Maggi Ketam |
KEHADIRAN ribuan orang luar sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut pada 24 Julai ini turut membawa rezeki tambahan kepada Aziz Ibrahim yang mengusahakan kedai makan Maggi Ketam yang terkenal dengan keenakannya.
Kedai makan ini diterangi lampu-lampu neon berwarna-warni, yang terletak di tepi jalan utama menuju ke Pekan Kuala Besut itu, tidak putus-putus dikunjungi pelanggan, terutama petugas pilihan raya dari
pelbagai agensi kerajaan, walaupun waktu menghampiri tengah malam.
Semuanya datang untuk merasai keenakan maggi ketam, hasil air tangan Aziz, 41, yang mendapat idea untuk mengusahakan kedai tersebut selepas mencuba masakan itu untuk kali pertama di Kota Baharu, Kelantan dua tahun lalu.
“Saya tertarik bagaimana masakan simple menggunakan makanan segera boleh dijadikan menarik, hanya dengan melakukan sedikit perubahan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya.
Beliau menambah, maggi ketam yang dijual di kedainya menggunakan resipi rahsia yang ditambah baik daripada resipi asal dan kualiti masakan terletak pada kesegaran ketam nipah yang digunakan.
Katanya, semangkuk maggi ketam yang turut dicampurkan sawi, tomato dan udang dijual mengikut saiz ketam dan lazimnya ia bermula pada harga RM12.
Aziz berkata sebelum kempen PRK bermula pada 12 Julai lepas, beliau hanya menjual kira-kira 50 mangkuk sehari, tetapi sejak kempen bermula, jualan sehari boleh mencecah 150 mangkuk kerana ramai orang luar yang telah mendengar mengenai keenakan maggi ketamnya ingin mencuba masakan itu.
Beliau juga perlu mengupah lima lagi pekerja kerana tiga pekerja sedia ada tidak dapat melayan
pelanggan yang mula berkunjung selepas waktu berbuka puasa hingga ke tengah malam.
Katanya lagi, PRK juga membantu ekonomi golongan nelayan di Kuala Besut yang membekalkan ketam nipah ke kedainya manakala bekalan sayur dan udang pula diperoleh dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di sini.
Lihat Juga:
- Resepi Maggie Sup
Wow.. nampak sedap.. pernah makan meggie ketam kat Puchong hari tu.. :) pun boleh la.. sebab tak penah kena yg lain lagi.. :D
ReplyDelete