya akan ke pentas Maharaja Lawak Mega 2 2012.


Like Fanpage Maharaja Lawak Mega 2012 untuk dapatkan info terkini


Baca Penuh Maharaja Lawak Mega 2 2012

Monday 3 September 2012

5 GAMBAR EMMA MAEMBONG YANG TERINDAH

Wow! Gambar Emma Maembong pelakon kau yang terindah yang cun bila pakai tudung memang maniskan emma maembong.

Yang belum kenal lagi siapa emma maembong ni adalah pelakon baru yang mula menonjol di dalam drama Kau Yang Terindah di TV3.

Disini ada beberapa gambar emma yang cun bila bertudung dan pic emma yang nampak ayu.

gambar emma maembong, emma maembong

gambar emma maembong, emma maembong

gambar emma maembong, emma maembong

gambar emma maembong, emma maembong

gambar emma maembong, emma maembong

Ada yang dah cair dengan emma? Kalau anda lihat djchef lagi cair. Seksi mata emma. Kalau tak puas lagi boleh lihat seterusnya:

- GAMBAR EMMA MAEMBONG YANG CUN
- 5 GAMBAR EMMA MAEMBONG YANG TERINDAH
Baca Penuh 5 GAMBAR EMMA MAEMBONG YANG TERINDAH

Sunday 2 September 2012

CONTOH SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH|CUTI SAKIT

Carian contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah | cuti sakit amat penting untuk pekerja, pelajar dan murid membuat surat ini.

Pelajar , pekerja atau murid perlulah mempunyai surat cuti sakit daripada doktor dan anda boleh cuba menggunakan contoh surat rasmi tak hadir ke sekolah seperti di bawah:

Muhamad Kamarul Bin Ahmad
Blok A-13 ,Taman Pauh Indah,
10358 Kangar
Perlis.
___________________________________________
Guru Kelas 5 Cempaka
Sek. Keb. Tanjong Jejawi
Jalan Raja Putra,
10560, Ulu Pauh
Perlis.                              28/07/2012

Tuan/ Puan,

PER: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk pernyataan diatas , saya Ahmad Bin Latif waris penjaga Muhamad Kamarul B. Ahmad ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 27/07/2012 .

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula 26/07/2012 setelah pulang dari sekolah.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 26/07/2012 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor djchef bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,
(Ahmad Bin Latif)

Contoh bergambar

contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah, surat cuti sakit

Sekiranya anda mencari surat berhenti kerja boleh lihat:
- Contoh Format Surat Berhenti Kerja
- Contoh Notis Berhenti Kerja 24 Jam (Lawak Giler)



Baca Penuh CONTOH SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH|CUTI SAKIT