djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Thursday, 15 August 2013

Doa dan Surah Sembuhkan Penyakit Kanser

Salam semua, hari ini baru ada mood nak buka blog dan facebook. Tetiba djdanchef terbaca di wall seorang rakan djdanchef yang kongsikan 1 artikel tentang doa dan surah-surah yang boleh sembuhkan dan ubati penyakit kanser tertutama kanser barah payu dara.


Doa-doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser:

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1 - Istighfar 10x.
2 - Salawat Nabi 10x.
3 - Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1 - Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2 - Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3 - Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4 - Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5 - Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6 - Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7 - Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8 - Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada sahabat sekalin, tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Baca Penuh Doa dan Surah Sembuhkan Penyakit Kanser

Wednesday, 29 May 2013

Makanan Yang Baik Dan Bagus Untuk Otak

Makanan Yang Baik Dan Bagus Untuk Otak Cerdas Pandai Minda Fikiran Bijak Anak-Anak


Semua daripada kita mempunyai otak. Tapi bila kita tengok orang marah mesti dia keluarkan ayat "ko tu tak ada otak". Hairan djdanchef macam manalah dia tu yang si orang tu tak ada otak.. haha

Berbalik kepada tajuk Makanan Yang Baik Untuk Otak Akal Fikiran, pengambilan makanan yang sesuai boleh mencerdaskan fikiran kita. Otak juga memerlukan makanan penting untuk berfungsi dengan lebih efisyen dan lebih baik.

Untuk memastikan otak kita berada berada dalam keadaan yang mantap, 5 contoh pemakanan yang sesuai haruslah diamalkan bukan sahaja untuk kesihatan otak sekaligus makanan ini bagus untuk dimanfaatkan oleh seluruh badan.

5 Makanan Yang Sihat Dan Bagus Untuk Otak

1. Buah Berri

Buah berri merupakan sumber yang berfungsi untuk meningkatkan tahap mental dan berfikir. Berri ini berupaya untuk melambatkan proses hilang ingatan bagi sesetengah orang. Kajian juga menyatakan buah berry mengandungi antioksida yang mampu menghalang kerosakan radikal bebas dalam badan.




2. Tiram

Kandungan zink dan zat besi yang terdapat dalam tiram mampu menjana pemikiran yang tajam dan pada masa yang sama meningkatkan keupayaan untuk mengingat kembali. Kedua dua zat makanan ini juga berkait rapat dengan kemampuan otak untuk lebih fokus terhadap sesuatu. Kekurangan dalam zink dan zat besi ini mengakibatkan kadar ingatan yang singkat dan lemah daya tumpuan.



3. Sumber Ikan

Ikan dikenali dengan sumber protein yang bagus. Tetapi tahukah anda, ikan juga kaya dengan omega-3 iaitu asid lemak penting yang membantu otak untuk menghasilkan tisu tisu yang baru untuk kekuatan otak. Sumber ikan juga memainkan peranan dalam menghalang penyakit Alzheimer dan hilang daya ingatan. Ikan salmon dan sardin merupakan antara contoh yang mudah anda dapatkan.



4. Koko

Antioksida yang terdapat dalam koko dikenali sebagai flavonol dikatakan membantu  peredaran darah ke otak, menguatkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan meningkatkan peranan salur darah. Kandungan koko ini juga berfungsi dalam daya tumpuan dan konsentrasi. Contoh yang terbaik? Coklat gelap.



5. Bijian dan kekacang

Bijian dan kekacang kaya dengan kandungan omega 3 dan omega 6 asid lemak serta mempunyai nilai kandungan folate, vitamin E dan vitamin B6. Kesemua nilai nutrisi ini memastikan otak anda berfungsi dengan lebih jelas dan melawan sindrom insomnia. Sesetengah kekacang dan bijian ini mengandungi thiamine dan magnesium, dimana baik untuk daya ingatan dan sesuai untuk golongan berumur.

Yang Terbaru:

Jadi jom kita amalkan pemakanan yang baik dan bagus untuk otak - kesihatan @djdanchef

Baca Penuh Makanan Yang Baik Dan Bagus Untuk Otak

Petua Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat

Tips Petua Untuk Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat Secara Alami

Jerawat! Tiada seorang pun yang inginkan jerawat berpesta dan berparti di atas muka kita. Kehadiran jerawat memang tak diundang tapi dia tetap datang tanpa rasa malu walaupun tuan muka tak jemput. Lama-kelamaan jerawat akan mengecut dan pastinya akan meninggalkan bekas parut jerawat di wajah kita dengan selamba nya.
cara menghilangkan bekas jerawat, cara hilangkan parut jerawat

Akibatnya, kita mula stress dan makin kurang keyakinan dengan adanya parut jerawat. Mulalah ke Watson, Guardian, Farmasi cari produk yang dapat hilangkan bekas jerawat ni pula. Jadi dibawah ini djdanchef nak kongsikan petua atau cara tradisional untuk hilangkan bekas parut jerawat secara alami.

Petua Menghilangkan Bekas Jerawat

1. Limau Nipis dan Asam

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda.

Kalau ada rasa pedih , itu hanyalah sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur atau asam keping dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa.

2. Pucuk Jambu Batu

Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Kemudiannya, gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi sekiranya mahu

3. Daun Pegaga

Ambil segenggam daun pegaga dan segenggam beras. Sedikit air. Caranya kisar semua bahan sehingga menjadi halus, sapukan ke bahagian muka dengan rata sebelum tidur. Biarkan sampai keesokan harinya dan bolehlah dibasuh seperti biasa.

4. Tomato

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosok muka dengan tomato. Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.

Petua Lain:
Cara Petua Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka dan Hidung
Petua Atasi Bayi Kembung Perut
Petua Cara Menghilangkan Sakit Gigi
Cara Mengatasi Masalah Sakit Lutut
Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat

Petua dan Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat- Kesihatan @djdanchef

Baca Penuh Petua Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat

Masalah Tidak Buang Air Besar dan Sembelit

Masalah Tidak Buang Air Besar - Sembelit Najis Berdarah Bayi Berak Keras Cara Elak Atasi Mimpi Susah Hamil Constipation

Masalah buang air besar atau lebih dikenali sebagai Sembelit mesti pernah terjadi kepada korang semua kan? Djdanchef pun tak terkecuali. Orang utara panggil ini masalah berak taik keraih (tahi keras).
Maaf kalau entri ini meloyakan. Diharapkan tak ada siapa-siapa yang tengah makan atau minum sambil baca entri ni. Haha
masalah buang air besar, masalah sembelit

Kadang-kadang masalah kesihatan ini kita dapat lihat melalui najis kita tapi nak buat macam mana orang kita rasa segan dan geli nak cerita pasal najis-najis ni.

Tanda-Tanda Kemungkinan Akan Terkena Sembelit/ Masalah Buang Air Besar
1. Tidak membuang air besar beberapa hari dalam lingkungan 3 hari keatas, atau membuang najis yang keras dan terlalu kering.
2. Perut selalu kembung dan kejang. Kadang-kadang rasa sakit.
3. Kurang selera makan
4. Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-
kanak cuba untuk menahan
pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan
5. Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak

Sebab atau Punca Sembelit dan Masalah Buang Air Besar
1. Kurang serat dalam diet
2. Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan
warga tua) dan selalu duduk dan kerap baring atas sofa dan katil (orang muda)
3. Pengubatan
4. Susu
5. Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (irritable bowel syndrome )
6. Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan
7. Penyalahgunaan julap
8.Suka tahan untuk membuang air besar
7. Kekurangan air
8. Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok
9. Masalah dengan kolon dan rektum
10. Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab)
masalah buang air besar, masalah sembelit

Petua Rawatan dan Cara Atasi Masalah Sembelit
Perkara yang paling penting untuk elakkan masalah buang air besar ialah perlu pastikan kita sentiasa makan makanan yang ada serat dan selalu minum air dengan cukup. Ini dapat membantu najis bergerak melalui usus dengan lancar dan menjadikannya lebih lembut.
1. Makan pelbagai jenis makanan yang mempunyai serat.
2. Makan banyak makanan bijirin penuh, buahan segar dan sayuran
3. Minum banyak air
4. Lakukan senaman secara berkala
5. Minum air yang masam sedikit seperti fresh orange
6. Julap
7. Jangan menahan untuk membuang air besar
8. Jumpa Doktor dengan segera.

Semoga info masalah buang air besar atau masalah sembelit ini dapat membantu anda. - Kesihatan @djdanchef


Baca Penuh Masalah Tidak Buang Air Besar dan Sembelit

Sunday, 19 May 2013

Cara Mengatasi Sakit Lutut

Cara Mengatasi Sakit Lutut Kiri Kanan | Petua Punca Lemah Sendi Lutut Berbunyi | Masalah Tumit Shaklee Di Usia Muda Tua

Bila usia meningkat kita akan sering hadapi masalah lemah lutut ini. Walaupun djdanchef ini masih muda. eh muda ker? masih juga kadang-kadang sakit lutut. Sakit sendi lutut ini berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus bukan haus kerana dahaga tapi haus yang semakin nipis.

sakit lutut
sakit lutut

Apabila permukaan sendi haus, kadang-kadang boleh membawa sendi menjadi bengkak dan kebas. Kita sebagai manusia selalu menggunakan lutut setiap hari. Antara aktiviti yang melibatkan penggunaan lutut adalah:
1. Berjalan.
2. Duduk.
3. Berlari.

1) Sakit Lutut Juga Sering Serang Remaja Di Usia Muda

Penyakit sendi lutut ini bukan berlaku kepada golongan orang tua saja golongan orang muda pun sering kena masalah lutut ini.

Sekiranya seseorang itu sangat aktif bersukan, dia mungkin mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah, sakit lutut biasanya menyerang ketika mereka berusia 40-an.

Tapi apa pun serangan sakit lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau gaya hidup seseorang.

2) Wanita Lebih Sering Sakit Lutut Berbanding Lelaki

Tahukah anda, golongan wanita lagi senang diserang masalah sakit lutut ini berbanding kaum lelaki. Kenapa dan apakah punca nya?

Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam. Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.
sakit lutut, cara mengatasi sakit lutut, petua cara msalah sakit lutut

3) Punca dan Sebab Sakit Lutut

Berikut adalah 5 golongan yang berisiko tinggi menghadapi osteoarthritis (sakit sendi):

1. Pemain bola sepak atau aktiviti sukan yang melibatkan penggunaan lutut yang banyak contohnya ragbi dan lain-lain.
2. Individu yang mengalami obesiti.
3. Individu yang mempunyai lemah otot peha sejak dari kecil.
4. Individu yang sudah berusia.
5. Individu yang sering mengangkat barang-barang yang sangat berat.
6. Suri rumah yang selalu mencangkuk dan membongkok apabila membuat kerja dan ini akan memberikan tekanan berlebihan pada bahagian lutut.

4) Cara Merawat atau Mengatasi Masalah Sakit Lutut

1. Berurut/Mengurut
2. Elakkan kerap membongkok dan mencangkung
3. Elak kerap mengangkat barang-barangan berat.
3. Dan yang paling penting teruslah berjumpa dengan doktor. Jangan tangguh lama kelaman lutut anda akan bengkak kalau tak berjumpa dengan doktor.

Petua Lain:
Cara Petua Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka dan Hidung
Petua Atasi Bayi Kembung Perut
- Petua Cara Menghilangkan Sakit Gigi

Cara Mengatasi Masalah Sakit Lutut - Blog Kesihatan @djdanchef


Baca Penuh Cara Mengatasi Sakit Lutut

Saturday, 4 May 2013

Petua Cara Menghilangkan Sakit Gigi


Petua Cara Hilangkan Sakit Gigi|Tips Menghilangkan Sakit Gigi Berlubang|Ubat Tradisional

Sakit gigi? Takut kena cabut? Serius, djdanchef kalau kena sakit gigi memang tak senang duduk. Hati pun kadang-kadang tak senang juga dibuatnya.

Punca sakit gigi juga penyebab buat orang yang terkena tu tak dapat nak fokus kerja asyik fokus kat gigi je. Cepat geram pun ada. Gigi berlubang lagilah.


Apa pun ada beberapa petua tradisional dan cara menghilangkan sakit gigi ni.

1) Campurkan sedikit cuka atau garam dalam segelas air suam. Kemudian gunakan air ini untuk berkumur.
Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Sekiranya gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

Petua lain:
- Cara Petua Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka dan Hidung
- Petua Atasi Bayi Kembung Perut

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
Selamat mencuba petua dan cara hilangkan sakit gigi - Blog petua @djdanchef.


Baca Penuh Petua Cara Menghilangkan Sakit Gigi

Thursday, 2 May 2013

Ziana Zain Berhenti Amalkan Suntikan Kolagen

Rahsia Kecantikan Kesihatan Ziana Zain Berhenti Amalkan Suntikan Collegen.

Ziana Zain salah satu artis yang djdanchef lihat sangat maintain dengan kecantikan dan tetap langsing sampai sekarang.

Usia penyanyi diva Malaysia ini sudah mencecah 45 tahun. Ibu kepada empat cahaya mata ini mengaku dia sebenarnya seorang yang sangat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri.

“Saya antara wanita yang sangat mengambil berat mengenai kecantikan, apabila usia meningkat, kulit wajah dan bentuk badan kita turut menerima kesan."

Ziana Zain Sedar Kesan Suntikan Kologen

Ziana pernah mengambil suntikan kolagen pada wajahnya suatu ketika dahulu.

Namun, setelah sedar akan kesannya, akhirnya ziana membuat keputusan untuk tidak lagi mengamalkan suntikan kolagen tersebut.

“Bagaimanapun, selepas mengetahui kesan jangka panjangnya, saya jadi bimbang dan terus meninggalkannya.

“Walaupun ia mampu membuatkan kulit kita lebih cantik, tegang dan bermaya tetapi jika diambil secara berlebihan ia boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang,” katanya selesa mengamalkan petua tradisional dalam memelihara kecantikan.

Peka Dengan Kecantikan dan Kesihatan Diri

“Semua ini bukan untuk orang lain, sebaliknya diri kita sendiri. Apabila kekal cantik dengan menggunakan produk yang sesuai, pastinya kita berasa lebih yakin dan selesa untuk tampil di depan khalayak,”

“Hakikatnya, kita tidak boleh mengembalikan kulit wajah dan badan kita semasa masa muda, jadi hanya rawat ia mengikut peredaran masa dengan betul sahaja,” Pesanan Ziana Zain. - blog gosip hiburan @ djdanchef


Baca Penuh Ziana Zain Berhenti Amalkan Suntikan Kolagen

Tuesday, 16 April 2013

Petua Cara Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka & Hidung

Cara Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka Wajah Hidung|Tips Petua Hilang Bintik Di Hidung |Produk Tradisional Blackhead

Salam semua, bintik hitam dan putih selalu saja ada setempek kat muka kita ni, ada saja kat kawasan hidung, pipi, dahi dan juga dagu.

Bagi kaum perempuan mesti agak geram kalau ada bintik hitam (blackhead) ni. Bagi lelaki pula ramai yang kurang ambil kisah.

Bawah ni djdanchef nak kongsikan petua tradisional hilangkan bintik hitam dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Cara Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka dan Hidung

Produk Bahan Yang Diperlukan:
1 biji telur (ambil putihnya)
1 sudu teh perahan limau nipis
Kapas muka

Cara-Caranya:
1. Campurkan air perahan limau nipis ke dalam putih telur.

2. Selepas itu, ambil beberapa helai kapas muka dan rendamkan di dalam bancuhan tadi.

3. Kemudian, lekatkan kapas tersebut pada seluruh muka contohnya di bahagian dahi, hidung, pipi dan dagu.

4. Biarkan sehingga kapas kering.

5. Selepas dah kering, tarik kapas secara perlahan-lahan.

atau anda boleh cuba produk yang dapat tanggalkan bintik hitam dengan berkesan iaitu SHIDEIDO BLACK MASK

Semoga dapat amalkan petua ini yang penting kena rajinlah barulah dapat hilangkan bintik hitam di muka tu.

Petua Lain:
Cara Petua Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka dan Hidung
Petua Atasi Bayi Kembung Perut
Petua Cara Menghilangkan Sakit Gigi
Cara Mengatasi Masalah Sakit Lutut
Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat

Semoga berjaya. - djdanchef

Baca Penuh Petua Cara Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka & Hidung

Tuesday, 9 April 2013

12 Tips Ubah Tabiat Makan Yang Sihat Untuk Anak

Tips Ubah Cara Makan Yang Sihat | Tabiat Pemakanan Yang Seimbang Untuk Anak |Healthy Diet Change For Kids

Macam mana cara nak ubah tabiat pemakanan anak kita? Itu mungkin salah satu pertanyaan yang djdanchef rasa mungkin selalu ditanya oleh ibu bapa yang sangat menitikberatkan pemakanan yang sihat.

Disini ada beberapa cara yang boleh anda buat antaranya:

1. Tunjukkan contoh yang baik dengan tabiat pemakanan anda sendiri kepada anak-anak

2. Hidangkan makanan dan kudapan yang menyihatkan pada waktu biasa untuk mengelakkan "curi makan" sepanjang hari.

3. Jangan benarkan anak anda makan sambil menonton TV atau menyiapkan kerja rumah.

4. Buatkan waktu makan jadi kepada suasana yang gembira dengan menjamu selera seisi keluarga.

5. Boleh cuba kepada anak anda untuk 'memberi perhatian kepada perut mereka' dan makan hanya apabila lapar dan bukan mengikut tabiat.

6. Ajar anak-anak untuk mengunyah makanan dengan lebih perlahan dan nikmati makanan tersebut.

7. Mereka akan lebih cepat kenyang dan kurang kemungkinan untuk terlebih makan pada waktu makan.

8. Jangan simpan terlalu banyak makanan ringan yang berlemak tinggi yang tinggi kandungan gulanya.

9. Jangan jadikan kunjungan ke restoran makanan segera sebahagian daripada rutin mingguan.

10. Cuba libatkan anak-anak apabila menyediakan makanan kerana ini akan menyedarkan mereka tentang apa yang dimakan.

11. Jangan jadikan makanan sebagai umpan menenangkan anak-anak - sebaliknya beri perhatian, dengar dan dakap mereka.

12. Elakkan menggunakan makanan sebagai ganjaran sebab ini akan mengukuhkan idea bahawa makanan adalah sumber ketenangan.

Apa pun yang paling penting ibu bapa yang suka dengat diet sihat yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayuran segar adalah contoh yang baik untuk anak-anak.

Semakin kanak-kanak meningkat dewasa mereka cenderung untuk berpegang pada pola makan yang telah diamalkan di rumah.

Djdanchef berharap semoga tips ubah tabiat makan anak ini dapat membantu ibu bapa diluar sana.

Lihat Juga:
- Dato Sarimah Kongsi Tips Kesihatan Dan Kecantikan


Baca Penuh 12 Tips Ubah Tabiat Makan Yang Sihat Untuk Anak

Wednesday, 3 April 2013

Resepi Menu Pesakit Kencing Manis Diabetes

Contoh resepi menu pesakit kencing manis diabetis | Hidangan masakan orang yang kena sakit diabetes

Bila terkena sesuatu penyakit baru kita mula berfikir dan mula bertindak untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Namun ada yang ambil mudah dengan mengamal beberapa hari saja dan ada juga yang masih kekal amal gaya hidup sihat untuk membantu kesihatan diri.

Hari ini djdanchef ingin kongsikan menu-menu hidangan yang sihat dan sedap untuk pesakit yang menghidap penyakit kencing manis atau lebih DI-VA dipanggil diabetes.

Menu hidangan masakan pesakit kencing manis ini meliputi makan pagi, makan tengahari, petang dan juga pada waktu malam.

Contoh Menu Pesakit Kencing Manis (Diabetes)

1. Menu Sarapan Pagi
- Mihun goreng (1 mangkuk Cina)
- Beberapa keping hirisan timun dan tomato
- 1 cawan teh + 2 sudu makan susu tepung skim

2. Menu Makan Tengahari
- Nasi putih (1 mangkuk Cina)
- Ayam masak paprik (1 ketul )
- Sayur berdaun hijau yang digoreng (1 cawan)
- Pisang emas (1 biji)
- Air kosong

3. Menu Minum Petang
- Roti bijirin penuh (2 keping
- Marjerin (1 sudu teh)
- 1 cawan teh + 2 sudu makan susu tepung skim

4. Menu Makan Malam
- Nasi putih (1 mangkuk Cina)
- Ikan kurau masak kicap berlada (1 ketul)
- Sawi tumis air (1 cawan)
- Limau / oren (1 biji)
- Air kosong

5. Menu Minum Malam
- Biskut krim kraker (6 keping)
- 1 cawan kopi 'O' tanpa gula

Itulah beberapa contoh cadangan menu untuk pesakit kencing manis diabetes harian yang boleh diamalkan.

Kalau diamati,makanannya bukan saja sihat tetapi juga sedap. Selamat diamalkan djdanchef ucapkan.


Baca Penuh Resepi Menu Pesakit Kencing Manis Diabetes

Wednesday, 9 January 2013

Kucing Beri Kesan Negatif Kepada Ibu Yang Hamil

Ibu yang sedang hamil digalakkan tidak mendekati kucing terlalu kerap. Dan pada kali ini djdanchef nak berkongsi tentang jangkitan daripada kucing yang mana akan memberi kesan kepada ibu yang mengandung.

PARASIT BERMULA DI DALAM USUS KUCING

Ianya berlaku dimana sejenis parasit yang dikenali sebagai toxoplasma gondii ini akan membiak di dalam:
- Usus kucing
- Dan didapati di dalam najisnya
- Dan juga dalam TANAH.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan.

Ramai ibu yang sedang hamil tidak mengetahui bahaya parasit ini sebab ia tidak mendatangkan petanda yang terlalu luar biasa.

ANTARA SIMPTOM / FAKTOR JANGKITAN

Ibu yang dijangkiti parasit ini akan mengalami tanda-tanda:

- Demam
- Selesema biasa,
- Kelenjar limfa membengkak
- Sakit otot
- Kekejangan
- Sakit sendi.

Jangkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan dengan kucing dan juga najis kucing.

CARA MENGATASI JANGKITAN

Langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya;

- Membasuh tangan sebelum
mengendalikan makanan
- Membasuh dengan teliti buah buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
- Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah
- Dan yang paling penting elakkan daripada menyentuh najis kucing.

Harapan djdanchef semoga ibu-ibu dapat elak terlalu kerap untuk mendekati kucing ketika sedang hamil demi menjaga kandungan bayi agar bayi lebih sihat.

Lihat Juga:
- Anak Kembar Hilang Dalam Kandungan


Baca Penuh Kucing Beri Kesan Negatif Kepada Ibu Yang Hamil

Friday, 14 December 2012

Cara Gaya Heliza Helmi Dalam Kecantikan Dan Kesihatan

Tips kecantikan dan kesihatan gaya Heliza Helmi. Sebut saja selebriti yang mempunyai mata yang besar pasti ramai akan terbayang penyanyi kecil molek dari terengganu iaitu Heliza Helmi.

Suka Makan Buah-Buahan Sebelum Makan Nasi.

Rutin harian heliza helmi sentiasa mengamalkan petua meminum segelas air masak setiap kali bangun pagi.

Bagi mengekalkan tenaga, heliza gemar minum Milo dan mengambil vitamin setiap hari.

“Saya juga makan buah-buahan terlebih dahulu iaitu setengah jam sebelum makan nasi dan minum jus oren yang dibuat sendiri,” katanya.

Amalan kecantikan Heliza sebenarnya banyak.dipengaruhi oleh rakan-rakan, bahan bacaan dan program televisyen.

Heliza Helmi Amal Ambil Air Sembahyang

“Tentang amalan tradisional, saya pernah menempek serbuk kunyit yang dicampur air pada muka sewaktu zaman sekolah dulu.

“Ada juga kawan-kawan yang mengesyorkan menyapu gincu pada jerawat. Petua lain adalah menyapu serbuk buah keras yang telah dibakar pada kening untuk melebatkan kening.

“Mak saya pula selalu mengingatkan saya untuk berdoa dan mengamalkan air sembahyang,”

Itulah serba sedikit cara gaya Heliza Helmi dalam kecantikan dan kesihatan.

Lihat Juga
- Dato Sarimah Kongsi Tips Kecantikan dan Kesihatan.



Baca Penuh Cara Gaya Heliza Helmi Dalam Kecantikan Dan Kesihatan

Monday, 19 November 2012

Dato Sarimah Kongsi Tips Kesihatan Dan Kecantikan

Dato sarimah ahmad kongsi tips kecantikan dan kesihatan yang diamalkannya selama ini.

Dato Sarimah bersyukur dengan rahmat kesihatan yang diberikan kepadanya, malah mampu melakukan rutin harian seawal jam 4 pagi untuk bersolat dan melakukan senaman.

TIPS KESIHATAN DAN KECANTIKAN TERBAIK DATO SARIMAH AHMAD

Ulam-ulaman dan air zam-zam sudah menjadi pilihan terbaik bagi primadona filem Melayu, Datuk Sarimah Ahmad untuk kekal sihat dan bertenaga walaupun usia mencecah 70 tahun.

Selain itu, ambilan madu dan sedikit garam, air zam-zam dan salad sudah cukup pada waktu sarapan pagi.

Penjagaan dalaman juga amat penting termasuk dari aspek pengambilan makanan dan vitamin C serta multivitamin bagi mengekalkan kesihatan tubuh.

KEPERITAN MELAWAN BARAH MEMBERI KEKUATAN KEPADANYA

Keperitan hidupnya melawan barah empat tahun lalu sehingga doktor memberitahu hanya mampu bertahan tiga bulan saja, memberi kekuatan kepadanya untuk kembali sihat seperti usia muda.

“Berkat doa dan sokongan anak, saya gagahkan diri menunaikan umrah dalam keadaan sakit. Selepas pulang, kesihatan saya semakin pulih kerana sering mengamalkan minum air zam-zam,” katanya.

Dato Sarimah Ahmad sudah mempunyai 32 orang cucu dan empat cicit. Ibu tunggal kepada enam anak ini mahu terus sihat untuk melihat cucu, cicit dan piut membesar di depan mata.

djdanchef


Baca Penuh Dato Sarimah Kongsi Tips Kesihatan Dan Kecantikan

Sunday, 30 September 2012

RAWATAN GURAH & MENCUCI SUARA

Ada yang pernah dengar pasal perubatan / rawatan gurah ker? djchef baru kali pertama dengar. Sebenarnya rawatan gurah ni lebih kurang seperti rawatan resdung dan berbekam.

Kaedah rawatan ini dapat mengeluarkan semua lendir yang ada di hidung dan kerongkong supaya nafas menjadi lebih panjang dan lunak. Sampai boleh tarikh macam jackly victor atau nash tak? atau suara merdu macam emma maembong ?Hehe..

Rawatan ini turut dikenali sebagai rawatan cuci suara. Selain membersihkan hidung dan kerongkong, ia juga dapat menyelesaikan masalah resdung dan simptom kerap bersin terutamanya pada waktu pagi.

Bagi yang kerap berdengkur sampai tak 'ingat dunia kan' rawatan ini turut membantu untuk mengurangkan dengkuran bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

BAGAIMANA RAWATAN GURAH DILAKUKAN
Ok sebenarnya kaedah rawatan ini menggunakan titisan air rebusan akar kayu terpilih dan biasanya mengambil masa selama 45 minit untuk selesai.

Pelanggan akan diminta berbaring sebelum air rebusan akar kayu dititiskan ke dalam hidung.

Dalam masa seminit, tekak pesakit akan berasa sedikit pedih sebelum dia diminta duduk dengan memegang sebuah baldi kecil.

Beberapa saat kemudian, pesakit secara automatik memuntahkan lendir berwarna putih jernih daripada hidung dan mulut. Haah!! Boleh imagine?

Bagi yang tidak pernah membuat rawatan gurah ibu kerak yang berwarna kekuningan seperti nanah dan sedikit berbau juga akan keluar
bersama.

Selepas rongga dibersihkan, lontaran suara anda akan berasa ringan serta mantap. Kaedah ini juga mampu merawat penyakit suka berkahak dan resdung yang kerap bersin pagi.

PELANGGAN GURAH
Antara pelanggan yang sering mendapatkan khidmat gurah terdiri daripada kalangan artis, qari, qariah dan bilal.

Siapa yang nak memantapkan suara mana tahu dapat nyanyi dengan baik lagu muara hati - hafiz & siti nurhaliza ? Atau ada yang nak melancarkan nafas dan merawat resdung? Boleh la cuba rawatan gurah ini.


Baca Penuh RAWATAN GURAH & MENCUCI SUARA