djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Mee Maggi. Show all posts
Showing posts with label Mee Maggi. Show all posts

Monday, 22 July 2013

Maggi Ketam Di Kuala Besut Terengganu

Maggi Ketam Di Kuala Besut Terangganu Gambar Resepi Cara Masak

resepi maggi ketam
Maggi Ketam

KEHADIRAN ribuan orang luar sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut pada 24 Julai ini turut membawa rezeki tambahan kepada Aziz Ibrahim yang mengusahakan kedai makan Maggi Ketam yang terkenal dengan keenakannya.

Kedai makan ini diterangi lampu-lampu neon berwarna-warni, yang terletak di tepi jalan utama menuju ke Pekan Kuala Besut itu, tidak putus-putus dikunjungi pelanggan, terutama petugas pilihan raya dari
pelbagai agensi kerajaan, walaupun waktu menghampiri tengah malam.

Semuanya datang untuk merasai keenakan maggi ketam, hasil air tangan Aziz, 41, yang mendapat idea untuk mengusahakan kedai tersebut selepas mencuba masakan itu untuk kali pertama di Kota Baharu, Kelantan dua tahun lalu.

“Saya tertarik bagaimana masakan simple menggunakan makanan segera boleh dijadikan menarik, hanya dengan melakukan sedikit perubahan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya.

Beliau menambah, maggi ketam yang dijual di kedainya menggunakan resipi rahsia yang ditambah baik daripada resipi asal dan kualiti masakan terletak pada kesegaran ketam nipah yang digunakan.

Katanya, semangkuk maggi ketam yang turut dicampurkan sawi, tomato dan udang dijual mengikut saiz ketam dan lazimnya ia bermula pada harga RM12.

Aziz berkata sebelum kempen PRK bermula pada 12 Julai lepas, beliau hanya menjual kira-kira 50 mangkuk sehari, tetapi sejak kempen bermula, jualan sehari boleh mencecah 150 mangkuk kerana ramai orang luar yang telah mendengar mengenai keenakan maggi ketamnya ingin mencuba masakan itu.

Beliau juga perlu mengupah lima lagi pekerja kerana tiga pekerja sedia ada tidak dapat melayan
pelanggan yang mula berkunjung selepas waktu berbuka puasa hingga ke tengah malam.

Katanya lagi, PRK juga membantu ekonomi golongan nelayan di Kuala Besut yang membekalkan ketam nipah ke kedainya manakala bekalan sayur dan udang pula diperoleh dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di sini.

Lihat Juga:
- Resepi Maggie Sup

Baca Penuh Maggi Ketam Di Kuala Besut Terengganu

Sunday, 2 June 2013

Resepi Mee Goreng Mamak

Resepi Mee Goreng Mamak Resipi Mi Penang Special

Mee atau Mi memang sedap kalau makan waktu tengahari dan malam. Macam-macam jenis masakan Mee kat Malaysia ni Mi Bandung, Mee Goreng Biasa, Mi Hailam dan lain-lain.

Harini djdanchef nak kongsikan Resepi Mee Goreng Mamak Special dari Chef Anis Nabilah. Seorang chef yang sangat muda dan cantik.

resepi mee goreng mamak
resepi mee goreng mamak


Resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-Bahan Resepi Mee Goreng

5 ulas Bawang Merah
2 sudu besar Cili Boh
8 ulas Bawang Putih
2 sudu besar Udang Kering
100gm Ayam (bahagian isi, yang dipotong dadu)
2 sudu besar Kicap Pekat
Garam secukup rasa
4 biji cili padi merah
2 biji Cili Hijau
1 biji Tomato(yang dipotong dadu)
500gm Mi Kuning
70gm Taugeh
6 biji Tauhu kering
3 Biji Telur



Cara Memasak / Buat Mee Goreng Mamak

1. Panaskan minyak.

2. Tumiskan bawang merah yang telah dihiris, kemudian masukkan cili boh.

3. Tumiskan cili boh sehingga pecah minyak.

4. Masukkan bawang putih yang telah dikisar dan udang kering yang telah direndam bersama air panas dan ditumbuk sehingga lumat

5. Masukkan ayam yang telah dipotong dadu.

6. Masukkan ayam kicap pekat, gaulkan sehingga rata.

7. Garam secukup rasa dan cili yang dibelah dua.

8. Masukkan tomato dan cili hijau.

9. Masukkan mee kuning.

10. Masukkan taugeh dan tauhu kering.

11. Masukkan telur di bahagian bawah kuali, asingkan mi, masukkan telur dan tanamkan mi di atas telur.


12. Biarkan 30 saat dan gaulkan mi tersebut.

Selamat mencuba resepi mee goreng mamak yang simple dan mudah ini. blog masakan @djdanchef

Baca Penuh Resepi Mee Goreng Mamak

Sunday, 27 January 2013

Resepi Maggi Sup

Resepi maggi sup kari yang mudah dan sedap | maggie curry soup

Orang bujang pasti tidak lari dengan maggi, terutama sekali di waktu malam. Maggie lah yang akan berada di dalam fikiran ketika lapar di kala bulan mengambang. Bulehh?

Berikut djdanchef kongsikan resipi maggi sup yang mudah tapi sedap.

Resepi Maggi Sup
1 Bungkus maggi kari
1 Bawang besar (potong nipis)
1 Bawang putih (potong nipis)
1 Cili merah (dibelah dua)
2 Cili padi (kalau nak lagi pedas)
1 Biji telur (pastikan telur di basuh)
Sayur sawi (guna sayur lain pun boleh, jika tak ada sayur..abaikan)
Kiub Ayam (kalau ada lagi sedap, kalau tak ada.. Abaikan)
Garam
Minyak
Air

Cara Membuat / Memasak Maggi Sup
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis biar sampai naik bau.
3. Masukan air dan kiub ayam kalau ada. Bila air sudah menggelegak masukkan telur dan perencah maggie kari. Biar seketika, baru masukkan maggi.
4. Kemudian masukkan sayur, cili padi dan cili merah.
5. Akhir sekali, masukkan sedikit garam. Kalau yang dah letak kiub ayam tadi djdanchef syorkan cuba rasa kuah sup tadi, kalau ada rasa macam dah masin tak perlu letak garam lagi.

Resepi maggi sup kari yang simple untuk anak teruna yang bujang macam djdanchef ini. Hihi

resepi maggi sup
Baca Penuh Resepi Maggi Sup