Semua daripada kita mempunyai otak. Tapi bila kita tengok orang marah mesti dia keluarkan ayat "ko tu tak ada otak". Hairan djdanchef macam manalah dia tu yang si orang tu tak ada otak.. haha
Berbalik kepada tajuk Makanan Yang Baik Untuk Otak Akal Fikiran, pengambilan makanan yang sesuai boleh mencerdaskan fikiran kita. Otak juga memerlukan makanan penting untuk berfungsi dengan lebih efisyen dan lebih baik.
Untuk memastikan otak kita berada berada dalam keadaan yang mantap, 5 contoh pemakanan yang sesuai haruslah diamalkan bukan sahaja untuk kesihatan otak sekaligus makanan ini bagus untuk dimanfaatkan oleh seluruh badan.
5 Makanan Yang Sihat Dan Bagus Untuk Otak
1. Buah Berri
Buah berri merupakan sumber yang berfungsi untuk meningkatkan tahap mental dan berfikir. Berri ini berupaya untuk melambatkan proses hilang ingatan bagi sesetengah orang. Kajian juga menyatakan buah berry mengandungi antioksida yang mampu menghalang kerosakan radikal bebas dalam badan.
2. Tiram
Kandungan zink dan zat besi yang terdapat dalam tiram mampu menjana pemikiran yang tajam dan pada masa yang sama meningkatkan keupayaan untuk mengingat kembali. Kedua dua zat makanan ini juga berkait rapat dengan kemampuan otak untuk lebih fokus terhadap sesuatu. Kekurangan dalam zink dan zat besi ini mengakibatkan kadar ingatan yang singkat dan lemah daya tumpuan.
3. Sumber Ikan
Ikan dikenali dengan sumber protein yang bagus. Tetapi tahukah anda, ikan juga kaya dengan omega-3 iaitu asid lemak penting yang membantu otak untuk menghasilkan tisu tisu yang baru untuk kekuatan otak. Sumber ikan juga memainkan peranan dalam menghalang penyakit Alzheimer dan hilang daya ingatan. Ikan salmon dan sardin merupakan antara contoh yang mudah anda dapatkan.
4. Koko
Antioksida yang terdapat dalam koko dikenali sebagai flavonol dikatakan membantu peredaran darah ke otak, menguatkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan meningkatkan peranan salur darah. Kandungan koko ini juga berfungsi dalam daya tumpuan dan konsentrasi. Contoh yang terbaik? Coklat gelap.
5. Bijian dan kekacang
Bijian dan kekacang kaya dengan kandungan omega 3 dan omega 6 asid lemak serta mempunyai nilai kandungan folate, vitamin E dan vitamin B6. Kesemua nilai nutrisi ini memastikan otak anda berfungsi dengan lebih jelas dan melawan sindrom insomnia. Sesetengah kekacang dan bijian ini mengandungi thiamine dan magnesium, dimana baik untuk daya ingatan dan sesuai untuk golongan berumur.
Yang Terbaru:
Jadi jom kita amalkan pemakanan yang baik dan bagus untuk otak - kesihatan @djdanchef
nice... aku pun suka jugak makan makanan-makanan kat atas tu hehehe .. buah kismis pun bagus.. buah kurma pun .. dekat2 nak exam mesti cg suruh makan katanya bagus untuk otak n minda
ReplyDelete