Dato Siti Nurhaliza akan lancarkan wangian perfume simply siti ke negara eropah
Penyanyi dan usahawan, Datuk Siti Nurhaliza bakal melancarkan rangkaian tiga wangian terbaharu daripada SimplySiti ke negara Timur Tengah menjelang Oktober depan.
Siti Nurhaliza cantik bertudung |
Perancangan itu dibuat selepas meneliti pasaran minyak wangi di sana selain yakin produk keluaran tempatan dapat diterima masyarakat antarabangsa.
"Alhamdulillah sudah ada pengedar yang berminat untuk mengedarkan tiga rangkaian wangian terbaharu SimplySiti dan Insya Allah jika semuanya berjalan dengan baik produk berkenaan akan berada di pasaran pada Oktober depan," jelasnya kepada mStar Online.
1) Wangian SimplySiti - HIM , HERS dan MISS
Siti ditemui pada majlis pelancaran wangian terbaharu khusus buat lelaki iaitu HIM di AEON AU2 Keramat di sini pada Sabtu.
Selain HIM, SimplySiti juga turut memperkenalkan tiga lagi wangian untuk wanita iaitu HERS dan MISS.
Dalam pada itu, Siti berkata, buat permulaan syarikatnya akan memperkenalkan rangkaian wangian HERS untuk pasaran negara Timur Tengah yang dikeluarkan dalam tiga bau iaitu Elegance, Liberte dan Vogue.
Tambah Siti, selain wangian pihaknya juga akan melancarkan produk lain dibawah jenama sama di sana namun memberikan tumpuan kepada minyak wangi.
2) Juga Lancarkan Produk Ke Indonesia
Selain itu, berhasrat untuk melancarkan produk SimplySiti ke Indonesia dan telah pun melakukan kajian terhadap pengguna di negara itu.
Jelas Siti, bukan mudah untuk menembusi pasaran sesebuah negara kerana perlu mengkaji terlebih dahulu kehendak dan keperluan pengguna di sesebuah tempat sebelum memperkenalkan produk tersebut.
"Pasukan pemasaran telah pun membuat kajian di sana dan nampaknya bukan mudah untuk menembusi pasaran di Indonesia kerana banyak faktor yang perlu diambil kira terutamanya kehendak mereka terhadap sesuatu produk itu.
"Bagaimanapun sebagai usahawan kita akan berusaha untuk memenuhi permintaan hasil daripada kajian yang dilakukan dan Insya Allah jika semuanya berjalan lancar produk SimplySiti akan memasuki pasaran Indonesia," jelasnya.
3) Lagu Istimewa Untuk Peminat SimplySiti Siti Nurhaliza
Dalam perkembangan lain, Siti berkata, bagi menjalankan aktiviti promosi wangian terbaharu SimplySiti, beliau juga telah merakamkan sebuah lagu berjudul Lebih Indah.
"Klip video itu nanti akan mengisahkan mengenai seorang lelaki dan dua wanita dalam hidupnya dan selain mempromosikan produk Simplysiti ia juga lagu khas buat peminat," kata Siti Nurhaliza. - Gosip @ djdanchef
Cerita Lain:
- Dato Siti Nurhaliza Batal Konsert Gara Dato K
- Gambar Dato Siti Nurhaliza Bertudung
- Dato Siti Nurhaliza Kritik PSY Oppa Gangnam Style
- Video Gwiyomi Dato Siti Nurhaliza
No comments:
Post a Comment
Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.